As-Salam
Bakal Buka Kedai Butik Online Sendiri | Pepagi ni mood uzu tengah berangan sesuatu. Tapi tajuk di atas bukanlah satu angan-angan tapi satu impian. Impian sejak setahun lalu, bila minat uzu lebih ke arah itu.
Uzu dah sampaikan hasrat nak keluarkan *dot dot* jenama sendiri , buat design sendiri. Keluarga uzu, kakak dan abang uzu sangat memberi sokongan. Malah Abg Ben dan semua geng #kelabbloggerbenashaari juga menyokong penuh . So, uzu pun main lagi bersemangat.
Raya tahun lalu, abg uzu kata, "buatlah kedai sendiri, jual dot dot , kau dah ada nama, banyak follower, so insyaAllah boleh " .. Dalam hati, laaa stalker adik dia dalam diam rupanyaaa. Hahaha :D
Sekarang ni uzu tengah belajar macam mana nak start berbisnes, nak servay apa yang patut, nak beli itu ini. Sekarang ni tunggu modal je . Uzu kan student, modal mesti bermula dengan sikit dulu, nanti dah okay baru kembangkan modal. Ni dalam proses nak kumpul duit modal. Slow-slow je.
Uzu bukan keseorangan tau, uzu insyaAllah ada partner, kembar uzu dalam dunia blogger, kembar uzu dalam #kelabbloggerbenashaari, Fatin Bella . Kami akan bekerjasama dalam bisnes ni. Doakan kami.
Uzu buat bisnes ni, saja nak cari duit lebih untuk biaya study sendiri. Ta nak susahkan bapa yang kian lanjut usia, ta nak dia susah-susah cari duit untuk uzu. Oh mengalir pulak air mata ini. Semoga niat ni Allah makbulkan dan permudahkan dan permurahkan lagi rezeki kami. Amin ya rabbal alamin.
p/s : Nak tau uzu dan fatin nak jual apa? Nantikan next entry :)
15 Sila Komen:
yeeahhhhh moga tercapai impian kita :D
Yeah terbaek la kembar seiras nie.. haha..
All the best untuk bisnes okey!! xoxo
good luck kak uzu! :D
good luck,dah kaya jgn lupa kbba haaaahaaaaa
tahniah buat kamu berdua..
marketing dah hebat insyaallah tiada masalah untuk branding nnti.
gud luck.
Wahhh gud luck uzu... konfem meletops nanti...boleh bah kalau kau... hehhee
good luck :)
Amin..nnt blh sy jd ejen uzu lak ye hahaha..
congrats uzu:):)
happy for u uzu... gud luck!!!!!!:)
Wah! Best2! Selamat maju jaya Uzu & Fatin! ^_^
RosmizaAliDotCom
Tengok uzu. Ramai yang support ni nnt. Hoho
Good luck uzu...In Sha Allah...ramai yang akan support... :D
saya doakan agar Uzu berjaya dalam bisness Uzu. Aminnn
InsyaAllah.Semoga Kak Uzu dan Bella berjaya memiliki dan mencapai impian tu.Tiada yang mustahil.Chaiyokk! :)
Post a comment