✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, November 25, 2014

Betul Ke Kakitangan Kerajaan Terima Bonus 18 Disember 2014?

As-Salam

Betul Ke Kakitangan Kerajaan Terima Bonus 18 Disember 2014? | Orang gomen yang dapat bonus, kau pulak sibuk uzu.. Kau bukan keja gomen pun..Hehe. Bukan nak sibuk lah.. Nak share info je. Lagipun bapa, kakak-kakak, abang-abang uzu keja gomen semuanya.

SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.
"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.
"Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini. - SinarHarian

Ohhh ingat bonus kepada semua kakitangan kerajaan kat Malaysia ni, rupanya kat Selangor sahaja. Untunglah rakyat Selangor kan. Kerajaan lain ni bila?

5 comments:

mOoN IzzaN said...

kerajaan negeri je la kan.. huhu

Keyna said...

SELANGOR je la kan.. Negeri lain mungkin bulan 1.. insya'allah. Roadtax sedang menanti untuk disambung hayatnya... hehehehe

AMIIZAA said...

syioknya org gomen dapat bonus:)

mama amir said...

tahniah kepada penerima...berbelanjalah dengan bijak...

Cikgu Norazimah said...

ala..selangor je ke, baru nak excited..hehe

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com