✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, November 4, 2014

Kenapa Paha Perempuan Besar ?

As-Salam

Kenapa Paha Perempuan Besar ? | Uzu pun ada masalah peha besar ni. Teringin juga nak tau kenapa pulak tetiba lemak berkumpul kat situ. Dah la badan kecik tapi peha besar. Wuu malu...

Jom kita baca fakta-fakta ni, mana tau membantu sedikit sebanyak menguruskan kembali bentuk paha kita ni. Hahaha :D

1) Terlalu banyak duduk
Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha kamu semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha. Ini kerana, apa bila kamu dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila kamu tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha kamu mengelebih dan tidak pejal.

2) Salah pilih jenis seluar
Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Jika kamu pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kamu semakin besar dan melebar.

3) Keturunan
Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kamu. Jika ibu atau kakak kamu mengalami masalah yang sama itu tandanya kamu mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk kamu miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kamu dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?

4) Bentuk tubuh
Jangan risau, memiliki peha besar tidak bermaksud kamu memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya, bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kamu. Contoh bentuk badan seperti buah pear atau potongan A.

Sumber : Penpatah



12 comments:

Cik Siti said...

Err..palazzo mmbuatkan paha makin membesar..huhu..pasni pakai legging kat dlm..patut la slama ni makin cepat mmbesar ja paha ni...rupanya sbb mngamalkan pemakaian palazzo..-_-"

TengkuButang said...

Uzu.. Ada jual kat pasaran legging untuk kecikkan paha

Jazz Lover said...

Saya pun sama. Badan kurus tapi kaki macam ayam KFC. Selalu jak bf ejek saya macam tu. Hahah.

Klik untuk baca entry terkini saya > KDrama : Review Hotel King

Princess Mimi said...

haha..sy pn sme jgk..bdn kcik tp peha besaq..nk jgk kcilkn peha.kiki

Amanda Suria said...

Sib baik akak nyer peha ok je..hihi..skrg tgh kecikkan badan skit..x nk besar2 sgt...akak cpt tembun...

siti nurafida noh said...

Sebenarnya disebabkan tindakan hormon wanita, memang bentuk badan wanita gitu, tapi disebabkan faktor2 luaran lain, jadi makin besar dan susah nak kecikkan balik.

klik untuk baca entry saya ada apa pada selulit

Mat GitarKapok said...

owh itu rupanya punca sebenar kejadian peha besar.. nak try lah.. hehe

Yan Ty said...

Jom exercise! Jgn mls nk duduk je!

zazanizam said...

dri pgi smpi ptg duduk je kejenya hukhukhuk..

Ndra Jamal said...

saya le tu.. mmg keturunan. kurus ke, gemuk ke, peha mmg nampak oversize..
terimalah seadanya..
klu rajin, buat squat and other exercise untuk kaki.

Rosmiza Ali said...

Akak pulak kurus sangat.. Langsung takde shape.. Nak melaram dengan jeans pun tak kompiden.. Huuu.. T_T

Oh ya, sebenarnya ada senaman ringkas untuk dapatkan peha yang cantik tau Uzu.. Sambil2 bersiap nak ke kelas or event pun boleh buat.. Nanti akak cari balik video tu & share ye.. ^^,

RosmizaAliDotCom

Mawar Rindu said...

huuu sama la kitaaa, badan kecik, rendah jeee tapi paha besooorrrrr.. malu sihhhhh.. camana ntah nak kecikkan pahaa...huhu

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com