✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, November 6, 2014

Pentingkah Seni Mempertahankan Diri Untuk Budak Sekolah?

As-Salam


Pentingkah Seni Mempertahankan Diri Untuk Budak Sekolah? | Kes buli budak semakin berleluasa. Uzu pagi tadi sedih dan sebak je bila tengok video kes buli kat asrama. Kena tendang wo. Adui kesian budak tu. Emosi gila tengok . Kalaulah adik sendiri yang kena? Ya Allah. fikirkan...?

So, apa yang uzu boleh bantu, just nak tekankan kepada korang semua bahawa pentingnya seni mempertahankan diri dipupuk sejak kecil. Sapa yang ada anak tu, ada adik , atau korang sendiri pun boleh masuk mana-mana seni mempertahankan diri.

Contohnya, uzu sendiri ada belajar Taekwondo dari form 1 - 5 kat sekolah. Tali pinggang merah..Dah banyak kali masuk pertandingan Taekwondo, banyak kali menang pingat silver dan gangsa.

Belajar Taekwondo ni kan, boleh membantu uzu sedikit sebanyak dari sesiapa yang cuba membuli. Walaupun tak 100% dijamin selamat tapi sekurang-kurangnya kita berusaha mengelak. Takda la macam adik yang kena buli tu. Kesian dia. Ya Allah. Sakit pula hati kita ni. Rasa nak side kick, turning kick, back kick double lick ja pembuli tu !

So korangs, kang bila korang ada anak-anak nanti, korang bolehlah suh dia belajar mana-mana seni mempertahankan diri., Alaaa mahal takpe, yang penting tak jadi mangsa buli. Uzu pun kalau ada anak nanti, memang nak suh anak-anak masuk Taekwondo.Tak kisah kalau pasu bunga, cermin tingkap pecah, piring mangkuk terbang oleh anak-anak , janji dia kuat dan selamat di masa akan datang.. Hihi. Salam.

10 comments:

Mia Liana said...

penting sangat sekarang ni.. risau juga bila dah ada anak memang terfikir perlu hantar dia ke kelas seni pertahankan diri ni..

Mister Zarif said...

tapi terfikir jugak. nanti silap2 anak kita yang jadi pembuli. huhu..

AMIIZAA said...

penting, budak sekolah rendah pon dah pandai membuli skrg nie....mintak duit, kacau kawna2 lain tumbuk terajang kengkawan....

Amalina Hussain said...

Penting sangat..aduhhh...kesian tgk budak yang kena buli tu..kalaulah anak saya sendiri kena buli camtu saya sendiri akan karate pembuli tu..hiarghhhhh...

kaishuhaikal said...

Sorry to say ... xperlu nak belajar sangat pon kot... sbb ada yang korang xtahu disebalik kisah pembuli² ni... ko blajar la sampai ninjutsu pon xde leh apa nyer... leh pupuk keberanian... tp melawan? xpayah ler...Maaf xleh nak crita lebih... cari mana-mana pembuli korang korek ler crita sendiri..

Miz Eija said...

boleh je nak belajar sebagai asas pertahankan diri... kes buli kali mmg teruk mgkin ada lagi teruk tp kita tak jumpa kan.. tak sanggup rasa nak tgk... nilai kemanusiaan semakin lupus.. yang sgt sedih anak melayu kita -.-

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

bagus belajar nak-nak lagi bagi perempuan ;)

Fuza Musa said...

Sekurang2nya ada basic.
Anak2 akak semua akak masukkan Taekwando.

Puncanya..semasa mereka dalam darjah rendah, budak2 darjah 6 paw duit!!

Dapat tahu bila balik rumah anak2 lapar gaban.
Rupanya duit dah bagi kepada si pembuli.

Kes selesai setelah berjumpa dengan Guru dan si Pembuli.

Eyriqazz GTO said...

Dulu pernah belajar taekwondo kat sekolah..penting untuk keyakinan diri dan kesihatan badan..hehehe

Butik GebuGebu said...

Penting sgt especially utk ank perempuan. Zarith pon dulu sempat sampai brown belt je huhuhu

Salam perkenalan ;)
http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/rahsia-saya-berjaya-mengumpul-200oz-susu-ibu-semasa-berpantang.html

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com