As-Salam
Telekung Lycra Tidak Sah Solat | Uzu baru terbaca satu artikel ni tentang sah ke tak pakai telekung jenis kain lycra untuk solat. Uzu percaya ramai yang pakai telekung jenis lycra ni dan mungkin ada yang tak tahu atau buat-buat tak taw.
Kalau uzu sendiri, tak yah tanya ustaz pun tau benda ni tak boleh kan, sebab ia menampakkan bentuk badan. So uzu sendiri tak beli jenis kain macam tu. Ok baca apa yang ditulis Ustaz Fadli Yusof.
Siapa yang tak tau telekung Lycra macam mana, boleh google image ye. Kalau nak solat, biar tebal takpe, asal tak nampak bentuk tubuh dan tak melekat. Pasni, boleh bungkus telekung lycra letak dalam almari, beli telekung jenis lain pula.
Uzu cuma sampaikan, tak nak kisah atau buat-buat derk pun, sukahati lah ye. Tu dari korang sendiri lah. Uzu bukan baik sangat nak menasihat, cuma nak sampaikan info. ok lah , bye. Salam..
29 Sila Komen:
Nice sharing! Ekin pun baru tahu. Sobs sobs...nampak gayanya kena beli telekung baru
Salam.. ohh baru terbaca. hmm tapi kan, ad pernah dengar dr ustaz, katanya kita boleh solat dgn pakai swimming suit, janji swimming suit tu menutup aurat. dan xda ajnabi. hmmm rasanya xdengar dr sorang je, ramai gak ckap mcm tu.. huhu wallahu'alam.
Baru tau lepas baca entry nie
Thanks Uzu for sharing... tak tau pun sebelum ni
'menyebut tak sah ini berat' ;)
http://www.youtube.com/watch?v=o4OCjl39lz0
thanx uzu for sharing...
pernah terfikir juga dulu...
tak beli pun sebab harganya mahal, lagipun nak basuh pun kena hati2 sebab nipis takut mudah koyak.
Tapi kalau nak juga ada kain lycra yang jenis tebal macam kain jersey, opah saya pernah pakai dulu masa dia muda2... :D
errrr sy tgk ok jer telekung tu..jarang ek.dlm pic xperasan kot
sy rsa kalo lycra yg tebal tu ok je..yg biasa nipis ni telekung yg travel tu...
akak suka pakai telekung putih yg mcm biasa aja..lycra2 berwarna macam tak best jerk....
Agama itu nasihat,,
Eloklah tu nasihat menasihati sesame kita, InshaAllah
nice sharing..saya baru tau pasal ni..seb baek ada sehelai je telekung lycra..bleh simpan la dlm lemari lepas nih..
Salam ziarah..
Info yang menarik
Sy kalau kain jenis lycra ni mmg awal2 lg tolak tepi, x suka...sbb mmg ikut bentuk badan, x kira telekung ke, tdung ker, baju ker...
Ada org pakai dress/skirt jenis lycra tu yg mmg btol2 ikut bentuk bdn...kdg2 kita sbg org pompuan sdiri malu tengok kaum seagama sdiri pakai dress mcm tu, kdg2 ada sampai 'berbekas' bentuk panties. Sorry...terpaksa jg cakap mcmni. Just sharing...
Nice sharing :) Kalau kak Uzu x post, Ija pon x tau.. :)
seriously?! waaaaa T_T
sincerely,
Najlaa 'Aqilah
Boleh rujuk 'Love Islam-Pelita Hidup. Artikel diberi boleh dibuat rujukan. Telekung lycra yg ada tu, tidak perlulah dibuang...
Memakai Telekung lycra ; Sah atau Batal solat wanita
Apakah hukum memakai kain telekung lycra semasa solat? Adakah benar tidak sah solat dengan memakainya kerana nampak susuk badan?
Jawapan :
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
PAKAIAN KETAT ATAU MENAMPAKKAN SUSUK BADAN SEMASA SOLAT
Persoalan dalam hal ini sebenarnya ialah, apa hukum solat dengan memakai pakaian yang ketat/menampakkan susuk badan, sedangkan pakaian itu memang tebal tidak menampakkan kulit, dan sudah menutup bahagian aurat yang perlu ditutup?
Para ulama' mengatakan solat itu SAH, tetapi MAKRUH, dan jika ia dipakai semasa solat yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi, perbuatan itu BERDOSA.
Antara lain :
Al-Syeikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah mengatakan :
"Wajib memakai pakaian yang menutup aurat, walaupun pakaian itu ketat menampakkan bentuk aurat. Sekiranya pakaian itu nipis sehingga nampak putih ataupun merahnya kulit, pakaian itu tidak boleh dipakai dalam solat."
Al-Syeikh Saleh al-Fawzan memfatwakan sahnya solat wanita yang memakai pakaian ketat yang menutup seluruh bahagian auratnya, dalam masa yang sama, berdosa memakai pakaian begitu.
Beliau mengatakan :
"Pakaian ketat yang menyerlahkan bentuk badan wanita tidak boleh dipakai. Pakaian ketat tidak boleh dipakai baik oleh lelaki mahupun wanita, lebih-lebih lagi kaum wanita, kerana lebih banyak fitnah ada pada mereka.
Adapun hukum solat dengan memakai pakaian ketat, sekiranya ia menutupi bahagian aurat, maka solatnya SAH kerana adanya penutup aurat, namun berdosa orang yang solat dengan memakai pakaian ketat, kerana dia (seolah-olah) melanggar satu daripada peraturan solat dengan sebab ketatnya pakaian yang dipakainya itu. Ini dari satu sudut.
Dari sudut kedua pula, ia menarik pandangan, lebih-lebih lagi kaum wanita. Maka wajib bagi wanita memakai pakaian yang longgar sempurna menutup auratnya :
tidak menampakkan bentuk badannya, tidak menarik pandangan kepadanya, tidak nipis ataupun jarang, sebaliknya pakaian itu hendaklah menutup wanita itu dengan sempurna."
KESIMPULAN : HUKUM TELEKUNG LYCRA?
➡️ Sekiranya telekung lycra dipakai menyerlahkan susuk badan, maka hukumnya sama seperti pakaian ketat. Sah solat, tetapi makruh. Berdosa jika dipakai di hadapan lelaki ajnabi.
➡️ Sekiranya pakaian harian yang dipakai itu tebal, sehingga memakai telekung lycra pun tidak menampakkan susuk badan kerana sudah dilapisi pakaian tebal di dalamnya, ia tidak dikira sebagai ketat.
Pastikan pakaian yang kita pakai tidak menyerlahkan susuk badan, tidak kira apa jenis pun nama kain dan potongannya. Baik di dalam solat, mahupun di luar solat, apabila dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.
والله اعلم
Rujukan ringkas :
Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Abu Malik Kamal, Sahih Fiqh Sunnah
http://islamqa.info/ar/143733
http://islamqa.info/ar/46529
http://ar.m.wikipedia.org/wiki/قدم
Tulisan oleh :
Ustazah Nabilah Hasan
8 November 2014.
salam kenal..trm kasih kongsi info...
iryantyahamad.blogspot.com
baik pakai telekung cotton
thanks for sharing uzu...^_^
Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com
Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com
GOOD SHARING..ida tgk pd kain pun dh thu memang ikut bntuk..nama pun lycra memang getah ikut bdn
Perkongsian yg berani dan menarik! saya memang tak beli. beli untuk anak sahaja sbb comel tgk anak2 pakai selain merangsang semangat untuk mereka sbelajar solat.
bberapa kali rasa nak tegur saja org yg pakai. bila berjalan2 dalam masjid, memang menarik mata2 lelaki terutama yang berwarna terang. memang nampak bentuk betul. ada yang jarang, ada yg tebal. tp yang nipis memang semakin nampak bentuk dan alurnya.
samalah juga dgn yang berjubah. sudahlah singkat tudung/shawl, dah macam nampak 'semua'.
apa2 pendapat, ikut 5 syarat ibadah. jauhi fitnah. wanita memang senjata syaitan. jgn jadi salah satu dr senjatanya..
Ada beza tutup aurat dengan balut aurat..kdg2 xbole dgr pndpt ramai yg tak berpandukan alquran Dan hadith..mm skrg trend pkai jubah Lycra..sah2 npk susuk tubuh..kna hati2..mcm Tu jgk baju chiffon.. Jarang..wnita kna hati2 Dan alert..
ThX Uzu for this sharing. Tp suka penerangan dr Miss Vogue. Penuh dengan nas dan rujukan. Anyway, selamat berkenalan. Jemput ke blog saya http://linslyspys.blogspot.com
Tanpa dalil..sesungguhnya ilmu itu tidak lebih sekadar SAMPAH
If the lycra fabric is thick and does not stick to body then its ok for praying with such kind.
http://www.nurfiza.com
Post a comment