As-Salam
![]() |
gambar google je |
3x Ditahan Security Guard Semasa di IOI City Mall Semalam ! | Al-kisah semalam uzu dan kembar si fatin bella semalam pegi Ioi City Mall semalam . Sejak Ioi City Mall buka since beberapa minggu lalu, uzu tak berkesempatan pegi walaupun hostel ke Ioi City Mall tak sampai 10 minit je.
So semalam berkesempatan pegi. Wah besar eh Ioi City Mall ni . Ramai sangat orang. Parking penuh . Kedai banyak dah buka. Meriah sangat orang bershopping sakan termasuk uzu ngan aten ni lah.
Sekarang kat Ioi City Mall ada buat sale, lagi la sakan kami mencari something yang membuatkan kami kata "wow lawanyaaaaaa" .. Macam-macam sale ada. adoiii pokaiii la masuk situ terus. Dari satu tempat ke satu tempat.
Tiba-tiba bila nak keluar 1 kedai tu, alarm bunyi ."wiiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiii " . Buat selamber ja. Pastu terus jalan. tetiba ada orang sapa "akakkk. nak cek tag ni jap. Takut tag harga dia tak scan" . Pastu uzu suh dia cek. Eh tak berbunyi pun barang yang uzu beli.
Lepas tu, manager kat situ nak cek beg. Alahaiiiiiiii dalam hati uzu, apasal ni ?? Uzu ada curi barang ke? Ada orang sengaja masukkan barang ke? Ada orang letak syahbu ke? Allahhh panik ! Sebab apa? Ramai orang tengok weii. Dah lah dia cek kat pintu luar . Bukan kat dalam kedai. Bila uzu buka beg uzu, dalam tu ada camera DSLR dan purse je. Fuhhhhhh lega.. ingat ada ter-masuk barang diorang ke apa ke kan... Pastu manager kedai tu minta maaf . Minta maaf la sangat.. Memalukan betul hokay :(
Pastu sambung lagi ke kdai lain cari baju/seluar .. Ingat nak ke Tesco tapi tak jumpa-jumpa. Terlalu besar Ioi City Mall tu sampai pening . Pastu masuk lagi kedai ni. Nak tengok-tengok. Bila keluar , bunyiiiiiiii lagi.... " wiiiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiii wiiiiiiiiiiii" .. Adoi apa pula kali ni?
Tak nak kena tahan punya pasal, uzu masuk balik dan cari orang kedai kat situ. Tanya kenapa uzu masuk dan kleuar berbunyi. Fuhhh nasib baik dia kata "takda pape tu. u keluar aje" .. Pastu uzu keluar.
Pastu uzu rasa lega sangat sebab dah perasan alarm scan dia memang sensitif. Tapi tak taw la sensitif sebab apa.. Pastu sambuung lagi berjalan dan masuk kedai baju tu. Bila uzu keluar, bunyi lagi tuk kali ketiga dalam Ioi City Mall tu. Heyyyy sakit hati. Pastu security guard tahan. Dia cek beg uzu. Sekali lagi orang ramai pandang uzu macam uzu ni ada curi something. Allah gila betul lah Ioi City Mall ni.
Lepas tu, uzu pun terpaksa buka beg uzu nak bagi dia tengok, dia scan la benda apa dalam beg uzu. Dia ambik camera DSLR, dia scan, tak bunyi. Kedai baju takde jual DSLR, yang ko scan barang yang ko tak jual tu nape? Orang yang tengok tu kan dah salah faham, entah-entah diorang fikir uzu curi camera. Adudududuhhh tension uzu.. Pastu ada foreigner tu tegur, "ohh maybe your atm card" . Pastuu uzu ambik purse dan scan purse uzu. Haaaa bunyiiiiiiii ... Laaa betul lah kata foreigner tu. Kad atm sensitif dengan alarm scan pintu keluar masuk tu. Haiyoooo. Teruss pening.
Pastu uzu dengar bunyi banyak bunyi alarm kat Ioi City Mall semalam.. So uzu rasa, uzu bukan orang pertama yang kena. Mesti banyak lagi kena. Perkara memalukan tuk Ioi City Mall yang baru buka. First time datnag pastu kena pengalaman yang memalukan. Adoi..
Mohon lah pihak Ioi City Mall menyelesaikan masalah ni sebelum ramai lagi yang malu sebab kena tahan security guard . Uzu tak nak datang lagi Ioi City Mall buat masa ni. Masih malu lagi dengan kejadian semalam :(
Salam.
38 Sila Komen:
alahai kesiannya dia.. memanglah malu huhu
alaaahhh.. kesiaaannye.. Me pon pernah kena kat Watsons time square.. malu gile kot.. dah laa security rampai handbag kite mcm tu je.. xde sorry xde apa.. dalam bag dah laaa macam2 khazanah, termasuk lahh pad.. semorg tengok,.. malu gileeeeeerrrr.... =(
fuuuuuh memang memalukan kita je kan..dah tu wat kita gabra sabar je la
dah jadi tak seronok pulak kan?
Kesian adik. Hihi tp seyes ke ioi city mall best
Mcm nk p la
kad atm memang cam tu ke??
Kesiannya... nasib smlm pegi xjd pun gitu..
alahai kesian pulak uzu.. mmg malu tahap gaban bila berlaku benda2 macam tu.. nak2 kalau kita sorg lagi la parah kan!
Sumpah x pi dah
Aduh.. Kesian uzu. Mmg kita x salah tapi bila ditahan security guard tu di khalayak ramai, mmg malu la kita.. Even tak salah, tapi pandangan org yg melihat tu yg kita rasa lemah.. Adoi.. Mesti fobia nak gi lg.. Tp xpelah.. At least uzu dah tau yanh buat bunyi tu pasal atm card. Heee
adoii..blh plk mcm tu..huhu
kadang-kadang bila bawa banyak ic pun bunyik.. macam parents yang bawak ic anak-anak memang berbunyi alarm tu.. lagi satu, barang mahal kadang2 memang bunyik, contoh beg tgn berjenama.. kdg2 bunyi, tak taw tag tue dia letak kat mana. hihi. pnjg plak . sabar je laa kak ^^
sensitive sangat alarm....buat malu jer customer yang pergi...
pehh...mmg dugaan tu Uzu..sabau je la..akak pun pernah terkena kat parkson...cashier lupa keluarkan menda yg mcm button kat baju tu..sabau je la..nasib ada resit
alahai kes naya je uzu. hmm tak terpk plak atm card leh trigger alarm kan
adehhh nak tergelak pon ada uzu...hehehehehhe.....
alahai ciannya,..atm card pun boleh ke..susah la cmtu
paling tak suka kalau kena mcm ni, kesian kat awak kena sampai 3 kali. Saya pernah kena few times, selalunya mmg tak jumpa cari punca, hari ni baru tahu sebab atm card. terima kasih di atas perkongsian.
Kesian pulak Uzu. Boleh saman IOI ni.
Kak eyza pun pernah kena Uzu.. akak kena kat Watson.. bila keluar, berbunyi.. guard tahan.. malu giler time tu.. kena masuk dalam balik.. padahal semua barang dah scan. rupanya cashier tu lupa letak bag ke barang ntah kat 1 alat diaorang ni (mmg watson macam tu)...geramnya.. pastu, bila diaorang say sorry pun, hati akak ni still geram kut.. sebab malu... org yg tak tau citer mesti ingat akak curi barang.. sobs. sobs.. sobs.. pastu, akakterus dah x pergi Watson cawangan tu..
memang rasa malu..huhuhu sy pn pernah kena dkt watson n jgk dkt tesco...semua org tegok kita...wawawa
memang rasa malu..huhuhu sy pn pernah kena dkt watson n jgk dkt tesco...semua org tegok kita...wawawa
memang rasa malu..huhuhu sy pn pernah kena dkt watson n jgk dkt tesco...semua org tegok kita...wawawa
semalam baru pegi kat situ..dari midvalley trus ke sana..parking punyalah susah nak cari...huhu..
assalamualaikum uzu....mmg memalukan kalau perkara mcm ni terjadi...kita x buat salah tiba2 alarm berbunyi lepas tu beg kena cek dgn pengawal mmg geram la kn...
Assalamualaikum uzu.. Akak pun pernah kena mcm ni.tp time tu berdua dgn my sis.. So km xsure sp yg mnyebabkan sensor tu berbunyi.. Oh sekarang tau la dr ATM card blh effect bnyi sensor kedai.. Tp malu giler
kesian akak..
Letih la pak guard2 kat sana nanti asik nk buka handbag org :))
kenapa dia sensetip dgn kad atm. tak paham
Alahai pergi shopping dapat stress, ironi kan?
pernah jugak kena... kt tmpat org jual oleh2 d sepang huee... memalukan tul :')
Alahai.. Pengalaman sungguh tu.
Memang menyusahkan + memalukan.. tak sepatutnya perkara macam tu berlaku..
Ya Allah , kesiannya uzu... aihhh macam tkut je nak pegi sana >.<
Oh ingatkan scan tue berbunyi sebab uzu kurang ketinggian...
foreign lagi alert psal isu ini...
www.broframestone.com
sebab mesin atm jadi gitu??
Sy selalu kena mcm tu, byk kali pengimbas tu berbunyi, tertanya2 juga kenapa, oh rupanya kad atm ye, dlm dompet mmg byk kad pon
apa ya cara x nk bg dia bunyi?
Post a comment