✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, December 8, 2014

Langkawi International Tourism Awards 2013/2014


Langkawi International Tourism Awards 2013/2014 | As-Salam. Hari sabtu yang lalu, uzu berkesempatan ke LITA (Langkawi International Tourism Awards 2013/2014) yang bertempat di dotodtodtdot.

First time uzu dijemput sebagai Media untuk Langkawi International Tourism Awards 2013/2014 ni. Uzu tertanya-tanya, benda apa lah awards ni kan. Rupanya awards untuk hotel terbaik, homestay terbaik, macam-macam awards. Nanti uzu senaraikan.

Yang penting, Langkawi International Tourism Awards 2013/2014 dah macam Anugerah Juara Lagu. Sangat meriah dan betul-betul macam awards artis. Ada red carpet, ada persembahan nyanyian dan tarian dan banyak lagi yang menarik. Uzu teruja sangat-sangat sebab first time uzu tau ada awards yang melibatkan Tourism. Tak sangka ada awards-awards macam tu. So respon uzu memula tau, "wowwww bagus awards macam ni" ..

Ada 17 kategori yang dipertandingkan. Antaranya ialah Best Homestay, Best Duty Free Business, Best Tourism Attraction, Best Hotel Based Spa, Best Iconic Event, Best Taxi Driver, Best tour Operator, Best Geopark Community, Best Geopark Experience, Best Geopark Practices, Best F&B Outlet, Best Restaurant, Best 3 Star, Best 4 Star dan Best 5 Star.

Menarik tak tengok kategori-kategori yang ada? Hehe.. Semua top 3 calon-calon pemenang yang tersenarai, semua hebat-hebat belaka. Rasanya top 3 yang tersenarai memang susah nak pilih pemenang rasanya. Semua best-best ! Tapi cuma 1 pemenang je dipilih. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Nak tau tak sapa yang menang ? Heheheeh . Uzu excited bab ni sebab pemenang-pemenang memang patut menang :)


Best Homestay : Pn Aisyah Binti Ismail / Perumahan Keda, Langkawi
Best Duty Free Business : Skymall Duty Free Langkawi International Airport
Best Tourism Attraction : Langkawi Skycab
Best Hotel Based Spa : V Integrated Wellness & Botanical Spa, The Andaman
Best Iconic Event : Royal Langkawi International Regatta 2013
Best Taxi Driver : Encik Feisazudin Bin Abd Hadi
Best Tour Operator : Gerteknik Travel & Tour Sdn Bhd
Best Tourist Guide : En Irsyad Mobarak
Best Boat Operator : Naam Cruise Sdn Bhd
Best Geopark Community : KPSP Kilim
Best Geopark Experience : Four Season Resort Langkawi
Best Geopark Practices : The Frangipani Resort & Spa
Best F&B Outlet : The Gulai House, The Datai
Best Restaurant : Fish Farm Langkawi
Best 3 Star : The Frangipani resort & Spa
Best 4 Star : Casa Del Mar Langkawi
Best 5 Star : Four Season Resort Langkawi

Wahhh yang menang semua hebat-hebat belaka kan? Uzu pun rasa pemenang-pemenang ni memang layak menang. Apa pun, bagi yang tak bernasib baik, jangan sedih jangan mengalah, cuba lagi tahun depan okay ? 

Hihi. Seronok tengok anugerah macam ni. Kan best kalau setiap negeri ada anugerah macam ni. So setiap masa diorang akan bersemangat untuk tingkatkan kualiti dari semasa ke semasa agar Malaysia menjadi tumpuan pelancong untuk melancong ke negara kita. 

2 comments:

CT Humairah said...

seronoknya dapat join event macam ni.. nanti ajak kite skali k hihihiks..

Nadia Johari said...

baru tau ade anugerah macam ni

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com