✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, December 3, 2014

Saksikan Drama Seludup di Astro Prima Mulai 3 Dis 2014



Saksikan Drama Seludup di Astro Prima Mulai 3 Dis 2014 | Selupu sebuah drama baru dia astro prima yang diarahkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon yang menjayakan drama ini adalah seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip, drama ‘SELUDUP’ yang dinanti-nantikan oleh peminat drama televisyen tempatan dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.



  
Dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz.

“Astro sentiasa prihatin dengan kehendak penonton yang dahagakan hiburan berkualiti tinggi pada setiap masa dan ‘SELUDUP’ mempunyai kesemua formula yang kami anggap sesuai dan menarik untuk tatapan peminat setia drama tempatan. Saya percaya naskhah terbaru Jehan ini bakal diminati ramai dan mesej yang ditampilkan juga akan berjaya disampaikan dengan baik kepada masyarakat Malaysia” kata Cik Farah Zainul, Pengurus Saluran Astro Prima di tayangan perdana drama tersebut di TGV One Utama, Kuala Lumpur.

Ia berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia  bertekad  untuk  menghalang  gejala  ini,  dan  menyelamatkan  kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.

Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya.  Saya  percaya  drama  ini  akan  membuka  lembaran  baru  dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”. 

Untuk  maklumat  lanjut  mengenai  ‘Seludup’,  sila  layari  laman  FB  Seludup  di www.facebook.com/seludup dan ig seludup @seludup

1 comment:

mama amir said...

Esok la kan startnya...macam menarik ni

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com