✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, December 31, 2014

Testimoni Produk Glamoskin Dari Legacy Secret

As-Salam

Testimoni Produk Glamoskin Dari Legacy Secret | Haii semuaa.. hurm rasanya ni hari terakhir 2014, ni juga mungkin entry terakhir uzu tuk 2014. So entry terakhir uzu tuk tahun ni , uzu nak cerita pasal produk yang selesaikan masa jerawat uzu yang mana jerawat datang tetiba jeee ! Haa sengal!

Al-kisahnye hari tu,ada event dan uzu seharian pakai mekap. Pastu pakai mekap campur-campur tau. Keesokan harinya, uzu bangun tidur, bila tengok cermin, ya allah dah macam langsuir dah muka. Naik jerawat pasir kat 1 muka. Uzu pun jadi gelabah. Apasal tetiba ni kan.. Cuak lah uzu oi !
Lepas tu, uzu try lah guna produk baru ni, Glamoskin. Baru lagi produk ni , mesti ramai yang tak tahu lagi. Uzu pun baru try. So ini lah testimoni uzu sendiri. Uzu pakai 1 set ni. Dah beberapa minggu dah guna. Dalam 1 set ni ada 2 jenis cleanser. Dua2 jenis tuk putihkan kulit dan untuk membersih kulit.

Gel uzu guna siang dan malam, pencuci pula, bila rasa nak cuci muka, uzu guna pencuci Glamoskin ni lah. Teganggg rasa muka lepas pakai. Muka uzu pun lembut je bila dah guna beberapa minggu ni.
Masalah jerawat yang macam kat gambar kat atas tu, dah hilang. Tinggal bekas-bekas jerawat je. Eye bag pun semakin menipis. Huh ! Kalau nak banding eyebag uzu zaman study, erkkkk kemain tebal. Sekarang ni kekadang banyak ker ja blog, terpaksa bersengkang mata nak menyiapkan. Lagi la eyebag bermaharajalela. Haa sekarang ni dah kurang sikit2 dah. Alhamdulillah..

Kelebihan :
• Collagen Gell pertama di Malaysia sebagai alternative penggunaan cream
• Menggunakan teknologi Korea yang canggih dan formula terbaru dalam kosmetik Niacinamide PC buatan Korea .
• Membaiki DNA kulit
• Mengawal Minyak
• Mengecilkan liang Pori
• Memutihkan
• Menghilangkan Pigmentasi
• Kesan seawal 4 minggu
• Harga mampu milik berbanding jenama lain dengan kesan standing jenama antarabangsa yang lain. 
• Mencegah kesan buruk sinar UV matahari pada kulit.
• Pemakaian jangka panjang hingga 6 bulan keatas menunjukkan kulit wajah kelihatan lebih muda         4-6 tahun dari usia sebenarnya.

So, buat masa ni, uzu suka pakai Glamoskin. Kalau nak tau pasal Glamoskin, boleh baca entry uzu ni ye, Glamoskin . Ianya di jamin halal. Jangan risau k? OK lah uzu nak lunch. Salam !!

1 comment:

fazianbatrisyia said...

sihat dah kulit...bagus ni

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com