Hadiah Special Untukku Dari Pelakon Raja Ema

As-Salam


Hadiah Special Untukku Dari Pelakon Raja Ema | Wahh bila dapat hadiah ni, memang tersenyum dah hati girang. Mana tak nya.. Pelakon kot tu ! Haaa ...

Hari tu lagi kak Raja Ema ni bagi hadiah. Nak tau apa? Hahaha dia bagi baju tidur tau ! Ianya salah satu dari koleksi yang ada di online shop @rajaemasleepwearcollection sendiri..Ingatkan dah senyap dari industri hiburan tapi sebenarnya menjalan bisnes baju tidur..


Tapi kan, nak kata hadiah? Takde lah hadiah. Memang dia bagi beberapa blogger masa kat Sidang Media OMG Fest hari tu.

Time waktu uzu taip entry ni, kebetulan pakai baju tidur dari kak Raja Ema ni. Selesa juga. Jenis kain satin . Warna pun ceria. Hehe. Apa pun thank you kak Raja Ema !! Semoa bisnes running smoothly :)

Cara Hilangkan Sunburn Kat Muka

As-Salam

Cara Hilangkan Sunburn Kat Muka | Sejak sebulan ni, hujung minggu uzu terisi dengan aktiviti yang terdedah di luar, contohnya macam p memancing udang seharian, Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari kat Melaka dan yg paling latest p Uss . Mau tak kena sunburn? Sampai muka uzu pun penuh jerawat pasir 1 muka. Ngeri uzu tengok  ! Sampai nak p jumpa doktor tau !

Pastu uzu google lah camna nak hilangkan sunburn tapi yang keluar semua petua-petua lama. Kunyit lah, itu lah ini lah.ubi kentang la, timun lah, yogurt lah, tomato lah, mayonis lah. Hmm kat hostel ni mana nak cari? Baik beli produk je !

So last sekali , kak Ruby.my suggest produk ni,  Aloe Vera 100% Gel yang mana sesuai tuk muka sunburn. So uzu pun pakai lah. Fuhhh sejuk muka beb..


Lepas pakai tu, jerawat pasir yang memenuhi 1 muka pun dah hampir surut, cuma kesan sunburn tu slow-slow dia  hilang. Ok lah tu. Daripada takde kan? Siapa yang muka dah hitam gelap gelita tu serupa punggung kuali tu, boleh  lah try. InsyaAllah berkesan. As-Salam.


Majlis Pernikahan Pelakon Comel Fiffy Natasya

As-Salam

Majlis Pernikahan Pelakon Comel Fiffy Natasya | Tahniah kepada Fiffy sebab dah nikah dah jadi isteri orang. Uzu memang minat dia ni. Comel je. Suami dia namnya Muslim. Alhamdulillah. Semoag berkat perkahwinan ini. 








Sumber gambar.

Tips Tingkat Traffic Blog

As-Salam

Tips Tingkat Traffic Blog | Hari ni uzu nak share sikit camna nak tingkatkan trafic blog kita.. Benda ni berkesan tau ! Ada trafic masuk melalui benda ni..

Caranya mudah je, rajinkan ping entry u all kat Edisi.Blog ni. Haaaa baru tau benda ni. Edisi.Blog ni application kat henpon. Yang ada henpon samsung tu, boleh lah install kat Play Store and search "edisi blog" . Logo dia bulat kaler grey and pakai spek. Tuk iphone takde buat masa ni..

Memang berkesan tau application ni. Nak ping entry terbaru? Haaaa tak payah nak susah2 dah.. Semua di hujung cari ! Just tekan Ping je !


Bukan takat ping entry je, nak baca blog pun boleh kat situ ! So senang nak blogwalking ! So kalau nak tau lebih lanjut pasal apps Edisi Blog ni, boleh terjah entry ini  !


Percutian Bajet Universal Studio Singapore Bersama Blogger

As-Salam

Trip Ke Universal Studio Singapore  Bersama Blogger | Ni kali yang kedua p Uss. Kali ni ngan Tya Salmid. Blogger kecik molek yang berasal dari Bangsar, KL. Tya ni blogger paling rapat ngan uzu kat sini. Hobi sama sebab kaki travel !













Ni uzu dapat harga tiket murah ke uss RM272 masuk Tiket USS+ Hotel 1 Night + Tiket bas masuk Singapore ! Dari KL kami gerak nek keta.  Sesiapa yang nak p USS , uzu syorkan stay kat Tune Hotel Danga Bay dan situ ada ofis pakej ke USS sekali ngan bas masuk USS. Kalau nak masuk guna keta, sangat leceh. better naik bas.

So memang have fun lah kali ni sebab ada geng ! Semua benda kami try dalam ni. Hari tu tak try semua lagi. Ok lah, sebelum nak p USS tu, bacalah tips-tips sebelum nak masuk ke USS, benda apa nak bawa, boleh baca sini Tips Sebelum Ke Universal Studio Singapore dan boleh baca juga uzu ke USS tu kali pertaa, boleh baca sini Trip Ke USS Part #1

Panik Bila Hampir Di Samun !

As-Salam

Panik Bila Hampir Di Samun ! | Nak dijadikan cerita, uzu ni tengah drive dari Melaka nak ke hostel. So uzu masuk lah laluan ke Bangi & Kajang kan. Tapi tersesat jalan la pulak mungkin tengah malam tak nampak jalan yang gelap.

So uzu berhenti kejap kat tepi depan dengan shop lot area Kajang.. Konon nak on waze. Eh tapi tenet habis kuota pulak. Pastu give up tak tau jalan, uzu suh kawan uzu lagi ganti mandu..

"weii hang la drive"

"haaa buka pintu"

uzu pun buka pintu.. pastu , baru nak buka pintu sikit, kawan uzu tu tetiba cakap camni..

"uzu. tutup pintu balik. tutup balik..pastu jalan"

dengan muka blur. tetiba pulak kan..tadi kata nak tukar mandu..

"jalan cepat!"

pastu uzu dengan perasaan panik pun sempat tengok lah sidemirror kiri kanan. uzu nampak 2 motor yang sedang menghala macam ready nak merompak. Dia punya usha tu lain macam.

Perghhhhh kawan uzu cakap, 2 motor tu dalam keadaan ready dah macam nak merompak. Ish ! panik gila uzu. Takut nak drive dalam keadaan macam tu..Uzu jalan je dengan hati dupdapdupdap.. Pastu kat traffic light, cepat2 tukar pemandu. Uzu tak sanggup dah ! tangan mengeletar , masih panik. takut tu masih ada.. sampai lah sekarang. 

hmm pengajarannya? 
  1. Jangan drive memalam bagi pompuan ye ! 
  2. Jangan jalan tempat gelap apatah lagi berhenti tempat sunyi
  3. At least kena ada lelaki teman .
  4. Tenet penting untuk waze !
Uzu bukan tak berhati-hati tadi, dah berhenti kat tempat ada lampu, tapi apasal lah mamat 2 ekor tu port dia kat situ. Huhh..Bayangkan kalau kawan uzu tak perasan dua mamat naik motor tadi? Apa jadi? Allahuakabar. Nauzubillahiminzaliq ! hmm . moga Allah jauhkan kami dari musibah. Amin.

Cara Bahagikan Masa Antara Blogger & Full Time Student

As-Salam

Cara Bahagikan Masa Antara Blogger & Full Time Student | Kat sini mesti ramai blogger yang bergelar student kan? Mesti ada blogger yang kerja sepenuh masa kan? Sama juga macam uzu. Uzu full time student degree dan uzu juga part time blogger. Tapi mesti ada yang selalu tengok uzu jalan ke situ, ke sini, ke sana kan? Haaaa tak mengganggu pelajaran ka?

Blogger ni tak mengganggu pelajaran ke?

Tengok jadual class korang dulu. Kalau macam uzu ni, 3 hari ja ada class dalam seminggu. Tu yang banyak masa dengan keluar je. Tapi kadang-kadang, class cansel, haaa lagi lah boleh p event semua. Jadual tu penting la tuk bahagikan masa.Jangan pula korang ponteng class semata-mata nak p event ! Haa yang tu salah tu. Niat nak study kena utamakan. Penat mak ayah hantar p belajar tinggi2 tau ! Betulkan niat.. Belajar dulu then event blogger hanya untuk sampingan je.

Macam mana uzu buat assignment? Ada masa ka?

Uzu buat assignment, thesis semua pada sebelah lewat malam, jam 1 2 3 4 5 pagi. Time tu ja uzu suka buat kerja ni. Buat kerja blog, buat kerja apa-apa lah. Tenang je rasa. Kerja pun cepat siap. Class uzu pun selalunya tengahari, petang, pagi pun ada juga. So nak bangun lambat pun takpa. Takda la mata panda datang class kan.

Ni antara soalan-soalan femes yang banyak disoal ole kawan-kawan dan blogger yang sekarang ni bergelar student. Kalau student IPTA memang susah sikit. Uzu ni student IPTS so, tak straight sangat. Haa sampai tu je lah tips-tips tuk blogger yang bergelar student. Amalkanlah kalau ianya bermanfaat untuk anda. Hihihi.

Emas Putih Di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam

As-Salam

Emas Putih Di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam | Hehehe ni la namanya laman seni. Hari tu uzu p laman seni kat Seri Kembangan, boleh baca entry ini . Tak banyak sangat macam kat laman seni seksyen 7 shah alam ni.  Yang kat seksyen 7 ni best gila ! Banyak juga 3d art ni tapi tak semua uzu snap. Nak snap gambar kat bawah ni pun berbaris tau ! crowded !













Kalau nak p laman seni seksyen 7 shah alam, bolehlah waze "jakel seksyen 7 shah alam" . Haa sebab sebelah tu je laman seni tu.So korang bila nak p? hihi


Senarai Laman Seni di Malaysia :

1. Belakang Food Court Seksyen 2 Shah Alam
2. Kawasan Seksyen 7 , area Nasi Lemak Cinta Sayang, berdekatan I-City Shah Alam
3. Artsmosphere , belakang Giant Seri Kembangan
4. Sekitar Georgetown
5. Depan Suria Sabah.


Menikmati Keindahan Colmar Bukit Tinggi Bersama Blogger

As-Salam

Menikmati Keindahan Colmar Bukit Tinggi Bersama Blogger | Inilah tempat yang uzu tersangat-sangat nak p start tahun lalu lagi. Tapi tunda punya tunda sampai dah setahun, haaa akhirnya, dapat pegi juga. Well said. Teruja gila uzu tengok keindahan colmar bukit tinggi ni. Serius ! Uzu p ngan Nina Sakinah, Tya Salmid & Mukmin. Kami berempat je.











Sebenarnya, ada beberapa tempat yang kami tak terpegi, boleh pula kami direct balik. Tapi lagipun time tu nak hujan. So sekejap ja kami jejalan area colmar ni. Macam USS tau ! Tapi USS 10x ganda besar dari tempat tu. Hihi apa pun, uzu sangat puas hati. Dapat pegi dengan geng-geng blogger. Happy bila dapat jejalan ni. Rasa macam nak p sekali lagi tau ! ok lah . As-Salam.


Al-Kisah Handphone Kesayangan Hampir Hilang !

As-Salam

Al-Kisah Handphone Kesayangan Hampir Hilang ! | Hmmm ni kes cuai lah ni. Asyik tinggal je barang. Minggu lalu masa kat Melaka, tertinggal beg . Nasib baik ada geng #kelabbloggerbenashaari ambik kan. Kalau tak? Bayangkan dalam beg tu, semua ada.. Handphone 2 biji, tab, powerbank, dompet, mekap dll . Perghhhh maunya menangis tak berlagu uzu seminggu.

Tapi, entahlah uzu ni.. Dulu dompet dah berapa kali hilang. Dah 3x buat ic. Surat beranak pun hilang juga . Tak tau kat mana hilang. Sampai sekarang tak jumpa.. Pastu tadi, handphone pulak!


Masa naik taxi nak otw balik, konon-konon nak snap gambar klcc lah dari jauh, nak update insta la kononnya, so cari la henpon ni. Cari punya cari, eh takda pulak ! Haaaa kan dah cuak. Henpon baru uzu kot. Gila tak cuak?

So nak suh taxi tu patah balik, mesti mahal kan, then terpaksa turun kat lrt berdekatan.. Pergh, nak call cousin , henpon maxis uzu takda kredit. Pastu uzu p cari topup. Pastu, nak topup lah, alamakkkk !!! takda bateri pulak. Gilaaaaa ! Apa nak buat ni.. Pastu cek powerbank, laa tinggal 1% je. Try cas juga lah henpon tu. Pastu call lah kawan minta tolong.

Nasib baik lah jumpa henpon tu kat hotel. Uzu dari hotel semalam. Ambik kazen kat KLIA dan hantar ke hotel berdekatan dengan tempat khursus dia di Insitut Perubatan. Hmm Cuak tau !! Tak senang duduk ! Sebab uzu takut ada cleaner masuk kemaskan bilik.. Fuh nasib baik lah jumpa balik henpon ni. So uzu balik dengan selamat tadi. Senang hati henpon dah balik.

So pengajarannya, jangan careless ! Check ur beloging before u leaving, make sure henpon selalu ada bateri, cas powerbank tu dan sediakan wang tunai tuk emergency. Jangan lupa save no kenalan u ols ye. Apa-apa jadi boleh minta tolong. Itu je lah pengajaran tuk hari ni. Salam..


Emas Putih Dalam Majalah Maskulin

As-Salam

Emas Putih Dalam Majalah Maskulin | Actually dari  3 hari lalu lagi ada yang bagitau muka uzu dalam majalah. Uzu tanya, majalah apa? Dia kata majalah maskulin. Ohh okay. Buat derk..

Tadi p kedai, baru teringat pasal maskulin tu, uzu pun cari la. Nasib baik ada. Tapi pelik la. Ni kan majalah kaum lelaki. Hahaha.





Ni trip memancing kat Perak hari tu. Artikel ni pun ada kat majalah umpan jugak. Hmm Apa pun tq kepada Mr.Jocko sebab beri peluang uzu p Perak hari tu. Ok lah. Tu je. Salam. Nak tido.zzzzz