Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

As-Salam


Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Hairan Sungguh Gua Kenapa Meatball Ikea Damansara Menjadi Perhatian Ramai !

As-Salam

Hairan Sungguh Gua Kenapa Meatball Ikea Damansara Menjadi Perhatian Ramai ! | Kakak aku hari tu datang dari Sabah, ada urusan kerja kat Putrajaya. So aku pun bawa dia jejalan.

Nak dijadikan cerita, dia beria-ia nak g Ikea tu. Uzu kan duduk Bangi.. Bangi ke Damansara gila jauh tapi uzu bawa juga.

Ingatkan nak p beli barang-barang rumah, rupanya nak p makan Meatball je ! Tapi uzu memang dah lama dengar yang Meatball Ikea memang terbaik dan sedap ..Sedap ke?


Bila uzu rasa, hmmm tak sedap pun. Biasa-biasa ja. Bila uzu rasa kali kedua, hmm not bad dan bila uzu habiskan sampai habisss, woww sedap gila ! Lain daripada yang lain.. 

Tak rugi lah uzu p rushingggg ke Ikea. Uzu sampai Ikea jam 9.15 Malam walhal Ikea tutup jam 9.30 malam. Tapi ramai juga yang makan kat situ even dah jam 10.30 malam.

Nak ke Ikea lagi. Sebab kambing bakar dia ya Allah, sedap gila-gila. Tak pernah rasa kambing sesedap itu ... ok lah. Lapar la pulakk . Nak breakfast ! Salam.

Waktu Operasi Ikea Damansara

Isnin - Khamis : 9.30 pagi - 10 malam
Jumaat - Ahad & Public Holiday : 9.30am - 11pm


Adakah Ketulan-Ketulan Ini Tanda-Tanda Kanser Payudara?

As-Salam

Adakah Ketulan-Ketulan Ini Tanda-Tanda Kanser Payudara? | Bila ada ketulan-ketulan kat payudara, mesti kita dah mindset kat kepala yang benda tu tanda kanser payudara. Tapi, betul ke?

"ada ketulan-ketulan spt biji guli kat payudara. Hari tu, 3 biji, sekarang dah 5 biji.. Hmm sakit dan bengkak pula"

Geng uzu kat Poli uzu mengadu dengan kami pasal ni. Dia dah lama rasa sakit dan bengkak. Yang peliknya, ketulan tu rasa macam cecair. Risau juga dibuatkan.


Hari tu dia dah p cek kat Klinik. Pastu klinik kata refer to Hospital Queen Elizebeth (HQE) , pastu kena suruh pegi Klinik UMS.. Hmm kesian dia.. Disebabkan kekurang pakar, maka dia terpaksa kesituuuuu kesini... Bayangkan kalau dia guna public transport je..?

Wahai perempuan, jangan segan silu cek payudara anda. Nak malu apa? Tak yah malu.. Kalau ada something pelik-pelik tu, pegi je cek. At least kita cek. Jangan dah bengkak baru nak g cek. Risau tau.

Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara
  • Perubahan rasa di payudara atau puting
  • Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
  • Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
  • Perubahan dilihat pada payudara atau puting
  • Perubahan saiz dan bentuk payudara
  • Puting payudara terperosok ke dalam
  • Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

So, kalau ada rasa pelik-pelik, terus cek ye. Jangan malu nak jumpa doktor. Kesihatan kita kena jaga. Tapi, jangan panik.. Tak semua ketulan tu tanda-tanda kanser payudara. So, itu makanya uzu suggest cek je. Kalau bukan , Alhamdulillah. Kalau ye? Cane?

Selamat memikir-mikirkan dan selamat beramal. As-Salam.


Peniaga Online Juga Dikenakan GST

As-Salam

Peniaga Online Juga Dikenakan GST | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dah keluarkan notis yang mana peniaga-peniaga yang berniaga secara online juga akan dikenakan GST . 


Dah lah blog pun dikenakan GST, peniaga online pun sama .So sesiapa peniaga yang kat pesbuk tu, kat insta tu kena bayar GST. Pihak diorang pun dah lakukan pemantauan.

Rupanya notis ni dari tahun 2013 lagi tapi peniaga online buat derk je. So nak tak nak kena bayar juga lah kan. Kalau gagal boleh dikenakan penalti sehingga RM5000.

Blog Juga Akan Dikenakan GST

As-Salam


Blog Juga Akan Dikenakan GST | Sebagai seorang blogger , uzu sangat terkejut dengan berita ni. Betul ke? Sahih ke tak berita ni.. Kalau betul macam mana? 

Merujuk kepada beberapa sumber, bermula 1 April 2015 GST akan dikenakan kena mana-mana blog yang menjana pendapat melaluinya..

Tapi jangan salah faham ye, bukan semua blog akan dikenakan GST, kemungkinan blog yang pasang innity atau adsense je yang dikenakan GST . Setakat blog macam uzu ni, tak letak apa-apa, alhamdulillah tak dikenakan GST.

So, korang tak perlu risau ye . Teruskan berblogging sebab itulah minat kita. Dari minat kita boleh hasilkan jana pendapatan sendiri tanpa GST. Caranya? Sewakan tapak banner kat orang lain ! Kan senang daripada tunggu earning yang tak sampai-sampai. Hihi.

Ok lah. Selamat malam semua. Uzu nak tido. As-salam


Sponser Untuk Official Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari

As-Salam


Sponser Untuk Official Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari | Pasti ramai yang tak tahu kan yang kami geng-geng blogger kelabbloggerbenashari akan mengadakan official photoshoot Ahad ni.

Alhamdulillah, uzu sangat terharu kepada sponser-sponser yang terlibat, seperti sponser studio, sponser makeup artist, sponser shawl dan baju -baju shoot . Terima kasih yang sudi bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari .

InsyaAllah, sebagai returnnya, sponser akan dapat 1 blogpost review dari blogger yang disponser dan kesemua sponser akan di tag oleh semua blogger yang terlibat dalam photoshoot ni kat media sosial.

Terima kasih banyak-banyak tau  yang sudi sponser tu. Hihi..Pada sesiapa yang nak sponser , sponser flower crown ke, sponser baju-baju ke, jubah ke, kasut lelaki perempuan ke dan macam-macam lagi, maksudnya yang berkaitan dengan shoot, boleh PM uzu kat pesbuk Emas Putih II . 

Tapi uzu nak yang dekat-dekat je, tak yah pos-pos sebab dah takde masa , Ahad ni 2 Nov we ols shoot . Kat Setapak . . hihi..last sekali, terima kasih pada yang menyokong kami selama ni. We love youu !

Instagram Anak Awal Ashaari & Scha Alyahya, Lara Alana

As-Salam


Instagram Anak Awal Ashaari & Scha Alyahya, Lara Alana | Lara Alana.. Serius lawa nama anak diorang ni. Dah la comel. Muka Lara macam ayahnya. Comel sangat

Uzu setiap malam akan stalk ig Lara Alana ni, rasa macam nak cubit je. Hihi. Bagi yang tak taw, Ig Lara Alana ni dah wujud masa Scha masih mengandung lagi. Tapi di private kan. hehe :)



 Sekali korang tengok muka kecomelan Lara Alana ni pasti jatuh cinta. Hehe terus rasa macma nak ada anak je. Hahaha :D ok nak kahwinnnnnnn .. !

p/s : Ig Lara Alana @lara.alana

Menikmati Pak John Steamboat Di Hujung Minggu

As-Salam

Menikmati Pak John Steamboat Di Hujung Minggu | Sabtu lalu, uzu dan kengkawan classmate dan si blogge kembar uzu si Fatin Bella ni, memilih ke Pak John Steamboat untuk menu makan malam.


Menu yang menarik pilihan kami berlima ialah, Set Buffet 4 Person . Set ni walaupun untuk 4 person tapi boleh serve untuk 5-6 orang. So jimat kat situ. 




Sup yang kami pilih ialah, Tomyam Soup , yang mana dah menjadi kebiasaan dan pilihan ramai. Ada juga sup lain iaitu, Curry Soup, Chicken Soup, Miso Soup dan Beef Bone Pepper Soup.








Yang kat bawah ni, menjadi perhatian uzu ! Smoke Duck Breast .. Tau tak apa benda tu? Ni sebahagian daripada itik. Makan itik tak? Jangan risau, itik halal dimakan. Sama juga dengan Smoke Duck Breast ni. Rasa dia sedap tau ,rasa macam hotdog.



Kenyang sangat kami menikmati makan malam Sabtu lalu. Rasa macam nak tambah lagi. Hehe. Sedap tak terhingga. Pilihan tepat untuk menu yang kami pilih. Nak datang lagi !

Pak John Steamboat yang uzu dan kawan-kawan makan malam tu kat Wangsa Walk. Alamat boleh rujuk kat bawah :

Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898


Bila Blog Emas Putih Tersenarai 10 Blog Pilihan

As-Salam

Bila Blog Emas Putih Tersenarai 10 Blog Pilihan | Pepagi tadi dah nampak entry ni tapi tak baca pun. Ni baru peluang nak baca. Terharu seketika..

Korang boleh baca full entry ini  . Btw thanks tau sebab update pasal ni. Blog uzu bukan ada apa pun. Biasa-bisa je. Kadang angin ribut, kadang pelangi menyinari. hihi :D

As-Salam. Uzu nak lunch :D


3 Hari Bergelap Tanpa Matahari Disahkan Oleh NASA Disember 2014 Tidak Benar !

As-Salam


3 Hari Bergelap Tanpa Matahari Disahkan Oleh NASA Disember 2014 Tidak Benar ! | Uzu baru baca blog froghodoh yang mana ada menyatakan NASA telah sahkan artikel kat bawah ni..

National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah mengesahkan bahawa tiga hari kegelapan akan melanda tahun ini pada 21, 22 dan 23 Disember kerana ribut solar.
Ketua NASA, Charles Bolden yang membuat pengumuman itu dan meminta semua orang untuk tetap tenang. Ini akan menjadi sejarah ribut matahari terbesar dalam tempoh 50 tahun yang lalu bagi tempoh 72 jam.

Kalau ada yang terbaca, atau tershare, MOHON JANGAN PERCAYA ye ! Tak sahih langsung dan uzu dah try cari kat laman web NASA dan media sosial  mereka, takda dinyatakan pun.


Beberapa Sebab Lelaki/Perempuan Itu Curang Dalam Hubungan

As-Salam


Beberapa Sebab Lelaki/Perempuan Itu Curang Dalam Hubungan | Nak kongsi pengalaman uzu sendiri dan gabungan pengalaman orang lain. Mana tau bantu korang tuk elak kes curang-curang ni.

1. Pasangan "busy" kalah perdana menteri :
Jangan ada di depan mata, so pasangan pun rasa sunyi. Pastu layan orang lain. Nak salahkan siapa?

2. Cinta jarak jauh : 
Ada bagusnya cinta jarak jauh dan ada juga buruknya. Kebanyakkan cinta jarak jauh berakhir dengan orang ketiga

3. Setia dikhianati : 
Kita dah setia tapi pasangan kita kantoi curang. Kita pun kesabaran dah tak boleh sabar dan diri tercabar bila setia dikhianati. Mungkin curang sebab nak balas dendam. "kau  boleh, aku pun boleh !"

4. Pasangan terlalu mengongkong : 
Ada kes nak wasap tanya assignment pun dengan classmate pun, pasangan rasa cemburu. Belum kahwin dah nak cemburu. Nak keluar pun , nak kena send gambar wasap setiap saat tuk tunjuk bukti. Terlalu mengongkong sampai pasangan rimas, lalu........ ? Curang senyap-senyap !

5. Bosan dengan cara bercinta yang hambar dan tak matang : 
Tak ambik berat tentang pasangan memasing, sampaikan pasangan ada di Australia pun dia tak taw. Pasangan yang tak matang pun, boleh membuatkan pasangan u ols rasa nak cari org lain..

6. Last sekali , cinta dah pudar : 
Bila cinta dah pudar, sayang nak lepaskan kekasih lama. Tapi takda rasa bersalah pula nak curang.

Ragam manusia. Lelaki atau perempuan semua sama ja. Sebab-sebab di atas hanyalah satu alasan.. Yang pasti Allah telah tentukan begitulah takdirnya. Kita hanya mampu belajar daripadanya :D Kan?



12 Bandar Di Malaysia Bakal Tenggelam

As-Salam

12 Bandar Di Malaysia Bakal Tenggelam | Memandangkan di Malaysia ni ada beberapa bandar yang terletak di kawasan rendah terutama bandar yang berhampiran pandai kemungkinan akan tenggelam di masa akan datang.


Paras air laut pula meningkat 10cm setiap tahun. Ni sumber dari Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai dari tahun 2004 sehingga awal tahun ni. 

Risau juga dengan Sabah ni, sebab kebanyakkan bandar berhampiran pandai . Menakutkan !

Vector Emas Putih Yang Sangat Memukau Hati ! Cantik Tak?

As-Salam

Vector Emas Putih Yang Sangat Memukau Hati ! Cantik Tak? | Dua hari lalu, uzu dapat photo private message kat instagram . Wowww ada orang bagi lukisan vector ni. 


Uzu pun tak kenal siapa dia, tetiba je bagi vector ni, tak minta permission.. Tapi uzu bukan nak marah pun.. Hihi :D

Apa pun ecik ceghap, tengkiuu sebab bersusah payah lukis vector. Cantik sangat .. Berbakat sungguh awak ni.. Nampak real muka saya. hihi .. Sebelum ni pun pernah dapat vector dar blogger merangkap sahabat baik dalam dunia blogging, Azhafizah.com , hasil vector dia pun uzu suka. Bukan tu je, semua hasil kerja dia uzu suka, kami punya cita rasa yang sama ! Hihi. Meh tengok vector ni.

Siapa yang berminat tu nak tempah ke, nak mintak free ke,  boleh lah terjah ig dia @ceghap :) . Apa komen korang tentang vector ni? Hihi.


Ramai Orang Kata Uzu Dan Blogger Fatin Bella Kembar ! Betul Ke ?

As-Salam

Ramai Orang Kata Uzu Dan Blogger Fatin Bella Kembar ! Betul Ke ? | Ni bukan hari ni je uzu dengar orang kata kami macam kembar, tapi lama dah.. Sejak Aten masuk #kelabbloggerbenashaari.

 


Ni baru jumpa Aten tadi. Kat AEON ! Ada yang kata, muka copypaste, ada yang kata adik beradik, ada yang kata sepupu, ada yang kata saudara mara, ada yang kata muka duplicate..ada yang kataaaaaa, apa-apalah ! Janji kami berdua "cun" . #ehh 

Sama tak? Sama tak ? Korang je boleh nilai sebab uzu tak boleh tengok.. sebab dah biasa tengok Aten. Komen anda pula? Komen lah.. komen lah.. komen lah.. Hihi :D

p/s : Terjah blog Fatin Bella jomm ! http://www.fatinbella.com/


Bila Adik Kandung Disangka Tomok !

As-Salam


Bila Adik Kandung Disangka Tomok ! | Tergelak uzu bila baca komen-komen kat DP pesbuk uzu. Ada yang cakap dia tunang uzu, macam dalam entry ni , ada yang cakap dia macam tomok! 

Macam tomok ke? Alahaii.. ce korang tengok apa yang diorang komen. Hehe :D


Tapi bila tengok sekali imbas, uzu akui memang macam Tomok sikit. Hahaha ok lah bangga 12 saat sambil hidung kembang ala siti sarah. Hahahahaha ok bai !


Yes ! I Dah Tunang Senyap-Senyap !

As-Salam


Yes ! I Dah Tunang Senyap-Senyap ! | Yes .. Uzu dah betunang. Maaflah tak jemput korang semua. Maklumlah, uzu amalkan prinsip sembunyikan pertunangan hebahkan perkahwinan.. Tu sebab lah tak bagitau korang..

Haa mesti ayat di atas ni yang u olls nak dengar kan? Hehehe. Uzu tak bertunang lagi lah.. Lama lagi. Tak rancang lagi.. Kehkehkeh mohon abang polis traffic yang tolong uzu malam tu datang meminang uzu please..kehkehkeh

Tapi kalau uzu bertunang pun, uzu akan bagitau kat pesbuk. Takde makna nak sorok-sorok. Gambar di atas ni, gambar masa raya lah pertama hari.. Tak caye? Boleh baca entry raya uzu ni. Hehehe :D

p/s : DP pesbuk uzu sekarang ni yang orang tertanya-tanya siapa. Percayalah ! Dia adik kandung sayaaaa ! Dia bukan lelaki misteri atau pun tunang saya. Jangan salah faham ! Hihi


Kisah Benar Jenazah Luka Dihiris Jin

As-Salam

Kisah Benar Jenazah Luka Dihiris Jin | Uzu kalau memalam ni suka baca kisah seram, kisah benar, malam ni uzu nak share lah cerita benar yang uzu dapat. Hm jom baca kisahnya di bawah.


Diceritakan oleh Ustaz Abdullah Abdul Talib

TIAP kali menjelangnya Hari Kebangsaan, saya mesti teringat pengalaman menguruskan satu jenazah lebih kurang lapan tahun lalu. Jenazah yang saya uruskan itu umumya dalam lingkungan 60-an. Apa yang menghairankan ialah tak macam jenazah-jenazah biasa yang pernah saya uruskan, jenazah itu ada luka luka di muka dan tangannya. Lukanya pula banyak, macam dihiris dengan benda-tajam. Macam mana boleh jadi macam itu?


Entahlah ... tapi saya rasa latar belakang Allahyarham boleh berikan jawapan. Pagi itu, masa orang tengah sibuk sambut merdeka, pergi berarak di padang, pasang bendera, tengok TV, salah seorang anak Allahyarham datang ke rumah saya dengan menunggang motosikal. Ketika itu hujan renyai.

"Ada apa Mat?" tanya saya. Saya memang kenal dengan anak Allahyarham itu, tapi tidaklah rapat sangat.

"Ayah saya meninggal dunia ustaz," katanya, perlahan. "Jadi saya nak minta ustaz tolong uruskan sebab orang yang uruskan jenazah di kampung kami tu ada hal. Ada yang balik kampung, anak kahwin, macam macam lagilah. Boleh ke ustaz?"
"Boleh ... boleh," jawab saya. "Kejap lagi saya datang."

Saya bersiap dan terus pergi ke rumah Allahyarham. Allahyarham meninggal dunia subuh dan nak dikebumikan sebelum asar, selepas anak dan saudara-mara dia sampai. Sebenarnya kematian Allahyarham tak mengejutkan saya sebab sebelum itu pun memang dia sudah sakit teruk.

Saya ni pula, kalau orang kampung sebelah minta tolong, saya akan tolong uruskan juga. Allahyarham pula memang saya kenal. Siapa Allahyarham? Yang itu akan saya ceritakan kemudian.

Apabila sampai tempat jenazah dibaringkan, saya tengok tubuh Allahyarham ditutup dengan kain. Orang kampung, anak-anak, saudara-mara dah ramai di situ. Yang baca surah Yasin lain, yang baca doa pun lain, yang menangis pun ada.

Selepas bacakan doa untuk Allahyarham, saya buka kain yang menutup mukanya. Subhanallah ... dalam sejarah 15 tahun saya menguruskan jenazah, inilah kali pertama saya bertemu dengan jenazah yang muka dan tangannya luka dihiris-hiris.
Lukanya ada tiga empat di kedua-dua tangan dan satu lagi di hidung. Yang peliknya luka tu nampak masih baru, macam luka semalam yang darahnya baru kering. Tapi tak ada bau.

Tapi kerja saya ni uruskan jenazah, jadi buatlah kerja sebaik yang boleh. Jadi saya dan beberapa pembantu pun uruskanlah jenazahnya. Kami cuci luka-luka tu sampai bersih. Anak-anak Allahyarham pun tolong sama.

Selain luka-luka, yang timbulkan pertanyaan kami ialah muka Allahyarham bercapuk-capuk, hitam, lebam, biru, merah, macam orang baru lepas bergaduh.
Kecuali luka-luka dan mukanya yang bercapuk-capuk, memang tak ada apa keanehan yang berlaku pada jenazahnya. Alhamdulillah, kami dapat selesaikan urusan itu hinggalah Allahyarham dikebumikan.

Tapi yang masih jadi tanda tanya pada saya, dan pada orang yang tengok jenazahnya, macam mana boleh ada luka dan muka Allahyarham menjadi lebam. Siapa yang tetak dia? Kalau nak dikatakan Allahyarham bergaduh dengan isterinya memang tak logik. Tak kanlah orang sedang sakit, nazak nak meninggal pun sempat lagi nak bergaduh dengan isterinya. Lagipula Allahyarham sudah tua, tengah nazak, tak kanlah isteri dia tergamak nak hiris tangannya.

Macam tu juga dengan capuk-capuk dan lebam-lebam di muka Allahyarham. Tak logik langsung kalau kita katakan semasa nazak itu Allahyarham bergaduh dengan isterinya, dan isterinya tumbuk muka dia sampai lebam.

Jadi macam mana boleh jadi macam itu? Memang susah saya nak jawab, tapi seperti yang saya katakan tadi, latar belakang Allahyarham kemungkinan besar ada kaitannya dengan apa yang berlaku itu.

Bukanlah nak burukkan Allahyarham, tapi mungkin cara hidupnya yang kurang elok boleh kita jadikan renungan. Allahyarham semasa mudanya kira paling nakal. Dia tak pukul orang tapi tak boleh tengok perempuan dahi licin. Semua nak digodanya, terutama-nya isteri orahg. Dia tak kira perempuan tu isteri kawan dia ke bukan, semua nak disapunya.

Sudahlah begitu, dia amalkan pula ilmu-ilmu tak baik. Saya dengar cerita dia ada menyimpan 'belaan'. Dengan ilmu yang diamalkannya itulah dia menganiaya orang. Dan yang jadi mangsa perbuatan jahatnya itu ialah lelaki yang sudah ada anak bini.
Apabila Allahyarham berkenan dengan isteri orang, maka dia buat ilmu untuk rosakkan kelelakian suaminya. Bukan seorang yang kena, ramai. Lepas seorang seorang dibuatnya. Apabila kelelakian sudah tak ada, isteri orang tu nak pergi mana? Dia pula pakai ilmu supaya dia nampak tampan. Maka mulalah suami isteri tak tenteram. Yang isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula tak puas hati dengan isteri. Lelaki itu pula senang hati sebab isteri-isteri orang yang dia aniaya itu mula suka kepadanya.

Ramai yang menjadi mangsanya. Tapi orang kam­pung, khususnya lelaki yang dianiayanya, tak dapat nak buat apa-apa. Tambahan pula Allahyarham ini ada belaannya sendiri. Jin ke syaitan wallahuaklam. Cerita dia amalkan ilmu-ilmu salah dan simpan belaan boleh dikatakan semua orang kampung tahu. Malah saya sendiri pernah menyaksikannya.

Pernah suatu malam, saya duduk atas kerusi malas. Ketika itu TV sudah d itutu p. tapi lampu tak padam lagi. Saya duduk termenung fikir macam-macam. Terfikir juga, "Eh ... kenapalah aku ni bodoh sangat. TV dah tutup, lampu dah padam, buat apalah aku duduk sorang-sorang atas kerusi tengah-tengah malam buta ni."

Masa sedang layan fikiran itu, tiba-tiba ekor mata saya macam temampak ada satu lembaga menyerupai lelaki itu lalu di belakang saya. Lembaga berkenaan berjalan laju, dari dinding sebelah sini dan tembus ke. dinding sebelah Sana. Hilang terus. Saya termenung. "Aku tidur ke sedar ni?" tanya saya seorang diri. Sebab ingatkan itu cuma perasaan saja, saya terus masuk ke bilik untuk tidur.

Tapi baru saja tidursekejap, tiba-tiba anak saya menjerit. "Kenapa?" tanya saya. "Wak datanglah ayah." Masa itu lelaki tadi masih hidup lagi.

Allah itu Maha Kekal. Kita ni cuma makhluk-Nya. Kuat mana pun kita, akhirnya mati juga. Selepas puas menganiaya orang, lelaki tadi mula nyanyuk.

Tak lama kemudian dia jatuh sakit. Lebih kurang setengah tahun dia sakit. Dan masa sakit-sakit itulah dia mula luka-luka. Siapa yang hiris badan dia siapa pun tak tahu. Tapi ia lebih kurang macam dibuat oleh seseorang yang marah sebab budinya tidak dibalas.

Saya difahamkan, sebelum Allahyarham meninggal dunia, dia sempat serahkan belaannya itu pada seseorang. Tapi sejak dia ambil belaan Allahyarham itu, sampai sekarang kehidupan orang berkenaan rosak. Puas berubat, sampai habis beribu-ribu ringgit, tapi semuanya tak berkesan. Macam-macam masalah datang hingga banyak kerjanya terabai sebab nak ikutkan kehendak benda itu sahaja.

Satu lagi kisah yang hampir sama iktibamya berlaku empat lima tahun lalu, pada seorang lelaki yang masih dalam lingkungan 30-an. Akibat mengamalkan ilmu-ilmu mengarut, lama-lama dia menjadi tak betul, tinggalkan kerja, anak isteri, jadi tak tentu arah.

Apabila fikiran sudah tak betul, dia hilangkan diri. Dekat dua minggu ibu bapanya cari, tapi tak juga jumpa.

Setelah puas mencari, akhirnya jumpa juga. Tapi masa itu dia sudah jadi arwah. Suatu malam, mayatnya dijumpai duduk tersandar atas pokok jelutung. Entah dah berapa hari dia meninggal dunia saya tak tau tapi masa kami jumpa itu mayatnya dah busuk dan berulat.

Sebab mayat sudah reput, pokok itu pula tinggi, maka orang kampung tak sanggup nak panjat dan turunkan mayat lelaki berkenaan. Fikir punya fikir, maka mereka terpaksa sewa kren.

Apa yang menyedihkan, apabila kren angkat saja mayat itu, kepalanya tercabut dan jaruh ke tanah. Selepas itu saya dan beberapa orang rakan uruskan jenazahnya hingga dikebumikan. Ulatnya cukup banyak, lebih kurang segantang. Sampai kain kapan jadi kuning.

Bagi saya, kedua-dua pengalaman itu banyak memberikan iktibar. Itulah yang jadi pada kita kalau hidup bertuankan benda-benda karut. Kalau kita susah atau ada apa-apa hajat, ber mohonlah kepada Allah, bukannya pada jin atau syaitan. Kalau hidup dengan membela jin dan syaitan, itulah jadinya. Mula-mula seronok tapi lama-kelamaan kita pula yang jadi hambanya.

Satu lagi, masa hidup ini janganlah kita menganiaya orang, cerai-beraikan suami isteri, runtuhkan rumah tangga orang lain. Besar dosanya. Semoga Allah ampun-kan saya dan Allahyarham.

Kecewa Dengan Sikap Sponser Giveaway Yang Tak Amanah

As-Salam



Kecewa Dengan Sikap Sponser Giveaway Yang Tak Amanah | Hmm uzu bengang sebenarnya dengan beberapa sponser giveaway . Bukan pertama kali ni..

Ada sponser beria nak sponser hadiah GA berbentuk barangan, so uzu pun kesian dengan sponser dan terima barangan sponser tu. Walhal, uzu lagi suka bila ada orang sponser cash je, senang nak transfer. 

Tapi bila uzu bagi rasa kesian ni kat beberapa sponser tu, diorang pulak yang tak amanah nak pos hadiah. Ada yang lambat pos. Saapai berbulan-bulan tak pos lagi. Sapa yang malu? Uzu juga yang buruk nama sebab pemenang asyik-asyik tnya, kenapa hadiah tak sampai2?

Dah berapa kali dah uzu pm bila nak post hadiah, asyik tangguh je.. Hmm nak marah salah, tak marah pun salah sebab uzu rasa naik angin lah dengan sponser camni.

Korang pun, lepas ni hati-hati dan pilih sponser tu elok-elok. Abaikan je kalau diorang akan cakap kita ni "pemilih" dalam pencarian sponser, Kita pilih pun untuk yang terbaik, untuk buat GA tu gempak kan?

Semoga berhati-hati eh lepas ni. Kalau ada pemenang GA uzu yang sebelum ni tak dapat lagi hadiah, mohon PM uzu directly kat pesbuk eh.. --> Emas Putih II . Terima kasih :)

Pengalaman Menyayat Hati Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih

As-Salam

Pengalaman Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih | Pernah tak korang dijemput untuk hadir majlis perkahwinan bekas kekasih u olls? Agak-agak korang p tak?

Hmm uzu pernah tau jadi kes macam ni. Beberapa tahun lalu. Uzu dah invitation directly from his mom and uzu pun terkejut. Macam tak caya. Lagi-lagi uzu ngan si dia hampir 3 tahun lebih kot..Adalah rasa cemburu. *krik*

Kalau korang lah, agak-agak korang p tak? Mesti ada yang tak nak p kan. Tapi uzu time tu, p juga majlis tu. uzu bawa kengkawan uzu ..

Nak dicarikan cerita.. bila uzu jejakkan kaki ke rumah tu, dari jauh lagi his mom nampak uzu. Uzu salam lah ngan dia dan dan dan dan..... mak si dia peluk uzu dan nangis teresak-esak.. Uzu pun time tu tetiba rasa berair mata, nangis juga masa tu.. Lepas tu, datang makcik dia.. makcik dia pun peluk uzu sambil nangis sama. *whats going on? Im ok lah*

Keesokkan harinya, uzu datang lagi sekali , yang ni time majlis resepsi. Uzu masuk ja rumah tu, semua pandang uzu. Mostly dalam tu, saudara mara si dia. Memang saudara mara dia kenal uzu.. Ada yang peluk uzu, ada yang cakap.. "eh datang juga kau" .."sabarlah uzu" .Dah kenapa nak cakap macam tu? Im ok lah ! Bukan dia yang tinggalkan uzu dulu, uzu yang tinggalkan dia. 

*gambar diatas sekadar hiasan. Ni waktu my BFF wedding*

Uzu masa tu siap bergambar dengan pengantin. Hahaha :D Buat rileks je.Semua tengok uzu je. Uzu abaikan je then buat slumber.. Uzu pose sambil senyum nampak gigi buat pose peaceee ^^v . Bergambar ngan pengantin, dalam diri riak berkata "cantik lagi aku dari bini kau #ehhh*

Macam tu lah ceritanya.. Satu pengalaman yang bodoh dan gila. Tak semua berani buat. Dan rasanya, biarlah ni kali terakhir uzu hadir majlis perkahwinan bekas kekasih.. 

Uzu nasihatkan, kalau bekas kekasih u ols invite wedding, jangan pegi tau ! Kita kena hormat pasangan pengantin dan keluarganya. Nanti hilang mood pengantin, kesian lak . Macam spoilkan mood hari bahagia mereka.. Kehkehkekeh. Kan? Korang pula macam mana? Ada pengalaman tak? Share lah. Hihi.


Uzu Diringi 2 Abang Polis Traffic. Apa Sudah Jadi?

As-Salam


Uzu Diringi 2 Abang Polis Traffic. Apa Sudah Jadi? | Malam selasa baru-baru ni, uzu g jejalan jumpa kakak yang dari Sabah datang sini. Ada keja katanya. So uzu luangkan masa sikit. Uzu nak balik dalam pukul 3 pagi lebih juga.

Nak dicarikan cerita, kalau area kl ni, uzu selalu guna waze, senang nak cari jalan balik kan. Tapi malam tu, henpon uzu habis bateri.. 

Pastu, beranikan diri drive ikut signboard, heyy pening uzu. 2 3 kali pusing tempat yang sama. At last uzu berhenti tepi jalan..

Tiba-tiba.. ada orang ketuk pintu cermin kereta. Terkejut juga kan. Ingatkan stranger gitu.. rupanya abang-abang polis traffic. Aishhh abang traffic ni nak apa.. *buka cermin kereta*

Abang traffic : kenapa dik?

Aku : sesat jalan bang

Abang traffic : adik nak p mana?

Aku : Uniten..

Abang traffic : ehh jauh dah ni dik, nak masuk kajang dah..

Aku : oh yeke.. Camna eh nak jalan ke Serdang?

Abang traffic : Adik kena buat u-turn ni tapi u-turn dia pelik sikit..

Aku : Pelik camna tu bang?

Abang traffic : Jalan bengkok2 sikit..

Aku : Alaaa yaka *buat muka sedih*

Abang traffic : Takpe la dik, biar abang hantar

Aku : okok .. *sambil senyum kambing*

Pastu abang traffic dan kawan dia pun iring dan guide uzu jalan yang betul. Hahaha rasa macam VIP pun ada masa tu. Nak je ambik gambar tapi memandangkan gelap dan low bateri, x dapat lah uzu merakamkan detik-detik terharu tu..

Dengan bantuan abang-abang polis trafic, maka uzu pun selamat sampai ke hostel. Hihi. Abang tu hensem gila kot.. Fall in love.. *gatai*

Abang polis traffic, saya harap abang baca lah entry ni, kalau abang baca, saya berterima kasih dengan abang sebab jalankan tugas dengan baik ! Salute !!


Buku Patah Sesuai Untuk Orang Yang Putus Cinta

As-Salam


Buku Patah Sesuai Untuk Orang Yang Putus Cinta | Dah lama sampai buku ni, tapi baru ada masa nak review. Uzu tertarik nak beli buku ni sebab masa uzu jatuh/patah , uzu suka layan ayat-ayat pendek atau puisi pendek #bicarasamaawan . Selalu cari hashtag tu kat ig. Bila uzu baca semua post-post dari ig @bsa_awan ni, uzu rasa melekat di hari, terkena di jiwa. Kebenaran ada di setiap kata-katanya.

Dalam buku patah ni, ada 40 cerita pendek tentang orang yang diabaikan perasaannya, cinta tentang rindu tak dibalas,kisah tentang merasakan dirinya sendirian sedangkan dunia adalah kebahagiaan.

Itulah keunikan buku patah, setiap cerita, setiap kata yang tertulis semua uzu "iya" kan sebab buku ni rasa terluah dari jiwa penulis.

Kagum uzu ada penulis macam ni. Dulu , uzu suka baca puisi pendek seksi ovari, best. Penulisnya, anak kepada menteri apa ntah. Lupaa. Hisyamuddin kot. Kalau nak baca, cari hasgtag #seksiovari .

Uzu bagi 5/5 bintang untuk buku patah. Uzu beli RM30 je masuk postage. Dalam buku tu siap ada tandatangan si penulis lagi. Tapi, siapa yang nak beli borong-10 naskhah, boleh dapat harga RM17 senaskhah. murah kan? hehe. 

Pada yang berminat boleh PM Bicara Sama Awan kat pesbuk . Selamat membeli dan selamat membaca. Pasti nak baca berkali-kali ! Hihi ^^v






Ber"boyfriend"kan Lelaki Yang Berumur Dan Tua Bangka

As-Salam

Ber"boyfriend"kan Lelaki Yang Berumur Dan Tua Bangka | Cinta itu buta atau kita yang buta kerana cinta? Hehehe. Walaupun tua, tetap sayang, nama pun cinta *buerk*

Masa uzu dalam teksi, abang teksi ni tetiba tanya uzu.. camni..

Abang Teksi : dik.. ada boyfriend tak?

Uzu : Takda..

Abang Teksi : ohh yeke??

Uzu : Betui lah..

Abang Teksi : Bukan apa, sekarang ni student suka cari lelaki tua. yang dah berumur. 

Uzu : ehhh takda lah. Tu cerita dalam TV je tu...

Abang Teksi : Betul lah dik.. Realiti ni.

Uzu : Tak pernah lagi jumpa orang macam tu. Sebab kawan-kawan saya pun semua baik-baik.*walhal pernah*

Abang Teksi : Bagus lah tu

Lepas tu, terfikir kes kawan sendiri, cari pakwe tua semata-mata nak sara hidup, semata-mata nak duit je. Lepas tu, enjoy sambil belajar.Bawa kereta mewah kat class.. Tapi tak kekal pun benda tu..

Tapi, Alhamdulillah, nasib tak pernah jadi kat diri sendiri. Tapi kalau berjodoh dengan lelaki berumur, yang tu sejauh mana kita lariii pun, akan jumpa balik.

So, kita tak boleh nak kata orang sangat, kang kena diri sendiri. Kalau nampak kawan-kawan yang macam tu, diam je. Biarkan mereka dengan hidup mereka, kita ngan hidup kita.. kan kan kan. Aman dan sentosa gitu.. hihi Oklah Salam.


Berniaga Sambil Menderma Di OMG Fest 2014 #2

As-Salam


Berniaga Sambil Menderma Di OMG Fest 2014 #2 | Sebut je OMG Fest pasti ramai yang tahu kan ianya 1 program yang berkait rapat dengan aktiviti amal. 

OMG Fest 2014 kali ini berkerjasama dengan Intekma Resort & Convention Center yang mana OMG Fest yang bakal diadakan pada 22-24 Oktober 2014 dari jam 10 pagi sehingga 9 malam yang bertempat di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort.


OMG Fest 2014 kali ni menghimpunkan 10 artis terkenal dan sebanyak 100 tapak niaga dibuat untuk mengumpul dana buat Palestin.

Artis yang terlibat seperti, Nora Danish, Mawar Rasyid, Catriona Rose, Aida Khalida, Arja Lee dan ramai lagi.

Selain itu, MyNexa.my juga sebagai penaja utama akan memberi hosting setiap peniaga online yang terlibat.

OMG Fest atau singkatannya, " Oh Must Go Festival " juga akan berada di bandar utama bermula di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kelantan dan berakhir di Kuala Lumpur untuk mempromosi acara ni.

Siapa yang berminat boleh menghubungi pihak OMGFest Ventures di talian 011-26261656 (Daz)/0192796275(Liza) dan boleh emel ke enquiry@omgfest.my atau boleh terjah web www.omgfest.my .

Jatuh Cinta Pada Abang Ipar

As-salam

Jatuh Cinta Pada Abang Ipar | Pepagi lagi uzu dah belek buku Dara.com kat ofis. Mentelaah setiap helaian mukasurat dan terjumpa artikel kisah benar ni..

Kisahnya pasal adik ni jatuh cinta dengan abang ipar sendiri. Disebabkan kengkangan masa kakak dia yang bekerja sebagai doktor, so adik ni lebih luangkan masa dengan abang ipar dia.

Makan minum , cuci baju, tengok wayang, berbual dan macam2 aktiviti diorang buat bersama. Ada saja adik ni nak minta pertolongan dan perhatian.

Tapi abg ipar dia tak taw pun pasal perasaan cinta adik dia ni sebab abang ipar dah anggap adik ni macam adik sendiri. 

Makin hari makin adik ni goda abang ipar dia. Aishhh gila sungguh la baca cerita ni. Sampai kakak dia mengandung pun dia rasa cemburu gila. Aduii khianati kakak sendiri ..

Uzu tak terkejut baca cerita ni sebab memang ada berlaku, tapi kes ni lain sikit, kahwin dengan adik ipar tapi suami perempuan tu meninggal. Yang tu takpe lah kan tapi mesti memula tu banyak yang pandang serong.

Apa pun, harap cerita diatas ni berakhir dengan baik dan berakhir dengan tiada sapa pun terluka. InsyaAllah..Amin.

Pengalaman Pertama Video Shooting Bersama Philips

As- Salam

Pengalaman  Pertama Video Shooting Bersama Philips | Wow ! First time tau uzu video shoot ni. Tak sangka pula dapat pengalaman macam ni. 


Pepagi buta jam 8 pagi kami dah terpacak kat Munakata,Putrajaya seperti yang dijanjikan.



Kat atas ni we ols satu group. Hihi. Lawanya baju kami. Tema kami hari ni ialah muslimah moden. Haha :D

Agak2 uzu boleh buat tak? Hihi. Dah la kat kelas buat presentation pun mcm baca buku teks, apatah lagi nak cakap dalam video shoot. Tapi uzu try yang terbaik, try jadi spontan dan try tak gugup..Hasilnya??? So kena tunggu...hihi..


Ok jam 2 petang, kami baru selesai videoshoot .. Uzu rasa sangat penat dan mengantuk. Group lain pula, masih lagi rolling.. Hihi. 

Apapun, thanks kak Ruby, thanks Philips sebab beri peluang tuk kami sebagai blogger ni tuk mencuba, menyentuh dan merasai sendiri keunikan Philips Visa Cure ni. Terima kasih sangat2. Memang nak kena p beli ni ! U ols pun kena beli tau ! Serius best! Tunggu la reviewnya nnt :)

Oklah. Uzu nak rehat. Assalamualaikum.

Bila Emas Putih Layan Karaoke 3 Jam !

As-Salam

Bila Emas Putih Layan Karaoke 3 Jam ! | Hahahaha uzu pun tak taw apa yang merasuk dihati.. Lepas tak memalukan diri karoks depan geng #kelabbloggerbenashaari masa Family Day kat Melaka hari tu, uzu start dari tu dah gila karoks ! *jengg*

Tadi pun dah kami menghabiskan masa hari ni kat karoks je. Bayangkanlah 3 jam tu, uzu tak rasa puas. Hahahaha . Gila tak? Haaaa memang gila. Tapi stress pun hilang !


Hehehe. Tya Salmid ada upload viode ull we olss layan karoks tau, boleh lah terjah facebook dia, SINI . first time pula bagi dengar suara sumbang ke public. Tya la ni nak rekod ! grgrgr. Layan je lah. Hahahaha :D bye Salam


Shawl Sequin Yang Menawan Hatikuuuu !

As-Salam

Shawl Sequin Yang Menawan Hatikuuuu ! | Yeahhh sampai juga shawl sequin uzu ni. Lama tau uzu tunggu. Hehehe. Sekarang ni kan zaman sequin-sequin. So uzu pun tak nak la ketinggalan zaman kan so memang akan beli punya. Pencinta shawl lah katakan ! Lagi-lagi shawl pink !



Baru sampai tadi pagi, terus pakai p Press Conference kat Shah Alam. Tak sempat nak basuh, ish ish ish betapa gelojohnya uzu. Hahaha :D 

Sebelum ni kan, uzu pernah beli shawl sequin tau kat downtown mines, RM15 je tapi tapi tapi kan, sequin jenis yang murah la. Standart ngan harga.. Pastu jenis kain dia pun tak berapa nak elok. 

So, uzu try beli lagi sekali. Walaupun harga shawl ni terlalu mengancam , namun yang demikian uzu tau qualiti mesti the best punya dan alhamdulillah, uzu sangat berpuas hati. Sebab apa? Jahitan pun kemas . Senang nak bentuk, selesa dan cun melecun.. Rasa macam nak order lagi tapi tunggu kaya sikit :D

Ok lah, kepada mereka-mereka yang berminat bolehlah terjah ig @needlecoutureyuntouch atau direct PM Kak Yun eh :D Selamat membeli belah .. Assalamualaikum