Bila Camera Depan Handphone Ku Menjadi Pujaan Ramai

 As-Salam

 

Bila Camera Depan Handphone Ku Menjadi Pujaan Ramai | Actually dah banyak rang puji camera uzu ni. Uzu pakai fon apa? Lawa lah... Uzu... Nak pinjam

"uzu pakai camera apa? Lawa lah"
"uzu .. pinjam fon jap, fon kau je lawa kat sini"
"kak uzu guna camera depan ke camera belakang?"
"memang lawa eh lenovo ni?" - siti saerah (artis)
"cantik lah camera awak"- siti saida (artis)

Dan banyak lagi sebenarnya. Tak sempat nak print screen komen-komen pasal camera henpon uzu ni. Tapi memang banyak yang puji. Lagi-lagi orang tu selfie sendiri guna fon uzu. Pastu mula lah banyak gambar selfie diorang kat album uzu. Hahahaha :D

Ni antara hasil camera depan tanpa edit ok.



Uzu guna henpon Lenovo K910 , camera depan 5mb, camera belakang 13mb, harga RM1300 je. Tak murah tak mahal. Uzu memang kaki selfie dan kaki blog, so fon ni memang sesuai :)

 

Jam Couple Murah, Kualiti Terbaik Menjadi Pilihan Ku !

As-Salam

Jam Couple Murah, Kualiti Terbaik Menjadi Pilihan Ku ! | Haaaa mesti ramai korang-korang semua yang ada pakwe makwe, kekasih hati atau pun suami isteri.  Kan? Kekadang bila tengah hangat bercinta ni, semua benda nak pakai sama, baju sama, kasut sama, jam tangan sama. Bajet-bajet romantik..  Tapi tak salah kan ? So sweet gitu :D

ok ni uzu nak suggest lah kat korang, kalau nak cari hadiah yang so sweet untuk pasangan, bolehlah beli jam. Yelahhh. jam ni selalu kita pakai. Tak kiraaaa pun kita g mana. Kan? Betul tak?

Jam Fossil


Jam ni , jam fossil tau. Simpel je kan design dia. Kekadang ada yang suka jam corak-corak, ada juga yang suka beli jenis simple macam ni termasuk uzu sendiri suka pakai simple-simple so pakai ngan baju apa pun masuk.

So , kalau tak nak pakai kapel-kapel, bagi lah jam macam kat bawah ni. Tuk abah ke, adik ke, abang ke, suami atau kekasih hati ke. Jam ni sesuai lah tuk hadiah birthday, hadiah ulang tahun, hadiah naik pangkat, atau pun apa-apa je lah. Lawa kot jam ni. Nak beli juga tuk suami nanti..Hihi :D

Jam Nixon

  

Kalau jam untuk perempuan pula, mungkin boleh pilih jam cam ni.. Asyik-asyik dapat bunga je. Alaa bunga boleeh layu. hihi. Kalau tak mampu beli iphone6 tuk suprise kepada perempuan, boleh je beli jam ni. Jam ni lawa apa. Uzu pun sukaa. Suka kaler pink tu haaa. Ada nak bagi tak? hihi :D

Jam Tissot
 
 

Omaigadddd ! Lawa sungguh lah jam kat atas ni. Dah la murah, kualiti di jamin terbaik ok! rugi tak beli kat sini. Sebab apa? Sebab sekarang ni ada HARGA PROMOSI sempena gaji ni !! Harga runtuh !! Haaa meh meh meh jom terjah page ni Jam Murah Kualiti Terbaik atau wasap/sms 012-9436771 . Uzu pun nak beli untuk kekasih hati ni. Nak beli tuk ayahhh tersayang :D hihi. Bye Salam





Cara Mudah Cantikkan Dinding Rumah Anda Dengan Stencils

As-Salam


Cara Mudah Cantikkan Dinding Rumah Anda Dengan Stencils | Pernah dengar stencil tak? Mungkin ada yang tak pernah dengar stencil ni , mungkin ada yang pernah. Ok lah nak explain sikit.

Stencils ni macam sejenis plastik yang berfungsi tuk mencantikkan dinding rumah atau dinding kat ofis atau pun dinding kat mana-mana je lah, haaaaa stencil ni actually teknik tekap dan cat yang mana teknik yang sangat mudah nak cantikkan dinding. Bukan setakat dinding je tau, ceiling pun boleh.

Actually ni macam kita letak wallpaper dinding tapi sebenarnya bukan. Yang ni kita boleh pakai banyak kali . Sebab boleh guna semula. Kan dah jimat kat situ.

Ok lah nak beza sikit, kalau kita pakai wallpaper kat dinding kan, kita kena kopek kan kalau dah tak nak pakai? Haaa yang stensil ni sangat mudah, tak yah kopek-kopek dah, kita just cat semula.

Stencil ni boleh DIY tau, mudah dan murah sangat-sangat. Boleh tengok kat laman web ni https://www.facebook.com/paintingurmindattraction/photos_stream , ada pelbagai design dan corak stensil. Mesti korang berkenan.. Uzu pun berkenan sangat oii !





Tapi kalau korang rasa , korang takde masa nak cat-cat bagai, so bolehlah ambik servis stencil ni. Tak murah dan tak mahal ok. Sedang-sedang je :)

Harga Servis Stencils
Harga servis RM300 hingga ke RM650.  Area KL dan Selangor kena minimum 100 kaki. Kalau luar kawasan, diwajibkan ambik pakej  2 3 wall.

Berminat?
Email: reza696.wallmakeover@gmail.com
Phone: 0102760309
Address: 1-2-14 blok c diamond square of jalan gombak, Setapak 53000 Kuala Lumpur, Malaysia (Peninsular).

Uzu pun nak lah beli yang kaler pink tu. Alahai macam comel je macam cantik je. Nak DIY sendiri memandangkan hostel tak boleh orang lain masuk. Baru cun nak photoshoot dalam bilik kan? hehe.

Semak Online Status BR1M 2015

As-Salam


Semak Online Status BR1M 2015 | Ini adalah sedikit info yang uzu dapat yang mana br1m akan keluar pada awal tahun 2015. So pada yang belum daftar, sila daftar, pada yang dah pernah dapat br1m sebelum ni, sila update ye.

Uzu dah 2x dapat, br1m bujang tapi tak taw tahun depan layak ke tak sebab uzu sekarang bergelar student, entah-entah dapat baucer buku.

So ni sedikit info tuk korang. Semoga boleh jadi rujukan. BR1M telah pun dinaikkan jumlahnya so mesti ramai yang happy tapi happy tu sampai bila eh? No komen.

Info BR1M 4.0 2015
RM950 - Keluarga pendapatan tak lebih RM3000/bulan. Dibayar 3x , Jan RM300, Mei RM300 dan Sep RM350.

RM750 - Keluarga berpendapatan RM3000-RM4000/bulan. Dibayar Jan RM200, Mei R200 dan Sep RM350

RM350 - Bujang sahaja. Dibayar bulan Jan 2015.

Permohonan Online BR1M 4.0
Bagi yang belum mendaftar online, sila tekan ni Daftar Permohonan BR1M Online . Masuk ke bahagian permohonan baru dan isi nama penuh , ic .(Mulai 1 dis 14)

Update Online Permohonan BR1M 4.0
Bagi yang pernah memohon sebelum ini, sila update permohonan anda dan tekan ni Update Online Permohonan BR1M (Mulai 1dis 14)

Semak Status BR1M 4.0
  1. Secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ , dan masuk bahagian semak status permohonan
  2. Call di LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716(Mulai Jan 2015)
  3. 3. Email br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my dan jangan lupa bagi nama penuh dan no ic.

Rayuan Permohonan Yang Gagal 
  1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan. 
  2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 
  3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan. 
  4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 4.0 diluluskan.

Hadiah Istimewa Buat Bapa Ku Tersayang

As-Salam

Hadiah Istimewa Buat Bapa Ku Tersayang | Kelmarin bersamaan 25 November 2014 adalah hari yang uzu ingat setiap tahun, hari lahir bapa uzu yang ke-59 tahun. Setiap tahun akan wish atau tak pun mesti uzu dan sekeluarga makan besar kat luar.

Tapi tahun ni tak berkesempatan makan besar sebab uzu kat Bangi, susah nak balik kerap sebab tiket flight tu nak ratus-ratus juga. Apa pun, uzu cari alternatif lain tuk ganti makan besar bersama keluarga.

Haaaaa apa yang uzu mampu hanyalah bagi hadiah untuk bapa uzu. Pening juga nak bagi apa ye. Last-last uzu bagi jubah je. Bapa uzu tiap hari pakai jubah, so rasa sesuai sangat belikan jubah. Hehe. So uzu tanyalah keluarga #kelabbloggerbenashaari , kat mana nak beli jubah..

So uzu pun berkenan nak beli kat Chekgu.com . Antara pilihan yang ada ialah..


Dan pilihan uzu lah yang ni... Actually uzu pilih baju yang no-2 tu tapi takde saiz . So tukar je lah apa yang ada. Hehehe.


Alhamdulillah, jubah pun insyaAllah akan sampai esok. Harap bapa uzu suka.. Walaupun jubah ni tak boleh nak balas jasa dia sejak 24tahun lalu, tapi pemberian ikhlas dari titik peluh anak dia sendiri ni insyaAllah akan mengeratkanlah kasih sayang dan silaturahim.

p/s : Hadiah birthday tuk boyfriend sanggup pulak beli mahal-mahal, beli iphone6 tapi tak kan hadiah untuk ayah sendiri nak berkira kan?

Betul Ke Kakitangan Kerajaan Terima Bonus 18 Disember 2014?

As-Salam

Betul Ke Kakitangan Kerajaan Terima Bonus 18 Disember 2014? | Orang gomen yang dapat bonus, kau pulak sibuk uzu.. Kau bukan keja gomen pun..Hehe. Bukan nak sibuk lah.. Nak share info je. Lagipun bapa, kakak-kakak, abang-abang uzu keja gomen semuanya.

SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.
"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.
"Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini. - SinarHarian

Ohhh ingat bonus kepada semua kakitangan kerajaan kat Malaysia ni, rupanya kat Selangor sahaja. Untunglah rakyat Selangor kan. Kerajaan lain ni bila?

Pengalaman Hair Treatment Tajaan Loreal Paris

As-Salam

Pengalaman Hair Treatment Tajaan Loreal Paris | Sabtu lalu uzu berpeluang untuk mendapat treatment rambuat kat rumah studio Loreal Paris di Kelang Lama. Uzu rasa teruja sangat sebab suasana spa berkonsepkan spa di rumah membuatkan uzu rasa tenang, selesa dan rasa awesome.



Ini adalah syampoo baru dari Loreal Paris, best sangat pakai. Rasa ringan ja kepala uzu ni. Bau pun wangi sangat-sangat.

Ini survey tuk rambut sendiri, masalah yang uzu hadapi kat rambut uzu ni haa. Ok ni actually nak memudahkan team Loreal Paris buat treatment ikut survey ni. Hehe.






Gambar sebelum treatment. Muka fresh !


Gambar selepas hair treatment dan facial kat muka ! Wahhh rasa berser-seri muka memasing. Yang bestnya, kami diberi peluang untuk makeup diri sendiri dengan makeup Loreal Paris yang sangat awesome. Rasa lawa sangat. hehehehe :D






Apa pun, thanks Loreal Paris sebab sudi menjemput kami tuk mendapatkan hair treatment yang percuma dan terbaik ni ! Pengalaman yang sangat berbaloi sebab kita dah boleh tau cara nak sbuat hair treatment sendiri dkat rumah dengan hanya ada set syampoo ni.



Tahniah Syarif Sleeq Ku Sayang Akhiri Zaman Bujang

As-Salam

Tahniah Syarif Sleeq Ku Sayang Akhiri Zaman Bujang | Hari ni kecewa sebab kesayangan saya Syarif Sleeq telah selamat diakadnikahkan dengan tunangnya yang cantik tu. Sedih tau sebab lepas Lunch Date Dengan Syarif Sleeq dah jatuh cinta dengan muka Syarif yang baby face . Hehe :D







 Sumber : project2pi