Testimoni Produk Glamoskin Dari Legacy Secret

As-Salam

Testimoni Produk Glamoskin Dari Legacy Secret | Haii semuaa.. hurm rasanya ni hari terakhir 2014, ni juga mungkin entry terakhir uzu tuk 2014. So entry terakhir uzu tuk tahun ni , uzu nak cerita pasal produk yang selesaikan masa jerawat uzu yang mana jerawat datang tetiba jeee ! Haa sengal!

Al-kisahnye hari tu,ada event dan uzu seharian pakai mekap. Pastu pakai mekap campur-campur tau. Keesokan harinya, uzu bangun tidur, bila tengok cermin, ya allah dah macam langsuir dah muka. Naik jerawat pasir kat 1 muka. Uzu pun jadi gelabah. Apasal tetiba ni kan.. Cuak lah uzu oi !
Lepas tu, uzu try lah guna produk baru ni, Glamoskin. Baru lagi produk ni , mesti ramai yang tak tahu lagi. Uzu pun baru try. So ini lah testimoni uzu sendiri. Uzu pakai 1 set ni. Dah beberapa minggu dah guna. Dalam 1 set ni ada 2 jenis cleanser. Dua2 jenis tuk putihkan kulit dan untuk membersih kulit.

Gel uzu guna siang dan malam, pencuci pula, bila rasa nak cuci muka, uzu guna pencuci Glamoskin ni lah. Teganggg rasa muka lepas pakai. Muka uzu pun lembut je bila dah guna beberapa minggu ni.
Masalah jerawat yang macam kat gambar kat atas tu, dah hilang. Tinggal bekas-bekas jerawat je. Eye bag pun semakin menipis. Huh ! Kalau nak banding eyebag uzu zaman study, erkkkk kemain tebal. Sekarang ni kekadang banyak ker ja blog, terpaksa bersengkang mata nak menyiapkan. Lagi la eyebag bermaharajalela. Haa sekarang ni dah kurang sikit2 dah. Alhamdulillah..

Kelebihan :
• Collagen Gell pertama di Malaysia sebagai alternative penggunaan cream
• Menggunakan teknologi Korea yang canggih dan formula terbaru dalam kosmetik Niacinamide PC buatan Korea .
• Membaiki DNA kulit
• Mengawal Minyak
• Mengecilkan liang Pori
• Memutihkan
• Menghilangkan Pigmentasi
• Kesan seawal 4 minggu
• Harga mampu milik berbanding jenama lain dengan kesan standing jenama antarabangsa yang lain. 
• Mencegah kesan buruk sinar UV matahari pada kulit.
• Pemakaian jangka panjang hingga 6 bulan keatas menunjukkan kulit wajah kelihatan lebih muda         4-6 tahun dari usia sebenarnya.

So, buat masa ni, uzu suka pakai Glamoskin. Kalau nak tau pasal Glamoskin, boleh baca entry uzu ni ye, Glamoskin . Ianya di jamin halal. Jangan risau k? OK lah uzu nak lunch. Salam !!

Kisah Benar Pengalaman Pahit Mangsa Banjir Di Manik Urai

Kisah Benar Pengalaman Pahit Mangsa Banjir Di Manik Urai | Hari ini baru dapat komunikasi. Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus. Celcom sikit2 sahaja ada.

Letrik tiada, air tiada. Minum air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada. Air minum tiada.

Anak anak tiada pampers, susu anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi.

Beras 10kilo dikongsi 400 orang. Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada.

Tiada tilam, tiada toto, tiada tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan.

Ada yang 3 hari x makan, ada 4 hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil sahaja. Makanan tiada.

Kami berpindah berkali2. Masuk pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik tingkat 3.

Air naik sangat pantas dengan arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter.

Ramai yang demam, warga tua yg kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat.

Kami di kuala krai kebuluran, hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk dimakan oleh mangsa pemindahan banjir.

Bot tentera, polis dan bomba banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2.

Rakyat di sini tiada duit ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan habis. Tiada bekalan.

Episod kelaparan, kebuluran dan kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90% drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda.

Baju semuanya hanyut dan basah bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan.

Kereta tenggelam,barangan rumah 5 hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan.

Ayuh, saya seru dan merayu dengan penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di kuala krai.

Masa untuk pulihkan semula emosi dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang.

Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis.

Bantulah kuala krai. Saya merayu.

Nazman Che Iberahim
Ketua Pemuda PAS Kuala Krai
Tel : 016-9255445

p/s : Menangis uzu membaca kisah kat atas ni. Terkelu dan boleh bayangkan perasaan dan situasi apa yang berlaku. Allah. Selamatkanlah mereka ya allah.. Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat kesensaraan yang mereka hadapi :(

Water Park Bukit Gambang Resort City #day2

Water Park Bukit Gambang Resort City #day2 | As-Salam. Hurm lama tak update blog. Rasanya dalam 4 hari tak update. Nak update, tapi takde mood. Masih lagi trauma dengan mangsa banjir di Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Entry kali ni, uzu nak sambung part #2 gathering #kelabbloggerbenashaari kat Gambang tu. Yang 1st day, boleh rujuk entry ini.

Seawal jam 9 pagi, kami beakfast. Memandangkan cuaca hujan pagi tu, kami tangguhkan acara mandi manda dengan sarapan pagi. Tapi hujan tak berhenti-henti dan kami decide untuk check out hotel.

Check out hotel bukan sebab nak balik awal, tapi nak teruskan niat mandi manda di Water Park Bukit Gambang Resort City walaupun hujan renyai-renyai. Hujan tak lebat mana pun, so boleh bermandi manda.
Benda pertama kami buat, simpan barang kat locker. 1 locker berharga RM25 dan pelambung berkembar pula RM20. Memang mahal tapi nak buat macam mana, bukan selalu kan. 



Mula-mula uzu memang tak nak mandi, tapi memikirkan yang kami bukan selalu berkumpul, so mandi lah sekali tuk memeriahkan lagi acara jerit menjerit kat situ. Best woo . Pengalaman yang terbaik. Dulu pernah juga mandi kat Sunway Lagoon tapi takde lah se-best ini.

Lepas mandi ni, kami tukar baju dan bergerak ke Safari Park pula. nanti uzu update next entry eh. Best tengok rimau besar kedabak. Tengok secara dekat. Teruja sangat. Hiihi. Ok uzu nak sambung kerja. Publish entry ni buat uzu legaa gila. Akhirnya aku updateeee ! kbai Salam..

Shawl Mutiara by Irrara Label Yang Sangat Memikat Hatiku !

Shawl Mutiara by Irrara Label Yang Sangat Memikat Hatiku ! | As-Salam. Alhamdulillah. Hari ni cuti. Tak tau nak buat apa kat hostel yang sunyi. Tetiba dalam kesunyian, baru ingat ada pending review . Maafkan saya rara. Uzu busy sangat lately.

Apa yang uzu nak reviw ni, sangatlah uzu suka ! Baca tajuk pun dah boleh agak. Of coz lah nak reviw shawl. Tak pernah tau uzu jumpa shawl mutiara. Ni first time... Hihihi. Lawa sangat lah shawl ni. Uzu semua jenis shawl pun uzu suka. Shawl lover katakan. Jarang u olls akan tengok uzu pakai tudung selain shawl.. Sebab hanya shawl cotton je yang sesuai dengan bentuk muka uzu. 

Tapi shawl mutiara ni jenis kain chiffon. Bukan chiffon yang lembut tu ye, chiffon tu susah nak pakai dan nipis, tu sebab uzu suka shawl mutiara dari Irrara Label ni, sebab chiffon dia senang nak bentuk. Tak yah pakai lilin dah nak keraskan hujung bahagian atas.

Shawl Mutiara by Irrara Label ni, uzu perhati ada 2 cara nak pakai. Yang pertama, mutiara tu terletak atas kepala dan kedua, mutiara kat bahagian tepi. Dan kedua2 cara pemakaian mutiara shawl tu bila pakai pun cantik tauuuuu dan boleh gayakan shawl mutiara ni ikut kreativiti u olls sendiri.

 
Irrara Label ni baru je menapak dalam dunia perniagaan. Nak tau tak sapa owner dia? Owner Irara Label seorang blogger yang cantik dari Kelantan. Juga seoarang bakal cikgu, InsyaAllah. Kan? Hihi. Dulu uzu suka beli shawl kat Rara. Shawl Gaza terutamanya. Lawa je pakai. Selain daripada Mutiara Shawl, Shawl Gaza, Irrara Label banyak keluarkan shawl sendiri, antaranya :



1. Mutiara Shawl - RM30
2. Plain Shawl - RM15
3. Bawal Chiffon - RM15 
4. Bawal Manik Exclusive - RM35 above 
5. Wide Shawl Printed Gold - RM15
6. Square Scaft Floral - RM20
7. Square Scaft Stripe - RM20
8. Bawal Satin - RM15

Harga semua harga mampu milik. Student ke, pekerja ke boleh je beli shawl dengan harga mampu milik. Jangan risau. InsyaAllah murah-murah.. So sesiapa yang rasa minat kat shawl/tudung keluaran Irrara Label ni, boleh terjah details/info kat bawah ye. Hihi. Apa pun, selamat membeli belahhh !! PROMOSI HUJUNG TAHUN !! PROMOSI HUJUNG TAHUN !! PROMOSI HUJUNG TAHUN !!

Instagram : @irraralabel
Facebook : Mastura Rara
Whatsapp : 0112779938 (Rara)

Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita dari Cosmoderm

Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita dari Cosmoderm | As-Salam.Lama tak update blog. HIhi maklumlah busy sangat-sangat. Baru ada kesempatan nak share something ni. Hihi. Nak tau tak apa? Baik punyaaa. Tuk pompuan je ni. Tapi lelaki pun boleh baca. Ok, hari ni uzu nak berkongsi pengalaman selepas berbulan-bulan pakai benda ni. Benda apa? Haaa men baca dulu masalah uzu.

Ok sebagai seorang perempuan, uzu tak terlepas daripada masalah keputihan. Bahaya tau keputihan ni. Kalau keputihan normal tu, akan keluar kaler putih atau krim. Kalau yg tahap kronik tu, akan keluar kaler kuning, hijau, kelabu dan berbau. Haaaaa yang ni jangan ambik mudah.. Uzu pernah tau ada keputihan tahap kronik tu. Aduhhh. dah la berbau kan, rasa gatal menyerang. So uzu pakai la benda pencuci bagai ni tapi tak berkesan pun. Sama je hasilnya.

Tapi bila guna Manjakani pencuci dari cosmoderm ni, ya allah. Rasa macam problem uzu selesai tau. uzu jarang sesuai dengan produk ni.. Tapi cosmoderm? Lajuuu je sesuai. Dan bila pakai..sejukkk je rasa. fressh. Hahahaha. Tu yang sampai sekarang guna. Berkurang masalah keputihan kronik tu. Dah jadi keputihan tahap biasa. Tu pun kekadang je.

Pencuci wanita ada 2 jenis dari Cosmoderm ni, antaranya Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita. Manjakani Bahagia ni macam gel. So pencuci secara take on. Manjakani Pencuci Intim Wanita pula, jenis take off. So pakai dan bersihkan.. So kalau nak pakai dua-dua sangat digalakkan. Sebab akan mendapat hasil terbaik ! Hehe.. Bukan orang dah berkahwin je boleh pakai tau, orang muda macam uzu ni sesuai sangat. Kita sebagai wanita kena jaga kebersihan sebelum kahwin ataupun selepas kahwin. Baru lah suami tak lari nanti hehehehehe :D

So apa yang benda best lagi lah pasal Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita dari Cosmoderm ni ? Ok.. selain daripada gandingan hebat untuk keintiman suami isteri, Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita ni punca dan sumber keyakinan isteri dan kebahagian rumahtangga tau. Huhu..

Dengan keintiman macam tu, leh tambah zuriat. ye dak? hihihi. Bukan setakat selesa antara suami isteri, malah keyakinan tu membuatkan si isteri selesa dengan imej sendiri, berusaha untuk faham setiap sudut tentang si suami. Bila dah happy macam ni, mestilah ada babak gurauan, pupuk kemesraan, usik mengusik dan macam-macam lagi lah. Hehehe. Tak gitu?

Penggunaan Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita boleh bantu mengembalikan keintiman pengantin lama atau bantu memulakan keintiman utk pasangan baru kahwin . So sangat digalakkan guna..

Ramuan tradisi dlm Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita dari Cosmoderm yag dulu direbus oleh nenek dan tok bidan sekarang ada dlm bentuk gel dan pencuci. So Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita bebas daripada bahan kimia. Kita pun rasa selamat je nak pakai. Kan?

Hehe ..Nak tau tak kenapa Manjakani Bahagia dan Manjakani Hygine Wash ni best bila pakai? Sebab ramuannya... Ramuan ni terpilih tau. Antaranya, kacip fatimah, sireh dan aloe vera. Patut sejuk je. rupanya ada Aloe Vera. Orang dulu-gulu bila lepas pantang, diorang akan guna manjakani tuk pulihkan sanita bersalin tuk kembalikan semula otot-otot intim. Haaa tu sebab suka sangat dengan Manjakani Bahagia dan Manjakani Hygine Wash ni, sebab ada manjakani. Hehe. Jom baca cara penggunaan manjakani pulak.

Cara penggunaan :

1. Manjakani Bahagia Cosmoderm


Gel Manjakani untuk kebahagiaan suami dan isteri. Khasiat manjakani untuk menguat otot-otot dan kacip fatimah untuk kesihatan bahagian intim digabungkan dalam gel dengan haruman menggoda. Manjakani Bahagia mampu memberi keyakinan kepada wanita sambil menghangatkan  hubungan intim suami isteri. Rasalah perbezaan segera semasa penggunaan pertama. Guna setiap hari untuk kesihatan bahagian intim bak anak dara dan setiap malam untuk keyakinan bak pengantin baru.

Cara Penggunaan :

  • Sapukan sedikit di bahagian intim setiap kali  selepas mandi untuk kekuatan dan kebersihan bahagian intim
  • Guna sebelum atau semasa bersama tersayang. 
  • Tidak sesuai untuk wanita yang hamil

2. Pembersih Intim Manjakani Cosmoderm
Peratusan Manjakani yang tertinggi di pasaran membantu membersih, menyamankan, mempercepatkan penyembuhan luka dan wangian menggoda serta rasa segar yang berpanjangan.

Cara penggunaan :
  • picitkan sedikit  di atas tapak tangan yang bersih
  • Gosok sehingga berbuih dan sapukan di kawasan intim
  • Bilas hingga bersih
Uzu pakai yang Pembersih Intim Manjakani Cosmoderm yang kaler pink tu. Hihi. Yang uzu cerita panjang lebar dari atas tu, yang kaler pink. tuk orang belum kahwin. Yang dah kahwin, guna botol kaler purple di atas. InsyaAllah membantu . Yakin je. Yang penting, kena try dulu. Kalau tak, mana nak tau sesuai ke tak kan? 

Last but not least, untuk pengetahuan korang, Mingguan Wanita syiokan pencuci intim ni sebagai Pilihan No.1 dalam isu December. Tu sebab uzu tak ragu-ragu lagi pakai pencuci ni.. Uzu pun nak repeat lagi. Sebab stok dah nak habis. Al-maklumlah hari-hari guna. Mana nak terlepas pakai kan. Hihi. 

So kalau nak beli produk ni, beli kat http://www.comoderm.com.my/ atau terjah je kat page diorang di Cosmoderm :) Selamat membeli belah ye korangggg. Salam.

Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari Di Bukit Gambang Resort City, Kuantan #day1

Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari Di Bukit Gambang Resort City #day1 | As-Salam. Lama gila tak update blog. Kerja menimbun kat ofis, kerja blog lagi, kerja itu lagi dan ini. Hehe. Sibuk pegi event sabtu ahad. Sampai blog terabai. Hehe.

Ohyaaa.. Back to the topic, hari sabtu yang lalu, uzu dan geng #kelabbloggerbenashaari serta team firma guaman rasmi KBBA ada sesi gathering di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Jauh kan?Jauh pun kami redahi sebab suka ke tempat baru.

Dari Kl-Gambang kami konvoi ramai-ramai. Best wo. Boleh melalak dalam kereta. Sesi karaoke gitu. Huhuhu. Nak hilangkan mengantuk punya pasal. Hahaha.

Kami sampai ke Bukit Gambang Resort City jam 1 petang. Memandangkan check in jam 3 petang, so kami ke Kuantan tuk makan tengahari kat situ. Makanan dan minuman kat situ murah. Macam kat Sabah je. Sakan mengemukkan diri.

Jam 3 petang kami check in. Geng #kelabbloggerbenashaari dan firma guaman rasmi KBBA berkumpul kat situ. Menunggu turn check in. Kena ambik nomborr tau. Haaa class kau jah !
Firma Guaman Rasmi KBBA sediakan 6 apartment untuk kami . Yang mana 1 apartment ada 2 bilik. 1 bilik untuk 2 orang. So dalam 1 apartment boleh masuk 4 orang dan lebih . Apartment tu pun sangat luas. Jom tengok apartment kami ni.
Jam 6 petang kami ada sesi kenalkan diri dengan firma guaman rasmi KBBA, sesi membincangkan hal-hal yang berkaitanlah. Rasanya tak perlu uzu nak cerita sebab private sangat. Hihi apa pun, best dapat kenal dengan Lawyer-lawyer KBBA sebab sporting dan otak giler-giler cam kami ni juga.
Jam 8.30 malam . Kami decide nak g Teluk Cempedak, makan kat luar . Dari Resort ke Teluk Cempedak ambik masa 45-60 minit.. Kami konvoi 2 kereta..
 Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. Kenyang makan. Sedap pulak tu. Lupa dah kedai apa ni. Tak kisah, janji semua kenyang.

Last sekali kami lepak kat pantai. Hihi. Sejak setahun lalu tak pernah jejak pantai. Kat KL susah nak jumpa pantai. Kesian yang amat. Hahahaha. lepas rindu.

Hehehe alhamdulillah selesai hari pertama aktiviti kami kat situ.. Keesokkan harinya kami main kat water park .. Ta sabarnya nak update. Hihi.  Korangs tunggu yee next entry.. Assalamualaikum :)

Amazing Mall Hunt Blogges Day At Klang Parade

Amazing Mall Hunt Blogges Day At Klang Parade | Salam. Sabtu lalu geng #kelabbloggerbenashaari dan blogger lain dijemput ke Bloggers Day kat Klang Parade. Hurm first time uzu datang ke Klang Parade ni. Agak jauh juga kan kalau dari KL. Nak hampir sejam juga nak sampai. Nasib baik mak lampir yang drive. Mak lampir = Fatin Bella.

Sampai je kat Klang Parade, terasa macam "wahhhhhh cantik juga mall ni" .. Haa kemain puji mall ni. Ingat mall cikai-cikai . Rupanya.. wahhh terbaik punya design. hehe :D

Pendaftaran bloggers kat kaunter pendaftaran bermula jam 3.30 petang. Selepas semua blogger datang, so kami mulakan jelajah seluruh Klang Parade. Yeahhhh !!! Ramai datang. Rasa macam best lah jalan-jalan ngan kawan blogger ramai-ramai. Have fun je. hehe.

Persembahan pembukaan untuk kamiii. Yihuuuuuuu. Breakdance hiphop.. best layan tarian diorang ni. Macam nak ikut menari je. Hihihi. Nak tengok tak diorang menari? Meh tekan NI 
Lepas tengok persembahan, kami ke FireZone Family KTV . Yeahhhhh its time to karoks! Lama tak layan karoks . Rindu sangat. Hihi. Kali ni tempat karoks lebih besar dari sangkaan. Tak pernah tengok tempat karoks yang boleh muat lebih 20 orang. Besar kan?
Dalam #kelabbloggerbenashaari, ramai blogger yang berbakat dalam nyanyian. Sedap-sedap semua suara. Suara siti nurhaliza ada, suara ziana zain ada, suara katak punnnn ada. Haaa :D

Lepas layan karoks, kami dibawa ke tempat permainan. Game ! atau nama kedainya Circus Circus. Macam biasa, kalau kedai game, mesti lah banyak permainan yang boleh kita main. Yang best tu, haaa dapat coinn free. Jimat jimat Hehehehe :D Nak main apa je yang kami suka. Nak menari? Men game keta? Main bola? Main macam-macam lagi haaa. Yang penting, terpampang wajah happy memasing :)
Lepas tu, kami dibahagikan kumpulan mengikut warna tali reben yang diberi. Uzu kaler purple. Segroup ngan kembor lagi dan yang lain lain.. Ada 9 orang dalam group tu. Next destinantion is..

Spice Of Penang. Perghh terbaik lah dia punya rojak buah dan ABC. Sangat sedap. Serius. InsyaAllah kalau nak g Klang Parade, memang akan ke situ lagi.
Red Modani . Kedai kasut yang lelawa sesuai tuntuk peringat usia. Untung orang tua, orang muda, orang bujang macam kami ni, dan tuk budak kecil pun ada. Design kasut semua yang latest so rasa macam ada nak beli beberapa kasut tu tapi takde saiz ! Kecewa tak? Huwaaaahhh..
Last sekali kami p kedai baju, DEES . Berjalan sambil memilih baju yang berkenan..
Last destinantion kami, g makan di Next Food Juction. Pilihan uzu kat situ ialah, Sup Ani Utara yang memang uzu dah tau sangat sedap sebab selalu makan Sup Ani Utara tapi yang cawangan bangi..
Last sekali, semua blogger bergambar kat pentas bersama Upin Ipin. Best tengok gelagat Upin Ipin. Hihihi. Apa pun enjoyyyyyyyy sangat lah have fun ngan blogger kat Klang Parade. Dalam tu macam-macam ada. Nak shopping best kat situ. Makanan pun sedap-sedapppp tauuu ! Hihi.
Tq Klang Parade atas jemputan. We love youuuu !