✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, January 1, 2015

10 Azam Emas Putih 2015

10 Azam Emas Putih 2015 | As-Salam u olss. Selamat tahun baru uzu ucapkan pada semua pembaca blog ini yang mana setia membaca blog uzu dari dulu sampailah sekarang. Eh ada ke yang setia? Perasan je . Hihi

Kita dah masuk ke tahun baru 2015, apa yang uzu harapkan tahun ni akan jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Uzu nak melupakan setiap kenangan buruk dan akan bawa kenangan manis ke tahun 2015 ni.

Azam tahun-tahun lalu pun rasanya tak tertunai sepenuhnya, uzu pun lupa dah azam tahun-tahun lalu. Tapi apa yang uzu harapkan, ada beberapa azam-list uzu tuk tahun 2015

1. Dapat 10000 follower blog sebelum tamat 2015 dan traffic blog maintan 2000uv . Boleh ke? InsyaAllah uzu kan usahakan sebaik mungkin !

2. Dimurahkan lagi rezeki dalam dunia blogging. Sejak setahun lalu, uzu dah aktif ke event-event memandangkan uzu stay kat Bangi, senang g event. Alhamdulillah. Semoga lagi murah rezeki tahun ni.

3. Dapat pointer 3.00 ke atas setiap sem. Ada beberapa sem lagi dah insyaAllah habiskan Ijazah tahun ni.

4. Harap mampu sepenuhnya tanggung diri sendiri tanpa minta bantuan my lovely abah dan adik beradik lain. Mampu ke uzu buat macam tu? Beruasaha tak nak menyusahkan abah :(

5. Dapat daki gunung kinabalu kali-2 sampai ke puncak. Dlu tak sampai ke puncak. Hanya 80% pendakian sebab cuaca tidak mengizinkan.

6. Menjadi anak yang solehah kepada abah. InsyaAllah akan dipertingkat lagi amal ibadah.

7. Nak tengok abah pegi umrah. Tak dapat tanggung sepenuhnya, dapat tanggung sikit pun dah kira bersyukur.

8. Nak diet dan kembali kurus seperti setahun lalu. Hihihi. Sekarang uzu dah semakin bambam dan ia sangat merisaukan uzu. Dari saiz S pindah ke saiz M . Hualohhhhhh.. Teruk bebeno ni.

9. Semoga persahabatan uzu ngan geng #kelabbloggerbenashaari semakin utuh dan kekal selamanya. Sayang u olss semua...

10. Azam terakhir, semoga bertemu jodoh yang sampai ke jinjang pelamin. Teringin nak kahwin, tapi tak kahwin-kahwin lagi. Kengkawan soma dah kahwin. Sedihnyaa... Takpe lah. Jodoh tak sampai lagi. Apa pun semoga "dia" yang terakhir untuk uzu. Semoga "dia" jodoh uzu.. Amin ya rabbal alamin. Doakan kami please :D

Ni je lah 10 azam-list uzu tuk tahun 2015. Semoga apa yang uzu nak, apa yang uzu impikan menjadi kenyataan. Sama-sama berdoa dan berusaha . Doakan yang terbaik !!

28 comments:

Innanie Ariffin said...

good luck! all the best and stay focus!

Hajar Rash said...

moga tercapai semua azam tahun baru kak uzu yee =)

Yan Ty said...

Aamiin. In sha Allah, azam2 Uzu akan tercapai nanti. Niat betul pasti berhasil. KakTy will always support Uzu even if we were apart nanti. Apapun makan nasi minyak Uzu dgn "dia" akan dinantikan.

sha dhira said...

may wishes come true kak uzu.. wish u a happy new year dan semoga terus dimurahkan rezeki.. :D

fazianbatrisyia said...

Semoga impian uzu tercapai

Irna Nurasikin said...

Semoga semua azam Uzu tercapai...Aamin...

nurerna hazwani said...

Selamat tahun baru. Gudd Luck!!!

Eimma FM said...

salam tahun baru. moga apa sahaja hajat uzu, tercapai :)

Izzati Amira said...

happy new year sis (:

Nur Inani said...

semoga tercapai azam uzu tuu. no 10 tu in sha allah. kalau ada jodoh tak ke mana. ewahhh :D

miminadam said...

Semeoga berjaya kak uzu :D

Anil Wanina said...

amin.. insya allah... ^_^

Nurul Baidurah said...

happy new year uzu..inshaallah...kalau jodoh tak ke mane..hihi..

Nurul Baidurah said...

happy new year uzu..inshaallah...kalau jodoh tak ke mane..hihi..

Nadia Johari said...

niat dalam hati..pasti boleh..yakin boleh..ehhe

Kita Bantai said...

Amin

ArNi ArNieyZa said...
This comment has been removed by the author.
Norazah Md Sarip said...

Hepy new year uzu...insyaallah semoga dpt realisasikan semua impian ye! Sudi2la singgah blog akk ye :shazdeshoppe.blogspot.com

Ezad Skytech said...

Selamat Tahun Baru 2015 uzu..semoga apa yang dihajatkan untuk tahun ni dapat tercapai ye nanti... :D

Miera Nadhirah Tan said...

All the best... yang nombor satu Miera nak jugak.... huhuhu

HanNis SaNia said...

Amboi banyak azam dia. Hihihi wishing u good luck ye. semoga semua tercapai :)

Rosmiza Ali said...

Selamat tahun baru Uzu! Semoga semua azam tahun baru Uzu tercapai hendaknya.. Amin.. ^^,
RosmizaAliDotCom™

zazanizam said...

SELAMAT TAHUN BARU UZU! Smoga impian terlaksana..Aamiin.

Mar Mansor said...

semoga tercapai semua azam uzu tu ye

Etuza Etuza said...

selamat tahun baru dan azam baru ya..klik juga ni ..http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul klik ni ya..salam maulidur rasul

Budak Nuizz said...

semoga tercapai semua hajat ^^ singgah berblogwalking ^^ jum ke blog ijah > ijahoney.blogspot.com

izzeyda said...

in shaa Allah.. yakin dan berusaha serta berdoa, in shaa Allah impian akan menjadi kenyataan..

Azhafizah Md Nor said...

semoga semua azam uzu tercapai ye..aminn

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com