✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, January 14, 2015

Bloggers at Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia

Bloggers at Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia| Haloo haloo halooo, kopi ke milo ? Hehe. Salam semua. selamat pagi khamis.. Eh ! Rabu lah hari ni. Ya Allah lupa pulak. Haaa selamat hari rabu semuaaa. Hari ni uzu nak sambuung cerita pasal Legoland ni. Tak habis cerita lagi ni.

Kelmarin, uzu ada update pengalaman uzu ke Theme Park Legoland Malaysia, so kepada cik hakak dan cik abang yang tak baca lagi, boleh baca kat SINI ye.
ok.. Kami check in jam 3 petang. Bukan disebabkan kami lambat check in tapi dah memang kat situ semua check in jam 3 petang. So, walaupun demikian, korang janganlah tunggu check in dulu baru nak jejalan ke Theme Park dan Waterpark.. Sementara korang tunggu jam 3 tu,datang lah awal, pegi lah dulu jejalan kat themepark tu haaaaa.. Lepas check in, baru tukar baju dan pergi water park pulak. Macam yang kami buat. Sebab masa sangat-sangat suntuk..

Ini bilik  kami. Tingkat 2. Tingkat 2 semua bahagian Adventure Theme. Memula masuk bilik, wow rasa macam lawa sangat-sangat. Tak pernah tengok bilik dengan deco bertemakan macam ni.. Rasa macam tak nak balik ! Tak puas tidoo bilik macam ni.. Sayang nak usik pun ada juga. kahkahkah!
King Size Untuk 2 orang dewasa. Nak tidur 3 orang pun muat ! Haha
Yang ni TV bahagian orang dewasa
Ni Katil macam tuk tripple. Atas, bawah dan bawah sekali. 3 orang kanak-kanak muat..
Kat atas ni bahagian kanak-kanak. Ada ruang untuk bermain lego, ada tv dan katil untuk 3 kanak-kanak
 
Ni pulak tandas untuk bilik tu. Kat mana-mana pun korang akan jumpa lego. Dah namanya Legoland ..kan? Hahaha. Best sangat tengok tandas ni. First time jumpa sabun+syampoo. Means, sabun tu boleh jadi syampoo dan syampoo tu boleh jadi sabun. So jimat di situ..
 
Dan last sekali ni, setiap bilik ada benda ni, keychain/souvenier Legoland. So jimat nak beli untuk kawan-kawan souvenier. Hihi bagi je yang sedia ada ni.. Tak pun, buat kenangan untuk diri sendiri !

Info Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia

- Bilik ini boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik)
- Katil bersaiz King
- Definisi tinggi televisyen panel rata
- Ruang tidur kanak-kanak sendiri dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3)
- Bata LEGO untuk membina dengan sepanjang penginapan anda
- Penyaman udara
- Peti sejuk mini
- Pembuat kopi
- Vanity / stesen kerja
- Pengering rambut
- Kelengkapan tandas percuma

Room Type : King Themed Suite, Pirate Themed Deluxe, Premium Pirate Themed, Premium Kingdom Themed, Pirate Themed, Adventure Themed, adn Kingdom Themed.

Harga per night (Adventure Themed): 
RM1000+ sebab waktu cuti sekolah. Setiap hari, harga adalah berbeza-beza. Selalunya hari sabtu memang mahal. Kalau nak jimat, pergi weekdays. Hihi. Kalau nak murah lagi, jangan pergi waktu sekolah. Kalau nak murah lagi, stay kat hotel lain :p

Apa pun, Alhamdulillah sangat-sangat dapat merasai pengalaman heaven macam ni. Bukan semua orang dapat tau pengalaman macam ni. So , thanks a lot sekali lagi kepada Legoland Malaysia yang sudi sponser kama #kelabbloggerbenashaari dan to Faizal, hurmm.. Once again, thank you.

17 comments:

Mas Zull said...

assalamualaikum uzu...mmg best kalau dah masuk hotel legoland ni mmg x nak balik rasanya...

Normi Nieza said...

syoknya..:)

Permatabiru said...

BESTNYA untungnya ada sponser...lalala

careno said...

untung la ada sponsor...

Mar Mansor said...

beruntungnya badan kan,..tak nak jumpe blogger johor kan masa tu..hehe

Mime MF said...

peh..terbaik lah hotel legoland..!! berangan nak check in jugak la one day..hehe;p

ajim (kerusiburok) said...

Hai singgah sini melalui blog sihatimrahjambu milik kak fiza! Done folow. Hiks.

lia ummiirfan said...

bestnya hotel ni.. :))

adda syuhada said...

bestnyer...

miminadam said...

beronok-ronok laa, macam mana nak tidur kat legoland ni, rumah daa dekat sangat >.<

AMIIZAA said...

cantiklah kasut uzu :)

Nurfatin Liyana said...

teringin nak pergi sana, tapi jauh bebenor.. Fatin kat kedah pulak tu. hehe :D comel je hotel kat situ :)

ubai ismail said...

bestnyaa p legoland !!.. nak ikut gakk :)

POJIEGRAPHY BLOG said...

Bilik dia cantik. Menarik! Berbaloi dengan budget kita pergi sana. Huhu

Mama Kembar 3 said...

bestnya bilik tu! kalau bawak anak, ada yang nanges tanak balik kot hehe

Azhafizah Md Nor said...

cantik bilik tu tapi harga tu macam lari bajet pulak..huhu

Nadia Johari said...

Memang best ..aummm

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com