✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, January 6, 2015

Day 2 | Misi Banjir #kelabbloggerbenashaari Di Kawasan Pendalaman Kg Chegar Perah, Lipis Pahang

Day 2 | Misi Banjir #kelabbloggerbenashaari Di Kawasan Pendalaman Kg Chegar Perah, Lipis Pahang  | As-Salam. Hari ni uzu update pula pengalaman hari kedua kami kat situ. Hari pertama, boleh rujuk entry ini..

Seawal jam 9 pagi, kami bersiap-siap nak balik. Sebelum balik kami teruskan misi banjir ke kampung halaman kak sue izza di Kg Chegar Perah, Lipis Pahang. Kami parking kereta kat sekolah di mana sekolah tu tempat bekas pemindahan banjir area kat situ.

Memandangkan jalan ke kawasan pendalaman tu agak tak rata dan berlumpur, so kami naik hilux pakcik kak sue. Separuh daripada barang2 sumbangan kami bawa. Yang lainnya tinggal ka kereta. Apalah sangat misi kami. Hanya sekecil misi je. Takpe. Janji usaha dan niat kami.

Dalam kampung ni Kg Chegar Perah, rasanya ada lebih 40 buah rumah. Lumpur setinggi pokok. Ada roboh, ada rumah yang teralih. Ada juga rumah yang totally lost. Kami bagi sumbangan dari rumah ke rumah. Kami tak bawa banyak pun. terhad. Sebab sumbangan dari ahli #kelabbloggerbenashaari sahaja. Tak buka sumbangan kepada sesiapa. So, apa yang ada kami bagi..

Ni lah rumah yang roboh tu. Kesian kan. Ya Allah. Rumah yang lain ok lagi. Ni lah rumah paling teruk di kampung tu. Lagi sedih tengok. Tak terkata kami. Hanya mampu diam je. Speechless.
Ni lah kisahnya . Kesedihan yang tak tertanggung. Lebih 40 buah rumah penduduk felda PPRT Kuaters KTM tenggelam. Air naik setinggi bumbung. Ada yang hanyut, ada yang rosak. Sampah sarap berlegar diruang rumah. Kat atas atap pun ada. Penduduk kampung baru je balik tengok kawasan rumah mereka sejak Sabtu lalu. Nasib baik bekalan air dan letrik dah ada. 

Barang sumbangan, peralatan membersih, sabun, pakaian dalam yang baru beli, pakaian terpakai, makanan, barangan dapur selamat disumbangkan kepada beberapa penduduk yang terjejas teruk.

Alhamdulillah. Misi kami selesai pada jam 3.30 petang , kami berangkat balik ke KL/Putrajaya/Bangi. Semua letih. Rasa tak larat nak balik. Tapi tu lah namanya pengalaman. Pengalaman yang paling berharga buat kami. Hari ni hari mereka.. Sapa tahu satu hari nanti hari kita pula. Allahualam. Terima kasih yang memberi kerjasama dalam misi banjir kami, yang menyumbang tak kira dari segi wang ringit, makanan ataupun pakaian. Semoga sumbangan anda dapat mengurangkan beban mereka. Terima kasih semua. Terima kasih #KBBA. Love u. Salam.

10 comments:

Normi Nieza said...

alhamdulillah..selesai misi bantuan uzu & Ahli kelab KBBA

Papa Blogger said...

Semoga mendapat keberkatan dan diterima Allah keikhlasan semua

yoorin melacolea said...

alhamdulillah.. puas hati rasa nya dapat bantu & pergi sendiri tempat kejadian.. tahniah atas usaha semua ahli kelab KBBA..=)

yoorin melacolea said...

alhamdulillah.. puas hati rasa nya dapat bantu & pergi sendiri tempat kejadian.. tahniah atas usaha semua ahli kelab KBBA..=)

adianiez AIDA said...

tahniah krn pergi sendiri :)
moga mereka tabah ye dgn ujian ni.

salmiah awang said...

alhamdulillah...setiap yang memberi pasti ada ganjarannya.semoga kalian dimurahkan rezek.

CT Humairah said...

alhamdulillah da selesai misi uols semua. bagus bagus..

Azhafizah Md Nor said...

sedih melihat kerosakan dan kehilangan sekelip mata..tak mampu nak tengok apatah lagi mereka yang merasa..alhamdulillah sumbangan tak putus² diterima..moga dapat mengurangkan beban mereka untuk mulakan kehidupan seharian semula

Rosmiza Ali said...

Sedih tengok pic2 dalam ni.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Semoga ada hikmah di sebalik dugaan ni..
RosmizaAliDotCom™

sentuhansofea said...

salam
terima kasih atas bantuan,semoga Allah membalas jasa kalian
ini kampung akak dan salah sebuah rumah yang adik pegi tu rumah family akak..
tq terharu..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com