✿Baca Entry Yang Lepas✿

Friday, January 16, 2015

First Time Ke Rumah Blogger Masakan Terkenal Malaysia Che Mat Gebu !

First Time Ke Rumah Blogger Masakan Terkenal Malaysia Che Mat Gebu ! | Acara datang ke rumah PCM atau dikenali sebagai Che Mat Gebu, atau Adnan Ibrahim atau, tiffin biru atau dapur tanpa sempandan atau owner http://www.tiffinbiru.com/ atau... banyak sangat nama ni, dah banyak atau atau dah.. ok sambung semula, Acara datang ke rumah Che Mat macam dah menjadi rutin tahunan dah untuk #kelabbloggerbenashaari. Setiap tahun ada lah dalam 2 3 4 kali ke situ, kalau ada acara kat Johor, haa lagilah senang nak singgah. Kan?

Lepas masuk KBBA, uzu ter-miss datang rumah Che Mat raya tahun lalu sebab uzu masih kat Sabah waktu tu. Sobsobsob serius jeless. Bukan senang nak jumpa Che Mat ni..

Alhamdulillah, bila dengar kami akan singgah Sedenak sejurus balik dari Legoland, uzu sangat tersangat amatlah happy sangat-sangat. Kemain banyak "sangat" tu..Ni lah masanya nak kenal lebih rapat dengan Che Mat.. Fuh blogger masakan yang paling famousssss di Malaysia ni tuu. Uzu tabik springggg kat dia. 

Sampai je kat rumah Che Mat, makanan dah siap terhidang. Aummm sangat menyelerakan.. Nak tau che mat masak apa untuk kami? Wah ! Harap korang tak jeless lah eh :p

Semua makanan kat atas ni semua sedap-sedap. Menu fav uzu waktu ni ialah.. Tu kaler merah-merah tu. Atas dia buah, bawah dia kek ! Haaa apa nama dia eh? Lupa nak tnya Che Mat. Hihi :D *garukepala*
Che Mat, thanks sangat-sangat tau sebab sudi terima kunjungan kami the that day. Thanks sangat-sangat sebab susah payah masakkan makanan yang sangat sedap dan thanks sangat-sangat sebab bagi uzu ke dapur Che Mat yang banyak teko tu :p

Yang sedihnya, tak sempat nak bergambar dengan Tiffin Biru.Ok itu serius sedih. Apa pun, we love Che Mat ! Nanti kami datang lagi tau ! Hihi. InsyaAllah thank you :)

Kredit Foto : Kerex Studio

11 comments:

Muzai Samilan said...

sedapnyaa.. suka gak singgah blog mat gebu.. tengok gambar masakan dia pun jadila..hehe

Kakzakie said...

Yg tu triffle kalau nak tahu. Kakak dah makan dah triffle CMG tu. Memanglah sedap. Tu sambal belacan tu siapa buat? Kakak rasa mak CMG yg buat. Sebab selalau banyak masakan CMG buat tapi bila bab sambal belacan biasa mak yg buat. Sedap kan... kan...:)

Liyliz said...

liz pn suka singgah blog beliau. mknn mg menyelerakan sungguh.

Dkna Abza said...

untungla orang tu siap tapau lagi..hahhahahaa

sumysya said...

mmm...sedap & menyelerakan nampaknya smua makanan..ssuai sgt la ngan title blogger masakan... pernah wat resepi soto nya mmg tiptop seedap & senang nak wat

h- Zinnirah said...

ni lejen ni.. dr dlu mmg silent reader. selalu cuba resepi2 Cmg. boleh masuk wishlist ni utk ke rumah Cmg.

Makan bersama adalah salah satu medium kuat dalam merapatkan ukhwah. ^^ tahniah KBBA yg semakin sukses dan meriah. lambat jadi blogger. x sempat nak join sekaki jd sbhgian KBBA

AMIIZAA said...

uzu teringin tgk gambar cik mat, tak der ker terselit gambo cik mat? :)

AMIIZAA said...

uzu teringin tgk gambar cik mat, tak der ker terselit gambo cik mat? :)

Ann Ishak said...

haah la, teringin jugak nak tau mana satu Che Mat Gebu nya

POJIEGRAPHY BLOG said...

Best!

Azhafizah Md Nor said...

wow..menu dia memang menyelerakan..bertuah KBBA dapat menjamu selera masakan CMG

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com