✿Baca Entry Yang Lepas✿

Thursday, January 15, 2015

Lego Star Wars Miniland : Tempat Paling Menarik Di Dalam Legoland Malaysia

Lego Star Wars Miniland : Tempat Paling Menarik Di Dalam Legoland Malaysia | As-Salam semua.. selamat pagi adik-adik kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik serta makcik-makcik sekalian.. Hari ni uzu nak sambung lagi perjalanan dan pengalaman uzu kat Legoland. Mood Legoland tak habis lagi ni. Maaf lah ye. hihi.

Ok kali ni uzu nak cerita tempat yang paling menarik di dalam Legoland Malaysia ni.. Dalam Legoland ni, banyak tempat tau.. Macam kat USS. Alaa sapa pernah pegi USS, dia faham lah tu.. Ok dalam Legoland ni, tempat yang uzu suka sangat-sangat sampai excited tahap doraemon ialah kat Lego Star Wars Miniland .. Nak tau sebab apa? Haa sebabnya ada Lego Star Wars!

Bila korang masuk je kat situ, korang dapat rasai macam kat dunia Star Wars. Kalau tak silap, ada lebih 2000 model Lego Star Wars yang diperbuat dari 1.5juta biji Lego. Wow! Banyak tuuu..

Watak-watak seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan legenda Sith Lords, juga ada dalam ni. Semua macam real. Ada pergerakan dan bunyi dan disokong dengan kesan pencahayaan yang sangat luas biasa. Terfikir juga, macam mana diorang buat semua ni jadikan benda ni real.. Fuhhhh terbaik beb!

ok..Ni pengetahuan baru untuk uzu, kesemua model-model Lego Star Wars ni dibuat daripada lego-lego dan dibina dari pelbagai tempat di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Jerman dan Republik Czech! 
Kat situ, ada 7 bilik setiap adegan, so bila korang masuk, korang akan dapat tengok scene dari filem star wars mengikut kronologi. So korang tak akan pening dengan pameran-pameran yang tersedia kat situ.. So in case lah korang tak pernah tengok star wars kan, dengan adanya kronologi mengikut susunan, korang akan faham jalan cerita tersebut dalam Lego Star Wars Miniland.
Haaaaaa menakjubkan sangat bila dapat merasai sendiri kan pengalaman kat Lego Star Wars Miniland ni. So for those yang plan nak ke Legoland satu hari nanti, korang jangan lupa miss untuk datang ke Lego Star Wars Miniland ni k. Budak-budak konfem suka! mesti tak nak balik punye. Percayalahhhh ! hihi :D

Ok lah sampai sini entry uzu pasal Lego Star Wars Miniland. InsyaAllah esok nak update entry terakhir pasal Legoland.. Nak tau entry apa? Kena baca esok :p Hihi k lah, bai bai Assalamualaikum.

6 comments:

AMIIZAA said...

bestnya ala2 masuk kedunia lain :)

POJIEGRAPHY BLOG said...

Good sharing. TQ :)

Azhafizah Md Nor said...

bestnya bestnya..nak pergi jugak..

Nadia Johari said...

Ak puas

SalinaJohari said...

teruja sungguh..

Mad Parihh said...

perghhh memang best . suka tengok menda2 macam ni

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com