✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, January 5, 2015

Misi Banjir #kelabbloggerbenashaari Di Kuala Lipis Pahang

Misi Banjir #kelabbloggerbenashaari Di Kuala Lipis Pahang | As-Salam. Alhamdulillah. Selesai sudah misi kemanusiaan uzu dan geng #kelabbloggerbenashaari ke Kuala Lipis, Pahang, yang mana niat kami nak membantu mangsa-mangsa banjir meringankan beban yang ditanggung.

Mungkin, ada yang menjadi persoalan, kenapa nak pergi ke Kuala Lipis Pahang? Kenapa tak pergi Kuala Krai kat Kelantan tu haaa yang teruk sangat banjir? Bukan tak nak pergi, cuma kami utamakan keluarga dalam #kelabbloggerbenashaari dulu dan barulah ke tempat lain. Dalam #kelabbloggerbenashaari ada 3 orang mangsa banjir, kak sue, faizal fredley, dan kak fiza. Tapi yang paling teruk , keluarga kak Fiza lah kat Kelantan. Rumah teralih dari tempat asal. hurm..

Sabtu lalu, seawal jam 7 pagi, kami uzu dan Kak Sue Izza, Kak Yantlee, Najeeb, Qaseh Dalia, Kyleril, Abg Eddy bergerak dari Putrajaya/Bangi. Kami singgah punya singgah, sampai kat Kuala Lipis 3 petang.

Tempat pertama yang kami tuju ialah kat pusat terkumpulnya petugas-petugas sukarelawan banjir. Kami serahkan amanah dari Kak D'Laila Corner untuk bahagikan makanan kiriman beliau kat situ. Alhamdulillah. diorang rasa happy sangat bila terima. Tq kak Laila !! Semoga dimurahkan rezeki lagi bisnes akak ! Amin
 
Kami juga sempat ke jambatan yang runtuh akibat banjir. MasyaAllah. Bayangkan jambatan ni runtuh macam dalam gambar kat bawah ni. Tak boleh lalu.
Uzu tengok dari luar pun, tak sangka ada rumah. Hurmm bila masuk kawasan yang kena bannjir tu, ya Allah.. sebak je rasa. Bayangkanlahh semua nampak kaler coklat je akibat lumpur tu. Banjir kat situ sampai rumah tak nampak bumbung. Allahuakbar.. Allahuakbar. Allahuakbar.. Kesian mereka :(

Diorang pun lama juga termenung nak kena buat apa dulu. nak cuci selut/lumpur tu pun, susah giler. Nak juga kena guna water jeck. Tu pun tak totally hilang dan bersih. Nak 2 3 kali basuh. Diorang memula pun menangis 2 3 hari mengenang rumah. Dulu semuanya ada serba serbi lengkap. Sekarang semuanya hilang dalam sekelip mata. tapi diorang tabah. Sebab apa? Sebab mengenang nasib mangsa banjir kat Kelantan tu terutama kat Kuala Krai. Bayangkan.. Diorang bertarung dengan nyawa selamatkan diri sendiri.. Habis semua ternakan mati. Takda apa yang tinggal. Dalam kesedihan mereka, mereka lagi sempat memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir yang lain. Kita? Ada kita rasakan apa yang diorang rasa? Uzu sendiri pun tak rasa apa yang diorang rasa..

Separuh sumbangan kami beri kepada penduduk kampung Kg. Aur Gading.  Lebih kurang 10 buah rumah totally lost. Rumah tepi sungai roboh dan hanyut. Air naik sampai bumbung. Lebih kurang 15meter. Ternakan seperti ayam dan kambing biri-biri lebih 20 ekor mati dan ada yang tak dapat bantuan makanan sebab mungkin tak tahu ada kawasan perumahan dekat situ sebab jauh pendalaman.

Selesai mengagihkan sumbangan. Kami bergerak ke rumah kak sue izza untuk tumpang bermalam . Keesokkannya kami sambung lagi misi kemanusian. So tu nantu uzu update ye. Terlalu panjang lak rasa luahan hati uzu sebagai sukarelawan #kelabbloggerbenashaari di situ. Rasa banyak yang tak terluah. Hurm. Ok lah . Kalau nak tau the next day apa kami buat. Tunggu entry ye. Tq sebab sudi baca. Salam.

13 comments:

MG schmidt said...

bantuan sumbngan kelabbloger abg ben ni dpt dr mne
or ada tbung donation yg kelab blogger buat ?
tq :)

::EIDA:: said...

semoga beban diaorang dpt diringakan ye dak ;))

Normi Nieza said...

good job uzu..

Nadia Johari said...

kita bantu mana yang boleh je..alhamdulillah dapat kurangkan beban mereka

zarul farhana said...

semoga dpt meringankan beban mereka

Maria Firdz said...

pengalamn sebegini dpt merendhkn hati.. seronok jika berpluang join...

At-Tarmizi said...

terbaik =)

Ain Syahirah said...

We need your help for our school di Gua Musang, Kelantan T___T

http://nurain-syahirah.blogspot.com/2015/01/bantuan-bencana-banjir-maahad-muhammadi.html

Mama Kembar 3 said...

sayu hati tgk. tp diorang mmg kuat semangat kan...masih boleh fikirkan ttg org lain lagi....

Nur Inani said...

sedih tengok keadaan diorang. semoga bantuan yang dihulurkan dapat ringankan beban mereka :D

CT Humairah said...

sayu kan tngk kerosakan kat sana..

Azhafizah Md Nor said...

dasyat betul banjir besar ni sampai runtuh jambatan..Alhamdulillah bantuan berjaya dihulurkan

Rosmiza Ali said...

Allah, besarn sungguh dugaan buat diorang.. Ni dengar kabarnya air dah start naik balik.. Semoga semuanya baik2 belaka.. Aminn..
RosmizaAliDotCom™

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com