✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, January 7, 2015

Pengalaman Pertama Servis Kereta !

Pengalaman Pertama Servis Kereta ! | As-Salam. Selamat pagi pembaca ku sekalian. Hari ni rasa nak update blog, tapi takde idea. Hurm.. Rasanya dari semalam lagi nak update, tapi tak terupdate. Lalu uzu pun membuangkan masa kebosanan dengan membelek gambar ! Dan terjumpa gambar hari tu uzu g servis kereta. Haaaaa leh dijadikan entry ni..

Al-kisahnya hari Isnin yang lalu, uzu tengah pening kat mana nak cari tempat servis kereta area dekat dengan ofis uzu. Kalau dekat tu, senang lah berulang alik kan?. Takde tunggu berjam2. Tanya punya tanya, last-last hakak arkitek suggest ada satu tempat ni. Dia biasa pergi situ. Ownernya melayu. So uzu setuju. She's guide me to drive there. Tapi tempat tu pulak tutup. Nak tak nak uzu pergi tempat lain. Uzu takde masa nak g servis bagai. Sabtu ni dah nak ke Johor. 

Pastu hakak arkitek tu bawa uzu kat tempat servis kereta di area bangi. Kembara Suci Sdn Bhd. Area kat Sg. Merab. Kalau dari hostel uzu sangatlah dekat. 10 minit dah sampai. 

Uzu bajet servis kereta dalam RM100 below. Sebab uzu dengar cerita servis kereta ni antara RM60 keatas macam tu.. Bila sampai kaunter, pegi lah tanya harga. Harga yang di cas ialah... RM163.75 untuk servis minyak hitam dan filter unttuk 5000km Uzu terkejut ! Hah? Mahai nak mampus..over bajet.. Memandangkan dah masuk, terpaksa redha je lahh.. 
Pastu, anggaran adalah dalam masa sejam akan siap ! Uzu pun tunggulah lepak-lepak kat situ sambil duduk di kerusi urut. Nasib baik ada kerusi urut. Kalau takde? Kan dah sakit punggung berjam tunggu. Dalam tu juga ada cafe, so sambil-sambil tunggu boleh makan megi ke, minum teh ke, boleh je... Yang uzu suka sangat tu, ada wifi ! Hehehehehe..
Lepas sejam, kereta pun siap. Yeahhh. Alhamdulillah. uzu tak risau lagi masalah kereta. Kopak purse i. Huhu takpe lah. Janji selamat kan.. Ni first time uzu g servis sendiri so uzu bukan tau pape pun. Pengalaman hari tu insyaAllah akan jadi pengalaman masa akan datang, InsyaAllah Thank You.

Sekian untuk hari ni. As-Salam :)

18 comments:

Normi Nieza said...

mahalnya..huhu

yoorin melacolea said...

mahal sgt tu uzu.. akk nye kereta baru jugak servis last 2 weeks.. tukar minyak enjin & filter x sampai 80 pon..include labour charges tau! tgok jugak laa brand minyak hitam nye tuu.. tp kalau dah charge banyak mcm tu, memg x laa nak masuk.. die tengok uzu pompuan kdg2 memandai je nak kelentong...

Nyna Nieyna said...

insh Allah . Thank You .

Mila Hilas said...

mungkin uzu amik yg 10000km kot memang la mahal..kalo yg 5,000 km je memang bwh 100.. hehe..so lepas ni pastikan samada 10k atau 5k ye :-)

Harith Iskandar said...

biasa lah kalau pergi center mmg mahal, tp kalau pergi kedai2 lain murah jer...barang pun lbh kurang sama jer... ;)

DYatie ABakar said...

Akak tak pernah buat servis. Hahaha. Semua laki mak hincek yang buat sendiri. Tak pergi hantar servis. Jimat duit. Ngeee.

Maria Firdz said...

wow.. tempat xclusive cmtu.. mmg pdan dgn harga la...

CT Humairah said...

hehehe next time boleh try pegi service kat pakcik shuib di seksyen 7 bbb.. yg ade jpj tu.. lorong depan skali ngadap jalan besar. sangat baik and pemurah hehehe

Bintang said...

Ingat lagi masa nak servis kereta first time. Siap tanya dulu kat member harga itu ini berapa. Risau over budget je. And risau kena tipu. Hehe.

mama amir said...

yang penting keselamatan...hati2 memandu Uzu...^_^

Ibu Lala said...

Akk klw servis kete mmg pi sendiri je.

h- Zinnirah said...

cas wifi tu. alang2 mahal, gunalah sampai habis kuota ^^ download byk2 ya

Rahim WG said...

mesti pening kan bila ada orang komen cakap mahal atau murah sangat. servis kita ada dua iaitu minor dan major servis. yang uzu buat minor. harga kebiasaanya bergantung kepada jenis minyak dan barang lain yang perlu ditukar macam oil filter dan air filter.

nak tukar minyak better guna minyak brand yang dipercayai ramai. jangan ingat bila dapat harga murah kira bagus sebab ada minyak recycle guna brand terkenal.

banyak lagi perkara lain perlu ambil kira. Apapun yang penting jangan miss servis.

Etuza Etuza said...

bagus ada pengalaman ..kali ke dua ok dah tu ya..
tips blog lebih ceria datang klik ya..moga tersenyum hari ini..http://madey09.blogspot.com/2015/01/senyumkan-blog-anda-pasti-ramai-ceria.html

Etuza Etuza said...

bagus ada pengalaman ..kali ke dua ok dah tu ya..
tips blog lebih ceria datang klik ya..moga tersenyum hari ini..http://madey09.blogspot.com/2015/01/senyumkan-blog-anda-pasti-ramai-ceria.html

Azhafizah Md Nor said...

kalau servis kereta tak sah tunggu ber jam..sabar je la..kadang kadang tu memang terkejut tengok harga bil dari jangkaan.

Rosmiza Ali said...

huhu.. Boleh tahan gak cas servis..
RosmizaAliDotCom™

Ridz Ayeop said...

Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com