✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, February 17, 2015

Ladies ! Hati-Hati Dengan Lipstik Ye !



Ladies ! Hati-Hati Dengan Lipstik Ye ! | Salam. Perempuan dengan lipstik tak dapat dipisahkan. Kan? Uzu pun lipstik ada je 3 4 lipstik lain jenama lain kaler.. Nak dijadikan cerita, uzu ada baca kat facebook info mengenai lipstik..

"..Terlebih dahulu sya nk mintak maaf kat penjual brgan kosmetik. Tp syu rs kne bg tau juga tuk keselamatan.. syu suke pakai lipstik, kaler memng cantik2.. tp td kakak ipar kite bg info sikit pasal kandungan plumbum kat lipstik... syu test sikit nk tgk btol ke pe yg dia kata kn.. dia suruh calit kan sikit kat tgn then gosok dgn cincin emas. Kalau kaler dia betukar warna hitam.. makna nye kandungan plumbum dia tggi... skali syu buat hitam.. hurmmmm xtau la nk ckp pe.. bahaya skang nie... bende yg bahaya pon org jual.. xtau la nk ckp pe... korg try la sendr okay... mik lipstik masing2.. kalau bertukar warna hitam.. bik buang.. btw share kat knalan kita supaya dia org alert.... "

Kalau korang tak tahu, plumbum ni sejenis logam toksik, iaitu bahan yang bahaya.. So kalau kite pakai gincu, selalunya mesti tertelan ke apa kan, sebenarnya gincu yang mengandungi plumbum ni boleh menyebabkan keguguran, kerosakan DNA dan sel otak.

So bila baca info kat atas tu, uzu terus ambik lipstik uzu dan cincin emas uzu.. Nak try sendiri, betul ke kalau kita calit kat tangan, dan gosok guna cincin emas, kesan lipstik akan jadi hitam?
Dan hasilnya.. Gincu A ok sikit , kurang bahan plumbum dan Gincu B ni, ada sedikit hitam.  Perghh Gincu B ni gincu peberet uzu, Simply Siti..  Terkejut juga tapi takde lah tahap hitam sangat kan? Ke cane?
Maaf ye, uzu bukan nak memburukkan lipstik-lipstik ni semua, tapi uzu nak share je info kesihatan supaya kita semua tak beli atau pakai lipstik yang bahaya ni.. 

Walaupun lipstik Simply Siti ada sedikit hitam, namun yang demikian, uzu tetap nak guna ! Bukan ketegaqq, tapi tak tahu lah info ni betul ke tak kan? kan? kan? Sebab tak tahu tahap plumbum ni bahaya ke tak.. Entahlah.. Apa pun, korang hati-hati jer bila beli lipstik k ? Mencegah lebih baik dari merawat gituu.. Hihi. Salam.


20 comments:

yoorin melacolea said...

padan laaa ade org cakap masa preggy jangan pakai lipstik.. xtau plak pasal apa.. nasib baik laa time pregnant malas gilos pakai lipstik...

Sue Sopian said...

penah dengar psl ni gak..
masa preggy dulu ada sikit malas nak pakai lipstick.. perasan cantik masa tu.. cuma calit lip gloss aje.. kahkahkah

Azhafizah Md Nor said...

tq for the info.nak try check.

POJIEGRAPHY BLOG said...

Perkongsian yang bagus untuk para wanita di luar sana.

zazanizam said...

zaza pun dpt tau jgak.. hope berhati2 semua kpd wanita.

AMIIZAA said...

betul uzu
setengah lipstik boleh buat bibir rosak dan gelapkan warna bibir...

Permatabiru said...

ok kna try nice info

izzeyda said...

nice info.. nasib tak minat pakai lipstik..

Mrs Yatie said...

thanks info uzu. kena check juga ni.

Zaidalifah Hussin said...

GOOD INFO UZU

Ein Farah said...

baru tau..pasni boleh try kalau nak beli. btw, nice sharing ^^

irra yyan said...

Lipstik A tu ok eh? Kak irra guna yg tu gak

Ndra Jamal said...

rasanya gincu ni mcm deodorant gak yg org kecoh2 psal aluminium tu.

Rosmawati Ahmad said...

lama betul Ros tak pakai gincu sejak berkeluarga. Kalau nak pakai kena check ada plumbum ke tak dulu ni.

Zahidah Wahid said...

pernah baca jugak pasal ni... tapi since tak pakai lipstick so tak pernah try pulak buat... btw nice info...

Ija Rased said...

tq for d info

Umie Farhana said...

tq for sharing uzu :)

Azney Shamsuddin said...

bukan lipstik sahaja. cuba buat pada krim malam . mesti ada jugak cam nie.

Innanie Ariffin said...

uzu, kak nanie sebagai beauty blogger just nak share something dan bukan berniat nak jatuhkan brand melayu. gincu B tu mengambil formula daripada Korea dan kalau Uzu nak tahu, brand Korea, China, Jepun, Taiwan memang banyak yang mencampurkan plumbum dalamnya berbanding brand dari negara Barat. Ini sebabnya kebanyakan gincu dari negara-negara sebegitu dilabel sebagai gincu tahan-lama kerana kandungan plumbum tu menjadikan ia kekal lekat pd bibir.

Mohd Noor Zarif Zakaria said...

Saya dah experiment pada Lipstik Cozuma saya, resultnya tak hitam pun selepas gosok menggunakan cincin emas.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com