✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, March 25, 2015

Jom Masuk U ! | Open Day Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi Campus

Jom Masuk U ! | Opening Day Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi Campus | Salam. Sabtu lalu, uzu berkesempatan ke Uniten bersama blogger-blogger yang lain yang bertempat di UNITEN Bangi . Senang je nak pegi sebab sebelah je dari hostel uzu.. 5 Minit sampai ! ^^v

Open Day UNITEN berlangsung di Administration Building . Nak p situ, senang je, masuk ke pintu masuk, ada pondok guard kat situ, tanye lah makcik guard tu kat mana Open Day tu? Dia akan tunjuk arah.. Dah pihak UNITEN pun dah sediakan petunjuk arah (signage) , so nak ke bangunan admin tu memang senang ...
Open Day UNITEN ni bertujuan untuk pelajar-pelajar lepas SPM/SPTM untuk mengenalpasti arah tuju selepas SPM/STPM. Adik-adik yang nak sambung belajar tu, kena rajin lah usha mana-mana universiti yang mengadakan Open Day ke atau Info Das ke.. Apa2 je lah event2 Jom masuk U ni...Penting tau ! Sebab budak-budak lepasan SPM/STPM ni baru lagi... dan tak tahu sangat mengenai alam universiti. Betul tak? Mesti ada yang bingung ..nak sambung apa lepas SPM? Nak jadi apa? Nak ambik couse apa? So sebab tu lah adik-adik lepas SPM/STPM kena datang event macam ni...

Apa yang menariknya kat UNITEN BANGI CAMPUS ?
UNITEN Bangi ialah Universiti yang dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ..So UNITEN ni lebih tertumpu kepada bidang kejuruteraan, teknologi matlumat, pengurusan perniagaan dan lain-lain. Sapa yang lepasan SMK TEKNIK tu atau lepasan Diploma dari Politeknik memang sesuai sangat study kat UNITEN .. Ok jom adik-adik kita tengok bidang apa yang ditawarkan kat UNITEM Bangi Campus.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Campus Academic Programmes/Courses

Foundation Programmes
Foundation in Electrical and Electronic Engineering
Foundation in Electrical Power Engineering
Foundation in Mechanical Engineering
Foundation in Civil Engineering
Foundation in Computer Science
Foundation in Information Technology

Undergraduates Programmes
Bachelor of Civil Engineering (Hons)
Bachelor of Electrical and Electronics Engineering (Hons)
Bachelor of Electrical Power Engineering (Hons)
Bachelor of Mechanical Engineering (Hons)
Bachelor of Information Technology (Information Systems) (Hons)
Bachelor of Information Technology (Graphics & Multimedia) (Hons)
Bachelor of Computer Science (Systems & Networking) (Hons)
Bachelor of Computer Science (Software Engineering) (Hons)

Postgraduate Programmes
Structure A:
PhD in Engineering
PhD in Business Administration
PhD in ICT
PhD in Industrial Science
Master of Electrical Engineering
Master of Mechanical Engineering
Master of Civil Engineering
Master of Information Technology
Master of Industrial Science
Structure B:
Master of Electrical Engineering
Master of Mechanical Engineering
Master of Information Technology
Structure C:
Master of Business Administration
Master of Engineering Management
Master of Electronics and Systems Engineering ** Open to Malaysians Only
Master of Communications and Systems Engineering ** Open to Malaysians Only

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi Campus Facilities and Services
- Library
- Laboratories
- Computing
- Food
- Outlets
- Social / Sports
- Accommodation
- Residence  Hotel @ Uniten
- Transportation
- Health & Medical

Actually, adik-adik semua, kalau nak masuk U ni , tak kira korang dapat UPU atau tak, nak pilih Universiti ni kat mana-mana pun ok.. Janji sambung belajar..Kan? Yang dapat UPU tu bonus lah.. Sape tak suka kan dapat UPU.. Tapi macam mana yang tak dapat UPU? Haaaaa unitersiti swasta lah jawabnyer.. So, kat UNITEN kan macam-macam course ada serta kemudahan yang disediakan pun bagus. Selesa kan?

Mengenai yuran pulak.. Walaupun yuran tak semurah universiti kerajaan, tapi jangan risau mengenai yuran-yuran tu semua.. Kat UNITEN ada pinjaman PTPTN yang boleh cover yuran korang.. Kalau tak nak ambik pinjaman, boleh apply biasiswa .. Macam-macam biasiswa yang ditawarkan kat UNITEN antaranya Yayasan Tenaga Selangor (klik more info) ..Tak susah pun.. Senang je adik-adik...So  tak perlu risau mengenai yuran ye?

Kepada adik-adik yang berminat masuk ke UNITEN, boleh terjah info ni eh. Salam..

Alamat : UNITEN Putrajaya Campus,  Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor.
Tel : 603-8921 2020
Fax : 603-8928 7166. 


No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com