✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, March 24, 2015

KFC Bloggers Day : Zinger Rice Wrap

KFC Bloggers Day : Zinger Rice Wrap | Khamis lalu, berlangsungnya KFC Bloggers Day yang mana telah diadakan di KFC Pavilion pada jam 8 malam. Alamak! Bila dapat invitation waktu bekerja ni, uzu akan pertimbangkan dulu dan fikir masa-masak sampai jadi bubur.. Ye lah.. Bangi - Pavilion, jauh kot... Tapi at last p jugak...Huhuhuhu..

Sampai je kat situ, ramai dah blogger sampai.. Ramai giler blogger hadir .. Ada lah nampak blogger baru, blogger lama, blogger otai, blogger kenal alam maya, dan macam-macam types of blogger yang hadir... Apa pun, KFC Bloggers Day memang awesome!
Actually, disampaing KFC Bloggers Day, KFC telah memperkenalkan menu baru iaitu Zinger Rice Wrap.. Dah main wrap wrap dah KFC ni..Kah! Patutlah Colonel Chicken Rice dah dimansuhkan rupanya ada menu baru yang berunsur nasi pula ditawarkan.. Huhuhu.. Tengok gambar macam cantik kan? Korang dah rasa tak??
Nampak sedap dan memang ternyata sedap pun rasa Zinger Rice Wrap ni..! Makan panas-panas lagilah sedap.. Ni sesuai untuk uzu atau sesiapa yang busy dan ada waktu yang terhad je untuk lunch, beli je Zinger Rice Wrap, ngappppppppppp je siap.. Dah la sedap, senang nak makan pulak tu.. Nasi kot dalam dia.. Sure kenyang..! Berbaloi sangat dengan harga yang murah,  RM4.90 je..

Btw, antara aktiviti yang menarik ialah, Wrap blogger jadi macam mumiaa sampai tak nampak ape, pass the parcel, most creative caption in Ig dan macam-macam lagi...

3 comments:

Shark Kay said...

RM4.90
rasanya memang dah murah tu.
boleh le coba.
bosan gak asik ayam kepci jer.

Kakzakie said...

Anak-anak kakak suka Zinger Rice Wrap ini tapi kakak kurang sukalah Uzu - tekak org tua tak sama:)

Meriah juga nampaknya..

nayfatimah rasyid said...

bestnyer makan sambil jumpa rakan blogger ;)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com