✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, March 25, 2015

Panik Bila Tersangkut Kat Lif !

Panik Bila Tersangkut Kat Lif ! | Semalam hostel uzu blackout ... Terkejut den seketika ! Syok-syok baring kat katil sambil layan "teman lelaki upahan" .. tiba-tiba je gelap gelita.. Maunyaaaa tak terkejut? Dah lah uzu ni jenis penakut... Ehhh lagi takut sorang-sorang kat bilik! Kau ghase?

Tiba tiba.... perut berbunyi.. dem! Lapar pulak dahhh.. Waktu-waktu macam ni juga rasa lapar.. Memang lapar pun sebab tengahari kelmarin uzu makan waffle je.. Nak tak nak kena turun juga... Tingkat 7 kot ! Tak kan lah turun naik tangga? Lif konfem2 tak leh pakai... Lama juga fikir.. nak turun ke tak? Nak turun ke tak? Tak turun kang.... Haaaa.. takleh celupar mulut... ok turun!

Ambik fon.. turun guna tangga. Waktu nak turun tu.. Memang terfikir akan terjumpa pocong lah, hantu raya lah, pontianak lah, suster ngenset lah, kemain fikiran negatif.. Tapi tak pape pun.. uzu ni je over thinking ! Ee waktu nak turun tu, rasa macam "tak sampai-sampai" ke level G . 

Eh panjang giler kan uzu cerita tapi bab tersangkut kat lif tu macam takde. kah! Ok lah nak cerita terus lah. Kang korang x nak baca. hahaha

Lepas larikan diri macam lipas kudung yang kesakitan dari tingkat 7 ke G .. uzu p makan. Balik dari makan.. Ehhh letrik dah hidup... So, uzu naik Lif lah.... bila masuk lif... ada juga terfikir kat dalam hati "alamakkk kang tersangkut pulak aku dalam lif ni" ok abaikan negatif thinking... menyempat! So buat derk masuk lif sambil main fon..

Tiba-tiba..

Lif terhenti! Giler ngkoooooooooooo.. Bapak panik ! Terus cepat-cepat tekan loceng.. Tak fungsi ! Ambik fon.. Nak call kawan.. Tapi automatik takde line! Lagi lah panik. Dah berkerut kening.. Uzu ketuk-ketuk pintu lift tu.. Macam takde orang dengar...Uzu terhenti kat tingkat 4.. Try lagi tekan emergency bell .. Selepas berhempas pulas, lif hidup semula! Fuh.................. selamat naik ke tingkat 7. Terus kepala rasa pening. Sebab lif tadi tiba-tiba berhenti. Lol..

Pengajarannya.. Jangan naik lif lepas blackout! k bye..



7 comments:

Afidah Azmi said...

nasib baik masa lift dah okey tu Uzu tak sampai dekat tempat yang tidak dikenali kan...elok jer pintu lift buka terus nampak kawasan gelap dengan keadaan menyeramkan ..hehehehe

Normi Nieza said...

take care uzu..

yoorin melacolea said...

huhu... selalu memg kalau xde letrik jangan naik lif.. huhu.. uzu uzu..

Athirah Diyana said...

haaaa! bila fikir negatif, terus jadi betul. pasni positif je tau uzu. hihi! (cakap orang padahal diri sendiri pun suka over thinking macam tu)

miminadam said...

Ehmmm. Berhenti katvtingkat 4 pulak tuu. Hihihi

miminadam said...

Ehmmm. Berhenti katvtingkat 4 pulak tuu. Hihihi

Ar Eirza Japar said...

fuhhh klau sy dah nangis dah...mesti terbyg segala bnde yg negatif punye..hahaha..nsb bek uzu xde pape...

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com