✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, April 27, 2015

KBBA Blogger's Day Out Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

KBBA Blogger's Day Out Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya |  Alhamdulillah. Syukur ya allah sebab aktiviti dan plan berjalan dengan lancar. Selepas hampir sebulan membuat planning, dan akhirnya berlangsunglah KBBA Blogger's Day Out Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya .

Seawal jam 8 pagi adalah sesi pendaftaran. Uzu meruapakan salah seorang AJK untuk event kali ni.. Semalam uzu jaga dibahagian pendaftaran untuk membahagian diorang kepada 4 kumpulan.. Sesi pendaftaran juga ada goodies bag yang mengandung (Product natalia , cosmoderm, monster crunchy , navy, dan baju t-shirt KBBA ).
Jam 9 pagi pulak.. ada sesi erobik yang dikendalikan oleh Fatin Bella. Mula-mula memang niat tak nak join, tapi macam best je kan erobik siap ada lagu, kejap slow kejap rancak, walhal uzu tengah tunggu lagu dangdut keluar. kah! Ok kecewa. hahaha...
Seterusnya ialah, sesi bacaan doa dan abg huzaini, ucapan kata-kata aluan dari wakil #kelabbloggerbenashaari Abg lan careno dan dari wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya .
Emcee pada hari kelmarin, Kak Yanty Lee yang mana dia juga merupakan orang yang bersusah payah menguruskan event/aktiviti hari ni.. Tq kak ty !
Aktiviti pertama, Golf .. Huhhhh macma best je kan.. Tapi ingat senang ke nak pukul bola golf ni.. Ada dianatara mereka, bila pukul, bola masih kat situ.. Maunyaaa berdekah-dekah kami ketawa.. Posing nak pukul kemain lagi.. tapi tak kena! Hahahaha.. Malu tau kena gelak oleh diorang ni.. Ewahhh walhal uzu pun gelakkan orang.. Bila sampai turun uzu, cuakkk... Dalam hati redhaa lah pasni kena gelak.. tapi... yang uzu dengar "wahhhhhhh" .. hah! kena lah... hahahaha . control cun terus.. hehehe..
Aktiviti kedua, Badminton.. Yang ni rule pelik sikit, 6 lawan 6 . tapi setiap 1 team ada 1 raket je. So peranan kita kena berbincang dan pass badminton tu. tak leh gerak ok ! Susah sikit tapi have fun.. :)
Aktiviti ketiga, Go-kart .. 1 round ada 10 orang dan setiap orang ada 10minit tuk main go-cart. Agak lama juga tu actually... Sampai lenguh kaki nak tekan minyak. haha.. Mula-mula takut nak main, bawa slow je.. Tapi bila dah reti baca laps, terus main race dengan diorang ni. Nak lawan sapa lagi laju... at last.. hahaha uzu accident juga waktu corner.. Hahaha dari tempat kedua lepas tu.. jadi orang terakhir.. ish3x.. hahaha..
Dan aktiviti ke-4 dan yang terakhir ialah Paintball ! Huhu.. Yang ni best sikit tapi ada sedikit nervous sebab tak reti main. hahaha..Nasib baik ada 2x penerangan. Game ni jenis lasak sikit sebab guna semua tenaga . Dah ler senapang berat.. jadi kapten lak tu mula-mula.. Kapten yang dilindungi oleh teman-teman seperjuangan tapi cepat mati.. adoiii .. 1st try katakan.. Tapiii 2nd game.. jadi juaraa ko... Haaaaa... gitu. bangga jap. haha...
Alhamdulillah game habis sekitar jam 4 petang. Semua blogger kena berkumpul di lobi untuk sesi cabutan bertuah. Semua yang dapat cabutan bertuah tu happy.. Termasuklah uzu salah seorang yang bertuah.. hihi.. Thanks kepada penaja Cosmoderm, Yeos Malaysia , Stamp N Print Enterprise , Azwar Kamaruzaman, Natalia dan Monster Crazy Crunch.

Last sekali, sesi group photo #kelabloggerbenashaari. Yeahhhh best tau ada komuniti yang ramai macam ni.. Meriah sangat-sangat. Kami juga telah membuktikan bahawa #kelabbloggerbenashaari bukan sekadar blogger.. hihi.. Kat dalam ni semua blogger sporting ! Ada yang baru jumpa , ada yang dah lama kenal tapi tak jumpa-jumpa.. Haaa so misi berjaya ! Sebab dah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama blogger. Alhamdulillah :) Tq semua..


9 comments:

nor nazliana said...

bestnyerr

Nieyl said...

wah!seronok...

Normi Nieza said...

meriahnya..:)

Nur Khairiah Irwanie said...

wah.. meriahnya

Farah Waheda Wahid said...

dari kejauhan nampak gigi akak jer...wakakakaka....

mOoN IzzaN said...

terbaik!!!mmg best sgt...

Mama Kembar 3 said...

thank you Uzu & Ajk KBDO & penaja semua! memang terbaik lah event semalam. tak sabar tunggu next event dah ni...

Mish Syura said...

bestnyer.. kite ni tak pandai nak bersosial. takut jadik kera sumbang kalau pergi.. hehe

Yan Ty said...

Alhamdulillah & Syukur ke hadrat Ilahi , apa yang dirancang dan diharapkan berjalan dgn baik dan semua happy. Terima kasih atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan dariseluruh keluarga #kelabbloggerbenashaari . Thank you tolong sepanjang perancangan BDO.

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com