✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, April 21, 2015

Misi Mendaki Gunung Kinabalu Kali Ke-2 Part #1

Misi Mendaki Gunung Kinabalu Kali Ke-2  | Alhamdulillah.. Uzu masih bernafas dibumi Allah . Maknanya, uzu selamat naik dan turun gunung kinabalu dengan selamat.. Rasanya dah ramai tau yang uzu daki gunung kinabalu 2 minggu lalu. Kali ni uzu daki dengan officemate uzu yang sporting! Aum..

Masa sebelum mendaki. Tengah nak daftar kat kaunter. Kali ni... uzu mendaki melalui gate mesilau.. Kalau nak tau, dulu uzu daki melalui gate Timpohon (8km) . Tapi kali ni, uzu daki dari Mesilau (10km) . Orang kata, otai otai je lalu Mesilau sebab jauh sangat. Tapi kenapa uzu pilih nak daki dari Mesilau? Dengar cerita... Lalu Mesilau ada sedikit landai. *walhaltakpun*.. Dan pemandangan cantik.. Tapi..... menyesal je lalu situ.. Pemandangan takde pun! Sebab kabus tebal sangat..
Breakfast. Tips untuk breakfast yang uzu dapat.. Lepas makan.. minum kopi kosong tanpa gula + sedikit madu + garam.. Tujuannya memang tu gain energy.. Uzu tengok... semua pakat habiskan madu pagi tu.. Tapi bila uzu try minum.. Teruss nak muntah balik.. Lain giler rasa.. Buerk..
Ni lepas brief dari Guide. Guide pesan, kalau ada benda pelik-pelik.. Jangan tegur.. Banyak pesanan yang guide bagitau tapi tu je uzu ingat. Kah! Setiap orang kat sini akan dapat pack lunch masing-masing. Dan bag? Bag bagi guide bawak.. Nak bawak sendiri... tak larat.. Samapa a dauit tu, boleh lah ambik servis porter, RM12 sekilo.
Letih tau daki gunung macam ni.. 4km ni separuh perjalanan.. Ada 6.2km lagi...  Sekejap2 berhenti.. sekejap2 minum air.. sekejap2 makan coklat.. Kaki tu sampai menggeletar nak daki.. Ya Allah.. Dalam hati.. bila lah nak sampai? Waktu mendaki ni, tak elok actually rehat lama-lama.. Paling lama pun kurang dari 2 minit.. Sebab kaki akan kejang kalau berehat lama sangat. Yes betul sangat tu..
Fuh yang ni... Kat atas dah .. Dalam 2 km lagi sampai.. Makin uzu naik kat atas, makin cantik pemandangan.. Subhanallah..Serius cantik weii ... Tumbuhan yang tak pernah nampak ada kat sini.. 
Yahoooo.. Setelah hampir 10 jam mendaki dan terus mendaki, uzu dan kengkawan lain sampai juga ke Laban Rata . Tempat penginapan.. Sampai-sampai je.. Terus makan.. Serius uzu mengantuk sangat. Tak larat nak makan.. Gilerrr kooo 10 jam mendaki.. Penat siot... Waktu ni, uzu dah rasa menyesal dan tak nak naik lagi.. Tobat dah... Huh..

Sebelum tidur, kami kena minum air madu dan 2 biji panadol.. Dan sewal jam 8 malam, kami dah tido dah.. Sebab jam 2 pagi semua kena bangun semula.. Tapi uzu dah bangun seawal jam 1 pagi.. Dalam hati risau sangat-sangat.. Dapat daki ke tak? Huh..So kali ni.. agak-agak uzu dapat daki sampai ke puncak tak? Ok... yang tu uzu akan update part #2 eh. hikhik Stay tunes ! Salam.




5 comments:

Norma NML said...

Bestnya Azu...nice view..fresh air..teringin nak ke KK tapi bab mendaki tu memang tak la kot..hehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam uzu,
alaaaaaahaaaaaaaiii
akak nengok pun dah semput tau uzu :P
kalo akak memang tak daki ler jawabnya
good job uzu :)

Innanie Ariffin said...

uiii kalau akak semput tu ha!

noorzaida zainuddin said...

Assalam uzu..
Best nye..impian yg tak tertunai lg..uhuuu...

Ardiansyah Satria said...

Assalamualaikum mrs Uzu,
My name is Ardiansyah satria from Purwakarta west java Indonesia, I all read your blog http://www.kisahemasputih.com/2015/04/misi-mendaki-gunung-kinabalu-kali-ke-2.html,,, mau bertukar pengalaman mengenai pendakian MT kinabalu, rencana saya akan mendaki Mt gunung kinabalu pertengahan tahun 2016 before ramadhan month, i want to now about MT kinabalu trip,, because you experience for trip in kinabalu mountain
thank you, Terimakasih, hatur nuhun, sorry i not practice english,, :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com