✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, May 31, 2015

Cara Uzu Menjaga Kecantikan : Spa Dr. Amminuth Bluewave Hotel Shah Alam

Cara Uzu Menjaga Kecantikan : Spa Dr. Amminuth Bluewave Hotel Shah Alam | As-salam. Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan.. Bagai aur dan tebing. Sebut wanita mesti nak cantik-cantik.. Tak kisah kecantikan dalaman dan luaran.. Tak kisah bujang je, isteri ke, janda ke, nenek ke, tak kira apa pun kerjaya kita sama ada blogger ke, qs berjaya ke , lecturer ke, engineer ke, atau akauntan ke atau macam-macam lagi kerjaya mesti nak fikir cantik je.. 

Selalunya kita sibuk dengan kecantikan luaran sampai lupa dengan kecantikan dalaman. Kecantikan luaran ni maksud uzu, sentiasa nak nampak cantik sanggup beli makeup harga ratus-ratus, tapi jaga  nak jaga bahagian dalaman ya allah pemalas ya ampun.. Sampai nak tunggu berkarat-karat baru nak pakai kelam kabut nak beli pemutih itu lah...pemutih ini..Haa tu dia kemain...

So, sekarang ni uzu dah start nak menjaga kulit dengan manjakan diri dengan spa.. Spa bukan tuk orang kaya je tau, student macam uzu ni pun boleh pergi..Harganya mampu milik. Tak perlu risau.. huhu..Ni pengalaman pertama uzu ke spa so...excited nak try! Haha. Kesian.. Treatment ni uzu buat kat Spa Bluewave Hotel Shah Alam. Spa ni kat dalam Hotel Bluewave tapi korang jangan salah faham. Spa ni bukan untuk guest hotel je tau malah  customer dari luar pun boleh datang 

Ruangan Luar Spa Hotel Bluewave
 Ruangan Dalam Spa Bluewave Hotel
 Spa Bluewave Hotel di Media Cetak
Ruangan Dalam Bilik Spa
Bodyscrup yang uzu buat ialah bauan wangian jenis rose.. Memula sekali uzu di sental-sental kan badan dengan scrup rose 1 full body.. Pada yang perempuan muslimah tu tak perlu risau mengenai aurat sebab spa ni tuk wanita/muslimah sahaja.. Menarik kan? Hehe.

Rawatan scrup badan dijalankan selama 45minit.Tak lama sangat. Sekejap je. Sambil tunggu scrup kering kat badan tu, boleh capai fon sambil main henpon. Haha!  Yang best sekali part kena urut sikit2 tu, alahaiii rasa macam nak try full massage pulak. Best sangat kena urut..Badan uzu sangat-sangat penat ke event situ ke event ni, memang tak sempat nak berehat lama so dengan full massage ni mungkin akan melegakan urat-urat sendi kita. Hihi. Memang nak try lain hari! 

Rawatan body scrup yang uzu rasa selama 45 minit ni memang terbaik.. Uzu suka bila badan uzu wangi je. Macam nak cium cium hidu hidu peluk-peluk orang je.. Haha sengal. Macam nak datang lagi je. Best tau layanan staf-staf kat Spa Bluwave Hotel ni. Dah la comel-comel, peramah pulak tu.. Apa pun, terima kasih Spa Bluewave Hotel yang melayan karenah uzu dan yaya yang ngok ngek sikit ni.. InsyaAllah akan datang lagi kat Spa ni.. Teringin nak buat facial muka pulak. Nak melicinkan kulitt gitu. Haha.

Antara servis yang ada kat Spa Bluewave Hote ni ialah Full Body Massage, Full Body Scrub, Sauna, Milk Bath Facial Treatment, Lonic Detox Theraphy, Reflexology Theraphy, Shoulder Massage, Rawatan Resdung, Bertangas dan Foot Spa.  Ada juga pakej-pakej untuk bakal pengantin, yang nak kahwin tu boleh usha ig atau facebook Spa Bluewave Hotel tau details contact kat bawah ni untuk matlumat lanjut. Salam :) 

Contact :
Ig : @spadr.azimuthshahalam
No fon : 016-2718444
Alamat : Spa Bluewave Hotel, Level 4, Bluewave Hotel, Shah Alam.

14 comments:

bearyblossom said...

Macam best je spa ni uzu. Teringin la pulak. Huhu

mas saari said...

wahhhh best.. tempat pun cantik dan selesa

yanie yusuf said...

wahh best ni kalu dpt gi spa.. penat bkerja..kne rehTkan diri..

Nyna Nieyna said...

xpenah ber-spa sbb geli kne urut .. tp teringin jgk .. haha ..

Shuhaida Kabdy said...

best nie sesekali pegi spa..buleh try..

Nadia Johari said...

Bestnya dapat berspa

Nurul Faiz said...

entah bila la dapat pegi spa macam ni? huhu

Zaidalifah Hussin said...

Seronoknya dapat majakan diri

Hanim Hashim said...

Nak spa jugakkkk! Hehe

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

wah..nmpk mewah dan santai spa die

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

bestnya dapat pergi spaa !

bb_nona said...

ade duit lebihhhhh, overload..boleh manjakan diri ke spa...hahaha..
inshaALLAH, sekali seumur hidupp kerr...kann

Siti Rohaida Yusof said...

seronoknya berSPA...

Maria Firdz said...

bertambah cantik la si cantik manis ni... :)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com