✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, May 12, 2015

Exclusive Luncheon & Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015


Exclusive Luncheon & Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 | Salam. Minggu sabtu yang lalu, uzu ke Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (9 & 10 May ) yang telahpun uzu inform di entry sebelum ini yang mana sesiapa yang tengah cari kerja, boleh ke fair ni sebab ni fair besar-besaran tauu.. Banyak company besar terlibat sama.. 

Sebelum nak masuk ke dalam dewan, semua kenalah register terlebih dahulu di kaunter pendaftaran yang sedia ada.  Bila masa hall ni memang sangat crowded. Ramai sangat orang. Of coz mestilah kebanyakkannya daripada pelajar-pelajar kan? Best jejalan kat dalam hall ni. Macam-macam booth ada.. Rasanya nak berjam-jam juga uzu kat dalam tu..



Uzu tersekat lama kat booth Media Prima ni.. Seronok tengok adik-adik ni live interview sebagai pengacara. Ada yang sangat berbakat, ada yang tak sangat berbakat tapi ada keyakinan tinggi dan macam-macam karenah yang uzu tengok.. Bukan senang nak cari pengacara.. Huhu. Seram..
Pada tengahari pula, uzu berkesempatan ke Exclusive Luncheon bersama beberapa CEO-CEO top company dalam Malaysia. Dalam majlis tersebut, ada sedikit perbincangan yang diketengahkan iaitu perbincangan mengenai Peluang VS Cabaran .

Yang menariknya pada sesi Q&A yang mana boleh mengutarakan soalan mengenai perkerjaan, career , masa depan dan macam-macam. Bagaimana cara pemilihan pekerja, cara membuat resume terbaik, bidang yang banyak dipilih pada waktu ini, bidanh kerja yang mencabar dan macam-macam lagi infomasi yang sangat bermanfaat bagi uzu.. Uzu sendiri ambil peluang mendengar dan insyaAllah akan memanfaatkan ilmu ini dimasa akan datang bila uzu cari kerjaya uzu satu hari nanti..
So, diharap event-event macam ni akan berterusan di masa akan datang kerana event-event ini memberi peluang kepada adik-adik yang nak habis belajar atau pun yang dah graduate berkumpul di satu tempat dan ini masanya mereka mencari peluang pekerjaan dalam 1 hall yang besar kerana event ini memudahkan mereka mencari pekerjaan.. 

Alhamdulillah. Nampak gayanya Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 berjalan dengar lancarnya. Fair pun sangat meriah. Harap tahun depan jumpa lagi ye.. hihi. InsyaAllah. So yang baru tahu mengenai Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015, boleh terjah web http://www.graduan.com/.

2 comments:

ejulz said...

Terbaek.. semoga ada rezeki di situ..

ejulz said...

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Jom terjah entry terkini "Namie Eshoppe - Kurung Moden Airis"

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com