✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, June 16, 2015

Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 #1

Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 #1 | As-salam semua. Alhamdulillah hari kedua kami selepas snorkeling dan swimming di taman laut Redang, kami berehat dan menginap di Laguna Redang Island Resort..

Laguna Redang Island Resort
Serba Sedikit Mengenai Laguna Redang Island Resort
Terletak di salah satu pantai terbaik di Pulau Redang, set berlatar belakangkan serbuk putih pasir halus, air yang jernih dan bukit zamrud. Tempat peranginan rendah bertingkat dengan 222 bilik dan suite yang luas direka sebagai tafsiran moden seni bina Melayu tradisional, yang menggabungkan secara harmoni dengan alam sekitar, menjadikannya salah satu daripada pusat peranginan terindah di pulau itu.

Pulau Redang terletak di Pantai Timur Malaysia, hanya 45 km di luar pantai negeri Terengganu di Malaysia. Ia terkenal dengan air yang jernih, pasir serbuk putih, dan mempunyai salah satu terumbu karang terbaik dan ekosistem marin. Ia juga merupakan tempat lokasi perfileman Hong Kong Blockbuster Movie "Summer Holiday" yang dibintangi oleh Richie Ren dan Sammi Cheng kembali pada tahun 2000.
Alhamdulillah penginapan di Laguna redang Island Resort sangat selesa untuk kami semua menginap yang mana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan dihiasi dengan pemandangan-pemandangan yang sungguh cantik sekali..

Selepas merehatkan diri di Laguna Redang Island Resort, jam 4 petang, kami diminta berkumpul di depan lobi untuk sesi pembahagian boa. Ada 13 bot yang terlibat dan uzu merupakan peserta di bot 12. Antara peserta yang uzu kenal ialah Fauzi Aryaan. *OOh abam kaww.. * . Ni merupakan peserta-peserta pelbagai media dari pelbagai negara dan pelbagai bangsa berkumpul dan bersatu dalam satu bot. Alhamdulillah uzu sangat happy kenal media-media antarabangsa yang sangat sporting dan memberi kerjasama sepanjang misi mencandat sotong pada hari tersebut.

Kat bawah ni merupakan bot kami.. Pengalamanan kali pertama mencandat sotong amat mencabar. Masing-masing nak mabuk laut . Ada kemungkinan kami semua lambat makan ubat mabuk. Sepatutnya kena makan awal.. Sebab effect dia lambat sikit nak menyerap.. Kalau boleh 2 jam sebelum naik bot makanlah ubat mabuk ye..

Mencandat sotong? Uzu pelik perkataan candat tu.. Apa benda lah candat candat ni.. Kenapa tak mengail sotong ke.. memancing sotong ke.. ni mencandat? So bila misi mencandat bermula, uzu pun tanya pakcik tu.. "kenapa mencandat eh pakcik? candat tu apa?" Lepas tu, pakcik tu pun senyum dan ambil benda-benda ni.. Tak tau nak panggil apa ni. Segulung tangsi dan ada mata kail berbentuk sotong ke ntah apa nama dia ni.. uzu tengok je pakcik ni buat kerja dia sambl tunggu jawapan


Cara-Cara Betul Mencandat Sotong
1. Ambil segulung tangsi . pastikan umpan ada 2 . 1 umpan yang ada batu. Umpan yang ada batu ni yang kat bawah sekali. Ia berfungsi untuk turunkan tangsi ke dasar laut. Lagi 1 umpan yang kat atas tuk umpan sotong-sotong.

2. Turunkan umpan ke dasar laut. Pastikan umpan yang ada batu tadi sampai ke dasar laut.

3. Sejurus umpan sampai ke dasar, naikkan tangsi/tali 2 depa untuk pastikan umpan tu berada 2 depa dari dasar laut. So means, sotong-sotong ada di sekitar 2 depa dari tanah. Tu sebab lepas sampai dasar laut, kena tarik 2 depa. 

4. Candat.. Candat ni kita naik dan turunkan tangsi/tali.. Kena setiap masa mian tarik-tarik tangsi tali untuk pastikan sotong tu tersangkut kat mata kail.. Kalau kita buat slow-slow tu, takut sotong sempat lari. Tu sebab lah kita kena naik turun naik turun tali sepanjang masa.. 
 
Bila pakcik tu habis buat penerangan cara mencandat sotong, dia pun suruh uzu mencandat sendiri.. Bukan uzu sorang je, semua peserta kena mencandat.. Inilah misi sebenar media dalam dan luar negara bersatu di Terengganu demi misi mencandat sotong.. 
Pengalaman dan dugaan pertama mencandat sotong ialah bila laut dan angin bergelora.. Semua peserta mabuk dan muntah-muntah.. Uzu pun pening-pening sebab bot kami bergoyang-goyang tapi memandangkan ini misi utama kami semua, so uzu pun walaupun pening, tangan uzu masih mencandat tapi kepala terbaring tepi bot sampi perhati kawan-kawan muntah-muntah.. Bukan senang tau berada di lautan bergelora ni.. 
Lama juga kami tunggu sotong nak dapat.. Berjam-jam juga. Pakcik nelayan pun hairan, kenapa takde sotong.. Sebab 2 hari sebelum festival mencandat sotong, diorang ada try mencandat dan ada sotong tapi mungkin takde rezeki buat kami. Redha. 

And finally, yeahhh dapat sotong ! Teruja tau. 1st time tengok sotong hidup-hidup. Jakun jap.. Macam tu pulak rupanya sotong lepas kena tangkap.. Warna sotong yang jernih dan akan bertukar ke merah-merahan selepas beberapa minit dibawak naik ke atas. Dan awasss dengan dakwat hitam dia! Selalunya lepas kena tangkap, dia akan keluarkan dakwat hitam tuk.. Kekonon nak lindungi diri ler..
 
Fuh dari risau sampailah lega gila sebab at least dapatlah sotongkan.. Bot kam hanya dapat 2 sotong je untuk hari pertama.. Bot lain pun, sama je nasib macam kami.. Paling banyak 4 ekor sotong je.. Berjam-jam dalam bot, 4 sotong je? Alahaiii ingat senang ke? Tak senang okay.. Kami sampai nak nangis tau. Haaaaa tapi dalam rasa nak muntah, pening kami happy sebab pengalaman baru, pengetahuan yang tak boleh dilupakan..

Sejurus balikd ari mencandat sotong, kami terus ke makan malam di tepi pantai bertemakan white sandy . Makan malam ni VIP yang datang, pengumuman pemenang contest, best dress, best theme, best photo, best caption dan sebagainya..
Hari kedua berakhir dengan makam malam di Laguna Redang Island Resort dan sekali lagi uzu nak berterima kasih yang tak terhingga kepada Laguna Redang Island Resort, Tourism Terengganu dan Gaya Travel atas trip yang sangat bermakna ni. Alhamdulillah. Thanks for everything :) Salam.

9 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

rasa macam ngeri pulak duduk dalam kapal tu...tapi aktiviti macm ni sekali sekala seronok jugak ye uzu..

Diana Din said...

nasib baik tak mabuk laut

yoorin melacolea said...

Huh.. kalau kak yoorin ni memg tido je laa dalam bot.. sebab memg tak tahan naik water transport..kompem mabuk...

Ahmad Fauzi Aryaan said...

hahahaha.. mabuk still teringat oii..

Norma NML said...

bestnya :)..tapi bab mabuk tu yg tak nak...hehe

POJIEGRAPHY BLOG said...

Uweekk Uweekk Hahahaha!

Cikgu Norazimah said...

Kalau CN confirm mabuk laut, takmo la, lagi best mandi kat pantai je..hehe

Bpk Baktiar said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [8341] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 770 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/



DAN PESUGIHAN TUYUL

Emily Tang said...

rasanya hari pertama semua tumbang :S

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com