✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, June 24, 2015

Kebaikan & Keburukan Suntikan Vitamin C . Selamat Atau Tidak ?

Suntikan Vitamin C . Selamat Atau Tidak ? | Salam. Beberapa minggu lalu, uzu mengadu kat roomate masalah kulit uzu yang entah pape ni. Dah makin teruk gamaknya .. Tak licin dan tak bersih macam dulu-dulu.hihi.. Kemungkinan salah pakai produk muka..

so, uzu teringat waktu kat Sabah dulu, 2 tahun yang lalu, uzu dan offismate p klinik. Nak buat suntikan vitamin c. Tu pun sebab ada kawan yang suggest.. Tengok muka dia pun kulit licin, makin putih.. So uzu pun  rasa tertarik nak buat suntikan vitamin c. Tapi waktu kerja dulu takde lah banyak duit sangat.. Bayangkan setiap minggu kena suntik. Sekali shoot dalam RM50-RM100 .. Pergh terus cansel niat.

Sekarang ni, uzu teringat semula mengenai suntikan vitamin c lagi-lagi kat sekarang banyak yang jual serum vitamin c.. Rasa macam nak try je. Tapi tak berani.. So uzu pun tanya la kawan-kawan, spupu pasal suntikan vitamin c ni.

Dengar cerita, suntikan vitamin c ni mahal. Seiap minggu kena cucuk. 1 cucuk dalam RM100 keatas. Pergh mahal giler. Tapi hasilnya kebanyakkanya berkesan.Yelahhh keberkenasanan suntikan lebih berkesan berbanding makan pil vitamin c. Selalunya artis je guna vitamin c ni. Tu pasal kulit artis lawa je. Kan? Haa..
Lepas tu,  kazen uzu kata kan, dia nurse, so dia kata kalau buat suntikan boleh. Tapi pastikan vitamin c tu berdaftar. Kebanyakkan vitamin c kat klinik tak berdaftar dengan KKM . So tak yakin sangat. Lepas tu better makan pil vitamin c, walaupun 60% je menyerap tapi biar lambat asal selamat.

Keburukan Suntikan Vitamin C
Ada beberapa fakor yang perlu diambil berat sebelum kita buat suntikan iaitu mengenai keaslian serum vitamin c tu sendiri. Ada kelulusan KKM atau tak.. Dah tamat tempoh ke tak?

Vitamin c secara suntikan takboleh diambil secara berlebihan, sebab akan memberi effect kepada buah pinggang kita, masalah tulang dan alergik. Tak lupa juga effect kat sesiapa yg ada gastrik.

Semasa suntikan, perut kenalah tak kosong. Tu perlunya kita kena minum air sentiasa..

So,kesimpulannya uzu cansel nak buat suntikan vitamin c .. Haha.. Sekarang ni makan pil vitamin c je. Walaupun lambat asal selamat :p Tak gitu ? Hehehehe.  KOrang lak camna?


7 comments:

puteri airyn said...

Assalammualaikum.. betul tu uzu.. biar lambat asal selamat.. Kak Erin pun just ambil vitamin C yg pil je.. :)

Nina Mirza said...

As'salamualaikum Uzu sayang,
Setuju
Ya, biar lambat asal selamat.
Satu lagi faktor hygiene. = jarum suntikan yang digunakan.
Andai tidak dititikberatkan dan adanya perkongsian jarum, kita berpotensi mendapat penyakit unknown.
Tahniah Uzu, keputusan terbaekk~

Auntie Kemai said...

woww tak berani cucuk cucuk ni..mommy amek vitamin C yg organik tu . yang sintetik pon menakutkan juga. hati hati memilih vitamin c pill tu tau.

Allene typicalmommy said...

mkn pill better uzu... seriau plak baca cucuk2 ni

Puteri Beribiru said...

pernah la jugak pikir nak inject vit c..tapi cam malasnya nak gi..
makan jelah senang..ahaha

nasron afiq said...

Assalamualaikum.. beminat utk injection vitamin c boleh contact kami..
segala pertanyaan atau bimbingan boleh ajukan kepada kami
ramai testimoni yang berjaya...fkir nak cantik nak cantik jewww...

pm/whtsapp 012-2243490 dee/ 014-5160280

http://dyronzcareline.blogspot.my/

Aadilah Baharuddin said...

masih ada supplement yang selamat untuk kulit yg cantik..malah bonus untuk kesihatan tubuh badan..
kalau boleh elakkan sebarang injection utk kecantikan..terutamanya yg pregnant..ada kesan pada kesihatan anak tersebut for a long term..
apa pun pilihan masing2..pastikan memang ada kelulusan kkm!

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com