✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, June 8, 2015

Kereta Electrik 100% Buatan Malaysia - COMOS



Kereta Electrik 100% Buatan Malaysia - COMOS | Salam. Alhamdulillah sekarang Malasyia dah semakin maju dari segi teknologi seiring dengan kemajuan teknologi di negara-megara maju yang lain. Alhamdulillah Malaysia telah pun keluarkan produk buatan Malaysia iaitu kereta elektronik yang dinamakan COMOS..

COMOS maksudnya Cohesive Monility Solution (COMOS) kereta yang 100% dari elektrik! Memula uzu tengok, terujaaa kot.. Terfikir banyak benda.. Macam mana dia berfungsi.. Macam mana kalau habis bateri.. Kat mana nak cas? Kereta ni boleh dibeli atau disewa dan banyak lagi persoalan dalam kepala otak ni haaaaa.... rupanya...
Tujuan utama COMOS ni dicipta adalah untuk menggalakkan persekitaran hijau. Ni adalah salah satu cara untuk kurangkan pemanasan global yang berlaku di negara kita terutama bahagian bandar-bandar yang penuh dengan bangunan tinggi kera selalunya area bandar terasa panas sikit sebab takde pokok-pokok hijau untuk menyejukkan.. So ini lah salah satu inisiatif kerajaan..

Actually kereta ni sesuai untuk perlancongan, dan kurang sesuai untuk guna untuk jangka masa yang lama.. Contohnya nak beli kereta ni untuk kegunaan nak p kerja seharian, rasanya tak sesuai.. Ia lebih sesuai untuk jejalan di area bandar, untuk pelancong asing, dan kalau korang nak jalan2 pun boleh.. Hanya 2 penumpang je.. Ala-ala motor gitu..

Company pelancongan lebih sesuai beli COMOS ni, boleh sewakan kat orang ramai atau guest resort.. Kot-kot ada owner Resort berminat nak beli kan, so boleh buat servis sewa kereta electrik, boleh jejalan kat tepi pandai dan sekitar resort.. Menarik kan? Hehe..

So buat masa ni, COMOS disewakan kepada orang ramai.. Tapi sebelum nak sewa, korang wajib terlebih dahulu beli kad keahlian COMOS . Kad ni wajib ada ye sebab tanpa kad ni keta takleh on. Dia ada tempat untuk scan kereta tu. Macam touch n go.. 

And then ni senarai harga kad keahlian untuk tahunan,bulanan dan mingguan.

Tahunan - RM300
Bulanan - RM50
Mingguan - RM25

So dalam pemerhatian uzu, beli kad yang RM300 tu lagi murah lah berbanding ambil kad bulanan dan mingguan. Mesti korang rasa mahal kan RM300 tu? Tapi jangan risau.. sapa yang betul2 berminat boleh beli dalam masa 3 bulan pertama ni. Sebab ada diskaun hebat ! Yaa dari rm300 menjadi rm50 !! Hureyyyyyy ....! Uzu pun nak grab ! Rigi tak beli awal2 ni... 

So bila ada kad. Barulah boleh sewa. Sewa pula macam mana? Haaa sewa pun kena bayar ok. RM8 untuk 15 minit. Tapi minima sewa ialah 30minit... 

Kalau korang nak tanya, camna nak cas bateri kereta elektrik? Haaa sebenarnya di area lembah klang ni ada 10 stesen pengecas elektrik..

Stesen Pengecas Kereta EV Elektric Comos
1. LRT Bangsar
2. UTM
3. Jalan Munshi Abdullah
4. Monorail Medan Tuanku
5. LRT Universiti
6. LRT Asia Jaya
7. LRT Kelana Jaya
8. Lorong P.Ramlee
9. Stesen Kl Central
10. UM

Setiap stesen ada tempat pengecas kereta elektrik ni serta parking khas. So korang tak perlu risau kat mana nak parking..
Dan uzu juga berkesempatan merasai skuter elektrik ni. Wihuuuu best giler naik benda ni.. Rasa macam tak puas. Huhu..


5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

menarik kereta elektrik, tak payah pakai minyak...he he he, jimat duit petrol...

Maria Firdz said...

best tu dapat merasa naik.. pnh tgk dr jauh je...

Innanie Ariffin said...

Uzu, UM adalah antara yang dapat tajaan untuk kereta ni. comel kan :)

Normi Nieza said...

good sharing..

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

comelnya kereta tuu!! tengok uzu naik macam best je. hehee

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com