✿Baca Entry Yang Lepas✿

Sunday, July 19, 2015

Majlis Berbuka Puasa Bersama National Kidney Foundation Malaysia Di Klang Parade

Salam. Hari tu uzu berkesempatan berbuka puasa di Klang Parade bersama pesakit buah pinggang atau dikenali sebagai National Kidney Foundation of Malaysia dan dihadiri juga para blogger , media dan artis2.. 

Majlis berbuka puasa yang sederhana tetapi meriah kerana ada persembahan tarian sebagai pembukaan majlis dan persembahan nyanyian dari artis tanah air.


Klang Parade dengan kerjasama the Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) mengambil inisiatif membantu meringankan beban pesakit buah pinggang dengan memberikan peluang kepada mereka untuk membeli belah keperluan raya di Klang Parade serta...

Pesakit buah pinggang serta keluarga diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di centre mall Klang Parade..Teruja tengok pesakit2 buah pinggang ni. Selama ni tengok kat tv je. Nampak kesian sangat2 sebab ada pesakit tu macam baby lagi.. eh yeke? Ke mak bapak dia yang sakit? Haha sukati jer kan.. Tapi memang betul lah sebab ada pesakit tu budak lagi.. Nampak sihat je tengok pesakit2 buah pinggang ni sebab waktu berbuka tu nampak lah wajah happy diorang. Tak nampak diorang ni sakit.. Tabah giler kan diorang. Ya Allah.. sembuhkanlah penyakit2 mereka ya allah.. amin..

Sepanjang berbuka puasa di Klang Parade, suasana di sekitar majlis dan decorasi kat centre mall Klang Parade jugak sangat menarik, alunan muzik dan persembahan yang membuatkan kami terhibur berada disitu.
Persembahan nyanyian dari Dina Nazir.
Dalam majlis ni jugak, pesakit buah pinggang serta keluarga turut menerima duit raya dari Klang Parade dan Lions Club... bagi aku nilai dalam sampul duit raya tu bukan menjadi keutamaan tapi yang utamanya adalah keprihatinan badan NGO sebegini yang tidak melupakantanggungjawab sosial terhadap masyarakat...
Dina Nadzir antara artis yang datang menceriakan majlis... bergambar kenangan bersama pesakit dan keluarga.
Selamat Hari Raya dari Klang Parade dan Lions Club kepada semua terutamanya pengunjung Klang Parade...

Last but not least, terima kasih kepada Klang Parade kerana menjemput kami bersama2 berpeluang berbuka puasa bersama National Kidney Foundation Malaysia. Sesungguhnya pengalaman yang tak akan kami lupakan :)
Sumber gambar : Lan Careno

No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com