✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, July 29, 2015

Pelancaran Yeo's I Love Malaysia

Pelancaran Yeo's I Love Malaysia | Salam. Kelmarin uzu dijemput untuk ke majlis sidang media di NSTP Bangsar untuk Pelancaran Yeo's I Love Malaysia .Terima kasih Yeos Malaysia atas jemputan :)
Bulan kemerdekaan telah pun hampir tiba dan Yeos Malaysia berasa sangat bertanggungjawab dalam mengangkat bulan kemerdekaan ke aras membanggakan so dengan ini Yeo's dengan anjuran bersama Harian Metro melancarkan kempen Yeo's I Love Malaysia yang akan berlangsung sepanjang 1 ogos - 31 oktober 2015.

Dengan ini uzu ingin mewarkan bahawa pihak Yeo's menyediakan hadiah untuk dimenangi percutian di Malaysia serta ada juga konsert Patriot Yeo's I Love Malaysia bersama artis-artis terkenal tanah air.

Kalau nak tau, sempena Kempen Yeo's I Love Malaysia , pihak Yeo's Malaysia menghasilkan pek istimewa di mana setiap kotak minuman Yeo's seperti soya, Laici, Kundur, Krisantimun, Yeogurt dan tin-tin kari ayam yeo's dan Cintan bakal tertera I Love Malaysia dan mengikut negeri seperti I Love Selangor , I Love Terengganu, I Love Kedah dan seterusnya.


Mengenai kempen pulak Yeo's I Love Malaysia, peserta-peserta kontes kena join kontes melalui WeChat. Alaaa sapa yang pernah join kontes Yeo's sebelum ni, haa taulah yang mana2 kontes pun akan dibuat melalui WeChat.

Hadiah utama 10 percutian domestik beserta wang tunai RM3000 serta 140 pemenang saguhati bakal menerima album "Patriot" dan Akim & The Majistret.

Selain tu, ada Konsert Yeo's I Love Malaysia anjuran Yeo's dan Harian Metro di enam buah negeri iaitu Johor, Shah Alam , Kuala Terengganu, Kuching dab Alor Setar. Sesiapa nak tiket VIP semasa konsert, bolehlah kumpul 8 pek setiap negeri baru setiap negeri tu, contoh pek I Love Sabah (8 pek) ke, I Love Selangor ke dan pemenang akan memenangi tiket red zone x 2 .

Cara-cara Join Kontes Yeo's I Love Malaysia di Wechat :
Langkah 1 : Download Wechat kat fon korang dan langgan akaun rasmi Yeo's Malaysia
Langkah 2 : Beli rangkaian minuman produk Yeo's , tidak kira botol atau tin dau mi segera Cintan
Langkah 3 : Ambil gambar resit melalui pembelian produk Yeos dan masukkan jumlah belian dan jawab soalan mudah.
Langkah 4 : Simpan resit belian untuk bukti pembelian.

Sapa yang tak faham tu, boleh layari website Yeo's di www.yeos.com.my atau boleh call di 1300-80-2828 .

2 comments:

Nadia Johari said...

pergh terbaikla

Syamsid Dhuha said...

Alright that was a cool gift tho :O waa

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com