✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, August 5, 2015

Aktif Blogger Buat Semakin Uzu Malas Nak Belajar !!

Aktif Blogger Buat Semakin Uzu Malas Nak Belajar !! | Salam. Itu lah masalah yang uzu hadapi dalam beberapa tahun ni... Sejak dua menjak , uzu semakin aktif dalam dunia blog dan semakin banyak terima tawaran itu dan ini. Alhamdulillah atas rezeki yang tak pernah uzu sangka sebelum ini.. Alhamdulillah sangat-sangat.

Tapi tu lah, kengkadang ada event dan job waktu uzu pada waktu class. Kengkadang tu, susah tolak tawaran sebab payment dia tinggi.Kalau tak pergi, camna nak kumpul duit nak bayar yuran U ? Terpaksa ponteng. Haha. Kadang2 je tau ponteng.. Tak selalu. Kalau free event tu, terkena waktu class, memang uzu akan tolak mentah-mentah.. Bukan uzu memilih tapi komitmen uzu full time student ni memang susah sikit. Terpaksa pilih yang berbaloi je lah..

Seronok kan bila ada duit sendiri? Seronok enjoy guna duit sendiri. Seronok travel guna duit sendiei. Seronok tolong family kalau ada duit ni. Seronok sangat-sangat ada duit sendiri beribu-ribu (takdelah banyak sangat) tapi syukur sangat-sangat lah. Serius.

Betul kata orang, bila dah pegang duit banyak, makin malas nak belajar. Betul.. Serius betul. Kita seronok dengan kerjaya sebagai blogger sampai malas nak belajar lagi. Kekadang tu, macam malas giler nak belajar. Serius.. Nak datang kelas pun malas. Pointer pun makin turun . Tapi bila dah rasa kegagalan tu, baru rasa menyesal.. Baru rasa ada semangat semula p class. Baru rasa ada semangat nak study semula...*moderajinstudydahni*

Tu ler.. Orang tengok jadi full time student dan part time blogger macam best je kan, macam seronok je kan, p situ , p sini, makan itu, makan ini, makan sedap, travel disponser, itu ini disponser, jalan ramai-ramai dengan kawan-kawan blogger.. tapi ada juga lah internally problem punya. Ramai juga cakap,  "course uzu kat U tu heavy course kot, macam mana nak handle?" .. Memang.. QS tu termasuk dalam profesional course. Memang heavy giler. Tu  lah.. Rasa nak give up je tau tapi uzu ada setahun lagi nak habis. Tak kan lah nak give up kan? Lagipun, tamatkan Ijazah ni lah cara uzu nak balas balik jasa bapa uzu , jasa adik beradik uzu, tunaikan amanah arwah mama dan tunaikan impian nak jadi Lecturer Poli.. *kemainberangan* .. Tapi kalau nak tau kan... jadi full time blogger pun lagi berganda-ganda masyuk dari lagi lecturer. Haaaaa kan .. Semakin dilema.. Ok lah bye. Pening nak fikir. Doa2 yang baik-baik je. Salam :)

20 comments:

Amanda Suria said...

Isthikharah uzu..mana tau jumpa jalan penyelesaian..akak doakan yg terbaik..rugi kalau berhenti takat tu aje..your future is in ur hand dear..

Farah Waheda Wahid said...

Uzu, habiskan belajar... completekan study... Yes blogging is fun, blogging ni kalau dapat duit hasil blog tu memang bersinar-sinar jer mata, tapi penting habiskan belajar. Itu sebagai back up juga... Blog tidak selamanya...Selagi kita dikehendaki selagi itulah kita akan ada job...Bila dah suam-suam kuku nanti... Apa yang kita study tu akan back up kita balik... Ikhlas dari kakak kepada adik nih...

Salina Johari said...

tengok Mr Hubby K.Sal macam enjoy je buat QS...asyik main ngan peta je.heheh...inshaa allah...uzu akan bejaya kelak...

zazanizam said...

sabar uzu.. pejam celik dan habis setahun tu nanti. kzaza doakan smoga uzu buat result yg betul. Kzaza doakan smoga uzu berjaya dalam apa jua bidang.. yg penting habiskan study ye yunk.

safurara said...

hahahahaha sbr jelah aku dgn adik sorg ni.xpe uzu, blajar kasik habis dulu.nanti baru decide ok! xkeje pon xpe.jd fulltime blogger.abam FF kan ada.hehe

Cik Mun said...

semoga berjaya uzu..mun pon ade setahun lagi ni..nak habis belajar..

adk dayah said...

kenapa kita sama dilema ni..walaupun x la busy sngt dengan blog tapi tu la..grrr moga kak uzu jumpa jln penyeleasaian amin

Normi Nieza said...

fikir yang terbaik utk masa depan uzu..all the best..:)

Nurul Faiz said...

Itu semua dugaan dan cabaran di dlm menuntut ilmu. Semoga terus success :)

alia husna said...

good luck kak!!

PeRdU cINta said...

Apa apa pun study first..habiskan belajar dulu..

Nadia Johari said...

kene apndai bahagikan masa..study pun kene sebab nanti nak kerja lagi..ehhe

Nyamuk Terbang said...

srnk jd uzu sllu dpt tawaran sna sni...hbs kan je study tu..rugi sbb sthun lg jer

Nyamuk Terbang said...

srnk jd uzu sllu dpt tawaran sna sni...hbs kan je study tu..rugi sbb sthun lg jer

misz sheyla said...

setahun je lagi uzu..... tiup balik semangat tu..tapi tu la...klau kite pun fkir 2 3 kali sbb dah pgg duit byk kan...

CXopportunities said...

May Allah ease for your journey uzu. Do the best! :)

sumysya said...

jgn give-up uzu...sabar utk 1 thn jer lagi,,blogger cam artis gak,,biler² leh down,,klu ade degree insya'allah ade rezeki leh dpt job bagus utk long term

Syamsid Dhuha said...

At some point , I know that feelings but eventually i'm not active as you are but almost the same ( Tak sampai beribu2 time belajar ) haha . I work at 7E as cashier while I was in NUS last year . Yup you're right .

Masa naik pangkat masa di 7E tahun lepas mula pandang ke duit . but for Some reason after doing solat istakaharah , Jalan buntu JUGA ada jalan penyelesaian . tup tap tup tap dah graduate . How did I do that ? Teruskan habis degree and of course ! Allah is always with you . PLs remind yourself that Allah is always there . Doa dan usaha PASTI ada penyelesaiannya. In shaa Allah .

I'm not Ustaz but I know how to manage a "Good" things to myself because you 're the only one who can make "you" for a bright futures . Who knows you might have an idea become blogger to business world and Who knows you make a bloggers dreams to millionnaire and help other blogger to achieved it . Kan dah dapat extra di situ iaitu Pahala :D

Aduh campur2 lak bahasa , haha

muhammad nizam said...

report kat ff baru taw.. ehh report kat pensyarah laa..

aeinna Musa said...

mohon padaNYA..insyaALLAH Allah bantu uzu bahagikan masa

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com