✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, August 10, 2015

Artis-Artis Tanah Air Berhimpun Di Konsert Mega Raya Oasis Piazza


Artis-Artis Tanah Air Berhimpun Di Konsert Raya Oasis Piazza | Salam semua.. Sedar tak sedar kita ada seminggu lagi nak habis syawal. Maka ada peluang lagi nak start puasa 6 .. Sapa dah habis puasa 6 angkat tangan?? Of coz lah ramai yang berebut-rebut puasa 6. Bukan setakat tu je tau, banyak open house waktu kat hujung-hujung syawal ni. Bersepah. Jemputan pun banyak.. Sampai tak tau nak p mana dulu.. Last-last baik uzu g Konsert Raya ni..Siap ada artis-artis tanah air lagi. Adil lah. Semua open house malas nak p. Hihi.

Sebenarnya nak ajak korang ni g Konsert Raya di Oasis Piazza.. Ler uzu ingat Astro Oasis tadi. Terkejut baq hanggg. Astro Oasis buat Konsert raya.. Ye lah Oasis kan channel islamik sikit. Krik rupanya salah maksud. Oasis Piazza ni bukan Astro Oasis ye, Oasis Piazza ni nama tempat . Ok first time uzu dengar nama tempat ni. Bila tengok gambar ni.. Rasa macam "wahhhhh besst giler tempat ni.. Betul ke nak buat konsert kat sini? Lawa gila kot tempat ni... " .. Tak tau lak kat Malaysia ni ada tempat yang cantik dan sesuai untuk konsert.. Terbaik wei !
Untuk mengakhiri sambutan hari raya untuk tahun ini, Oasis Piazza dengan gilang gemilangnya dan berbesar hati untuk adakan Konsert Raya yang mana bertujuan untuk merakamkan penghargaan kepada komuniti tempatan antarabangsa kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak Oasis Piazza.. 

Konsert Raya Oasis Piazza adalah percuma dan sesiapa yang nak pergi bawa 1 family pun adalah sangat di alu-alukan .. Konsert ni pada malas last syawal tau so rasanya memang meriah  Konsert Raya ni lagi-lagi ada artis-artis tanah air buat persembahan.. Kena p awal-awal ni takut jammed.

Bab artis tadi kan, artis-artis tanah air yang uzu maksudkan ialah Anuar Zain, Ella, Dasya Logan, Elizabeth Tan, dan Man Kidal. Semua artis yang datang pada malam tu semua uzu suka.. Lagi-lagi si Elizabeth Tan tu.. Wah wah wahh kena bawa ramai kengkawan ni lepak kat sini.. Sangat erbaloi kalau nak datang. Dah lah free kan, ada artis best-best pulak. Rugiii rugiiii yang tak datang..
Konsert mega raya diadakan selama 2 jam yang bermula dari jam 8.30 malam. So korang jangan lepaskan peluang , jom kita sama-sama gempak lagi konsert ni.. Hihi tak gitu? Dijangkakan beribu pengunjung yang akan datang. Tapi jangan lah risau. Ada skrin di seluruh tempat so kalau yang duduk kat belakang tu, insyaAllah akan nampak..
Kalau korang nak tau, konsert mega ni, Popcorn Studio yang anjurkan tau. So waktu konsert nanti, pihak Popcorn Studio akan bagi peluang sesiapa insan bertuah yang boleh join sesi temu ramah bersama artis-artis sejurus selepas tamat konsert. Untunglah yang bertuah tu.. Kite takde ke? Nak jumpa Elizebeth Tan.. Huwarghhh..  Eh lupa nak cakap, ada tetamu istimewa yang mana dari mangsa-mangsa banjir di Kelantan dijemput hadir untuk menjamu selera pada malam majlis tersebut.

Apa lagi?? Cansel lah open house korang tu.. Beralih plan pulak . Jom datang konsert mega raya . Bawa ramai-ramai orang tau. Boleh buat open house kat situ. Free gitu. hahaha. Motif nak jimat sangat.. Yang berminat boleh ke alamat kat bawah ni, kalau nak waze boleh lah letak alamat kang sesat pulak.. Huhu. Last but not least, thanks para penaja-penaja untuk menjayakan konsert ini , Oasis Piazza dan Sime Darby Brunsfield  Group Sdn Bhd , Oasis Village dan ERM International group.

Alamat :
PJU 1A/7A, Oasis Square, 
Oasis Damansara 47301, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan :)

Contact : Dalveen ( 012-4034199 ) & Marxha (012-6111230)

4 comments:

Belang Tarung said...

waaa...ah moi chantek pom adaaa...waaa

DRAMATIC UNIQ said...

hehehheehee.. mula-mula baca pun ingatkan Astro Oasis..!! :p

Azhafizah Md Nor said...

penyanyi otai² ni..

Eintan Nurfuzie said...

besh2

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com