✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, September 19, 2015

Kaio Studio Memang Terbaik !

Kaio Studio Memang Terbaik ! | Yeah ramai tanya, siapa Kaio Studio? Tengok gambar #kelabbloggerbenashaari hari tu kat ig Wawa Idris, lepas tu ada lagi Kaio Sudio ni kat Family Day KBBA, haa lagi orang tertenta-tanya.. Mana tak nya, hasil Kaio Studio lawa-lawa ok ! Ramai yang jeles. Kengkawan uzu banyak puji, "lawa gambar family day korang" . Terus bangga kemain. Hehe. Boleh tengok gambar family day Kbba by Kaio Studio

Uzu dah lama kenal Kaio. Pernah bekerjasama dengan Kaio last year untuk shoot Sunsilk. Haaa dari situlah uzu selalu tengok je mamat ni update shoot gambar lawa-lawa.. Haa jap jap jap sebelum nak cakap panjang lebar, nak kenalkan dulu mengenai Kaio Studio.



Kaio Studio
Pemilik Kaio Studio ni nama dia Kaio atau nama sebenarnya Khairul Anwar Bin Abdullah.. Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. So dah round he world lah ni? Bestnya!
Sekarang Kaio dah fokuskan kepada Kaio Studio, siap ada team sendiri ni haa.. Hebat kau jauh.. Kalau tak hebat, takde lah Kaio ni sampai shoot-shoot sampai ke luar negara! Paris ada, Cairo ade, Mesir ada, haa mana lagi korang nak? Mesti lepas ni macam-macam negara Kaio p kan? Huhu tak mustahil.. Ada apotensi tinggi ni .

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.
Pencapaian Kaio Studio :
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini
• (Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
• (Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8

Bukan tu je tau, Kaio telah menang 1 pertandingan ni, nama dia, Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain. Hebat rupanya Kaio ni. Banyak benda yang kite tak tahu pasal dia..
Alhamdulillah. Tahniah Kaio ! Tahniah Kaio Studio ! Semoga terus succes di dalam bidang ni. Belajar tinggi-2 last-last ke bidang lain. Itulah rezeki namanya. Eh yang berminat nak dapatkan servis Kaio Studio bolehlah contact beliau.

Website  : www.kaiostudio.com



3 comments:

Faziera193 said...

Memang cantik pun gambar2 dia..puas hati sangat!

yaya cendana said...

Puas hati dengan hasil diorang.... ☺

Dkna Abza said...

Uzu boleh boking kaio siap2 tuk wedding hehehee

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com