✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, September 2, 2015

Tempat Menarik Di Vietnam #1 : Cu Chi Tunnels

Tempat Menarik Di Vietnam #1 : Cu Chi Tunnels | Salam.. Hari ni uzu nak update tempat yang uzu p sepanjang kat Vietnam.. Uzu kat Vietnam dalam 3 hari je so sangat limited tempat nak p. Just dua tempat je. So tempat pertama yang uzu p ialah Cu Chi Tunnels.. Sebelum uzu travel ni, adalah kengkawan yang suggest  suruh datang sini..Dan uzu tak dapat bayangkan benda ape lah yang kawan uzu cuba sampaikan ni. Haha.. Oh rupanya tempat ni adalah tempat most visit kalau travel ke Vietnam..

Cu Chi tunnels ni actually tempat persembunyian tentera2 Vietnam satu ketika dahulu semasa berlaku peperangan. Tempat persembunyian tu kat Cu Chi, so tu sebab namanya Cu Chi Tunnels. Cu Chi Tunnels ni juga merupakan tunnels yang terbesar kat Vietnam..

Tunnels digunakan oleh tentera Viet Cong sebagai tempat komunikasi, menyediakan jalan2 penyembunyian bawah tanah, hospital, makanan dan tempat perlindungan bawah tanah.. Ye lah kat atas tu penuh bom bom kat mana2 so diorang bersoroklah kat bawah tanah..
Yang kat bawah ni, contoh dan salah satu tunnels.. Yang best tu kat Cu Chi Tunnels ni kita bukan sahaja boleh melawat dan melihat tapi merasai sendiri pengalaman masuk dalam tunnels tu..  Pergh neves nya uzu nak masuk dalam tu.. Tapi dah semua orang nak try kan, apa lagi....
Bila dan masuk dalam tu, lupa yang diri ini sangat pendek.. Sampai tak dapat keluar balik.. Tunnel ni kecik dan tak dalam sangat bagi orang tinggi tapi dalam juga bagi org pendek macam uzu. Hahahaha.. Nasib baik lah tour guide kiterong ni tolong angkat.. Kuat ko.... Memang lah kuat ! hihi uncle ni salah satu tentera yang menentang pihak lawan kat Cu Chi pada waktu tu. Dalam peperangan tu, uncle tu je yang selamat sampai sekarang.. Adik beradik dia yang lain meninggal sewaktu peperangan.. Hm bab ni sedih kejap. Sobs..
Kat Cu Chi Tunnels ni lebih kepada jalan-jalan di dalam hutan.. Ada lah macam jungle tracking sikit.. Sebab banyak tunnels dalam ni.. Bekas ledakan bom pun masih ada..Kalau kat sini better korang pakai kasut.. Tapi tak lah heavy sangat jalan2 kat hutan ni.. Ambik masa dalam sejam gitu.. Acara santai-santai je..
Ready nak masuk tunnel besar ? Hehehe. Ok bab ni neves sikit sebab panjang juga tunnel dia. Yang sesak nafas ke, ampus ke, tak digalakkan masuk kedalam.. Tapi kalau yakin sihat tu, bolehlah try.. Pintu masuk tunnel khas untuk tourists merasai pengalaman kat bawah tanah.. Ok jom masuk......
Macam ni lah keadaan kat dalam bawah tanah tu.. Terpaksa membongkok sikit.. Ni kat dalam takde lah gelap sangat sebab ada lampu.. Tapi kalau zaman dulu2 of coz lah takde lampu kan... Mesti gelap..
Tadaaa!! Dah keluar dari Tunnels. Huihh best juga kat dalam ni..Macam nak masuk lagi je.. Uhukk tapi memandangkan kesuntukan masa, terpaksa ke next tunnels.. Huhhhh korang kena try tau masuk dalam tunnel ni...
Di akhir lawatan, kami semua berehat dan menikmati hidangan teh dan ubi kayu rebus yang disediakan. Uzu minum je.. Tak makan.. Maklumlah risau kan makanan tu halal ke tak.. Hihi.... Lol..
So sekian saja entry uzu hari ni.. Inilah pengalaman uzu kat sepanjang lawatan ke Cu Chi Tunnels.. Ramai yang datang kat sini tau.. Penuh hutan2 tu.. Bila sampai sini baru uzu jumpa tourist yang pakai tudung, tourist dari Malaysia, Singapore dan macam-macam lagi.. Best sangat kat Cu Chi Tunnels dan uzu memang akui sekarang ni, memang the most visit kalau nak ke Vietnam !

Info Mengenai Cu Chi Tunnels:
  • Bayaran masuk - 5 USD + 5.50 USD
  • Tiket, kami beli kat travel agent. So boleh p mana-mana travel agent kat Vietnam. Berlambak banyak.. Lagi-lagi kat perhentian bas ataupun airport. ( Termasuk bas dan tour guide)
  • Kena pakai kasut dan bawa towel tuk lap peluh..
  • Bawa air dan makanan siap2 sebab kat situ takde restoran halal.
 ok selesai bab Cu Chi tunnels.. Nantikan entry uzu seterusnya.. Mekong River !! k bye Salam :)

16 comments:

firdaus radzi said...

Chu Chi Tunnel...pernah sampai and masuk...nasib la ngam2 badan masuk dalam tunnel tu..dah la badan comel..hahahah...dah g Mekong River belum? kalau g mekong river, akan terus g Coconut Island...serius best...

Normi Nieza said...

bestnya..:)

amir zahari said...

Time ni camera phone blum crack lagi kan?

Nieyl said...

Singgah petang...
Menarik :)

Afidah Azmi said...

wah...bestnyer...hmm..nak kena kecikkan bdn sikit dan tinggikan diri sikit ni...hmm..macam mana yer..hehehe

beat said...

reminder from the past

Sue Izza said...

bestnyaaa dia pi jalan2

Farah Waheda Wahid said...

macam seram juga nak masuk tunnel nih...

aeinna Musa said...

Untung laaa;)

Akif Imtiyaz said...

Wah bestnyer dapat g sana ..Enjoy nampak Uzu kat sana..

qaseh dalia said...

Nasib muat miahaha

Ahmad Asraff Ahmad Ruslan said...

ada peluang nanti nak pi Vietnam juga bersama keluarga....

Azhafizah Md Nor said...

sangat adventure ni..kalau fiza sure tak masuk dalam tu..rasa lemas pulak.

Yusla Mahat said...

Ummi singgah..
BESTnya

Amanda Suria said...

akak dah sampai sini dan dah pernah takut menangis2 x nak masuk tunnel tu sebab akak memang penakut..tp next time kalau pi akak memang nak cuba masuk..hahahaha...giler penakut

Nadia Johari said...

kene angkat tu..tersekat tak boleh keluar ke..ehhee

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com