✿Baca Entry Yang Lepas✿

Tuesday, September 15, 2015

Ubah Penampilan Blogger Di Bengkel Imej & Pemakaian Bersama Wawa Idris

Ubah Penampilan Blogger Di Bengkel Imej & Pemakaian Bersama Wawa Idris | Salam. Sabtu lepas uzu berkesempatan ke sebuah bengkel stylo bersama Wawa Idris yang mana bengkel ni akan ajarkan kita cara pemakaian yang betul mengikut tempat dan suasana lagi-lagi kita sebagai blogger ni memag tiap minggu ada event. Memang sesuai sangatlah blogger2 datang bengkel2 macam ni..


Bengkel diadakan di Hotel Ampang. Alhamdulillah tempat bengkel sangat selesa, makan minum disediakan. Bengkel ni ambik masa yang panjang, dari jam 9 pagi sampai la ke 5 petang. Haaa bosan tak? Uzu memula nak isi details nak join bengkel ni fikir banyak kali tau! Aish dalam fikiran bengkel ni mesti bosan.. krik krik krik..

 



 

 

     
Tapi tak bosan pun rupanya. Hahaha dan... tak ngantuk ! Sebab aktiviti-aktiviti yang diadakan waktu bengkel ni pun best giler. Cara penyampaian Wawa Idris dalam bengkel pun tak memoringkan.. Tak membosankan malah sangat happening, bergelak ketawa dan ilmu yang disampaikan sangat berguna!

Macam-macam yang uzu dapat dalam bengkel ni, contohnya cara nak tengok personaliti kita, ciri-ciri keterampilan luaran mahupun dalaman, apa yang kita suka, macam mana nak padankan baju yang sesuai, apa yang patut dan tak patut kita pakai, corak dan fesyen sesuai, pakaian yang sesuai untuk berbadan besar atau kecil, tinggi atau rendah... Haaa macam-macam sebenarnya yang kiterang belajar kat dalam bengkel tu tapi tak mampu nak ingat semua. Tapi serius i tell u memang best!

Last sekali, thanks sangat-sangat kepada Puan Wawa Idris sebab sudi berkerjasama dengan #kelabbloggerbenashaari untuk menjayakan bengkel ni. InsyaAllah ilmu ni akan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.. Acewahh boleh dah jadi imej constultant ni.. Hihi :)

Sesiapa nak tanya bab penampilan ke, nak jemput Puan Wawa Idris sebagai image consultant, bolehlah kontek beliau di --->


Barisan penaja :

1. Uncle Kay Photography


4 comments:

Mama Kembar 3 said...

mmg recommend pergi bengkel by wawa idris ni, best!

Mama Kembar 3 said...

mmg recommend pergi bengkel by wawa idris ni, best!

Nurmujahidah Ismail said...

muja rasa, bos-bos syarikat mmg patut hantar pekerja dorang gi bengkel macam ni. barulah imej tu terjaga. guru pun kena ni. baru students bukak mata. hehehe

Normi Nieza said...

bestnya..:)

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com