✿Baca Entry Yang Lepas✿

Wednesday, October 21, 2015

Trip Hatyai - Krabi #3 - Floating Market Hat Yai (Thailand)

Trip Hatyai - Krabi #3 - Floating Market Hat Yai (Thailand) | Salam. Ok uzu ter-skip nak citer bab floating market kat hatyai ni. Hahaa floating market hatyai ni actually tempat pertama yang kiterang pergi sejurus sampai dari airport. Kiterang sampai airport dalam jam 5 ptg camtu.. Cari hotel nak berjam juga naik tuk tuk dan jalan kaki sikit.. Tu yang check in lambat kat hotel. Bila check in lambat, maka lambat juga nak p floating market. Waktu kiterang nak pegi, dah malam dah...
Kiterang dari hotel ke floating market sewa Tuk Tuk. Agak mahal juga lah dalam RM50 / 500bath untuk 1 Tuk Tuk ni. Kiterang bertiga je lah yang sewa . So kos agak mahal kalau bahagi 3 .. Tuk Tuk ni akan tunggu kiterang kat pintu masuk. Kite ada masa sejam untuk makan-makan kat floating market. hm kejap giler !!
ok kat bawah ni  view pemandangan Floating Market Hatyai dari atas jambatan.. So ni lah eh floating market tu? Ingkatkan kat sini ada jual baju2 ke, souvenier ke tapi rupanya semua makanan je. Tapi yang bestnya makanan kat sini semua dijamin Halal ok? Jangan risau.. Semua boleh makan .. Hehe..
2nd time p floating market. 1st p kat bandung dulu. Haa ni kali ni kat hat yai pulak. Macam-macam makanan kena jual sini. Kreatif betul lah org Hat Yai ni.. Kat sini, kalau nak berkomunikasi ngan diorang, senang je sebab either guna BI atau bahasa kelantan.. cakap melayu pun segelintir je. Kan Hat Yai ni dekat lagi ngan Kelantan.. no wonder. Hehe..
Floating Market Hat Yai tutup jam 8.30 malam. Haa cepat kan? Uzu pun terkejut. Maksudnya disini kena makan cepat2 lah takut tutup. Macam-macam makanan kiterang beli dan mostly semua pelik2.. Ada yang sedap dan ada yang tak berapa nak layan sangat. Ada juga yang terlalu pedas.

Apa pun, malam yang singkat tu dijadikan pengalaman dan jadikan kenangan. Kiterang pun tak boleh lama-lama. Tuk tuk tunggu sejam je. Hampehh mahal RM50 sekejap je kan dia tunggu. Mohon bertabah. Siapa yang nak p Floating Market Hat Yai kena pandai deal Tuk Tuk lah ye. Jangan tetripu pulak. Sekian dan harap maklonggg. Salam :)

Jom baca entry mengenai Hat-Yai - Krabi(Thailand) :

7 comments:

Normi Nieza said...

bestnya..:)

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Rindunyaa kat sini.. Telur ikan goreng paling aummmm aumm

ordinary wawa said...

Sangat best. Banyak benda dapat beli kat sana. Jadi teringin pulak nak pergi. Kalau ada rezeki lebih. In shaa Allah.

http://angellovesoldier.blogspot.my/

Amanda Suria said...

nak pi siniiiii.......tak sabar nak pi tahun depan

Syuhada Salleh said...

besnyeee..tapi sekejap sangat kan, mesti tak puas..

Cikk Mimin said...

syokknyaaaa !

iffah hussin said...

raqsa nak repeat sekali lagi g Floating Market

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com