✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, December 26, 2015

Demora Intensive Skin Repair : Produk Kecantikan Baru Di Malaysia

Demora Intensive Skin Repair : Produk Kecantikan Baru Di Malaysia | Salam. Beberapa bulan lalu, uzu dapat produk kecantikan yang diberi nama Demora Insentive Repair. Demora ni waktu tu dalam tempoh pengenalan lagi. Baru keluar dari kilang so memang kiterang yang 1st batch yang review product ni..

Jom berkenalan dengan Demora Intensive Skin Repair ni..
Demora adalah serum pertama di Malaysia hasil gabungan dari ekstrak bunga paenia dan akar ginseng yang sangat berkualiti tinggi dan telah dikaji oleh pakar chemist yang bertauliah dan diyakini.

Uzu pun tak tahu apa tu bunga paenia tapi rasanya boleh agak bunga tu yang kat logo Demora yang ada pokok2 tu. Nampak tak pokok tu ada bunga? Haaa tu lah bunga paenia. Tak sangka bunga paenia ni banyak khasiat ehh...
Dalam kotak set Demora Intensive Skin Repair ni lengkap tau. Ada serum, sabun pencuci muka, lotion dan krim muka bagi membuktikan yang terbukti berkesan dalam masa 7hari. InsyaAllah kalau hari-hari pakai ada lah nampak kesan positif kat muke kite tu. Kena rajin je..

Kalau nak tau set-set yang terdapat dalam set Demora Intensive, uzu akan explain satu persatu, so korang pun boleh kenal dan tahu lah camna guna produk ni..

Mineral Soap
Sabun pembersih yang mengandungi serbuk mutiara, mica, sodium sulfate dan agen pencerah bagi membersihkan kotoran dikulit wajah.

Purifying Lotion
Toner penyegar ni digunakan untuk menutup liang pori yang terbuka selain daripada membuang lebihan minyak yang ada dimuka. Ianya dihasilkan dari ekstrak bunga ros, ekstrak minyak kelapa dara, ekstrak kanji jagung, ekstrak bunga paeonia,ginseng serta agen penyegar aktif yang lain.

Cc cream
Krim pelindung matahari yang mengandungi spf30 untuk melindungi kulit dari sinaran uvA/uvB bagi mengelakkan kulit terbakar dan tidak sekata. Ianya dihasilkan daripada alpha arbutin, vitamin B3, mineral, iron serta agen pelindung kulit. Krim pelindung ni juga mesra solat tau.

Serum Treatment
Serum ini diformulasikan dengan teknologi nano bagi mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit. Ia digunakan sebagai serum untuk mencerah, melembap dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta jeragat di kulit wajah. Serum ini dihasilkan dari ekstrak bunga paeonia, ekstrak buah pear, ekstrak kacang soya, akar pokok ginseng, ekstrak daun melia, salix alba dan agen-agen aktif yakng lain.

Uzu suka tau set ni sebab ada serum kat dalam kotak Demora ni. Serum adalah produk yang paling cepat meresap kat kulit daripada produk yang lain-lain so uzu memang bab serum ni ambik kira dalam penjaan muka uzu seharian. Setiap pagi sebelum pakai mekap ni pakai lah serum dan sebelum nak tidur pun kena pap pap pap serum kat muka..
Kebaikan produk Demora :
1. Mencerah, memutih dan menggebukan kulit.
2. Melembap dan menaturalkan ph balance.
3. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
4. Mengecilkan liang pori yang terbuka.
5. Menegang dan menganjalkan kulit.
6. Membuang lebihan minyak.
7. Membuatkan tekstur kulit lebih sekata.

Cara Pemakaian Demora Insentive Repair :

Pagi : Macam biasa bangun tidur kena cuci muka. so guna lah 1)mineral soap tu. Lepas tu biarkan muka kita kering, guna toner 2)Purifying Lotion pulak. Toner tau kan cara pakai? Spray je kat muka. Dan lepas tu dap dap dap kat muke sampailah yakni yakin toner tu masuk ke kulit kita.

Malam : Gunakan sabung pencuci mineral soap tadi. Then guna kalau rajin guna floral mask. GUna 15minit je.Then lepas tu guna toner dan serum. Lepas tu boleh tidur

Info :
Facebook: https://m.facebook.com/demorabeautycare/
Instagram : DemoraSkinRepair
Untuk pembelian Whatssap : 019-2321580

No comments:

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com