✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, December 5, 2015

Melange Boutique Hotel Bukit Bintang KL

Melange Boutique Hotel Bukit Bintang KL | Salam. Last week uzu berkesempatan bermalam di Melange Boutique Hotel yang bertempat di Bukit Bintang KL . Pheww rasa tenang sangat bila dapat menenangkan badan dan fikiran yang tersangat penat! 

So i went to Melange Boutique Hotel for just a day memandangkan uzu ada 3 event kat area KL dalam 1 hari dan.. haaaaa malas nak ulang alik Bangi. Tak terkejar masa. So here I am!
Apa yang best kat Melange Boutique Hotel ? Haaa 1st sekali, bila uzu google dan keluarlah page Melange Boutiqe Hotel ni, uzu rasa teruja sangat2 bila nampak gambar2 yang ada kat page Melange Boutique Hotel . Rasa macam excited nak bermalam situ..

Melange Boutique Hotel ni berkonsepkan hotel yang ada tema. Ada 3 tema yang disediakan oleh pihak hotel dan antara temanya ialah The Tampan - The Ayu dan The Manja.. So uzu sempat lah jenguk ketiga2 tema ni..

The Manja (Fun) Deluxe Bed Room
 The Manja (Fun) Single Bed Room
 The Ayu (Elegant) Twin Bed Room
The Tampan (Masculline) Deluxe Bed Room
Habis je jalan-jalan tengok setiap tema, uzu pilih yang The Ayu (Elegent) yang serba putih..So uzu ambik Twin Bed sebab ajak kawan uzu sekali.Dia pun berpuas hati dengan hotel ni. Uzu pun suka hotel ni sebab dia unik. Decoration dan tema yang menjadi pilihan. Tema mengikut mood masing2. Hehe..

Bab fasilities semua lengkap..

Amenities:
- Free Wi-Fi access in room
- Controlled air-conditioning
- A flat screen TV
- Mini refrigerator
- Coffee making facility
- Inside safety box
- Hot & cold shower
- Bath towels
- Toiletries (soap, shower gel, shampoo, conditioner)
- Hair dryer
- Complimentary bottled waters
- Ironing facility*

Semua ada.. Serba lengkap. Iron dan iron board hari tu uzu request call kat operator. So akan dihantar ke bilik.. Air cond takde masalah. Sejuk.. Cuma 1 je. Hehehe. TV tak banyak siaran.. Tu je lah yang slack sikit.. Hehehe.. Harap2 pihak Melange Boutique Hotel perbanyakkan lagi pilihan siaran TV .. SO far yang lain alhamdulillah. Everything is ok!

Btw thanks to Melange Boutique Hotel kerana menanti kehadiran uzu. Thanks atas layanan yang baik atas uzu. Terima kasih atas kemudahan yang diberikan sepanjang uzu menginap kat situ (seharijepun) . InsyaAllah bila uzu rasa nak stay kat KL, uzu akan stay kat Melange Boutique Hotel! Terbaik! Korang kena try pergi. Nak suggest kengkawan korang yang datang KL pun ok. InsyaAllah mesti puas hati :)


Harga Opening Promotion Rates :
Deluxe Single RM160
Deluxe Twin RM175
Deluxe Twin RM175
Deluxe King RM185

For inquiries or reservation, please contact at : 
Phone: +03-21418828
E-mail: reservation@melangehotel.com.my
Wesite : http://www.melangehotel.com.my/
Fb : Melange Boutique Hotel
Alamat : 14, Jalan Rembia, off Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Map/Waze : Tekan Sini

1 comment:

Messarah _ said...

http://messarah.blogspot.my/2015/12/tagging-questions-from-afiqah-zamri.html

you're tagged by me :))

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com