✿Baca Entry Yang Lepas✿

Saturday, January 2, 2016

Pengalaman Menaiki Penerbangan Rayani Air Hari Pertama Beroperasi : KL-Langkawi

Pengalaman Menaiki Penerbangan Rayani Air Hari Pertama Beroperasi  : KL-Langkawi | Salam.. Hari Ahad yang lalu, terfikir ingat nak balik Sabah, memandangkan takde event dalam seminggu ni, so uzu pun blur nak p mana, last2 decide nak p rumah abang kat Langkawi. So bangun tidur dipagi ahad terus beli survey tiket dan nampak gaya Rayani Air lah paling murah sekali. Terus beli on the spot malam tu juga fly.
Tiket dari KL-Langkawi RM90 uzu dapat sebab last minit beli. Tiket kat tempat lain nak2 RM200+ keatas. Memang murah lah Rayani Air. Waktu uzu beli tiket, kebetulan Rayani Air hari pertama beroperasi dari KL-Langkawi. Uzu dah lama kenal Rayani Air sebab pernahlah dulu beberapa tahun lalu p Melaka under Tourism Melaka, Rayani Air nak buat penerbangan kat Melaka tak silap uzu.

So apa yang best pasal Rayani Air ni?

Rayani air kaunter dia kat KLIA2 tau. Kalau dari pintu masuk, pergi kaunter sebelah kiri dan p check kaunter dihujung sekali. Berdepan dengan restoran2 kat situ. Memang jenuh nak cari memula. Ter-pergi kat sebelah kanan. Dah la waktu tu lambat memang terkejar2 lah nak larinye. Penat.
Bila sampai kat kaunter, pergh nasib baik takde orang sangat kat kaunter. Tapi kan apesal lah lama sangat ni eh diorang check in. Uzu pandangan sebagai seorang blogger dan customer, uzu rasa servis teruk bab check in kat kaunter. Pakai manual check in. Pekerja dia duk taip-taip nama lagi. Lama gila tunggu nak2 5 minit . Uzu dah lah terkejar2 nak makan lagi. Memang geram waktu tu.. Tapi tu lah,uzu review benda yang betul. Ramai yang komplen. It should be everything is ready. Tapi uzu diam je sebab uzu faham 1st day beroperasi. Masing2 kat mana2 pun kalau 1st day banyak yang silap, banyak yang kurangnye. Harap pihak Rayani Air perbaiki eh bab check in kaunter ni. 

Tapi yang bestnya, Rayani Air ni free 20kg lugage. So tu salah satu sebab uzu ambik Rayani Air. Tak perlu bayar beg yang berat. Tak perlu lah nak berebut tempat simpan barang kat atas. Selalu tak cukup. So tinggal je lah kat lugage.
Ni haa lagi satu, flight jam 9.55 malam. Tapi delayyyyy sehingga 1 jam 45 minit.. Nak hampir 2 jam juga.. Uzu sempat p minum starbucks. Kalau tau delay nak2 2 jam ni, uzu takdelah kelam kabut makan waktu boarding tu. Geram juga bab ni. Aishh nasib baik lah 1st day.. Tapi sakit telinga je uzu dengar orang complaint. Dari start uzu duduk sampaiiiiii kapal datang. Topik yang same juga. Bertabahlah.. 

Fuh akhirnya..... setelah panas bontot menuggu..
Kemarahan uzu tadi lega bila dapat masuk kapal dan ternampak logo Rayani Air.. Wahh ada tulisan jawi . Rasa bangga lah.. Teruja.. 1st flight di Malaysia yang amalkan islamic version ni walaupun owner Rayani Air ni uzu tau dia orang India. Tabik lah ! Semoga dimurahkan rezeki..Amin.

Bila masuk pula.. Pergghh pramugari pakai tudung. Rasa macam aumm je..Terus ambik gambar. Ye lah sangat berbangga lah dengan pramugari bertudung ni.Dah lah cantik, pakai tudung lagi cantik.. 
Haaa ni part best sikit. Bab ni uzu pun nak puji sebab dapat free snacks. Even kau punya flight dekat je sejam kan tapi haa memang best lah kalau free snacks. Siap ada kotak lagi.. Cantikk sangat.. So meh kita tengok apa yang dihidangkan dalam kotak ni..
Tadaaaaaaaaaaaaaa!!  Sebelum bukak kotak ni, uzu kata dalam hati, laaa buruknye.. Takde air ke? .. Haa bila bukak. Tercenggang 10 saat. Hehehe. Siap air jus epal dapat, muffin dan kacang. Kalau kat Malindo, air kosong dan roti je. Hehehe so Rayani Air lagi ok lah dari Malindo kekdahnya ni..

Tapi kalau korang nak tau, kotak snacks ni kat belakang dia boleh main sodoku tau. Uzu je tak perasan.. Kengkawan blogger yang bagitau. Nampak diorang update kat blog. Uzu serius tak perasan siap bawak kotak tu balik rumah. Hehehe.
Lepas sejam.. Sampai....
Sebelum keluar mabik lugage dulu..
Haa tu je lah review uzu tentang pengalaman uzu naik Rayani Air.. Uzu bagi 3.5/5 bintang. Walaupun demikian kan, walaupun ada part2 yang negatif, uzu jadikan Rayani Air sebagai salah satu pilihan penerbangan uzu kalau nak p mana2.. Ni Isnin depan ni, uzu akan naik sekali lagi Rayani Air tuk balik ke KL selepas seminggu kat Langkawi. So uzu pun akan perhatikan sekali lagi sama ada segala kelemahan sudah diperbaiki atau tidak. Harap2 ok lah.. k lah bye Salam.

Info :

18 comments:

Aryn Fadzlee said...

3.5/5 bintang.. Kira oklahkan.. Tapi bab yang delay tu buat hati tertanya2 pula. Nanti nak tggu review uzu utk next trip fly dr Langkawi ke Kl

YB Shehan said...

Ok menarik tu..

mas saari said...

menarik gak, boleh cuba nanti!

kelemahan tu boleh diperbaiki lagi.. airasia pun selalu flight delay

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Lepas ni boleh naik flight yang ni.. Tengok pramugarinya pun sedap mata memandang... Hehehe

Yun Sing said...

First time dengar. Macam berbaloi je.. thorbaek ! :D

Nurul Baidurah said...

wahhh...best nyerr naik rayani air..

mrs kayrul said...

Free luggage sampai 20kg menarik tu

Putera Helmei said...

Menarik.. owner india.. buat konsep islamik.. bila tah kan owner melayu, nk buat konsep cmni.. hehe.. sejuk mata memandang je bla tgk.. tp yg key in manual utk check in bagasi, n delay sejam lbh, perlu dibuat perubahan n pnambahbaikkn olh pihak Rayani.. mesti ramai brminat..

ora adzlin said...

menarik ni, thanks for review. dapat jugak tau skit info . nnt bleh try naik

Syeeda said...

bestnya dh naik Rayani air.. =)

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

baru mula biasala kalau ada yng terkurang..boleh la try nnti..

kbey007 said...

assalamualaikum puan,

dengar kata ada doa2 dibacakan sebelum flight berlepas? Betulker? Doa apa diorang baca

Mama Kembar 3 said...

2kg free luggage tu best tu. lawa pramugari bertudung, comei

noras said...

MAS, AirAsia pun selalu je delay berjam2..

Azura Ayub said...

boleh pilih seat tak?

Aisyah Sukor said...

what a cool plane

Farahanim Azizi said...

Haii . Nak Tanyaa . Kalau book rayani air online , mmg dia tkde bg boarding pass ke ? Sbb sy just dpt itinerary je lps book tu . Im going to board on this 20th . First time dgn rayani . Selalunya airlines lain . Hope you can answer me hehe

Farahanim Azizi said...

Haii . Nak Tanyaa . Kalau book rayani air online , mmg dia tkde bg boarding pass ke ? Sbb sy just dpt itinerary je lps book tu . Im going to board on this 20th . First time dgn rayani . Selalunya airlines lain . Hope you can answer me hehe

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com