✿Baca Entry Yang Lepas✿

Monday, December 7, 2015

Pretz n' Benz Cafe Solaris Mont Kiara

Pretz n' Benz Cafe Solaris Mont Kiara | Salam. Alhamdulillah uzu diberi kesempatan untuk mereview sebuah cafe yang unik di area Mont Kiara.. Ni kali pertama uzu ke Mont Kiara dan tujuan utama uzu ke situ ialah nak buat review Pretz n' Benz Cafe.
Sebelum ni uzu dengar mengenai Pretz n Benz Cafe dari beberapa blogger yang buat review. Mereka memberikan positive feedback so uzu pun excited nak datang review juga. Apa sebenarnya yang menarik tentang Pretz n' Benz Cafe.

Selalunya kalau bab Pretzal ni, there are only one Pretzal yang uzu tau. Uzu pun suka kalau Pretzal yang tu. Selalu beli. Dan apa pulak menu yang membeza mereka? Haaa so kena baca sampai habis :)
Memula kiterang order minuman dulu. Ape lagi, buka menu semua minuman yang sedap2 tapi uzu lagi minat nak order Green Tea Ice Blended sebab uzu memang minat dengan Green Tea.! P mana-mana je mesti nak order Green Tea so memang suka rasa Green Tea kat mana-mana je. Nak tau perbezaan, kat mana yang sedap dan kat mana yang tak berapa nak sedap. So kat Pretz n' Benz ni rasa Green Tea nya not bad! Sedap !
  
Ice Blended Green Tea RM13.90

 Cafe Latte RM 12.00
Cinamon Sugar Pretzel RM6.25
 Prizel Basil Cheese - RM7.30

 Pretz n' Stew Chicken Green Curry - RM17.90
Ni lah menu yang ramai yang kata sedap! Betul ke sedap? Tang mana yang sedap? 1st time nampak macam betul ke sedap kan? Tertanya-tanya.. Tapi bila dah rasa.. Perghhh! Sedap giler siott ! Rasa macam nak order lagi.. Memang sedap lah. Uzu akui.. Jujur ni.. Siyes.. Banyak2 menu yang uzu rasa, Green Curry Chicken ni paling sedap giler! Arghhhhh .. teringin nak makan lagi.. Sobs..
Green Curry Chicken
Plain Pretzel RM5.20
 Pretzel Pizza Hawaian Chicken (10") - RM22.15
Pizza ni pulak unik juga. 1st pizza in asia yang buat pizza dari dough yang sama dengan Preztel. Sedap pizza ni. Lembut je.. Tak keras. Hehe.. Pizza ni pun uzu sukaaa! Ohmaigaddd..
 Volcano Chocolate Cake With Ice Cream - RM 13.65
Ok last sekali kita dihidangkan dengan dessert yang buat uzu teruja..! Hehe ni coklat ngan aiskrim. Petang2 yang panas meman elok lah layan aiskrim. Waktu-waktu jammed pulak tu. Daripada layan jammed baik layan aiskrim ni.. Dah lah coklat dia melelehhh. Perghhh..
So amacam? Mesti korang telan air liur kan. Glurppp..Entah-entah ada yang tengah lapar sekarang ni. Hehehe. Maaf lah ehh.. Korang pun kena rasa lah juga. Lepak-lepak kat Pretz n' Benz Cafe . Mesti korang in love dengan menu yang disediakan..

So kat mana nak cari Pretz n' Benz Cafe kat Solaris ni? Kat Ikea pun ada. Haa so sesiap berminat nak tau kat mana dan apa bestnya tentang menu kat Pretz n' Benz Cafe, boleh tengok info kat bawah ye :)

Tel : 03-7732 0175
Alamat : Solaris Mont Kiara, 22, Jalan Solaris 4 Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

6 comments:

Nurhuda Ismail said...

harga berpadanan la kalo sedap

Diya Hanun said...

sedapnyeee! sedapnyeeeee..lapar2 >,<

Mama Kembar 3 said...

Green curry tu memang sedap! Nnt nak pergi repeat lagi

zarul farhana said...

mmg nampk sedap...

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

sedap bangat...kalau boleh nak review gak..tapi tak ada orang ajak kita

Cik Tie said...

sedapnyaaa..

Copyright © ✿Emas✿Putih✿Blog✿ Designed by azhafizah.com