Wajah Blog www.kisahemasputih.com Bertukar Wajah. Komen Anda?

Wajah Blog www.kisahemasputih.com Bertukar Wajah. Komen Anda? | As-Salam. Actually masuk tahun 2015 tu lagi nak bertukar wajah, tapi sangat tak sempat.. takde masa nak edit2 bagai. At last, order kat my favourite designer, Azhafizah.com merangkap sahabat baik uzu dalam dunia blog.

Watermark, kad raya, vector semua uzu berpuas hati dengan hasil design Fiza. Yelahhh tangan berbakat gituu. Citarasa pulak sama je, pink ! Lagi mudah dia buat kerja. Ngan Fiza, uzu tak cerewet sangat sebab dia faham je je apa uzu nak. Kehkehkehkehkeh..

Design blog yang uzu design sendiri *kecuali header* ..
Dan ni full template baru dari Fiza. Uzu kali ni nak simple je. Tak nak serabut macam yang dulu dan gambar tu, tu je lawa yang ada. Hahahaha. Kesian sungguh lah.. Har har har :D
Uzu tengah fikir benda apa nak buang kat blog ni haa. Sebab nak buat simple-simple je. So, korang rasa ok tak blog uzu? Komen lah jujur.. Hehehehe. Mana tau boleh dibaiki kan kan kan?.. Ok tak ok tak? 

Btw, design ni kalau nak order boleh terjah blog http://www.azhafizah.com/ tau boleh PM terus kat fb dia, Azhafizah Md Nor k. Salam ^^v


Restoran Pilihan Uzu Yang Paling Sedap Di Putrajaya

Restoran Pilihan Uzu Yang Paling Sedap Di Putrajaya | Kalau nak makan je, mesti ke Putrajaya. Tak jauh pun Bangi ke Putrajaya. Dalam 10 minit je dah sampai.. Kat Putrajaya ni kan.. susah nak cari makan sedap-sedap, ada pun kat Alamanda je.  

Tempat makan pilihan uzu kat Putrajaya ialah...kat Ayer 8 ! Presint 8.. Kat Ayer 8 ni banyak restoran, dan bagi uzu restoran yang paling sedap, sangat sedap dan sedappp sangat-sangattt aumm aumm aummm sehingga mejadi pilihan ialah Restoran Thai Kung. Dia punya tomyam, ya allahhhhhhhh sedappppp giler cadbury tau ! Sampai esoknya nak pergi lagi...
Dan, ramai lah orang kata, Pulut Mangga kat sini sedap.. So? Dah alang-alang selalu lepak kat situ kan, try lah Pulut Mangga ni.. Rasanya? Hurmmmm not bad. Must try !
Kat situ, uzu ada makan peberet food uzu, Kerangggggg Bakarr ! Sedapppp ya allahhhh sedap sangat, tapi sos dia pedas. Hihi. Uzu memang tak tahan pedas tapi nak menikmati rasa sos tu, ter-paksa juga lah menahan pedasss yang amat sampai merah-merah muka ni haa...

Yang duduk area Putrajaya tu bolehlah singgah Ayer 8 ye. Uzu yang kat Bangi ni pun boleh je singgah, tak kan area Putrajya tu tak nak singgah kan kan kan? Haa sampai tak diet diet uzu ni.. Ni tengah diet lah ni.. Nak men-detox-kan semula makanan yang uzu cheat dah banyak kali. Ohhh u cheat u gemuk ! Aummmmm tak nak cheat dahh ! ok baiiii nak minum green tea ni. nak kurus !! Salam.


Buku Deme Wasap Ambe Reply Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus



Buku Deme "Wasap Ambe Reply" Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus | Kalau bab Ustaz Azhar Idrus, uzu memang suka sangat. Dulu setiap malam, sebelum tidur mesti pasang ceramah-ceramah UAI ni. Ceramah santai sambil bergelak, sape lah yang tak suka kan? Tak bosan dengar.

Dulu buku UAI yang "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa" uzu ada beli. Besttt baca buku tu. Ada lagi uzu simpan.. Yang buku kat bawah ni, uzu nampak kat kedai buku. Belek sekali, terus beli. Sambil senyum-senyum.. Hihihi :D


Harga RM18 je. Alahhhh novel harga RM19.90 boleh je beli , buku ni takkan tak nak beli kan. Ilmu kot. Mana tau boleh menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran ni. Takde lah terpedaya dengan jawapan-jawapan google.. Kan kan kan kan? So, uzu pun suggest lah korang beli. Tak mahal tak murah, RM18 je.. *kemain dah macam promoter* . Hehehehe.. Selamat menambahkan ilmu ye.. Salam..

Ni Sebabnya Kenapa Uzu Kagum Sangat Dengan One City Sky Park !

Ni Sebabnya Uzu Kenapa Kagum Dengan One City Sky Park ! | As-Salam. Jumaat lalu, uzu berkesempatan ke One City Sky Park sekali lagi.. Dengar je pasal One City Sky Park, dah tentu lah uzu akan terbayang roof top yang hanya beralaskan kaca/glass tu.. Uzu dah pernah pergi sebelum ni , so sangat excited dapat pergi untuk kali ke-2 !
Best lepak-lepak kat Top roof One City Sky Park tu. Dengan pemandangan yang cantik, so ada beberapa restoran kat atas tu. Best kot restoran tuada view yang cantik. Samblil makan, berborak santai, tempat tu sesuai untuk orang nak honeymoon ke, nak dating ke sebab suasana top roof waktu malam sangat lah awesome dan romantik ! Aummmm..

Top roof One City Sky Park ni ada kat tingkat 10. Roof top ni yang bestnya ada menyediakan tempat makan yang paling besar di Malaysia. Sedap-sedap tau makanan kat sini !
Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs by deHouse
Petite Nasi Lemak by Khrua Thai
Yakitori Moriawase by Inaho Sushi
Spaghetti Aglio é Olio Vongole (Clam) by deHouse

Korean Fried Chicken by Hongdae-Mun
Momiji Sashimi by Inaho Sushi
Charcoal Barbeque Lamb by Hongdae-Mun
Seafood Tom Yam by Khrua Thai & Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream by MasterRoom
 
 Wild Mint Temptation by The Voice & Prawn and Fish Cake Combo by Khrua Thai

Dalam gambar memang nampak sedap tapi... bila makan.. Ya Allah !! Lagi lah sedapppppp ! Nikmat sangat ! Habis hancur diet uzu. Aduyaii sabar je lah. Hahaha. Uzu sukaa semuaa makanan dan minuman kat atas ni. Win sangat! Tq ye restoran-restoran yang terlibat Hong Dae Mun, Khrua Thai, The Voice, Inaho Sushi dan De House


The Grand Opening of The Sky
Lebih 1000 tetamu yang hadir dalam majlis permbukaan besar-besar untuk The Sky dan disajikan dengan artis-artis seperti Henley Hii, Baki Zainal, Dina Nadzir, Shawn Lee dan pengkhayal antarabangsa, Zlwin Chew. 

So, siapa yang nak datang ke One City Sky Park, boleh waze je "One City Sky Park" suree jumpa. Uzu nasihatkan, kalau nak datang tengok Roof Top tu, nak ambik gambar muka gayat korang, lagi best datang waktu malam. Senang nak ambik gambar. Hehehe. Kalau siang, silauan cahaya tersangat silau sampai tak nampak apa kalau nak ambik gambar.

So , last sekali, thanks One City Sky Park sebab sudi menjemput kami. InsyaAllah next time boleh lah nak bekerjasama lagi. Terbaik lah The Sky ! Semoga terus succes yee !!

Pengalaman Menyeronokkan Di Farm In The City, Seri Kembangan

Pengalaman Menyeronokkan Di Farm In The City, Seri Kembangan | As-Salam.. Rasanya dari tahun lalu lagi dapat invite dari Farm In The City dari Mr. Rajagopal cuma uzu tak berkesempatan nak reply sebab full schedule tahun 2014. *ceh bajet retis nak full bagai* ..

Dan finally uzu pergi juga Farm In The City, Ahad yang lalu 24 Januari 2015 bersama rakan-rakan blogger yang lain, Fatin Bella, Yanty Lee dan Qaseh Dalia.. Sebelum nak berjalan-jalan, ambik gambar kenangan dengan Mr Jack yang menjemput kehadiran kami sebab Mr. Rajagopal is not around.

Farm In The City ni ialah new Malaysian village themed yang bertemakan Zoo di Taman Equine, Seri Kembangan. Farm In The City terletak di antara Putraya dan KL. Kalau dari Bangi, dalam not less than 30 minit by car .

Kat sini, ada lebih 100 spesis eksotik. Ada yang tak bahaya, ada yang bahaya sangat-sangat. Yang buat Farm In The City ni sangat menarik, ada lebih 60 jenis pokok buah-buahan tropika dan pokok renek ditanam. So, ala-ala dalam hutan gitu..
Farm In The City berkawasan 7 ekar dan dibahagiakan kepada 11 habitat, antaranya ialah :

  • Mood's Lake
  • Turtle & Tortoise Farm
  • Bird Aviary
  • Reptile Cavern
  • Rabbit Farm
  • Pets Village
  • Jungle Walk
  • Vegetable & Fruit Farm
  • Savannah
  • Longkang Fishing
  • Kampong Mahmood
Banyak binatang yang uzu suka tengok kat sini, sebab ada yang pelik-pelik, contohnya spesis kuda kecil, arnab yang bersaiz besar, burung gagak putih yang jarang ditemui di dunia. Binatang yang jinak dan senang dipegang juga ada, monyet kecil, kura-kura gergasi, iguna yang berwarna warni, ayam, landak, penyu dinasour, ular sawa raksasa , ular bakau dan banyak lagi binatang yang jarang kita tengok.

So, Farm In The City amatlah sesuai untuk kanak-kanak. Yang ada family tu bolehlah bawak anak-anak u olls ke Farm In The City. Senang je nak cari tempat ni, waze je Farm In The City, suree sampai ! Selamat beronok-ronokkk je. Jangan lupa pakai sunblock sebelum datang. Kang hitam muka u ols. Hehe. Salam ^^v

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu-Ahad-Cuti Umum : 9 Pagi - 10 Petang

Harga Tiket :
RM 30.00 (My Kad) - Dewasa
RM 25.00 - Kanak-kanak

Alamat :
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.

Websites :

Mini Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari

Mini Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari |  Yeahhh alhamdulillah jadi juga sesi potluck KBBA ni kat rumah Abg Ben. Actually dah setahun dah rancang nak BBQ kat rumah Abg Ben , waktu Zahra tak lahir lagi. Tangguh punya tangguh,akhirnya.. jadi juga BBQ tu. tapi takde lah BBQ sangat. Buat sesi potluck je.
Actually kalau ikutkan list yang datang, ramai.. tapi last minit ramai yang cansel. So, nak tak nak kena teruskan juga. Yelahhhh dah plan cun cun nak buat kan. Tak best lah nak cansel last minit..
Alhamdulillah acara kami went well.. Berborak santai sambil menboncetkan perut. Fuhhh memandangkan banyak lauk pauk yang menyelerakan, so uzu pun berehat diet atkins 2 hari. Tak nak rugi menikmati kenikmatan bersantai bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. We are family ! We love each other ! Aumm..

Thank you yang sudi datang, tuk kak D'Laila Corner juga, owner Mee Udang yang sedap tu juga memeriahkan mini gathering KBBA dan datang bawa 2 menu yang sangatttttt sedap ! Sampai tambah 2 3 kali ok ! Hihi tq kak Laila. Muahciked! 

Next trip KBBA, insyaAllah akan konvoi ke Terengganu bulan februari sebab ada geng KBBA kahwin bulan depan ! Tak sabarrrrrr ! 

Resepi Salad Buah Simple Dan Sedap

Resepi Salad Buah Simple Dan Sedap | As-salam. Alhamdulillah menjadi juga salad buah untuk gathering #kelabbloggerbenashaari semalam di kediaman Abg Ben. Tema potluck so masing-masing kena lah bawa makanan sendiri kan.

Menu simple salad buah dihidangkan sebagai pencuci mulut. Tak pernah buat salad buah ni. Tapi jadi favourite juga dulu kala. Tu yang gagah nak buat..
Bahan-bahan
- Buah-buahan (oren, epal hijau dan merah, strawberry dan kiwi)
- Mayonis sos salad buah-buahan
- Yogurt Nestle Original
- Salad
- Lada hitam
Potong dadu buah-buah tu. Ambik bekas, letakkan terlebih dahulu mayonis, yogurt dan lada hitam sikit . Sebatikan. Lepas tu baru masukkan kesemua buah-buah yang dipotong tadi ke dalam bekas dan gaul sehingga rata.
Yeahh siap juga. Walaupun simple dan first time buat ..dapat pujian sedap, "pandai uzu buat" bak kata kak D'Laila. Abg ben, kak zila his wife pun kata sedap dan semualah kat situ kata sedap. Yeahhhh mission berjaya. Ok bai.. Salam..