Bayou CoffeeHouse Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Bayou CoffeeHouse Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya | Selepas setel update kbba blogger's day out , ni nak update entry mengenai Bayou Coffee House yang berada di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang mana Bayou Coffee House merupakan penaja rasmi makanan kami pada ahad lalu.. 

Makanan yang disediakan secara buffet so pelbagai lauk yang dihidangkan. Tengok gambar macam sedap.. hihi tapi serius uzu kata... memang sedap.. ! Sehinggakan uzu tambah berkali-kali..  huhuu. Meh tengok gambar... Tapi jangan terliur pulak haaaa..

Pencuci Mulut : Buah Betik, Tembikai dan Kuih Cekodok

Tapai Pulut
Perut & Rebung Lemak
Kerabu
Sambal Belacan
Ulam-ulaman


Daging
Rendang Tok
Tempe
Ikan Masin
Sambal Ikan
Ayam Goreng Berempah
Banyak makanan lain yang sedap-sedap tapi tak sempat uzu nak snap semua. Bateri pun dah habiss .. Huwarghhh.. tapi uzu serius ni.. Best makan kat sini.. Dah ler ruang makan selesa, ada aircon, besar, makanan sedap dan dengar cerita murah dan berbaloi makan kat situ... Tak caye? P lah sendiri.. hihi..

Antara blogger yang dah kenyang dengan makanan.. Tengok muka dah tak larat tu. Kenyang sangat agaknyaa.. Kalau dah kenyang, of coz lah makanan tu sedap. kalau tak sedap.. takde lah kenyang kan.. haaaaa gitu..
Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya juga menyediakan perkhidmatan seperti Majlis Berbuka Puasa, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Jadi, Majlis Ulang Tahun, Makan Pagi / Tengah hari / Malam, Hari Keluarga dan Kursus 


Untuk tempahan, boleh hubungi: 
https://www.facebook.com/bayoucoffeehouse
03-83180008 / 019-3305848
Email: bayoucateringcyberjaya@gmail.com

KBBA Blogger's Day Out Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

KBBA Blogger's Day Out Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya |  Alhamdulillah. Syukur ya allah sebab aktiviti dan plan berjalan dengan lancar. Selepas hampir sebulan membuat planning, dan akhirnya berlangsunglah KBBA Blogger's Day Out Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya .

Seawal jam 8 pagi adalah sesi pendaftaran. Uzu meruapakan salah seorang AJK untuk event kali ni.. Semalam uzu jaga dibahagian pendaftaran untuk membahagian diorang kepada 4 kumpulan.. Sesi pendaftaran juga ada goodies bag yang mengandung (Product natalia , cosmoderm, monster crunchy , navy, dan baju t-shirt KBBA ).
Jam 9 pagi pulak.. ada sesi erobik yang dikendalikan oleh Fatin Bella. Mula-mula memang niat tak nak join, tapi macam best je kan erobik siap ada lagu, kejap slow kejap rancak, walhal uzu tengah tunggu lagu dangdut keluar. kah! Ok kecewa. hahaha...
Seterusnya ialah, sesi bacaan doa dan abg huzaini, ucapan kata-kata aluan dari wakil #kelabbloggerbenashaari Abg lan careno dan dari wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya .
Emcee pada hari kelmarin, Kak Yanty Lee yang mana dia juga merupakan orang yang bersusah payah menguruskan event/aktiviti hari ni.. Tq kak ty !
Aktiviti pertama, Golf .. Huhhhh macma best je kan.. Tapi ingat senang ke nak pukul bola golf ni.. Ada dianatara mereka, bila pukul, bola masih kat situ.. Maunyaaa berdekah-dekah kami ketawa.. Posing nak pukul kemain lagi.. tapi tak kena! Hahahaha.. Malu tau kena gelak oleh diorang ni.. Ewahhh walhal uzu pun gelakkan orang.. Bila sampai turun uzu, cuakkk... Dalam hati redhaa lah pasni kena gelak.. tapi... yang uzu dengar "wahhhhhhh" .. hah! kena lah... hahahaha . control cun terus.. hehehe..
Aktiviti kedua, Badminton.. Yang ni rule pelik sikit, 6 lawan 6 . tapi setiap 1 team ada 1 raket je. So peranan kita kena berbincang dan pass badminton tu. tak leh gerak ok ! Susah sikit tapi have fun.. :)
Aktiviti ketiga, Go-kart .. 1 round ada 10 orang dan setiap orang ada 10minit tuk main go-cart. Agak lama juga tu actually... Sampai lenguh kaki nak tekan minyak. haha.. Mula-mula takut nak main, bawa slow je.. Tapi bila dah reti baca laps, terus main race dengan diorang ni. Nak lawan sapa lagi laju... at last.. hahaha uzu accident juga waktu corner.. Hahaha dari tempat kedua lepas tu.. jadi orang terakhir.. ish3x.. hahaha..
Dan aktiviti ke-4 dan yang terakhir ialah Paintball ! Huhu.. Yang ni best sikit tapi ada sedikit nervous sebab tak reti main. hahaha..Nasib baik ada 2x penerangan. Game ni jenis lasak sikit sebab guna semua tenaga . Dah ler senapang berat.. jadi kapten lak tu mula-mula.. Kapten yang dilindungi oleh teman-teman seperjuangan tapi cepat mati.. adoiii .. 1st try katakan.. Tapiii 2nd game.. jadi juaraa ko... Haaaaa... gitu. bangga jap. haha...
Alhamdulillah game habis sekitar jam 4 petang. Semua blogger kena berkumpul di lobi untuk sesi cabutan bertuah. Semua yang dapat cabutan bertuah tu happy.. Termasuklah uzu salah seorang yang bertuah.. hihi.. Thanks kepada penaja Cosmoderm, Yeos Malaysia , Stamp N Print Enterprise , Azwar Kamaruzaman, Natalia dan Monster Crazy Crunch.

Last sekali, sesi group photo #kelabloggerbenashaari. Yeahhhh best tau ada komuniti yang ramai macam ni.. Meriah sangat-sangat. Kami juga telah membuktikan bahawa #kelabbloggerbenashaari bukan sekadar blogger.. hihi.. Kat dalam ni semua blogger sporting ! Ada yang baru jumpa , ada yang dah lama kenal tapi tak jumpa-jumpa.. Haaa so misi berjaya ! Sebab dah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama blogger. Alhamdulillah :) Tq semua..


Dijemput Hadir Ke KBBA Blogger's Day Out Esok !


Dijemput Hadir Ke KBBA Bloggers Day Out Esok ! | Salam semua. Esok dah hari Ahad.. Wihuuu!! Tak sabarnya nak tunggu esok... Yelaaaaaa esok kan aktiviti KBBA terbesar untuk tahun ni.. Tapi untuk tahun ni actually ada lagi 2 aktiviti besar yang bakal menyusul.. Lagi lah tak sabar... Huhu..Btw, aktiviti tuk esok ialah KBBA Blogger's Day Out yang diadakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. 

Nak hampir sebulan we olls plan benda ni, urus itu dan ini, mencari sponser dan lain-lain. Kami dari #kelabbloggerbenashaari urus sendiri aktiviti ni dari A-Z , so memang busy tapi dengan adanya kerjasama semua pihak, alhamdulillah semua berjalan lancar.. Tunggu esok je ni..

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya terletak di Cyberjaya, berjiran dengan Putrajaya.. Dekat sangat-sangat kalau dari hostel uzu kat Bangi ni haaa. Nak ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni pun waze je insyaAllah sampai.

Apa yang menarik di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ?
  • Wujud sejak 2006
  • Berhampiran Universiti Multimedia (MMU)
  • Bersebelahan Majlis Perbandaran Sepang
  • Menyediakan fasiliti / kemudahan sukan seperti driving range , gelangang tenis , paintball , sirkit go kart , kolam renang , gelanggang futsal , gelanggang badminton , gelanggang badminton , gelanggang bola keranjang , gelanggang bola tampar , gelangagang squash , gymansium , dan studio menari.
  • Tempahan majlis dewan meraokan hari bahagia , mesyuarat dan reunion yang mampu menampung sehingga 500 - 700 pengunjung dalam satu masa. Catering boleh ditempah terus di Bayou Coffee House di situ. 

Untuk maklumat dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03 - 8318 0008 atau terjah instagram KKTTC ; @kelabkomuniticyberjaya .

Dan dijangka hampir 100 blogger akan memyertai aktiviti - aktiviti sepanjang program yang telah dirancangkan. Antara acara yang akan dijalankan nanti seperti golf , badminton , paintball. Perubahan cara permainan tidak seperti biasa tetapi telah diubahsuaikan dengan lebih mencabar bagi menguji dari segi mental , fizikal dan kerjasama berpasukan di kalangan blogger.

Ramai yang bertanya untuk turut serta tapi sayangnya tidak dibuka secara umum tetapi orang ramai sangat digalakkan untuk datang beramai - ramai bagi memeriahkan program dengan memberi sokongan kepada rakan blogger yang mengambil bahagaian dalam acara sepanjang hari.

Sekalung tinggi penghargaan kepada penaja - penaja yang telah turut sama menjayakan program KBBA Blogger's Day Out : 

Cyberview , Cyberjaya : www.cyberview.com.my
Yeos's Malaysia : www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise : www.stampnprint.blogspot.com
Natalia : www.natalia.my

So, sesiapa yang nak p mennjalainkan silaturahim, boleh lah datang ye jenguk-jenguk atau nak beramah mesra dengan blogge-blogger lain.. Jangan risau.. Ini terbuka.. Bukan untuk #kelabbloggerbenashaari je, semua blogger dari pelbagai komuniti pun boleh datangg tau! Haaaa... Jumpa korang kat situ yeeee...datang tauuu jangan tak datang..hihi. Salam!


Hotel Murah Di Bandung : Sweet Karina Hotel

Hotel Murah Di Bandung : Sweet Karina Hotel | Salam. Entry uzu hari ni nak share berkenaan tempat tinggal yang uzu dan kawan-kawan menginap sepanjang di Bandung. Actually ada 2 hotel yang uzu menginap tapi yang ni lawa sikit so yang ni je uzu update. kah!

Sweet Karina Hotel. Dalam RM100-200 semalam.. Tengok kat luaran nampak macam tak cantik, bila masuk dalam, ya allah.... cantik gilerrr.. terus duduk snap gambar.. Macam gambar kat bawah ni.. hihi..

LOBI

PEMANDANGAN SEKITAR LUAR BILIK

DALAM BILIK



Misi Mendaki Gunung Kinabalu Kali Ke-2 Part #1

Misi Mendaki Gunung Kinabalu Kali Ke-2  | Alhamdulillah.. Uzu masih bernafas dibumi Allah . Maknanya, uzu selamat naik dan turun gunung kinabalu dengan selamat.. Rasanya dah ramai tau yang uzu daki gunung kinabalu 2 minggu lalu. Kali ni uzu daki dengan officemate uzu yang sporting! Aum..

Masa sebelum mendaki. Tengah nak daftar kat kaunter. Kali ni... uzu mendaki melalui gate mesilau.. Kalau nak tau, dulu uzu daki melalui gate Timpohon (8km) . Tapi kali ni, uzu daki dari Mesilau (10km) . Orang kata, otai otai je lalu Mesilau sebab jauh sangat. Tapi kenapa uzu pilih nak daki dari Mesilau? Dengar cerita... Lalu Mesilau ada sedikit landai. *walhaltakpun*.. Dan pemandangan cantik.. Tapi..... menyesal je lalu situ.. Pemandangan takde pun! Sebab kabus tebal sangat..
Breakfast. Tips untuk breakfast yang uzu dapat.. Lepas makan.. minum kopi kosong tanpa gula + sedikit madu + garam.. Tujuannya memang tu gain energy.. Uzu tengok... semua pakat habiskan madu pagi tu.. Tapi bila uzu try minum.. Teruss nak muntah balik.. Lain giler rasa.. Buerk..
Ni lepas brief dari Guide. Guide pesan, kalau ada benda pelik-pelik.. Jangan tegur.. Banyak pesanan yang guide bagitau tapi tu je uzu ingat. Kah! Setiap orang kat sini akan dapat pack lunch masing-masing. Dan bag? Bag bagi guide bawak.. Nak bawak sendiri... tak larat.. Samapa a dauit tu, boleh lah ambik servis porter, RM12 sekilo.
Letih tau daki gunung macam ni.. 4km ni separuh perjalanan.. Ada 6.2km lagi...  Sekejap2 berhenti.. sekejap2 minum air.. sekejap2 makan coklat.. Kaki tu sampai menggeletar nak daki.. Ya Allah.. Dalam hati.. bila lah nak sampai? Waktu mendaki ni, tak elok actually rehat lama-lama.. Paling lama pun kurang dari 2 minit.. Sebab kaki akan kejang kalau berehat lama sangat. Yes betul sangat tu..
Fuh yang ni... Kat atas dah .. Dalam 2 km lagi sampai.. Makin uzu naik kat atas, makin cantik pemandangan.. Subhanallah..Serius cantik weii ... Tumbuhan yang tak pernah nampak ada kat sini.. 
Yahoooo.. Setelah hampir 10 jam mendaki dan terus mendaki, uzu dan kengkawan lain sampai juga ke Laban Rata . Tempat penginapan.. Sampai-sampai je.. Terus makan.. Serius uzu mengantuk sangat. Tak larat nak makan.. Gilerrr kooo 10 jam mendaki.. Penat siot... Waktu ni, uzu dah rasa menyesal dan tak nak naik lagi.. Tobat dah... Huh..

Sebelum tidur, kami kena minum air madu dan 2 biji panadol.. Dan sewal jam 8 malam, kami dah tido dah.. Sebab jam 2 pagi semua kena bangun semula.. Tapi uzu dah bangun seawal jam 1 pagi.. Dalam hati risau sangat-sangat.. Dapat daki ke tak? Huh..So kali ni.. agak-agak uzu dapat daki sampai ke puncak tak? Ok... yang tu uzu akan update part #2 eh. hikhik Stay tunes ! Salam.