Cara Uzu Menjaga Kecantikan : Spa Dr. Amminuth Bluewave Hotel Shah Alam

Cara Uzu Menjaga Kecantikan : Spa Dr. Amminuth Bluewave Hotel Shah Alam | As-salam. Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan.. Bagai aur dan tebing. Sebut wanita mesti nak cantik-cantik.. Tak kisah kecantikan dalaman dan luaran.. Tak kisah bujang je, isteri ke, janda ke, nenek ke, tak kira apa pun kerjaya kita sama ada blogger ke, qs berjaya ke , lecturer ke, engineer ke, atau akauntan ke atau macam-macam lagi kerjaya mesti nak fikir cantik je.. 

Selalunya kita sibuk dengan kecantikan luaran sampai lupa dengan kecantikan dalaman. Kecantikan luaran ni maksud uzu, sentiasa nak nampak cantik sanggup beli makeup harga ratus-ratus, tapi jaga  nak jaga bahagian dalaman ya allah pemalas ya ampun.. Sampai nak tunggu berkarat-karat baru nak pakai kelam kabut nak beli pemutih itu lah...pemutih ini..Haa tu dia kemain...

So, sekarang ni uzu dah start nak menjaga kulit dengan manjakan diri dengan spa.. Spa bukan tuk orang kaya je tau, student macam uzu ni pun boleh pergi..Harganya mampu milik. Tak perlu risau.. huhu..Ni pengalaman pertama uzu ke spa so...excited nak try! Haha. Kesian.. Treatment ni uzu buat kat Spa Bluewave Hotel Shah Alam. Spa ni kat dalam Hotel Bluewave tapi korang jangan salah faham. Spa ni bukan untuk guest hotel je tau malah  customer dari luar pun boleh datang 

Ruangan Luar Spa Hotel Bluewave
 Ruangan Dalam Spa Bluewave Hotel
 Spa Bluewave Hotel di Media Cetak
Ruangan Dalam Bilik Spa
Bodyscrup yang uzu buat ialah bauan wangian jenis rose.. Memula sekali uzu di sental-sental kan badan dengan scrup rose 1 full body.. Pada yang perempuan muslimah tu tak perlu risau mengenai aurat sebab spa ni tuk wanita/muslimah sahaja.. Menarik kan? Hehe.

Rawatan scrup badan dijalankan selama 45minit.Tak lama sangat. Sekejap je. Sambil tunggu scrup kering kat badan tu, boleh capai fon sambil main henpon. Haha!  Yang best sekali part kena urut sikit2 tu, alahaiii rasa macam nak try full massage pulak. Best sangat kena urut..Badan uzu sangat-sangat penat ke event situ ke event ni, memang tak sempat nak berehat lama so dengan full massage ni mungkin akan melegakan urat-urat sendi kita. Hihi. Memang nak try lain hari! 

Rawatan body scrup yang uzu rasa selama 45 minit ni memang terbaik.. Uzu suka bila badan uzu wangi je. Macam nak cium cium hidu hidu peluk-peluk orang je.. Haha sengal. Macam nak datang lagi je. Best tau layanan staf-staf kat Spa Bluwave Hotel ni. Dah la comel-comel, peramah pulak tu.. Apa pun, terima kasih Spa Bluewave Hotel yang melayan karenah uzu dan yaya yang ngok ngek sikit ni.. InsyaAllah akan datang lagi kat Spa ni.. Teringin nak buat facial muka pulak. Nak melicinkan kulitt gitu. Haha.

Antara servis yang ada kat Spa Bluewave Hote ni ialah Full Body Massage, Full Body Scrub, Sauna, Milk Bath Facial Treatment, Lonic Detox Theraphy, Reflexology Theraphy, Shoulder Massage, Rawatan Resdung, Bertangas dan Foot Spa.  Ada juga pakej-pakej untuk bakal pengantin, yang nak kahwin tu boleh usha ig atau facebook Spa Bluewave Hotel tau details contact kat bawah ni untuk matlumat lanjut. Salam :) 

Contact :
Ig : @spadr.azimuthshahalam
No fon : 016-2718444
Alamat : Spa Bluewave Hotel, Level 4, Bluewave Hotel, Shah Alam.

Jatuh Cinta Dengan Produk SyaLaa BB Cushion Cream Ni !

Jatuh Cinta Dengan Produk SyaLaa BB Cushion Ni ! | Salam.. Semalam kan, uzu ada terima parcel product review.. Hihi.. Yang ni best sikit sebab nak main make-up make up. Lol. Kali ni uzu nak review fondation pulak.. Dengar cerita fondation ni dah ramai artis-artis pakai terutama wawa zainal dan Mia Ahmad( Heroin Drama Hati Perempuan) . Mesti ramai yang kenal Mia Ahmad kan? Si pelakon baru yang menonjol disebabkan kecantikan dan tudung fesyen bawal satin. Huhu betul ke tak? Haaaaa Yuhanis ni lah salah satu pengguna SyaLaa BB Cushion Cream ni..

Uzu ada dapat 2 produk, SyaLaa BB Cushion Cream dan Pore Silky Balm. Produk boleh tengok gambar kat atas ni.. Dua-dua tuk produk muka..
SyaLaa BB Cream
SyaLaa BB Cushion Cream merupakan produk baru lagi di pasaran yang mana dah sebulan lebih.. Tapi banyak testimoni dari artis-artis yang memberi positif testimoni.. Kalau nak tau boleh cari hashtag kat ig. Senang dan cepat gitu.. Hihi..

SyaLaa BB Cushion Cream adalah produk revolusi wanita terkini serta menggunakan teknologi terkini. 

BB cream yang diletakkan didalam compact supaya memudahkan penggunaan. Selalunya BB Cream atau pun Foundation memang dah kat dalam botol kan, memang jarang ada BB Cream kat dalam Compact. Actually dengan rekabentuk dan cara macam ni memudahkan kita untuk make up.. Siap ada cermin lagi tau.. Haaa class kau jah.. Boleh simpan dalam handbag. Jimat ruang sebab compact ni kecil dan senang bawa.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam SyaLaa BB Cushion Cream adalah Lilium Candidum atau lebih dikenali sebagai Madonna Lily. Fungsinya adalah untuk membantu menjaga kelembapan kulit, memberikan rawatan khusus bagi kulit kering dan sensitif dengan mengimbangi kadar kelembapan air pada kulit.

Pore Silky Balm
Oppppsss ! Memula ingat benda ni Lip Balm.. Rupanya untuk muka ye.. Bukan untuk bibir.. Haha tu lah.. Tak baca elok-elok.. Nasib baik ada kak sue yang tegur.."weii ini bukan untuk bibir lah.. kau dah kenapa?" Huhu terus rasa kebas bibir uzu sekejap. Lol.. Korang pun jangan salah faham ye..

Pore Silky Balm ni tuk tutup lubang-lubang pori atau bekas-bekas jerawat.. Sebelum nak pakai BB Cream atau fondation, korang pakai ni kat muka, tap tap tap pastu pakai lah BB Cream ni..

So, kalau korang berminat nak try compact BB Cushion Cream dan Pore Silky Balm ni, boleh lah tengok hashtag kat ig ataupun kat fb.. Semua info ada kat situ.. Testimoni pun ada.. Sekarang ni dah zaman canggih.. hihi..semua info cari kat hashtag je.. Senang kan? 

#SyalaaBBCushionCream
#SyalaaEmpireOfficial
#SyalaaBeautywithblogger

Instagram : @syalaaempireofficial
FB :@syalaabeauty
Contact no : 03-87414957 / 0182393947/0182441506


Antara Axia Atau Myvi... Akhirnya Ku Pilih Honda City.. Fuhhhh....

Antara Axia Atau Myvi... Akhirnya Ini Pilihanku.. | Salam.. Hari ni genap seminggu uzu dah buat keputusan nak beli kereta apa.. Actually rabu yang lalu.. uzu dah sebulat suara pilih kereta yang sesuai ngan uzu sebagai seorang student dan juga part time blogger..

Memandangkan uzu dah bajet retis kan sekarang ni, uzu pun ambiklah kereta idaman kalbu uzu ni.. Huhu dan akhirnya uzu pilih kereta Honda City ..! Yeahhhh... Perghh kereta idaman uzu kot..Asal je nampak kat jalan raya, haaaa rtersenyum-senyum dan berangan.... Dah minat gila sejak mula-mula Honda City dikeluarkan.... Design kereta Honda City cun melecun. Dalaman dia fuhlamak rasa macam nak tido je dalam tu. Selesa sangat..! Awwww,,huhu,,

ok.... dah puas berangan ke uzu??  Hahahaha...Tu diaaaa si uzu ni memang suka berangan tahap dewa-dewa.. Krik.. Nak bagi pelempang kat muka tu baru taw.. Punyalah gigih taip entry rupanya uzu berangan pula kan.. Orang kata.. Tak dapat Honda City, berangan dalam belog pun dah kira rahmat besar dah tu.. Hehe..

Uzu syak, ni kalau adik beradik uzu baca entry ni, konfem diorang kena "heart attack' .. diorang suruh beli kereta murah-murah je, kau nak beli Honda City.. Mampu ke bayar? Haaa gitu... Memang tak mampu lah.. Mahal giler kot.. Baik beli murah-murah je... Kan? Save bajet.. Lagipun, student je pun buat apa nak beli kereta mahal-mahal.. Dah lah bajet retis je.. Huhu.

Uzu pilih Myvi je... Guna pakej graduan .. Nanti uzu update ehh.. Hihihi.. Bye tu je. Salam..

Mood Malas Update Blog.. Apa Patut Kita Buat?

Mood Malas Update Blog.. Apa Patut Kita Buat? | Salam. Perghhh terkejut beruk bila tengok last update blog 5 hari yang lepas.. Huhuhu kenapa ngan uzu sekarang ni ehhh? Malas giler nak tengok blog. Malas giler nak bukak laptop.. argghhh.. walhal sebelum ni tiap-tiap hari update..

Well..Macam ni lah ragam seorang blogger.. Nampak je tiap-tiap hari rajin update tapi ada akan ada masanya perasaan malas yang melanda diri.. Oh maiiii.. hurm entahlah.. sebab penat tak hilang lagi kot.. hehe . Yelah uzu setiap minggu tak reti nak duduk hostel diam-diam. Lol. Tiap minggu ada je nak g kemana-mana...

So kalau ada perasaan malas ni, kenalah motivasi diri sendiri.. Tak update tak dapat trafic. Takde trafic.. takde client.. Takde client takde job.. takde job tak dapat payment. Takde payment maka pokailah diri ini.. Haaa tu diaa. Kalau nak simple lagi, tak update takda duit! haaa senang cerita..

alhamdulillah lepas memotivasikan diri, uzu gagahkan update blog walaupun tengah lepak kat kedai mamak ni haa.. Nak bersahur katakan.. Sambil tunggu makanan siap, ambik fon update blog..publish! Setel masalah. Huhu.

Kesimpulannya.. semua dari diri sendiri. Hihi salam :)

Antara Axia Dan Myvi, Mana Pilihan Anda?


Antara Axia Dan Myvi, Mana Pilihan Anda? | Tudiiaaaaa sampai update blog pasal kereta ni. Tak habis tanya kat roomate, tanya kat kawan-kawan blogger. Tak puas hati, tanya pakwe.. Pastu.. Tanya family, tanya KBBA, tanya kawan-kawan kat fb dan last sekali tanya kat blog. Mana antara dua kereta ni menjadi pilihan korang jikaa.... korang berada di tempat uzu?

Yap. Kalau korang masih student dan korang juga seoarang blogger yang aktif, kereta manakah pilihan korang? Ada yang suggest Axia sebab penjimatan mintak yang teramat sangat. Axia juga dah besar macam myvi. Tapi nak tau Axia ni tak sedap bawa jauh-jauh.. Dan... tak kan uzu nak pakai Axia ni dalam jangkamasa yang lama? Tak kan lah nak tukar lagi? Rasa tak berbaloi ngan Axia.

Myvi pulak. Uzu suka Myvi. Design lawa. Ada yang jenis jimat minyak, ada yang tak. Tapi ada sedikit mahal lah. Around RM500 macam tu. Tapi kalau nak guna lama, i think myvi memang sesuai lah.. So tak payah tukar-tukar kereta lagi kan..

Anatar dua kereta ni je bajet student. Nak beli Proton, uzu memang tak suka proton. Cepat rosak. Banyak sangat negatif komen. So kalau korang lah..... korang pilih yang mana 1? Axia atau Myvi? Hehehe....

Exclusive Luncheon & Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015


Exclusive Luncheon & Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 | Salam. Minggu sabtu yang lalu, uzu ke Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (9 & 10 May ) yang telahpun uzu inform di entry sebelum ini yang mana sesiapa yang tengah cari kerja, boleh ke fair ni sebab ni fair besar-besaran tauu.. Banyak company besar terlibat sama.. 

Sebelum nak masuk ke dalam dewan, semua kenalah register terlebih dahulu di kaunter pendaftaran yang sedia ada.  Bila masa hall ni memang sangat crowded. Ramai sangat orang. Of coz mestilah kebanyakkannya daripada pelajar-pelajar kan? Best jejalan kat dalam hall ni. Macam-macam booth ada.. Rasanya nak berjam-jam juga uzu kat dalam tu..



Uzu tersekat lama kat booth Media Prima ni.. Seronok tengok adik-adik ni live interview sebagai pengacara. Ada yang sangat berbakat, ada yang tak sangat berbakat tapi ada keyakinan tinggi dan macam-macam karenah yang uzu tengok.. Bukan senang nak cari pengacara.. Huhu. Seram..
Pada tengahari pula, uzu berkesempatan ke Exclusive Luncheon bersama beberapa CEO-CEO top company dalam Malaysia. Dalam majlis tersebut, ada sedikit perbincangan yang diketengahkan iaitu perbincangan mengenai Peluang VS Cabaran .

Yang menariknya pada sesi Q&A yang mana boleh mengutarakan soalan mengenai perkerjaan, career , masa depan dan macam-macam. Bagaimana cara pemilihan pekerja, cara membuat resume terbaik, bidang yang banyak dipilih pada waktu ini, bidanh kerja yang mencabar dan macam-macam lagi infomasi yang sangat bermanfaat bagi uzu.. Uzu sendiri ambil peluang mendengar dan insyaAllah akan memanfaatkan ilmu ini dimasa akan datang bila uzu cari kerjaya uzu satu hari nanti..
So, diharap event-event macam ni akan berterusan di masa akan datang kerana event-event ini memberi peluang kepada adik-adik yang nak habis belajar atau pun yang dah graduate berkumpul di satu tempat dan ini masanya mereka mencari peluang pekerjaan dalam 1 hall yang besar kerana event ini memudahkan mereka mencari pekerjaan.. 

Alhamdulillah. Nampak gayanya Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015 berjalan dengar lancarnya. Fair pun sangat meriah. Harap tahun depan jumpa lagi ye.. hihi. InsyaAllah. So yang baru tahu mengenai Graduate Aspire Career Postgraduate Fair 2015, boleh terjah web http://www.graduan.com/.

Blogger Guna Internet 20GB Sebulan Baru Puas Hati . Kan?


Blogger Guna Internet 20GB Sebulan Baru Puas Hati . Kan? | Salam. Internet 20gb sebulan ni memang teruja dengar ni.. Sebelum ni uzu pakai internet celcom RM50 untuk 4GB je.. Huhuhu.. Sekali lagi uzu ulang, 4 GB je wei.. Memang tak cukup. Serius tak cukup.. 

Internet 20GB RM90 postpaid .. Pendahuluan RM150.. Ni simkad je.. Tak boleh call. Tapi boleh sms. Kalau bisnes pakai ni, memang sesuai lah.. Huhu.. Blogger pun lagilah sesuai nak pakai plan ni.. 

So masalah uzu tuk cari tenet yang banyak GB setel..! Best pakai 20gb wei...huhu.. Nak tengok movie setiap hari pun boleh... Baru tak rasa nak was-was nak download gambar. Lagi-lagi gambar dan video kat whatsapp yang mengarut tu.lol.

Siapa nak tau lebih lanjut pasal plan ni, boleh contact Mawar Biru .. Uzu pun dalam sesi servay lagi.. InsyaAllah kalau takde aral melintang, uzu akan pakai plan ni.. Rugi tak apply wei.. 20Gb tu.. Hihi ok lah.. Salam semua :)


Bila Kekasih Lama Yang Dah Kahwin Datang Kembali. Respon ?


Bila Kekasih Lama Yang Dah Kahwin Datang Kembali. Respon ? | Its been almost a year uzu diganggu oleh ex. Sejurus lepas dia kahwin pun, masih terus mengganggu sampai sekarang.. Motif? I punya dah redha si ex kahwin, relakan dengan hati penuh ikhlas, lepas tu? Ini yang uzu dapat? Serius sedih..


Kenapa perlu menggangu hubungan orang lain ? Kenapa tak hormat hubungan uzu macam mana uzu hormat keputusan si ex nak kahwin orang lain? Its not fair. Tak adil sangat .. Engkau ingat kau sorang je ke nak rasa apa itu kebahagian? Errrrr sangat tak adil. Tak adil :(

Pabila Kes Kecurian Berlaku Lagi Di Hostel !

Pabila Kes Kecurian Berlaku Lagi Di Hostel | Ya... actually bab kecurian ni memang tak asing lagi kat asrama/hostel .. Dulu waktu uzu meginap hostel kat Poli pun, ada juga kes kecurian berlaku.. Hilang laptop lah, hilang fon lah.. hilang kad atm lah.. Macam-maca hal..

Semalam, dengar cerita classmate uzu hilang iphone dan ipad kat bilik.. Perghhh benda paling berharga sekali dalam hidup ni.. Kalau uzu, memang dah menangis air mata darah .. Memandangkan both fon kawan uzu ni boleh detect kat mana fon tu, so misi mencari semula fon tu berjaya lah.. Kira senang lah kan.. Salute henpon sekarang. Canggih.. ni lah kegunaannya..

Nak dijadikan cerita, henpon tu dicuri bila si perepmpuan india ni ketuk pintu bilik kawan dan bertanyakan kat mana bilik 208 .. Maka, si kawan pun keluar dari bilik dah tunjukkan bilik yang dicari. Mungkin bila si kawan ni keluar, si india ni mengambil kesempatan mencuri henpon tu.. Tak sure macam mana ceritanya tapi lebih kurang macam tu kot.. Pantas gila tangan si india tu.. Zupppp!

Lepas tu, uzu terus teringat kisah uzu diketuk oleh gadis india jam 1.15 pagi . Rasanya.. orang yang sama sebab kat aras 7 hostel uzu ni, tak banyak india.. ada 2 orang je kot.. Rasanya dia lah tu orangnya.. Perghh uzu rasa macam tak percaya orang berbangsa india boleh mencuri macam tu.. Selalunya orang melayu.. Tak sangka gila.. Huh. Last sekali, si india telah pun dibuang hostel. Alhamdulillah.. Uzu rasa lega sangat sebab takut dia buat perangai lagi..Kang menangis wo..

Pengajarannya, kena lebih berhati-hati.. Jangan tinggalkan barang berharga tinggal macam tu je kat bilik.. Nak p toilet pun kena kunci bilik.. Pengajaran tuk diri sendiri dan yang lain-lain. Salam :)

Maybank GO Ahead Challenge 2015 Takes Off!

Maybank GO Ahead. 2015 Takes Off Challenge!  | Greetings. Maybank GO Ahead Challange back again this year. For this year, uzu opportunity to attend a press conference Maybank GO Ahead Challenge which took place at Subang Skypark Hangar (Subang Airport).

In the press conference, the search for new talents belonging of thousands of university students and new graduates to Maybank GO Ahead Challange 2015 accompanied by various countries, especially from 14 countries, namely,  Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam, Cambodia, Laos, Thailand, Brunei, China, Myanmar, The United Kingdom, Hong Kong, Philippines, The United States .
Maybank GO Ahead Challenge 2015 will see thousands of university students and recent graduates to fight to win $ 72,000 USD and a chance at a career high in the banking industry and financial services. Not interesting? Join je feel like  Maybank GO Ahead Challenge 2015 ni .. 

The Challenge is an action-packed, multi-disciplinary mix of business case study competition and the mental and physical challenges. In order to succeed, Challengers must demonstrate perseverance, courage, compassion, astuteness and stamina, in addition to business acumen and sharp mind.

Grand Prize: $ 40,000 USD
Second Prize: $ 20,000 USD 
Third Prize: $ 10,000 USD 

Not attractive prizes ..? Individually challenge last year and this year the challenge will be extended again, so can join the group (5 per team) or individually.

Applications to participate in the Challenge Ahead Maybank GO 2015 can be made ​​online at www.goaheadchallenge.com and is open until May 17. This challenge is open to penultimate and final year students and recent graduates from any academic discipline, which originated from or were studied in one of the 14 countries of ASEAN and the rest of the world. For details of the eligible countries, please see Appendix A, below.
Applications are welcome from the penultimate and final year students and recent graduates from any academic discipline, which is resident in or has been studied in one of the following countries:

Malaysia • Cambodia • China • Hong Kong • Indonesia • Laos Myanmar • The Philippines • Singapore • Thailand • United States • United States • Vietnam • Switzerland • United Kingdom •

For more information on GO Ahead Maybank. The challenges of 2015 and to apply, visit www.goaheadchallenge.com  .. Uzu already feel like I invite friends to join now for uzu kat was in the final year, so maybe this shop's talents and minds .. Good luck to who will join challage ni .. Let's act together ...! Thanks.

 

Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair

Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair | Salam.. Tak lama lagi uzu akan menamatkan zaman ijazah uzu ni.. Sekarang uzu bergelar last year student.. Memang tak sabar nak habis.. Tapi sebelum nak habis study tu, tak best rasanya kalau tak tempuh segala macam stress yang datang, dugaan, pahit manis ketika bergelar student.. Dengan thesisnya, dengan report industrial training.. Fuhhh bukan senang nak jadi student degree.. Kan? Dah bukan senang juga cari kerja selepas dapat degree..

So, sebelum uzu nak habis ni study ni, uzu nak prepare awal-awal.. Nak cari kerja siap-siap.. So lepas je habis belajar, boleh lah terus kerja.. Takde lah uzu nak menganggur lama kan? Tau-tau je lah sekarang ni ramai graduan yang masih tak dapat pekerjaan dan masih mengganggur.. Itu yang merisaukan uzu..

Tapi.. sekarang ni uzu tak risau dah.. Hehehe. Nak tau sebab apa? Sebab uzu dengar cerita ada Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 9 & 10 May ni.. Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair ni sesuai untuk pelajar akhir tahun, yang baru lepas graduate atau yang dah lama graduate tapi tak dapat-dapat kerja, atau sesiapa je boleh datang tak kira siapa.. Uzu pun akan datang event ni.. Misi mencari kerjaya gitu.. hihi..
Siapa yang berminat nak datang, boleh daftar dulu di website http://www.graduan.com/aspire . Wahh sekarang ni dah lebih 10 ribu yang telah mendaftar, mesti meriahkan event ni? Tak sabar rasanya.. Maklumlah, ini pengalaman uzu yang pertama datang event-event macam ni..



Lagi best bila tahu event ni ada syarikat-syarikat besar yang turun memberi kerjasama seperti Maybank, Petronas, Digi, Astro, Dell, Genting, CIMB, Air Asia, Maxis, Shell dan banyak lagi.. So, uzu nak tegaskan kepada adik-adik , akak-akak, abang-abang, bolehlah datang ke :

Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair
Tarikh : 9 & 10 May
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre

Jangan lupa bawa kengkawan korang ye.. Jumpa korang kat sana.. Hehehe. Salam :)

Media Trip Ke Taiping Perak Bersama Sakura Band

Media Trip Ke Taiping Perak Bersama Sakura Band | Salam. Alahaiii lama giler kan tak update blog.. Ya Allah.. Uzu takde mood nak hupdate blog sekarang ni.. Penat tak hilang lagi.. Tak habis penat minggu lalu, tambah penat minggu ni.. Gituuu....

Penat minggu ni pulak, uzu last week hari jumaat, uzu ada media trip ke taiping perak bersama artis-artis yang lain antaranya Sakura Band, artis-artis lama , uzu pun tak ingat sapa nama diorang.. Uzu kenal Sakura Band je.. Korang kenal tak sapa Sakura Band?

Sakura Band ni punya lagu tengah famous sekarang.. Diorang ada 2 lagu, PERLARIAN dan MELEPASKANMU .. Uzu selalu dengar dua2 lagu ni, perlarian tu pernah jadi OST aku isterinnya dan Melepaskanmu jadi OST Bidadari yang tengah berlangsung sekarang di Tv3 jam 9 malam, so kalau korang masih tak kenal, boleh dengar lagu diorang kat Youtube ye :)

Vokalis Sakura Band
Gambar kat atas uzu bersama vokalis sakura band, Mell.. Mell meruapakan roomate uzu sewaktu menginap di Hotel Perdana Taiping.. So uzu baru tau yang Mell ni orang Sabah, terus cakap Sabah.. Hahahahaha :D 

Sepanjang dengan Sakura Band, diorang semua humble, tak sombong, gila-gila ngan kami juga, sudi join kami dinner, join kami sambut birthday, join kami lepak, haaa tak sombong macam artis lain walhal yang lain tak famous mana pun.... Good job guys ! Keep it up jadi humble eh.. Tak rugi pun.. Orang lagi suka..  Apa pun good luck Sakura Band dalam dunia hiburan.. Sokong u olss 100% !!