Jom Cantik Dengan Coffee Pink By Pinkish Beauty Cosmetic


Jom Cantik Dengan Coffee Pink By Pinkish Beauty Cosmetic | Salam. Hari ni uzu nak review sejenis minuman kopi pink yang mana kopi ni lebih bertujuan untuk kecantikan. Pelik uzu kenapa nama dia kopi pink eh? Benda apa yang pink? Oh rupanya nama kopi pink tu diambil dari nama company diorang, Pinkish Beauty Cosmetic. Oh baru tahu.. hehe
Mengenai Coffee Pink :)
Sejenis minuman yang mana satu-satunya minuman kopi yang ada mengandungi Pearlizer coffee beans ataupun nak senang faham, namanya kopi mutiara. Kopi pink ni tande kologen, takde gula tapi cara kopi pink ni diadun dengan bijirin formulasi terbary dan pertama yang pelik dan istimewa. 

Bagi mana-mana yang ada masalah kulit kering, macam uzu ni, memang ada masalah kulit kering lebih-lebih lagi bahagian kaki, masalah jeragat, masalah kulit kusam atupun normal pun boleh minum kopi pink ni.

Kopi pink ni dihasilkan gabungan resepi moden dan islamik sebab ada habbatusauda dan madu. Haa mesti ramai kan dah tau kelebihan dan kebaikan habbatusauda, memang bestlah kopi pink ni.. Dan tak lupa juga ada agen pemutih serta Vitamin A, C dan E tuk bertujuan mempercepatkan kulit memutih dan berseri-seri.. Ni nak kahwin ni, minum kopi pink konpem tambah berseri-seri muka :)

Diperkaya lagi dengan campuran bijirin tenaga atau dikenali sebagai energy malt/cereal untuk memberi tenaga dan kenyang selama 8 jam hanya dengan satu sachet di awal pagi. Memberikan kesan yang HEBAT tanpa kesan sampingan untuk kesihatan dalaman serta kulit, juga boleh menguruskan badan. Uzu nak ler try! Kot2 leh kurus.. Tahu-tahulah badan dan gemuk. Sobss.

Khasiat Coffee Pink :
✔ Merawat masalah kulit dari luar dan dalam
✔ Mencegah pertumbuhan jerawat
✔ Menghapuskan jerawat dari dalam kulit
✔ Menaikkan seri wajah
✔ Menjadikan wajah awet muda
✔ Mengawal berat badan
✔ Memutih dan mencerahkan kulit
✔ Melambatkan proses penuaan
✔ Menstabilkan berat badan

Keistimewaan Coffee Pink :
- Tidak BASI dalam suhu bilik walau dibiar 27 jam tanpa disimpan dalam peti ais.
- Rendah kandungan kafein,TANPA GULA dan KOLAGEN!
- Melembabkan dan menyegarkan kulit seawal 3 sachet pengambilan!
- Mencerah dan menggebukan kulit seawal 7 hari!
- Membantu mengurangkan jerawat dan membaik pulih tekstur kulit
- Mengurangkan jeragat dan garis halus
- Membuat perut kenyang selama 8 jam!
- Menjana tenaga tambahan sepanjang hari
- Melancarkan perjalanan darah
- Mengelakkan sembelit dan membaiki sistem penghadaman
- Menjadikan bibir pinkish semulajadi
- Merawat tumit kaki merekah
- Menguatkan kuku dan rambut
- Mengatasi masalah mulut berbau

** Boleh diminum wanita hamil dan menyusui bayi serta pesakit diabetes / darah tinggi*

Harga :
RM65 Semenanjung Malaysia
RM70 Sabah dan Sarawak
- Postage RM5
- Sebotol ada 15 sacket

Contact : 019-3370875










Pelancaran Yeo's I Love Malaysia

Pelancaran Yeo's I Love Malaysia | Salam. Kelmarin uzu dijemput untuk ke majlis sidang media di NSTP Bangsar untuk Pelancaran Yeo's I Love Malaysia .Terima kasih Yeos Malaysia atas jemputan :)
Bulan kemerdekaan telah pun hampir tiba dan Yeos Malaysia berasa sangat bertanggungjawab dalam mengangkat bulan kemerdekaan ke aras membanggakan so dengan ini Yeo's dengan anjuran bersama Harian Metro melancarkan kempen Yeo's I Love Malaysia yang akan berlangsung sepanjang 1 ogos - 31 oktober 2015.

Dengan ini uzu ingin mewarkan bahawa pihak Yeo's menyediakan hadiah untuk dimenangi percutian di Malaysia serta ada juga konsert Patriot Yeo's I Love Malaysia bersama artis-artis terkenal tanah air.

Kalau nak tau, sempena Kempen Yeo's I Love Malaysia , pihak Yeo's Malaysia menghasilkan pek istimewa di mana setiap kotak minuman Yeo's seperti soya, Laici, Kundur, Krisantimun, Yeogurt dan tin-tin kari ayam yeo's dan Cintan bakal tertera I Love Malaysia dan mengikut negeri seperti I Love Selangor , I Love Terengganu, I Love Kedah dan seterusnya.


Mengenai kempen pulak Yeo's I Love Malaysia, peserta-peserta kontes kena join kontes melalui WeChat. Alaaa sapa yang pernah join kontes Yeo's sebelum ni, haa taulah yang mana2 kontes pun akan dibuat melalui WeChat.

Hadiah utama 10 percutian domestik beserta wang tunai RM3000 serta 140 pemenang saguhati bakal menerima album "Patriot" dan Akim & The Majistret.

Selain tu, ada Konsert Yeo's I Love Malaysia anjuran Yeo's dan Harian Metro di enam buah negeri iaitu Johor, Shah Alam , Kuala Terengganu, Kuching dab Alor Setar. Sesiapa nak tiket VIP semasa konsert, bolehlah kumpul 8 pek setiap negeri baru setiap negeri tu, contoh pek I Love Sabah (8 pek) ke, I Love Selangor ke dan pemenang akan memenangi tiket red zone x 2 .

Cara-cara Join Kontes Yeo's I Love Malaysia di Wechat :
Langkah 1 : Download Wechat kat fon korang dan langgan akaun rasmi Yeo's Malaysia
Langkah 2 : Beli rangkaian minuman produk Yeo's , tidak kira botol atau tin dau mi segera Cintan
Langkah 3 : Ambil gambar resit melalui pembelian produk Yeos dan masukkan jumlah belian dan jawab soalan mudah.
Langkah 4 : Simpan resit belian untuk bukti pembelian.

Sapa yang tak faham tu, boleh layari website Yeo's di www.yeos.com.my atau boleh call di 1300-80-2828 .

Rumah Idaman Ku Ambil Masa 3 Jam Je Nak Siap!

Rumah Idaman Ku Ambil Masa 3 Jam Je Nak Siap! | Sekali pandang nampak macam mewah je rumah ni. Terus nak jadikan ispirasi nak rumah macam ni. Huh bab angan-angan memang best tapi tak tahu lah dapat tunaikan angan-angan ni ke tak? Tapi serius cantik kot rumah idaman uzu ni. Lalala..

Rumah ni kan, actually bukan kat Malaysia. Harhar. Kecewa :(  Rupanya kat Xi an. Negara china kot. Yang menariknya rumah ni ambil masa 3 jam je nak siap.. Cepat kan? Haaa zaman canggih kot sekarang ni.. Rumah pun dah ada jenis yang siap dikilang sekaligus dengan isi dalam tu..
"Ia mengambil masa kira-kira setengah tahun untuk membina sebuah vila tradisional, tetapi untuk membina sebuah rumah 3D seperti ini, anda hanya perlu kira-kira sepuluh hari dari menghasilkan modul untuk memasang mereka membuat sebuah rumah," kata An.

Rumah itu mempunyai enam modul, dengan masing-masing seberat lebih 100 kg. Kos bahan berbeza-beza dari 2500 kepada 3500 yuan per meter persegi.

"Walaupun prosedur bangunan menjimatkan masa, rumah cukup kuat untuk berdiri terhadap magnitud-9 gempa bumi, kerana setiap modul menanggung berat badan secara bebas. Dan struktur keluli berbingkai yang boleh diisi dengan bahan-bahan penebat haba, yang menjamin kehangatan rumah semasa weathers sejuk, "kata An.

Kejutan Yang Tak Dijangka..Alhamdulillah..

Kejutan Yang Tak Dijangka..Alhamdulillah.. | Salam .. Selamat hari raya korang .. Camna raya? Uzu setakat ni raya alhamdulillah ok. Beraya kat kampung, of coz meriah.. Ni tak puas cuti lagi ni.. Nak menikmati sisa cuti dulu. Isnin depan dah balik KL dah..hihi

Btw nak cerita al kisah sebelum nak raya hari tu.. Waktu tengah kenduri arwah , my step mom ada tanya.. "min, saiz jari apa?" Uzu tak sure saiz jari. Tak pernah nak cek.. Tapi sama saiz ngan kakak uzu lah.. Lepas tu, tak lama tu... my step mom panggil.. "min... sini dlu" .. Ceh! Min tu nama family panggil uzu.. Lepas tu dia ambil jari.. Masukkan cincin kat bawah ni kat jari manis..
 
Lepas tu, muka uzu terus ceria gilaaaa ko ! Ye lahh.. gelaran ibu tiri ni kan memang sesuatu yang sukar diterima.. Kita pun tak sangka mak tiri akan bagi cincin emas ni.. Katanya, muda-muda sesuai jadikan ini perhiasan.. *ayat nak memujuk kot* .. Tu diaaa.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Uzu kan suka emas2 ni..Terlonjak gembira lah hohaii.. Bertambah koleksi kat tangan ni haa.. Lepas ni, kalau nampak uzu pakai cincin ni, jangan tanya sapa bagi.. Tumbung kang!

Btw, thanks a lot my step mom.. I is tetap sokong PAS ! *ehhhhh*

Senarai Pemenang Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services

Senarai Pemenang Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services | Salam. Terlebih dahulu uzu nak minta maaf sebab lambat umum pemenang. Tak sangka juga tak sempat nk update pemenang.. Sampai ada orang tu sindir tag kat fb lagi. Kemain sindiran. Huhuhu. Minta maaf ye semua. Ni 1st time uzu mention bila tarikh pemenang diumumkan.. Sebelum ni uzu tak mention pun bila uzu umum.. Takut tak dan nak update on time.. Macam sekarang lah..Tak sempat nak update on time. Nak buka laptop pun lagi lah tak sempat.. Lain kali uzu tak nak mention bila tarikh pengumuman pemenang diumumkan..Kang kalau lambat umum, kang ada orang update status . Rileks lah bang. Orang lain pun tengah mood beraya.

Ok apa pun. Tq yang sudi join.. Uzu tak sempat nak senaraikan senarai peserta, so uzu pilih random kat komen je .. Huh. Senarai peserta pun tak sempat nak update. Maaf ye.. Mesti korang faham kan sebab tengah raya. yang tak faham2 tu, entahlah wei.. hilang respect.. Kalau nak tegur, kat inbox lah.. Ni kat status fb.. Bebetul hilang respect.. Takde mood terus.

ok ni senarai pemenang.

TOP REFERRAL RM100 x 1 PEMENANG

  1. http://syiralokman.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html


CASH RM50 x 18 PEMENANG

  1. http://greenfarra.blogspot.com/2015/07/giveaway-raya-cash-rm1000-by-emas-putih.html
  2. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  3. http://husnamalek.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  4. http://www.jiarizaira.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  5. http://syazrim.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  6. http://anisyamir7lee.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  7. https://www.ahmadhasif.my/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  8. http://izyanyancinnamon.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  9. http://celotehcikct.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  10. http://notashalimar.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  11. http://ekjozbuluh.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  12. http://sallyadan.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  13. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  14. http://www.azhafizah.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  15. http://www.syuhadasalleh.my/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  16. http://myafarisha.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  17. http://www.erazfadli.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
  18. http://fuzamusa.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
Tahniah kepada semua pemenang. Pemenang-pemenang ni semua uzu pilih random je kat komen. Takde pilih dan kasih dalam pemilihan pemenang.. Di mana mouse uzu berhenti bergerak, kat situlah pemenangnya. Takda istilah nak pilih2 pemenang.  Yang menang tu, tahniah sekali lagi dan tak menang tu, sila cuba lagi ye. tq korang :)

Pemenang, sila tuntut hadiah cash anda di page uzu ye, kat page je uzu layan. Uzu tak layan mana2 yang pm kat fb uzu. Sebab nanti korang pm kat fb, mesti uzu lupa sebab uzu akan refer kat page je. So harap mengerti ye. Tak nak pm2 kat fb ok? :) Sila tuntut hadiah berserta details kat bawah. tq :)

PEMENANG GA CASH RAYA RM1000 2015
Nama Penuh Dalam IC :
Jenis Bank : ( Maybank ke Cimb Ke )
No acc bank : 
Email : 
Link Entry :
Pemenang No ? : 

Sila tuntut dalam masa seminggu. Tarikh tamat tuntut hadiah pemenang ialah pada 26.07.2015 bersamaan hari Ahad. Sekian dan harap maklum :)

Majlis Berbuka Puasa Bersama National Kidney Foundation Malaysia Di Klang Parade

Salam. Hari tu uzu berkesempatan berbuka puasa di Klang Parade bersama pesakit buah pinggang atau dikenali sebagai National Kidney Foundation of Malaysia dan dihadiri juga para blogger , media dan artis2.. 

Majlis berbuka puasa yang sederhana tetapi meriah kerana ada persembahan tarian sebagai pembukaan majlis dan persembahan nyanyian dari artis tanah air.


Klang Parade dengan kerjasama the Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) mengambil inisiatif membantu meringankan beban pesakit buah pinggang dengan memberikan peluang kepada mereka untuk membeli belah keperluan raya di Klang Parade serta...

Pesakit buah pinggang serta keluarga diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di centre mall Klang Parade..Teruja tengok pesakit2 buah pinggang ni. Selama ni tengok kat tv je. Nampak kesian sangat2 sebab ada pesakit tu macam baby lagi.. eh yeke? Ke mak bapak dia yang sakit? Haha sukati jer kan.. Tapi memang betul lah sebab ada pesakit tu budak lagi.. Nampak sihat je tengok pesakit2 buah pinggang ni sebab waktu berbuka tu nampak lah wajah happy diorang. Tak nampak diorang ni sakit.. Tabah giler kan diorang. Ya Allah.. sembuhkanlah penyakit2 mereka ya allah.. amin..

Sepanjang berbuka puasa di Klang Parade, suasana di sekitar majlis dan decorasi kat centre mall Klang Parade jugak sangat menarik, alunan muzik dan persembahan yang membuatkan kami terhibur berada disitu.
Persembahan nyanyian dari Dina Nazir.
Dalam majlis ni jugak, pesakit buah pinggang serta keluarga turut menerima duit raya dari Klang Parade dan Lions Club... bagi aku nilai dalam sampul duit raya tu bukan menjadi keutamaan tapi yang utamanya adalah keprihatinan badan NGO sebegini yang tidak melupakantanggungjawab sosial terhadap masyarakat...
Dina Nadzir antara artis yang datang menceriakan majlis... bergambar kenangan bersama pesakit dan keluarga.
Selamat Hari Raya dari Klang Parade dan Lions Club kepada semua terutamanya pengunjung Klang Parade...

Last but not least, terima kasih kepada Klang Parade kerana menjemput kami bersama2 berpeluang berbuka puasa bersama National Kidney Foundation Malaysia. Sesungguhnya pengalaman yang tak akan kami lupakan :)
Sumber gambar : Lan Careno

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services | Assalamualaikum. Berkesempatan juga uzu nak buat GA Raya untuk tahum ni. Tahun lepas pun uzu ada buat juga dan alhamdulillah penyertaan sangat menggalakkan. Ok untuk Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih | Cetak Baju Murah Sufi Printing Services kali ni akan ditamatkan sebelum raya. So GA kali ni sangat singkat . Jemput join ye semua :)

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Syarat -Syarat :
1. Tulis entry yang bertajuk :  Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services 

2. Follow Blog :

3. Follow Ig :

4. Like Page :


5. Copy code html di bawah di ruang html post :


6. Dah siap? Publish !!

Sila tinggalkan link Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services  anda di ruangan komen. Thanks sesiapa yang sudi join.! Sayanggggg korang!! k bye Salam :)

3 Hari Lagi GA Cash Raya RM1000 Akan Tamat !

3 Hari Lagi GA Cash Raya RM1000 Akan Tamat ! | Salam. Ok nak bagitau yang GA Cash Raya uzu akan tamat lagi 3 hari. Dan sekarang ada 175 komen setakat sehingga tak sampai seminggu GA dijalankan. Alhamdulillah GA pun macam biasa. Masih ada yang join ..

So kalau nak join, boleh tekan banner kat atas atak KLIK SINI . Tq korang :)

Kerana Setia Selama 2 Tahun, Dapat Hadiah Istimewa :)

Kerana Setia Selama 2 Tahun, Dapat Hadiah Istimewa :) | Tudiaaaa gempak tajuk. Tajuk mengalahkan orang tengah hangat bercinta.. Ewah. Hahaha.. Orang yang hangat bercinta pun tak sweet macam ni tauu..

Ok ni nak citer hal kelmarin, uzu dapat panggilan fon dari P1.. Elehhh mamat ni.. Situ orang tengah tahan perut kelaparan tunggu waktu berbuka, situ jugak dia ni call.. Aishh nak minta hutang ler tu... Tapi uzu dah bayar bill dah.. Tak kan ler tak masuk-masuk lagi.. Membebel dan memberontak dalam hati.. "kau nak ape?" Tapi tak berani nak cakap. Hahaha..

Ni 1st time tau uzu on call lelama ngan P1 ni.. Panas telinga uzu ..On call ngan pakwe pun tak lama-lama macam ni tauu.. Uhukk.. Ohyaa rupanya, kontrak P1 uzu 2 tahun dah nak tamat. So dia nak renew and upgrade.. Pakej yang ditawarkan lepas upgrade boleh tahan juga sampaikan uzu bersetuju nak renew contract lagi 2 tahun.. Harharhar

Pakej sebelum ni :
Unlimited 20gb  
RM105 Monthly

Pakej selepas Upgrade :
Unlimited no limit GB
RM98

Wahhh rupanya pakej unlimited plan uzu ada 20 gb je.. Tapi bila habis kuota, slow tapi still boleh tengok running man. Siyes ni ! Sekarang ni happy sangat sebab dah bebetul unlimited. Takde limit kuota nak guna.. Memang sesuai untuk uzu . Lagipun P1 ni pun boleh bawa ke mana-mana .. Hohoho ni memang hadiah istimewa setakat ni yang uzu pernah terima .. Kalah beg paghis i. Lol..Haha I'm happy :)


Misi Membunuh Lipas Terbang Kat Bilik Hostel !

Misi Membunuh Lipas Terbang Kat Bilik Hostel ! | Bab lipas terbang ni benda paling menyampah sekali dalam dunia yang fana ini.. Walaupun jarang-jarang ada tapi bila dia datang, menjerit satuu level tu, habis soma penghuni hostel keluar bilik tengok gelagat uzu dan roomates.

Eh tu cerita betul tau.. Lipas laknatullah macam neraka jahanam ni telah menggangu ketenteraman uzu dan roomate nak study.. Nak tidoo. Part paling best tu, kita dah siap-siap nak tido, dah pakai losyen, dah pakai krim muka, dah baring di posisi paling sedap sekali denganselimut yang tebal suam-suam suku, tinggal nak tido je dan tetibaaaaaaaaaaa ada benda terbang-terbang datang. Ah sudaa!!! Tak banyak cakap dah... Terus menjerit keluar. kau ghase?

Belum lagi alkisah bila uzu balik rumah kat Sabah.. Rumah uzu kan kat dalam kampung-kampung sikit. Sebelah dengan zoo .. Memang uzu tak tenang bila kat rumah.. Ada je benda terbang-terbang ni. Dah la tajam pulak tu. Uzu pun tak tau benda tu apa... Walaupun benda tu takde lah terbang-terbang macam lipas , tapi once dia bergerak dan ke badan kita, memang menyegat juga lah rasa.. Uzu bukan takut lipas je, uzu takut benda yang boleh terbang terbang dengan pantas. huhuhuhu.. Selagi kakak , abang atau adik uzu tak halau, selagi tu lahhhh takkeluar bilik.. Haha. Memang penakut. Seriusly. Lol.

So alhamdulillah uzu diberi kesempatan nak review produk Serai Wangi dari Afy Haniff ni. Uzu tak pernah lagi try setakat ni.. Baru nak mencuba.. Sejak kotak serai wangi tu ada kat bilik, belum ada lagi lipas neraka jahanam tu datang bilik.. Eleh lipas ! Takut ler tu.Kitew tak buka lagi tau kotak tu.. Tak kan takut? Hahaha kalau kitew dah bukak kompen awak tak datang2 lagi kan. Dasar lipas! Haha :D
So.. Mana satu eh produk yang boleh membunuh lipas neraka jahanam ni ? Hehehe. Tak sabarnya alahaiiiii .. ok kalau nak tau produk apa yang sesuai nak hapuskan lipas dan serangga yang menggigit tu. Nantikan next entry uzu eh .. Uzu nak try dulu benda-benda ni semua :)

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul. Ramai yang Selalu Tersilap!

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul. Ramai yang Selalu Tersilap! | Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda..

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,  gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.  gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

p/s : copypaste je yang ada kat fb . Moga bermanfaat semua :)