Tempat Menarik Di Phnom Penh, Cambodia Part #1

Tempat Menarik Di Phnom Penh, Cambodia | Salam.. Hari ni uzu nak share tempat-tempat menarik yang sempat uzu lawati kat Phnom Penh, Cambodia. Pada yang masih tak tahu, Phonm Penh ini ibu negara Cambodia ataupun lebih dikenali sebagai Kemboja.

Perjalanan kami naik bas dari Siem Reap ke Phonm Penh mengambil masa 7-8 jam dengan menaiki bas iaitu Giant Iris Bus ( 15$ ) .

Kenapa bas Giant Iris Bus, sebab bas ni ada menyediakan wifi, katil, minuman dan tandas.. Mula-mula tengok, selesa ke tido kat bas ni? Tak goyang2 ke ? Hmm lepas dah naik bas tu. Lepas sejam...... tiba-tiba.....

"Kita telah pun sampai ke Phonm Penh"

Wahhhh bangun tidur. Check jam, jam 6.30pagi waktu Cambodia.. Wahh biar betul dah sampai? Lena juga kitorang tidur. Takde antara kami pun terjaga. Semua tidur lena.... Alhamdulillah.. memang puji ada bas yang ada katil. Takde kat Malaysia lagi woiii ! Haha..

Ok memandangkan waktu check in kami jam 11.30 pagi. So kami pun decide nak jalan2 dulu sementara tunggu waktu check in.. Tempat-tempat yang kami lawati ialah..

1. Killing Field. ( 3 $ Entrace Fee + Add audio 3 $ )
Tempat pembunuhan rakyat Cambodia yang tak bersalah yang dihukum kejam tanpa rasa simpati oleh rejim Pol Pot. Kat sini lah mereka membunuh, menghukum tanpa belas kasihan termasuk wanita dan kanak-kanak. Seram uzu bila di kawasan ni. Ada tengkorak, tulang2 yang masih terlihat ditanah, ada pakaian mangsa , gigi, dan macam2 lagi lah..

2. Genocide Museum ( 3$ )
Muzium kat atas ni dulunya sekolah. Lepas tu dijadikan tempat penyiksaan, tempat di kurung, disiksa dengan pelbagai cara lah bak kata orang.. Seram uzu masuk muzium ni.. Suram je tengok.. Darah masih ada dilantai walaupun dah berpuluh2 tahun suda berlalu.. Uzu memang suggest korang datang sini. Sure lah rasa sedih..

3. The Royal Palace (Free)
The royale palace ni pulaa macam kat gambar atas ni lah. Waktu kami nak p, tengah renovation kat tempat tu. So boleh ambik gambar dari jauh je lah. Kat depan tu ada banyak burung. Boleh lah bagi makan sambil snap gambar ala-ala kat Kunming bak kata Pena Berkala.. Huhu.. Kunming sokmo.

4. Wat Phnom ( 1$ )
Kami tak lama kat sini sebab hari nak hujan. Sempat ambik gambar kat jam terbesar di Phonm Penh. Kengkonan macam trademark lah kat situ.. Besar uga tempat ni tapi cuaca tak mengizinkan..

5. National Museum ( 5$ )
Yang ni pun sama juga. Tutup waktu kami sampai. Ambik gambar je mampu. Waktu tu pula memang dah nak tutup semua tempat. So kami just datang dan ambik gambar je..

6. France Colonel Building
7. Night Market
8. Phonm Tower

Percutian Bajet Ke Vietnam & Cambodia 9 Hari 8 Malam
Persediaan Percutian Bajet Cambodia & Vietnam (2 Negara)
Day 1 : Siem Reap, Cambodia [city tour and night market] - akan diupdate
Day 2 : Phonm Penh, Cambodia [city tour]
Day 3 : Seharian dalam bas dari Cambodia ke Vietnam
Day 4 : Ho Chi Minh City , Vietnam [ cu chi tunnels ]
Day 5 : Ho Chi Minh City. Vietnam [ mekong river]
Day 6 : Seharian dalam bas dari Vietnam ke Siemreap, Cambodia semula
Day 7 : Siem Reap [angkor wat]
Day 8 : Siem Reap. Cambodia [city tour]
Day 9 : Flight back to KL

Makanan Halal Di Vietnam
Makanan Halal Di Cambodia

Persediaan Percutian Bajet Cambodia & Vietnam (2 Negara)

Sumber google
Persediaan Percutian Bajet Cambodia & Vietnam (2 Negara)  | Salam dan selamat pagi semua pembaca uzu yang comel dan cantik serta yang kacak-kacak bergaya. Amacam ari ni ? Sihat tak? Hehe. Of coz lah sihat sebab hari ni kan gomen dah gaji selepas 59 hari takde gaji. Kau ghase? Huhu. Ok takde kene mengena ngan tajuk..

ok... Esok pagi jam 6.30 flight uzu dari KLIA2 ke SIEP REAP AIRPORT.. So kalau international flight, kita kena ada 3 jam sebelum boarding. So maksudnya jam 4 tu paling last uzu ada kat airport..

Sepanjang 8hari uzu kat situ, kami tak guna agent atau pakej2 tapi kami p sendiri. Tempat-tempat dan jadual perjalanan serta bajet kami yang urus sendiri. Book hotel sendiri . Sebab murah giler2 kalau kami uruskan sendiri daripada guna pakej. Pakej dalam RM1200 dan bajet kami 150usd untuk 2 negara. Dalam RM800 kebawah .. Nilai ikut currency semasa USD. Sekarang ni nilai matawang RM ke USD makin lama makin naik so tak digalakkan travel waktu ni. Hahaha. Kalau tak bajet dalam RM500 lebih je. Sobs..

Uzu pestime ni travel ala ala backpacker. Harhar maksudnya tak boleh bawa beg tarik. Kena pakai beg backpacker . Huii beratnya. Stock tuk seminggu. Uhukk..  Dah la pendek. Nak bawa beg tu lagi. Ya Allah camne lah eh.. Tapi takpe kot. I is akan cuba redha.. HAhaha... Ok nak citer bab keperluan sepanjang seminggu . Benda apa yang kena bawa. Apa yang tak boleh bawak.

Keperluan Sebelum Ke Percutian Bajet Ala Backpacker Selama 8 Hari .

- Passport
- Rain coat (pakai buang)
- Torch light
- Sweater (Kat Angkorwat)
- Kasut sukan
- Mask (elak habuk)
- Wet tissue (Basuh lepas buang air)
- Pen (isi borang time ketibaan)
- Towel kecil 
- Cap
- Sunglass
- Kamera

- International plug
- Powerbank

Thanks Pena Berkala sebab bagi list-list keperluan sebab ..backpacker ni kena ada perancangan nak bawak ape. Bawa yang penting2 ja.Kang nak bawa macam2 tak larat nak bawa kang.. Haaa... Uzu pun tak kemas lagi ni.. Malam ni baru nak kemas.. Duit pun baru nak tukar malam ni.. hmm USD baqq hangg.. telan liur lah.. Nak cansel travel pun susah sebab dah lama mengidam.. kehkeh..

Ok mode travel on ni.. Nantikan kisah-kisah uzu sepanjang uzu berada di 2 negara ni ye. Alaaa kemboja je pun kan nak kecoh-kecoh orang kata.. Ye lahhh ada orang tu dah p banyak negara bolehlah bangga. Kan? Kan? Kan? Kite ni student je. Travel tahap kemampuan sendiri.ok k k k bye. .. Salam :)

Tahniah ! Anda Terpilih Untuk Sesi Casting Pencarian Model / Talent !

Tahniah ! Anda Terpilih Untuk Sesi Casting Pencarian Model / Talent  ! |  Salam. Alhamdulillah.. Kelmarin waktu penat kerja kat Tunnel (bawah tanah) di Jeli Kelantan, uzu ada dapat wasap dari sesorang.. Jeng.. jeng.. jeng.. Lama tau tunggu berita ni...
Yeahh rupanya ada perkhabaran gembira yang mana uzu terpilih sesi casting untuk model/talent di studio ni.. Ni kan benda yang uzu sukaa sangat..

Kisahnya, ada someone pm kat fb, suh isi details pencarian model/talent ni.. Uzu pun isi lah.. Sebelum isi tu, uzu bagitaulah orang tu.. "saya ni pendek je. Tak layak jadi model ke talent ke. Pastu saya ni gemuk" .. Pastu dia cakap " takpe isi je.. Ada talent kecik je saiz dia " .. Mendengar abg tu balas mcm tu.. Uzu pun isi.. Argh isi je.. Dapat ke tak ke belakang cerita..

Haaaa rupanya dapat pun ! Tapi, haaaaa ada tapi tapi lagi.. Tapi, tarikh yang dinyatakan , sesi casting tu diadakan esok. Pergh sedih uzu.. Esok kan uzu masih di Kelantan sampai isnin.. Dan nampaknya uzu takde rezeki lagi dalam bidang ni.. 

Sebelum ni , abg Ben Ashaari pun ada suggest suh datang casting pencarian model tapi waktu tu uzu ada class. Dan nampaknya belum tiba masa untuk merealisasikan impian untuk menjadi model/talent . Sobsssaaa

Apa pun, hati kena redha. InsyaAllah mungkin ada rezeki lain dimasa akan datang. Doakan semoga uzu dimurahkan rezeki dimasa akan datang ye..Amin :)

Pakej Percutian Giler Giler Murah Ke Korea !

Pakej Percutian Giler Giler Murah Ke Korea | Salam.. Ada sesiapa tak berminat nak p Korea ? Kalau ada yang berminat nak p Korea tapi nak bajet ciput je, nak bajet bajet je, bolehlah join pakej murah ke korea ni. Pakej ni uzu dapat dari abg ben.. Kononnya tengah plan nak p Korea oktober ni.. Sekarang ni tengah fikir nii.. Nak p ke tak ? Teringin juga nak p.. serius. Aaaa ok ni pakej yang kami dapat. Mana tau korang nak join sekali kan.. keh keh ^^v

16-20 October 2015
5hari 4mlm
 **RM1999 sahaja**

Termasuk :
-Flight AA pergibalik
-Hotel 3 star atau setara dgnnye
-Pengangkutan
-Lawatan
-tiket lawatan**
-Breakfast/dinner

TIDAK TERMASUK :
-luggage
-lunch
Deposit rm800

Intenary lawatan :

Hari 1- lapangan terbang antarabangsa incheon. -pemandu pelancong akan berjumpa dgan anda sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang antarabangsa incheon dan akan membawa anda ke hotel di Seoul menaiki bas mini.pelancong dibenarkan berjalan2 sekitar seoul sejurus tiba die lapangan terbang antarabangsa incheon tapi diingatkan smpai di hotel di Seoul tepat jam 5.00p.m.Berehat sehingga jam 8.00p.m selepas itu pelancong boleh berjalan2 die sekitar pasar di Seoul. Anda akan bermalam di seoul(termasuk makan malam)

Hari 2- Gyeongbokgung seoul palace>National folk museum>cheonggyechen stream>namsan tower.-anda akan bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan akan membawa anda utk memulakan lawatan pagi harini.-

Destinasi pertama ialah Gyeongbokgung palace(ambil perhatian istana ini akan tutup pada hari Selasa.Oleh itu sekiranya ia tutup pada hari lawatan anda kami akan membawa anda melawat tempat menarik lain) teruskan lawatan ke National folk museum. Seterusnya anda akan melawat presidential residence dan cheonggyechen stream. Pemandu pelancong akan membawa anda ke namsan tower dan diberi masa 4 jam utk melawat. Selepas itu anda bebas utk menikmati keindahan di Seoul serta bermalam di hotel (termasuk makan malam & sarapan)

Hari 3- seoul nami island>petite france>seoul war memorial>changdeokgung palace. - Anda bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan membawa anda memulakan lawatan anda hari ini. Lawatan pertama ke pulau nami. Nikmati lake cruise dan jangan lepaskan peluang untuk berjalan di bawah pokok2 jalanan yg sangat cantik dimana penggambaran drama paling popular Korea "winter sonata" dijalankan. Lawatan diteruskan ke petite France, anda diberi masa 2 jam untuk melawat petite France sebelum pemandu pelancong umembawa anda melawat ke Seoul memorial war dan changdeokgung palace. Tempoh masa melawat kedua2 tempat ini lebih kurang 5jam. Selepas itu anda bebas utk melawat sekitar Seoul dan bermalam di hotel Seoul.(sarapan & makan malam)

Hari 4- Seoul myeondong>namdaemun>itaewon>dongdaemun>insadong.- Anda bersarapan di hotel dan pemandu pelancong akan membawa anda utk memulakan lawatan hari ini. Anda berpeluang untuk membeli belah seharian ini dan akan berakhir dgan sesi mengambil gambar pada jam 5.00p.m. Sebelum balik ke rumah tetamu anda akan dibawa ke dongdaemun untuk merasa "ikan bakar famous".Tamat lawatan hari ke 4. Anda bebas berjalan2 di sekitar Seoul dan bermalam di hotel

Hari ke5- setelah sarapan pagi pemandu pelancong akan bawa anda menaiki kereta persendirian ke lapangan terbang antarabangsa incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala lumpur.    Tamat lawatan di korea😉

Di Sebalik Tabir Photoshoot Majalah Dara.Com (Karangkraf)

Di Sebalik Tabir Photoshoot Majalah Dara (Karangkraf) | Salam. Sabtu lalu, shoot untuk slot di Majalah Dara berjalan dengan lancar. Sapa yang dah baca entry sebelum ni, memang tau lah uzu shoot slot ape, kalau belum baca, sila baca sini . KLIK .

Slot "Bila Blogger Di Dapur" di Majalah Dara.com nak 4 blogger. So, antara blogger yang bertuah kali ni ialah... Uzu, Kak Yanty Lee, Yaya Natsumi dan Tya Salmid.

Menu uzu tuk slot ni ialah Mini Piza Daging Barbeque . Resepi uzu dapat dari kak sue izza tersayang. Korang jangan cakap "elehh...masak tu je ke?" . Memang akak ni yang nak menu simple2 je. Menu yg budak2 suka. Kalau nak suh kami masak yg berat2 tu, kena masuk majalah masakan lah, bukan majalah dara.. kan... betul tak? Huhu.

Ok . Ni di disebalik tabir we ols buat menu masing2. Akak ni sporting giler. Banyak sangat membantu kami...tq sangat2. Hehe.
 
 
Shoot kami kat rumah kak ty... So kalau kat rumah kak ty, best sikit. Selesa shoot di rumah orang yang kita kenal.. walaupun rumah bujang tapi alhamdulillah semua lengkap. Yang takde tu cuma bahan2 tuk menu masing2 .. Bahan2 kena beli sendiri.. Tak sampai rm25 pun menu ringkas kami ni..
Dari jam 11 pagi sampai jam 3 petang kami shoot. Lama juga rupanya. Tapi serius tak sedar masa berjalan dengan pantas. Tupp2 giliran sendiri.. Uzu yang last sekali sebab menu berat sikit di antara kami berempat.. Bila semua dah siap tu. Lega gilaa....

Btw, tq kak has dari Majalah Dara sebab invite uzu dalam slot ni.. Dan yang sedemikian, uzu boleh imvite 3 blogger dara ni. Semua tak reti nak masak, haaa ini kali lah , rasain. Semua cuak. Apa pun, pengalaman yang terbaik untuk kami. Kot2 lepas ni tetiba suka baking, tetiba suka masak kan.. sapa tau?  Hehehe. So last but not least. Alhandulillah sekali lagi. Everything went well :) Nantikan muka2 kami pada bukan october ya :).. Salam..

Jemputan Untuk Ke Photoshoot Untuk Majalah Dara (Karangkraf)

Jemputan Untuk Ke Photoshoot Untuk Majalah Dara (Karangkraf) | Salam. Hai. Selamat pagi . Salam pagi jumaat. Semoga pagi jumaat ini membawa keberkatan pada kita semua. Amin.. Aceceh..

Btw straight to the main topic, alhamdulillah untuk kali kedua uzu di jemput untuk memenuhi slot di Majalah Dara.. 1st jemputan untuk slot tutorial shawl.. Dan yang ni pula untuk slot "Bila Blogger Masuk Dapur" .. Krik krik krik jap. Dah lah tak berapa reti memasak sangat. Nak terima ke tak eh? Banyak kali fikir. At last terima juga..

Untuk shoot kali ni, hakak majalan dara tu nak 4 blogger.. Uzu telah pun mendapatkan 4 blogger tersebut tmasuk uzu sendiri..Yang pasti semua uzu kenal. So senang nak berkerjasama kan.. Takde lah rasa terasing gitu..hihi

So, korang kalau nak tau siapa 4 blogger yang bertuah tu, nak tau apa menu yang akan kami buat, nak tau kat mana photoshoot diadakan, nantikan next entry uzu esok ye! Haaa... esok tau! Salam :)

Emas Putih Di Majalah Mingguan Wanita

Emas Putih Di Majalah Mingguan Wanita | Salam.. Actually dah tau dah muka uzu ni akan masuk ke Majalah Mingguan Wanita tapi tak tau bila.. Memang tengah tunggu-tunggu ni..Lama gila juga tunggu sampai dah terlupa pasal ni. Lol.

So, semalam, tetiba je ada dapat wasap dari hakak blogger kbba ni. Dia bagi gambar kat atas ni.. Siap pakej komplen lagi gambar ni nampak uzu gemuk. Hahaha.. Memang gemuk pun. Tapi terkedu juga lah apasal gambar tak berapa nak lawa ni diorang pilih. Ohmaigad.. Tak suka tengok. Nampak gemuk gilaaaaaaa . Argh..!

Hmm redha je lah. Hahahaha. Muka dah keluar 1 Malaysia kott... Sobs..! Macam bukan i je dalam gambar tu.. Arghh tak kisah lah.. Nak bersedih pun tak guna.. Uzu takde hak pun atas gambar2 tu. Tu hak company Citra Mulia nak pilih mana..  Esok nak try lah cari Majalah Mingguan Wanita..^^v

Pakej Percutian Ke Siem Reap ( Cambodia )

Pakej Percutian Ke Siem Reap ( Cambodia ) | Salam. Alhamdulillah selepas beberapa bulan planing nak p Kemboja, akhirnya dah sampai tiba waktu, uzu kena buat persiapan sebab uzu kat Kemboja agak lama dari 26hb Sept sampaihlah 2 ogos. Lebih kurang 7 hari uzu kat situ.

Tiket flight uzu dah beli lama dah waktu promosi Air Asia dulu, harga tiket dalam RM110 returns. Alhamdulillah agak murah dari kebiasaan. harga biasa kalau takde promosi dalam RM200+ 1 way sahaja. Haaa so amatlah bertuah uzu dapat tiket murah. Thanks to Pena Berkala ( Moka ) sebab sudi book kan tiket untuk kami.

So disini, uzu nak kongsi tempat-tempat menarik yang bakal kami lawati sepanjang percutian selama 7 hari ni. Haa sebut 7 hari, memang semua terkejut.. "ko nak buat apa lama-lama kat Kemboja?" . Actually tak taw pulak Kemboja tu kecik dan takde tempat nak g jejalan. Kalau korang nak p, 3 hari 2 malam cukup sangat2 nak pergi semua tempat kat Siem Reap tu. Kalau 7 hari, sempat g Phnom Penh lagi.

So kami sekarang tengah ada 2 plan. Yang mana guna pakej (RM1200 - 6 hari 5 malam )  atau p sendiri berdikari macam ala-ala pelancong sesat. Kah! Actually kami tengah buat perbandingan.. Antara guna pakej atau tak. Mana yang murah tu, kami ambik lah.. Kalau pakej murah, kami ambik pakej.

Tapi kalau ada nak tau pakej yang kami dapat tu. Haa uzu boleh kongsikan sikit. Kot-kot boleh jadi info dan rujukan di masa hadapan. Kan? hehehe..

Pakej Percutian Ke Siem Reap ( Cambodia )

HARI 1: KETIBAAN SIEM REAP (-/L/D)
PAGI: Selepas tiba di Siem Reap lapangan terbang anda akan dialu-alukan oleh salah seorang pemandu pelancong profesional kami yang akan membawa anda untuk melawat Kumpulan Roluos termasuk daripada Preah Ko, Bakong dan Lolei kuil, makan tengahari di restoran tempatan yang terkenal.

PETANG: Selepas makan tengah hari check-in hotel, kemudian melawat ke Preah Khan, ini dikenali sebagai bandar sementara lama raja Jayavarman VII (1181-1218). Pre Rup kuil, satu contoh klasik kuil-gunung, dan yang terakhir tanpa galeri berterusan, Eastern Mebon, Ta som, Neak Pean, hospital purba yang unik yang dibina di zaman pemerintahan raja Jayavarman VII (1181-1220) yang telah dilihat sebagai perwakilan Anavatapta, tasik ajaib dalam Himalaya yang menyembuhkan semua penyakit. Makan malam di sebuah restoran terkenal, rehat di Siem Reap

HARI 2: SIEM REAP (B / L / D)
PAGI: Selepas sarapan, mulakan untuk melawat Gate Selatan Angkor Thom, lawatan Bayon terkenal, Baphuon, dan kuil-kuil Phimeanakas, ditambah Terraces daripada Gajah dan tempang King, Makan tengah hari di restoran tempatan yang terkenal.

PETANG: Lawatan Ta Prohm kemudian terus melawat meneroka Angkor Wat kuil, Wonder 7 Dunia Purba dan naik ke Bakheng Hill untuk menonton matahari terbenam di Angkor Wat dan kawasan sekitarnya. Nikmati Buffet-Makan dengan prestasi Kemboja tradisional persembahan tarian Apsara. Makan malam di sebuah restoran terkenal, Aktivity bebas, rehat. 

HARI 3: SIEM REAP (B / L / D)
PAGI: berlepas ke utara Siem Reap untuk melawat kubu wanita - Banteay Srei - permata dinafikan seni Khmer: sepenuhnya telah dibina oleh batu pasir merah jambu keras dan sempurna dipelihara dan dipulihkan. Anda akan memandu ke Kbal Spean 13 km dari Banteay Srei 15 minit memandu) untuk melihat ribu Lingas sungai - Waterfall. Anda akan berjalan kira-kira 45 minit (1,500 m) sehingga ke sungai. Kotak makan tengah hari 

PETANG: dalam perjalanan anda kembali anda akan melawat Akira muzium lombong tanah dan terus menemui Pengeluaran lawatan Palm Gula yang dibuat oleh tukang (pada musim kemarau sahaja). Makan malam di restoran tempatan yang terkenal, rehat. 

HARI 4: SIEM REAP (B / L / D)
PAGI: Anda akan keluar untuk lawatan oleh pelayaran bot, penemuan tasik besar "Tonle Sap": laut pedalaman sebenar di mana terdapat banyak ikan dan dieksport oleh beberapa kampung-kampung nelayan yang anda telah mendapat kesempatan untuk pendekatan. Anda akan melawat serta ikan dan Buaya, makan tengahari di restoran tempatan yang terkenal.

PETANG: Lawatan "Les Artisants d'Angkor" kemudian membeli-belah di pasaran tempatan (pasar lama), Makan malam di restoran tempatan yang terkenal, rehat. 

HARI 5: SIEM REAP (B / L / D)
PAGI: lepas serapan pagi kita meneruskan lawatan kita untuk pergi Naik bot di Tonle Saptasik yang besar seluas mata memandang, anda akan dibawa naik bot untuk pergi tengok kampung terapung, dimana beribu rumah terapung disini. Anda akan dapat melawat mereka bela ikan dan Buaya, makan tengahari di restoran tempatan yang terkenal.

PETANG: Lepas makan kita teruskan perjalanan kita ke Silk Farm { Ladang Sutera } kita akan melihat bagaimana Sutera dibuat, bagaimana peroses Sutera denagn ulat-ulat sekali. Lepas itu masuk pasar malam untuk shopping, makan malam dan rehat. 

HARI 6: SIEM REAP BERLEPAS (B/-/-)
PAGI: Selepas sarapan pagi di hotel, pemindahan ke Lapangan Terbang Siem Reap untuk penerbangan berlepas.

Yang ni pakej uzu rujuk kat Cambodia Muslim Tours untuk pakej 6 hari 5 malam. Harga asal untuk pakej ni 310 USD .. Dalam USD tau. So kalau nak convert duit malaysia dalam RM1200 lah gitu. Tapi kiterong dapat half price sebab blogger. So RM600 lah :) Murah kan? Hehehe. Best kan jadi blogger? Memang best :p

Ok lah. Sampai sini je perkongsian uzu untuk pakej murah percutian ke siem reap selama 6 hari. Kalau nak 3 hari 2 malam pun ada. Just click sini . K bye Salam :)

Pemusnah Serangga No.1 Malaysia, Serai Wangi Afy Haniff

Pemusnah Serangga No.1 Malaysia, Serai Wangi Afy Haniff | Salam semua.. Ok ni last task uzu tuk Serai Wangi. Sebelum ni uzu duk promote2 kat ig/fb, kali ni kat blog pulak.. Nampak gaya kat social media dapat respon positive. Ramai yang tanya pasal produk ni..Tahniah semua blogger-blogger terlibat !

Dah hampir 2 bulan uzu dah guna produk-produk Serai Wangi Afy Haniff ni, alhamdulillah memang berikan respon positive untuk uzu dan rakan-rakan blogger yang lain.. Tak sangka produk ni memang berkesan .. Yelaaaa memula macam tak percaya je kan produk wangi-wangi ni boleh membunuh segala serangga. Sekarang? See.. Takde gangguan serangga lagi. Alhamdulillah. 

Dulu ada je nyamuk kat bilik ni lagi-lagi kat bawah meja study, perghhhh, lipas berterbangan ikut tingkap, tikus curi makanan , habis roti-roti dia gigit, kekadang tu baju koyak tikus gigit. Ish sakit hati betul lah..Tapi bila dah guna produk-produk dari Serai Wnagi Afy Haniff, selesai semua masalah. Takyah pening-pening lagi dah.. Memang produk ni terbaik. Ptut lah ramai yang guna :D

So, memang most recomanded product lah untuk sesiapa ada rumah tu. Kena bagi safety kat rumah. Kang nanti dah ada penyakit denggi ke, malaria ke, baru lah menyesal.. Barulah terhegeh-hegeh nak bersihkan rumah.. Kang dah rugi masa. Baik mencegah dari merawat tau..

Antara produk-produk Serai Wangi Afy Haniff ialah :
Anti Lipas, Nyamuk dan Serangga
Anti - Lipas Dengan Aroma Tajam Semulajadi
Anti - Tikus Dengan Aroma Tajam Semulajadi
Anti Lalat, Semut, Lipas dan Nyamuk

 

 
Semua produk-produk ni boleh dapatkan di senarai dibawah. Ada 980 total outlet seluruh negara termasuk Sabah. So maksudnya senang je nak cari produk ni. P je Giant.. Tesco.. Mydin.. Antara pasaraya yang kita semua selalu pergi.

1) Giant
2) Mydin
3) Tesco
4) Jaya Grocer
5) Econsave
6) Family Store
7) Kipmart
8) Songmart
9) Mercato
10) Sam's Groceria dan banyak lagi.

Yang berminat nak dapatkan produk ni, atau pun sapa berminat nak tanya lebih lanjut mengenai produk ni, korang bolehlah terjah details info kat bawah ni ye. Semoga dengan produk ni dapat menyelesaikan masalah rumah anda. Sekian dari uzu. Salam :)

Webiste : http://seraiwangi.com.my/
Page : Afy Haniff Bena & Bekal
Email : afyhaniff@yahoo.com
Ig : @afyhaniff_official

Artis-Artis Tanah Air Berhimpun Di Konsert Mega Raya Oasis Piazza


Artis-Artis Tanah Air Berhimpun Di Konsert Raya Oasis Piazza | Salam semua.. Sedar tak sedar kita ada seminggu lagi nak habis syawal. Maka ada peluang lagi nak start puasa 6 .. Sapa dah habis puasa 6 angkat tangan?? Of coz lah ramai yang berebut-rebut puasa 6. Bukan setakat tu je tau, banyak open house waktu kat hujung-hujung syawal ni. Bersepah. Jemputan pun banyak.. Sampai tak tau nak p mana dulu.. Last-last baik uzu g Konsert Raya ni..Siap ada artis-artis tanah air lagi. Adil lah. Semua open house malas nak p. Hihi.

Sebenarnya nak ajak korang ni g Konsert Raya di Oasis Piazza.. Ler uzu ingat Astro Oasis tadi. Terkejut baq hanggg. Astro Oasis buat Konsert raya.. Ye lah Oasis kan channel islamik sikit. Krik rupanya salah maksud. Oasis Piazza ni bukan Astro Oasis ye, Oasis Piazza ni nama tempat . Ok first time uzu dengar nama tempat ni. Bila tengok gambar ni.. Rasa macam "wahhhhh besst giler tempat ni.. Betul ke nak buat konsert kat sini? Lawa gila kot tempat ni... " .. Tak tau lak kat Malaysia ni ada tempat yang cantik dan sesuai untuk konsert.. Terbaik wei !
Untuk mengakhiri sambutan hari raya untuk tahun ini, Oasis Piazza dengan gilang gemilangnya dan berbesar hati untuk adakan Konsert Raya yang mana bertujuan untuk merakamkan penghargaan kepada komuniti tempatan antarabangsa kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak Oasis Piazza.. 

Konsert Raya Oasis Piazza adalah percuma dan sesiapa yang nak pergi bawa 1 family pun adalah sangat di alu-alukan .. Konsert ni pada malas last syawal tau so rasanya memang meriah  Konsert Raya ni lagi-lagi ada artis-artis tanah air buat persembahan.. Kena p awal-awal ni takut jammed.

Bab artis tadi kan, artis-artis tanah air yang uzu maksudkan ialah Anuar Zain, Ella, Dasya Logan, Elizabeth Tan, dan Man Kidal. Semua artis yang datang pada malam tu semua uzu suka.. Lagi-lagi si Elizabeth Tan tu.. Wah wah wahh kena bawa ramai kengkawan ni lepak kat sini.. Sangat erbaloi kalau nak datang. Dah lah free kan, ada artis best-best pulak. Rugiii rugiiii yang tak datang..
Konsert mega raya diadakan selama 2 jam yang bermula dari jam 8.30 malam. So korang jangan lepaskan peluang , jom kita sama-sama gempak lagi konsert ni.. Hihi tak gitu? Dijangkakan beribu pengunjung yang akan datang. Tapi jangan lah risau. Ada skrin di seluruh tempat so kalau yang duduk kat belakang tu, insyaAllah akan nampak..
Kalau korang nak tau, konsert mega ni, Popcorn Studio yang anjurkan tau. So waktu konsert nanti, pihak Popcorn Studio akan bagi peluang sesiapa insan bertuah yang boleh join sesi temu ramah bersama artis-artis sejurus selepas tamat konsert. Untunglah yang bertuah tu.. Kite takde ke? Nak jumpa Elizebeth Tan.. Huwarghhh..  Eh lupa nak cakap, ada tetamu istimewa yang mana dari mangsa-mangsa banjir di Kelantan dijemput hadir untuk menjamu selera pada malam majlis tersebut.

Apa lagi?? Cansel lah open house korang tu.. Beralih plan pulak . Jom datang konsert mega raya . Bawa ramai-ramai orang tau. Boleh buat open house kat situ. Free gitu. hahaha. Motif nak jimat sangat.. Yang berminat boleh ke alamat kat bawah ni, kalau nak waze boleh lah letak alamat kang sesat pulak.. Huhu. Last but not least, thanks para penaja-penaja untuk menjayakan konsert ini , Oasis Piazza dan Sime Darby Brunsfield  Group Sdn Bhd , Oasis Village dan ERM International group.

Alamat :
PJU 1A/7A, Oasis Square, 
Oasis Damansara 47301, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan :)

Contact : Dalveen ( 012-4034199 ) & Marxha (012-6111230)

Rupanya Tengok Teater Ni Best Giler ! | Teater Maduku Kalut Returns

Rupanya Tengok Teater Ni Best Giler ! | Teater Maduku Kalut Returns | Salam. Alhamdulillah selesai sudah memenuhi jemputan dan event..Rupanya Tengok Teater Ni Best Giler ! | Teater Maduku Kalut Returns Dan the best event tuk hari ni ialah tengok teater. Well actually, uzu 1st time tengok teater. Memula bila kena invite, serius tak minat langsung. Dah 3 4x kena ajak tu barulah bersetuju. Haha.

Actually, uzu tak biasa dengan teater-teater ni.. Rupanya ada pantang larang. Means maksudnya peraturan dan etika penonton . Class kau jahh .. Bukan suka-suka boleh masuk.. Tak pasal-pasal kena halau. Huhuhu. So please take noted ye.

Tidak Dibenarkan Memakai
- Seluar lusuh / dua tone
- Selipar
- Kameja T berkolar bulan
- Seluar pendek
- Kasut sukan
- Pakaian seksi
- Pakaian sukan

Sebelum teater berlangsung..
Sinopsis Teater Maduku Kalut Returns cerita dia mengisahkan seorang pemandu teksi yang bernama Selamat yang mana dua2 isteri Selamat tak tau yang Selamat ada 2 isteri.. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

1st time tengok teater, sejujurnya teater ni lebih best dari tengok movie kat wayang! Serius ni..uzu tak tipu ni. Komen jujur ..Lagi-lagi tengok Maduku Kalut Returns. Seriuss lawak je. Tergelak besar uzu tengok.. Gelagat diorang berlakon live memang uzu respect. Langsung tak ketawa ke apa ke kan.. Tak lupa skrip..

Memang lakonan diorang the best lah. Pandai pilih pelakon.. Comel. Lawak. Haha. Skrip yang tersusun. Jalan cerita yang menarik. Background music yang sangat sesuai dengan teater ni.. Perfect! Everything! Lepas ni memang tak menolak kalau ada jemputan tengok teater.. Rugi kalau menolak.. Seriuss best! Hahaha :D

Group photo blogger dan para-para pelakon Maduku Kalut Returns selepas selesai teater.
 
Thanks Mawardi sebab invite. Thanks Fuad layan karenah kami ni. Kalau dah 1 kepala dengan PR ni best giler. huhu.. Fuad memang selalu invite uzu kalau ada event dari dia kerja kat Tonton.my sampailah kerja tempat lain.. Uhukkk terharu.

Apa pun, sapa yang ada masa esok, p lah Istana Budaya. Ada lagi tayang esok. Esok last! Jangan lepaskan peluang korang. Tiket telahpun habis di jual melalui online tapi korang boleh direct terus beli walk in kat kaunter. More info boleh rujuk details kat bawah. Tq :)

LAYARI :

www.airasiaredtix.com
atau
Walk In kat kaunter box office di Istana Budaya

Tarikh :
7-9 Ogos 2015

Masa :
8.30 malam

Untuk pertanyaan boleh hubungi:
012- 535 6312 (Taqi)
016- 327 0612 (Fazz)

Jangan lupa gunakan hashtag :
#MadukuKalutReturns
#MaskTeamTheatre

Official Photoshoot Gushcloud Influencer 2015


Official Photoshoot Gushcloud Influencer 2015 | Salam. Selamat pagi semua.. Wahh setelah sekian lama uzu tunggu gambar official photoshoot Gushcloud Influencer ni... akhirnya dapat juga semalam.
Angkat tangan sapa yang perasan jubah uzu tu kusut?? Uhukkkk ... Al kisahnya iron kat studio tu rosak dan uzu pun krik krik krik je lah.. Ingat tak nampak, tapi ketara gila gila gila  tak iron.. Baju pun recycle semula pakai jubah tahun tahun lalu... Samalah jubah kat gambar dibawah ni. Baju raya tahun lalu. Hahahahahaha. nak jimat punya pasal.
Apa pun, thanks Gushcloud Malaysia atas photoshoot ni. Thanks juga atas kerjasama dari awal sehingga sekarang uzu di dalam naugan Gushcloud Malaysia . Terima kasih atas peluang dan ruang uzu memajukan diri dalam dunia blogging. Terima kasih sangat-sangat. Semoga kita semua makin majuuu ! InsyaAllah. Amin..

Aktif Blogger Buat Semakin Uzu Malas Nak Belajar !!

Aktif Blogger Buat Semakin Uzu Malas Nak Belajar !! | Salam. Itu lah masalah yang uzu hadapi dalam beberapa tahun ni... Sejak dua menjak , uzu semakin aktif dalam dunia blog dan semakin banyak terima tawaran itu dan ini. Alhamdulillah atas rezeki yang tak pernah uzu sangka sebelum ini.. Alhamdulillah sangat-sangat.

Tapi tu lah, kengkadang ada event dan job waktu uzu pada waktu class. Kengkadang tu, susah tolak tawaran sebab payment dia tinggi.Kalau tak pergi, camna nak kumpul duit nak bayar yuran U ? Terpaksa ponteng. Haha. Kadang2 je tau ponteng.. Tak selalu. Kalau free event tu, terkena waktu class, memang uzu akan tolak mentah-mentah.. Bukan uzu memilih tapi komitmen uzu full time student ni memang susah sikit. Terpaksa pilih yang berbaloi je lah..

Seronok kan bila ada duit sendiri? Seronok enjoy guna duit sendiri. Seronok travel guna duit sendiei. Seronok tolong family kalau ada duit ni. Seronok sangat-sangat ada duit sendiri beribu-ribu (takdelah banyak sangat) tapi syukur sangat-sangat lah. Serius.

Betul kata orang, bila dah pegang duit banyak, makin malas nak belajar. Betul.. Serius betul. Kita seronok dengan kerjaya sebagai blogger sampai malas nak belajar lagi. Kekadang tu, macam malas giler nak belajar. Serius.. Nak datang kelas pun malas. Pointer pun makin turun . Tapi bila dah rasa kegagalan tu, baru rasa menyesal.. Baru rasa ada semangat semula p class. Baru rasa ada semangat nak study semula...*moderajinstudydahni*

Tu ler.. Orang tengok jadi full time student dan part time blogger macam best je kan, macam seronok je kan, p situ , p sini, makan itu, makan ini, makan sedap, travel disponser, itu ini disponser, jalan ramai-ramai dengan kawan-kawan blogger.. tapi ada juga lah internally problem punya. Ramai juga cakap,  "course uzu kat U tu heavy course kot, macam mana nak handle?" .. Memang.. QS tu termasuk dalam profesional course. Memang heavy giler. Tu  lah.. Rasa nak give up je tau tapi uzu ada setahun lagi nak habis. Tak kan lah nak give up kan? Lagipun, tamatkan Ijazah ni lah cara uzu nak balas balik jasa bapa uzu , jasa adik beradik uzu, tunaikan amanah arwah mama dan tunaikan impian nak jadi Lecturer Poli.. *kemainberangan* .. Tapi kalau nak tau kan... jadi full time blogger pun lagi berganda-ganda masyuk dari lagi lecturer. Haaaaa kan .. Semakin dilema.. Ok lah bye. Pening nak fikir. Doa2 yang baik-baik je. Salam :)