Apa Yang Ada Dalam Beg Mekap Anda ? Meh Tengok Uzu Punya !


Apa Yang Ada Dalam Beg Mekap Anda ? Meh Tengok Uzu Punya ! | Salam. Haaa perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan. Sama lah macam uzu. Well tak tahu lah sejak bila minat pakai mekap ni. Tapi perempuan tak minat ke, tak reti ke, kena juga ada mekap ni. Tak lengkap takpe janji ada.

Uzu sejak dua menjak ni suka sangat habiskan duit kat watson atau gurdian. Tak pun beli on9. Kengkonon nak lengkap A-Z barang2 mekap.  Tapi setakat ni uzu semua ada kecuali shading dan highlight . 
Dulu2 uzu suka pakai Silky Girl. Sekarang dah try Simply Siti, Revlon, Sendayu Tinggi, Maybelline, Mac, Golden Rose dan macam2 lagi. Tak ingat..Kalau nak jalan2 keluar dating ke , event ke, uzu akan bawa beg mekap kecik. Setakat ni yang selalu uzu bawa kehulur kehilir dalam handbag ialah..

Foundation : Sendayu Tinggi
Compact Powder : Revlon
Mascara & Eyeliner : Maybelline
Lipstic : Golden Rose + revlon
Eyebrow : Maybelline
Blusher : Revlon

Kalau rasa nak mekap heavy tu akan guna mekap yang lain.. Berus mekap pun penting juga tau. Tak best la pakai berus kecik yg disediakan dalam blusher atau apa2 mekap yg ada berus. Lagi suka pakai berus mekap sendiri. RM50 je yang uzu beli kat Sephora.
Haaa tu je lah yang selalu uzu pakai. Macam gambar kat atas. Yang ni ada class mekap. Lepas tu conteng muka sendiri. Macam tu lah jadinya.. 

Korang pulak camna ? Ape lah dalam beg mekap korang tu eh. Nak juga tau kot2 ada yg berkenan. Hehehe. K lahh bye salam :)

Emas Putih Dalam Majalah Dara.com October 2015

Emas Putih Dalam Majalah Dara.com October 2015 | Salam. Akhirnya keluar juga slot uzu dalam majalah dara.com ni. Hampir 2 bulan uzu tunggu. Hehe. Ikutkan plan akan keluar last month sekali ngan Yaya Natsumi, Yanty Lee , Tya Salmid tapi nak dua org je dulu setiap sesi.

Siapa yang pernah baca uzu update hari tu disebalik tabir photoshoot last month memang tahu lah pasal ni. http://www.kisahemasputih.com/2015/08/di-sebalik-tabir-photoshoot-majalah.html . Boleh baca pengalaman kiterang shoot. Best woo. Slot kiterang bukan cover majalah tapi slot bila blogger masuk dapur . Kah! Yang blogger uzu invite tu semua jenis tak reti masak, so memang kalut lah nak practise. Kah !

Ok ni lah slot uzu . Uzu masak Mini Pizza daging berkeju ! 1st time buat terus menjadi. Sedap pulak tu. Hehe. Thanks kak sue izza sebab bagi resepi :)
Korang nak test tak rasa? Sedap tau! Hehe simple je nak buat. Bebudak suka ler makan camni. Orang tua lagi lah suka. Kah ! Apa pun thanks buat Majalah Dara yang sudi memilih uzu dan kengkawan yang lain. Harap dapat berkerjasama lagi.

Korang jangan lupa beli tau Majalah dara.com bulan ni punya ! Kat 7E ade, kat mana2 pun ada. Senang je nak cari. Hihi k bye salam :)

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih | Salam. Ok terima kasih yang telah sponser GA uzu ni. Rasanya ada lebih 20 orang yang PM tapi hanya 10 orang je uzu terima. Uzu nak limitkan RM500 je . Uhukk. Sebab nak buat yang simple-simple je. Nanti nak buat GA yang besar-besaran , waktu tu takde limit kuota sponser. Haha ok berangan dulu. OK wei jommm join GA uzu yang simple kebabom ni. Simple-simple je ok. Semua dah tersedia seperti biasa. Good luck !

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015
Tarikh Tamat : 12 November 2015

Syarat-syarat :
1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

2. Follow Blog : 

3. Follow Ig :

4. Like Page :



5 Copypaste code di bawah dan paste kan diruangan html .


6. Dah siap? Jangan lupa tinggalkan entry link blog korang di ruangan komen. Terima kasih semua./ Salam :)


Semua Blogger Dijemput Menjadi Member Air Asia Blogger Community (AABC)

Semua Blogger Dijemput Menjadi ahli Asia Blogger Community (AABC) | Salam. Selamat petang  semua. Ok actually, uzu dah lama jadi member air asia community blogger ni , nak hampir 2 tahun uzu menjadi ahli .
  
Antara yang best jadi AABC ni, kiterang dijemput cover event, dapat Fam trip free ke dalam dan luar negara tapi bab ni uzu takde rezeki lagi sobssssss tapii haa ramai je blogger dapat invitation. Tapi tak jeles pun sebab semua tu rezeki masing2. Hihi :)

Ok lepas tu kan. Kalau ada gathering AABC mcm gathering yang dibuat baru2 ni kat Times Square, best giler yg menang dapat tiket flight . Semua blogger  AABC seluruh malaysia dan luar negara dijemput. Yang jauh naik flight tu dapat flight dan hotel free. Hehe haaa best ta? Best tak? Haaaa best tau...

Dulu member nak jadi member ni sangat limited tapi kali ni nak ramai member sebab tahun depan AABC akan buat gathering secara besar2an..

So siapa berminat nak jadi member AABC tak kira lah apa jenis blogger sekali pun, ada traffic ke takde traffic ke, tua ke muda ke haaa semua pun boleh.

Caranya sila emailkan ke email  maa_corpcomm@airasia.com . Kalau tau tak camne nak email. Uzu bagi contoh kat bawa ehh..

Tajuk : Request to join Air Asia Community Blogger

Hai. Saya bla bla bla. Im owner blog www.kisahemasputih com who interested to join AABC members. Pastu goreng je ayat. Buat simple2 ni pun takpe.

Ok sekian. Tu je caranya. Actually uzu bukan nak memandai2 nak buat entry ni tau. Ianya sebagai sokongan yang tak terbelah bagi untuk memeriahkan lagi AABC :) Ok tu je lah. Salam

*sorry update entry dalam kereta. Otw ke kelantan*



Pencarian Sponser Untuk Giveaway October Cash RM50 by Emas Putih

Pencarian Sponser Untuk Giveaway October Cash RM50 by Emas Putih | Salam. Hai korang. Ok dah lama uzu tak buat Giveaway, rasa rindu pulak.. Eh gitu.. So macam biasa.. uzu nak cari sesiapa yang sudi sponser untuk giveaway kali ni yang akan berlangsung minggu depan lah paling cepat.

Hadiah untuk sponser tu macam biasalah. Uzu terima CASH sahaja. Uzu dah tak terima barang lagi. Walaupun barang tu harga RM200 ke ape ke kan.. uzu tak terima sama sekali. Maaf ye..Sebab dah banyak kali terjadi, sponser tak tepati janji tak hantar barang ke peserta. Ada yang hantar nak 8 bulan dah, tu pun uzu dapat tahu lepas pemenang claim kat uzu.. Bila uzu tanya sponser, katanya dah pos tapi sebenarnya dia tak pos lagi. Siapa yang dipersalahkan? Uzu juga kan..

Ok so yang nak sponser tu, minima RM50 ye dengan 2 syarat sahaja. Tak nak banyak syarat. 2 syarat sahaja .. Sama ada dia nak follow blog ke, follow ig ke, follow twitter ke, like fanpage ke, haa pilih 2 syarat je eh. Uzu tak nak banyak-banyak macam selalu. Susah kang peserta nak follow memollow.

Anggaran giveaway 2 minggu . Dan bila dah cukup sponser, uzu akan publish giveaway dengan segera. Haaa ok then sesiapa berminat nak sponser sila PM uzu kat facebook eh. Tq :)

Jubah Yang Cantik Kebabom, The Zahra Cape by Ainul Hidayah Dari Hijab Royale !!

Jubah Yang Cantik Kebabom, The Zahra Cape by Ainul Hidayah Dari Hijab Royale !! | Salam. Ya Allah dah lama giler sebenarnya jubah ni sampai ke tangan uzu. Nak hampir sebulan dah baru ada masa nak review jubah ni. Al-maklumlah uzu sibuk sangat-sangat.. Lepas tu dugaan camera fon problem, stress tau macam-macam jadi.

So, lepas balik out station dua minggu di Kelantan tu, baru kelmarin uzu pakai jubah ni.. Bukak parcel nakpat sebuah kotak. Tertanya-tanya.. kotak apekah? Belek-belek kotak, ada nama Royal Hijab. Wahh siap ada kotak khas gitu.. Teruja uzu nak bukak. Kerlasss kau jah! Hihi Bila buka kotak nampak jubah kuning hitam ni, wahhh cantiknya!!! Kan trend sekarang jubah cam ni.. Pastu tu terus pakai! Jadi lah macam gambar kat bawah ni..
 
Actually kan, nak citer serba sedikit mengenai Hijab Royale ni.. Hijab Royale menghasilkan satu flatform tuk merealisasikan impian fashionista untuk maju di dunia fesyen. So Hijab Royale ni akan undi, kongsi idea untuk menghasilkan design-design yang ekslusif dan pertama di dunia dan juga ianya edisi terhad. Haaa memang tak banyak stock sebab design pun sangat2 limited.

Yang uzu respect pasal Hijab Royale ni sebab ada sistem Group Buying yang mana ada kaitan dengan crowfunding. Hijab Royale pulak sentiasa memberi peluang dan menyokong rekaan-rekaan tempatan dengan mengadakan kempen. Haaa ni bukan sebarang kempen! Ni kempen mengenai design tersebut. Contohnya lah. Ok Hijab Royale ni nak buat kempen jubah. Ok jubah tu dari rekaan-rekaan fesyen designer tempatan. Pastu publishkan jubah tu. Kalau dejubah tu ada pre-order sampai ke sasaran yang ditetapkan, ok jubah tu akan dipulish. Kalau tak, duit akan dipulangkan. Gitu lah kekdanya.

Bukan ape. Nak elak dari membazir.. Sebab ramai je buat jubah banyak-banyak sehinga tak habis stock. Tu yang sistem pre-order Hijab Royale ni memang berguna terbaik sangat!! Kalu tak faham, boleh rujuk gambar kat bawah :)
Lepas baca mengenai kempen Group Buying dari Hijab Royale ni.. Arghhh uzu bab gini suka sangat-sangat sebab sekarang ni kat mana-mana kedai, design asyik same je. Tapi lain-lain brand. Dah kehabisan idea. So ini lah masanya, apa kata kita menyokong kempen cam ni. Takde lah samee je kan uzu photoshoot. Nak cari baju photoshoot pun dah tau kat mana.. Heheh.. Kat mana lagi kalau tak kat Royale Hijab!
 
Jom terjah http://www.hijabroyale.com/ .Mana tahu ada deisgn jubah ke, shawl ke, tapi sebelum tu korang ke register dulu kat laman web Hijab Royale tu :) k bye Salam :)

Email : help@hijabroyale.com
Contact : help@hijabroyale.com
Waktu Operasi : 9:00 - 5:00 (Mon-Fri)
Ig : @hijabroyale

Trip Hatyai - Krabi #3 - Floating Market Hat Yai (Thailand)

Trip Hatyai - Krabi #3 - Floating Market Hat Yai (Thailand) | Salam. Ok uzu ter-skip nak citer bab floating market kat hatyai ni. Hahaa floating market hatyai ni actually tempat pertama yang kiterang pergi sejurus sampai dari airport. Kiterang sampai airport dalam jam 5 ptg camtu.. Cari hotel nak berjam juga naik tuk tuk dan jalan kaki sikit.. Tu yang check in lambat kat hotel. Bila check in lambat, maka lambat juga nak p floating market. Waktu kiterang nak pegi, dah malam dah...
Kiterang dari hotel ke floating market sewa Tuk Tuk. Agak mahal juga lah dalam RM50 / 500bath untuk 1 Tuk Tuk ni. Kiterang bertiga je lah yang sewa . So kos agak mahal kalau bahagi 3 .. Tuk Tuk ni akan tunggu kiterang kat pintu masuk. Kite ada masa sejam untuk makan-makan kat floating market. hm kejap giler !!
ok kat bawah ni  view pemandangan Floating Market Hatyai dari atas jambatan.. So ni lah eh floating market tu? Ingkatkan kat sini ada jual baju2 ke, souvenier ke tapi rupanya semua makanan je. Tapi yang bestnya makanan kat sini semua dijamin Halal ok? Jangan risau.. Semua boleh makan .. Hehe..
2nd time p floating market. 1st p kat bandung dulu. Haa ni kali ni kat hat yai pulak. Macam-macam makanan kena jual sini. Kreatif betul lah org Hat Yai ni.. Kat sini, kalau nak berkomunikasi ngan diorang, senang je sebab either guna BI atau bahasa kelantan.. cakap melayu pun segelintir je. Kan Hat Yai ni dekat lagi ngan Kelantan.. no wonder. Hehe..
Floating Market Hat Yai tutup jam 8.30 malam. Haa cepat kan? Uzu pun terkejut. Maksudnya disini kena makan cepat2 lah takut tutup. Macam-macam makanan kiterang beli dan mostly semua pelik2.. Ada yang sedap dan ada yang tak berapa nak layan sangat. Ada juga yang terlalu pedas.

Apa pun, malam yang singkat tu dijadikan pengalaman dan jadikan kenangan. Kiterang pun tak boleh lama-lama. Tuk tuk tunggu sejam je. Hampehh mahal RM50 sekejap je kan dia tunggu. Mohon bertabah. Siapa yang nak p Floating Market Hat Yai kena pandai deal Tuk Tuk lah ye. Jangan tetripu pulak. Sekian dan harap maklonggg. Salam :)

Jom baca entry mengenai Hat-Yai - Krabi(Thailand) :

Restoran Kari Kepala Ikan Terbaik di Kuala Lumpur

Restoran Kari Kepala Ikan Terbaik di Kuala Lumpur | Salam. Banyak2 food review , yang ni paling unik sekali. Sebab mostly food review lebih kepada modern food review. Kali ni uzu berkesempatan nak review kari kepala ikan.. Wahh excited sikit nak review.. Jarang nak makan kepala ikan ni. Tak tahu la sedap ke tak, tekak boleh terima ke tak , haaa korang baca kat bawah ni.

Ok kat inilah restoran tu. Tak sangka sebesar ini. Kalau dari KLCC dan AvanueK memang tak jauh. Uzu jalan kaki. Dalam 7 minit macam tu sampai. Kalau nak naik teksi pun boleh. Tapi org kata terlalu delat sangat nak naik teksi. 
Lepas sampai ke restoran tu, kiterang diberi penerangan serba sedikit tentang asal usul restoran kari kepala ikan yang mana restoran ni dah lama menapak kat sini, masih owner ysng sama tetapi dari segi pengurusan sentiasa berbeza. So kali ni pengurusan kari kepala ikan memanggil blogger untuk luaskan lagi marketing mereka. Bagi uzu.. Marketing mereka ni dah cun cun je ni.. sebab selalu je ramsi orang lagi2 waktu bekerja.

Ok apa yang special kat restoran ni of coz lah main coursenya Kari Kepala Ikan! Haaa besar tak ikan ni.. Teruja tengok ikan besar2 mcm ni..
Ikan ni macam2 saiz ada. Ada yang kecil uang berharga RM60-RM65, ada yang sederhana yang berharga RM80 dan ada yang besar yang berharga RM90.Harga mengikut saiz ye.
Uzu bukan jenis yang makan pakai tangan tau. Ada waktu2 tertentu ke contohnya nak nikmati makanan yang sedap macam ni. Haaa yang ni sesuai lah nak guna tangan. So lepas rasa kari kepala ikan suapan pertama, ternyata memang sedap sangat ! Arghh tambah lagi ikan. Uzu bukan jenis nak makan kari pun tapi kari ni sedap sikit. Siap tambah nasi , tambah ikan lagi. Layan habid. Hehehe. 
Ok selain kari kepala ikan, kami berkesempatan merasa side dishes seperti sate, char kue teuw dan macam2 lagi. Yang paling uzu suka makan char kue teuw dia. Perghhh sedap sangat ! Nasib baik dah kenyang melantak ikan.. Nyesal tak makan habis. Sedap sangat. Ingat nak makan lagi lah kat situ. Nak makan char kue tew dia. Arghh kepunan kang..

 
 
Ok kalau korang teringin nak makan situ, jangan lupa bawa 1 family, bawa kawan2, bawa saudara mara, bawa geng sekelas , ramai2 memeriahkan lagi restoran kari kepala ikan yang memang terbaik kat Kl ni. Uzu pun lepas ni kalau family datang dari Sabah, memang dah terniat hati nak bawa makan kat sini..  Terbaik wei !!

Lokasi : Restoran Kari Kepala Ikan Yks ( Restoran Kampung Pandan)
No.2 Lorong Yap Kwan Seng
50470 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Call/whatsapp : 6018 3252554 / 603 21612525
Ig : @karikepalaikan_yks
Fb : Kari Kepala Ikan Yks

Trip Hat yai - Krabi Part #2 - 7 Island's Sunset Tour

Trip Hat yai - Krabi Part #2 - 7 Island's Sunset Tour | Salam. Ni lah aktiviti kiterang selepas aktivti berkayak yang memenatkan tu. Aktiviti ni lah tujuan utama kiterang p Krabi! Nak tengok pulau-pulau yang cantik giler i tell you. Haha..

Ok aktiviti ni kiterang memula cari pakej ni kat Bus Station Ao Nang. Kat situ ada travel agent tapi harga yang ditawarkan untuk 4 pulau dalam RM120 atau bersamaan 1200bath. Kalau tak silap uzu. Hehe dan Yazid n Moka told yang mana harga jauh lebih murah kat area2 kiterang stay. Area night market.

So kiterang pun survey pakej-pakej, ada yang RM120 , ada yang RM80 dan macam-macam lagi harga. Tu pun tuk 4 pulau je. Target kami nak cari 7 pulau tapi dengan harga RM60 kebawah sebab Pojiegraphy pernah dapat 7 pulau dengan harga yang jauh lebih murah.. Tapi cari punya cari, dapat 7 pulau yang berharga 600bath yang bersamaan RM60.. Kalau naktambah kayak, tambah RM20 je.
Kami pun tak tahu pakej kami ni, mahal ke, murah ke tapi bila tanya kawan-kawan yang join 7 islands sunset tour ni, diorang dapat harga RM120 untuk 7 pulau.. Mahal giler kan? Huhu.. Mungkin ada antara korang yang dah pernah pergi dan dapat harga lebih murah, boleh drop kat komen ye! Nak dijadikan rujukan dimasa akan datang. hihi :)

Harga pakej ni RM60 tapi ada nak kena bayar entrace fee 200bath, bersamaan RM20 . Bayaran bukan kat travel agent tu tau, bayaran dibuat waktu sampai ke jeti.. Lepas kita bayar, diorang akan bagi pinjam peralamat nak snorkelling tu . Sape hilangkan, kena ganti sebab ada nama dan nama hotel direkod tuk tujuan keselamatan. Ngeh hehe. Siap lah kalau hilang!

ok dah.. Next jom layan gambar-gambar kiterang kat 7 pulau ni :)
Cantik-cantik kan gambar kat sini? Lagi-lagi bila guna Go Pro. Perghhh lagi meletup letup..Pakej kami bermula dari jam 12 tengahari sehingga 8 malam. Dinner disediakan.. Dan kiterang makan kat pulau kedua terakhir dan waktu tu dah gelap dah. Jam 7 lebih dah.. Kebetulan pulak, lampu kat pulau tu rosak, makan gelap-gelap lah kiterang.. 

Ok apa yang uzu nak nasihatkan, jangan lupa bawa makanan tambahan sebab takde makanan disediakan, just air sejuk je ada. Kiterang tak beli makanan so berlapar seharian sampailah makam malam kat pulau tu. Tu yang gelap-gelap pun melantak nasi tak ingat dunia. Dah lapar sangat.a

Makanan yang disediakan takde lah sedap mana, hehe tak sedap pun actually. Sedih tau kite berlapar dan bila dapa makanan, makanan tak sedap. 

Antara 7 Islands Sunset Trip ni cover Relay Beach, Tang Ming Island, Chicken Island, Si' Island, Poda Island,Phra Nang Cave dan satu lagi pulau uzu tak ingat. Yang penting 7 pulau. Pulau yang paling menghiburkan ialah pulau terakhir. Korang akan teruja dalam kegelapan. Rasailah sendiri pengalaman. Mesti korang pun ter wow wow wowww je macam kami. Jakun!

Info : 
Aktiviti : 7 Island's Sunset Tour
Harga : 600bath / RM60 + 200bath/RM20 (Entrance Fee) for person
Pulau-Pualu : Relay Beach, Tang Ming Island, Chicken Island, Si' Island, Poda Island, Phra Nang Cave

ok tu sahaja trip kiterang tuk Hat Yai - Krabi untuk kali ni. Dan mungkin trip last kiterang tuk tahun ni. Selebihnya trip kat dalam Malaysia je. Hehehe. Apa pun, pengalaman terbaik. Macam-macam aktiviti yang 1st time uzu buat. Tu lah bak kata org, jauh perjalanan luas pemandangan. ok tu je. k bye Salam :)

Jom baca entry mengenai krabi :