Pencarian Sponser GA Disember CASH 2015

Pencarian Sponser GA Disember CASH 2015 | Salam. Haaa uzu dah buat pencarian sponser kat facebook dan macam biasa ramai yang PM. Alhamdulillah. Feeling blessed kerana masih hangat membara.

Ok so yang nak sponser tu, minima RM50 ye dengan 2 syarat sahaja. Tak nak banyak syarat. 2 syarat sahaja .. Sama ada dia nak follow blog ke, follow ig ke, follow twitter ke, like fanpage ke, haa pilih 2 syarat je eh. Uzu tak nak banyak-banyak macam selalu. Susah kang peserta nak follow memollow.

Anggaran giveaway 2 minggu . Dan bila dah cukup sponser, uzu akan publish giveaway dengan segera. Haaa ok then sesiapa berminat nak sponser sila PM uzu kat facebook eh. Tq :)

Spray Spray Spray Je Dah Boleh Cantik Kan? Haaa Mestilah ! Magic Potion Ler Tu !!

Spray Spray Spray Je Dah Boleh Cantik Kan? Haaa Mestilah ! Magic Potion Ler Tu !! | Salam.. Makin lama makin canggih kan cara nak cantik ni? Makin lama makin mudah je nak cantik? Dan sekarang ramai nak cantik tapi malas nak buat treatment. Lepas tu mula lah komplen muka ada masalah lah... Haaa nasib baiklah produk ni akan membantu wanita-wanita yang tak berapa nak rajin sangat nak jaga muka tu *termasuk uzu* , nak memudahkan wanita-wanita ni cantik, dengan hanya sprayyyyyy je!
 
Nak tau tak ape yang besttttt sangattt dengan Magic Potion ni?
Magic Potion ni sekarang produk yang tengah hangat diperkatakan diluar . Magic Potion ni ialah sejenis produk yang bahan-bahannya berasaskan air iaitu Beauty Water. Maksudnya bahan-bahan yang digunakan bebas daripada bahan-bahan chemical dan sebagainya. 
Macam Mana Cara Nak Guna?
Cara nak guna senang je, spray je kat muka.. Bila bangun tidur tu, kalau rajin, spray je lah kat muka tu haa.. Atau boleh guna waktu dah habis makeup, nak tahan makeup tu lebih tahan lama, boleh sprayyy Magic Potion.. Lepas tu kalau tengah drive tu sangkut jammed, tetiba mengantuk waktu jammed tu, haa boleh guna spray kat muka.. Kan segarrr gitu..

Kelebihan dan Kebaikan Magic Potion ?
  • Magic Potion dapat melindungi kulit dan mempertahan PH nya.
  • Magic Potion mencegah kerosakan kulit dan sebagai pelindung kulit.
  • Magic Potion bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah.
  • Magic Potiondapat mencerah dan  mengengencangkan kulit.

Yang best pasal Magic Potion ni, dia sejenis produk juga anti-aging.. Bila guna, kita rasa macam tegang semacam je muka kita ni.. Memang best lah bila guna. Uzu sukaaa sangat bawa Magic Potion ni p class . Sebab kat class tu tak sah kalau tak menguapppp. Haa waktu event pun uzu bawa. Nak mekap tahan lama kan. So spray je  Magic Potion ni. Setel masalah. Hehehe.

Harga : RM79 SM 89 SS
fb : https://www.facebook.com/elnkate
Ig : @elnkate
Contact : 019 3843524


Pencarian Sponser GA Disember 2015

Pencarian Sponser GA Disember CASH 2015 | Salam. Haaa uzu dah buat pencarian sponser kat facebook dan macam biasa ramai yang PM. Alhamdulillah. Feeling blessed kerana masih hangat membara.

Ok so yang nak sponser tu, minima RM50 ye dengan 2 syarat sahaja. Tak nak banyak syarat. 2 syarat sahaja .. Sama ada dia nak follow blog ke, follow ig ke, follow twitter ke, like fanpage ke, haa pilih 2 syarat je eh. Uzu tak nak banyak-banyak macam selalu. Susah kang peserta nak follow memollow.

Anggaran giveaway 2 minggu . Dan bila dah cukup sponser, uzu akan publish giveaway dengan segera. Haaa ok then sesiapa berminat nak sponser sila PM uzu kat facebook eh. Tq :)

Tiket Flight Murah Ke Busan (Korea) Serendah RM199

Tiket Flight Murah Ke Busan (Korea) Serendah RM199 | Salam. Korang sempat tak rebut tiket flightmurah yang air asia buat tu? Murah-murah kan? Rasa macam nak beli semua negara.. 

Actually sebelum kena annouce tiket murah air asia ni kan, uzu kan dah beli tiket Boracay , boleh baca sini , so uzu pun grab je lah walaupun takde murah gile giler. cuma waktu pun harga promo lagi. So hari tu, uzu geramm sangatt tengok website air asia ni, rasa nak beli lagi tiket dan at last...

 


Yeahh dapat cari tiket murah ke Busan Korea yang bermula RM199 1 way.. Dan harga tiket balik kiterang dapat dapam RM242 so total dalam RM485 termasuk lugage. Haaa murah kan? Kih kih kih.. Memula kengkonon nak beli tiket ke Seoul tapi macam mahal sikit so, grab je lah tiket flight ke Busan..
Wah tak sangka eh uzu dapat juga p Korea setelah lama teringinn dan mengidam.. Dari awal tahun lagi rasanya kiterang plan tapi haaa macam tu lah gamaknya. Takde rezeki lagi. Alhamdulllah Terima kasih banyak kat Air Asia sebab selalu buat tiket flight murah..

Setakat ni yang dah confirm beli tiket 4 orang termasuk uzu. 2 lelaki 2 perempuan. Semua yg join ni kiterang dah pernah travel bersama beberapa kali sebelum ni, So kalau ada yang nak join sekali, bolehlah beli tiketfligh di tarikh yang sama. Kite have fun rereamai! Jangan kata kite tak ajak tau :p

Info
Harga tiket :RM480 retun flight + lugage
Tarikh :  12 - 17 June 2016 (5 hari 3 malam)


Minuman Untuk Kurus. I Sure Juz Fit Sangat Membantu Korang Yang Nak Kurus!

Minuman Untuk Kurus. I Sure Juz Fit Sangat Membantu Korang Yang Nak Kurus! | Salam.. Ni botol kedua yang uzu ada. Yang 1st botol tu pek lama. Sekarang ni pek baru. Yang uzu perasan, pek baru ni berganda2 lagi lawa dari yang lama..Hehe yang sekarang ni ceria je tengok kotak botol juz fit..Colourfull gitu..hihi

Ok nak citer pasal Juz Fit ni.. Macam mana ianya boleh membantu korang nak kurangkan berat badan. Macam mana nak kurus. Macam mana nak slim. Macam mana nak badan macam kerengga. Haaa semua boleh. Kita kena usaha dulu.. Usahanya, kena try produk Juz Fit ni..
Actually Juz Fit ni meruapakan formulasi terbaik dengan gabungan 7 ekstrak buah-buahan semulajadi serta makanan sunnah untuk diet yang sihat. Makan sunnah tu termasuk kurma kot tak silap uzu.. Dalam Juz Fit ni macam-macam buah ade so rasa dia sangatt sedap. Uzu minum, rasa dia macam masam masam manis. Sejenis masam yang sedap.. So takde istilah nak muntah hijau lepas minum ni.. Tekak kita isnyaAllah boleh terima..
Nak tau apa kebaikan Juz Fit ni ? Haaa bukan saha tuk kurus tau tapi banyakkk kebaikan-kebaikan yang ada tuk Juz Fit ni.. Antaranya ialah..

Kebaikan Juz Fit
  • Membakar lemak 200% lebih effektif
  • Mengawal selera makan dan anda akan merasa tidak selalu lapar
  • Menambah tenaga anda 
  • Membaiki sistem pencernaan (lawas)
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Sebagai anti oksidan dan mengoptimalkan proses detox
Haa amacam? Yang badan lemah lembik di awal pagi boleh ambik Juz Fit. Yang tak dapat lawas, susah nak bang air kecik, haa sesuai sangat lah ni.. Dan yang penting, Juz Fit ni mengurangkan selera makan kita. So takde lah melantak kan.. Takde kesan sampingan.. Tak cirit birit lepas minum..  

Cara Pengambilan
Tak yah bancuh. Ambil 1 sudu sebelum makan. Sebelum breakfast dan sebelum dinner.. 2x sehari.. bukan 2 sudu sehari. minum juz fit ni 5 minit sebelum makan. Makan je. Sebab di jamin HALAL..

So sesiapa yang berminat boleh contact details dan info kat bawah eh .. Harga : RM70 semenanjung / RM 80 Sabah Sarawak

Website : http://www.juzfit.com.my/
Fb : Juz Fit Mixed Fiber Juice HQ
Ig : @https://www.instagram.com/juzfitofficial/
No fon : 016-6606890 , 016-6656490


Produk Menjemput Jodoh : Skincare Product ZZ by Zaza

Produk Menjemput Jodoh : Skincare Product ZZ by Zaza | Salam. Ramai yang juga tanya, selama ni uzu rawat muka guna apa? Uzu takde pakai ape-ape just pencuci muka je. Lepas tu, uzu rasa macam nak try je kan pakai full set skincare. So uzu pilih sikincae produk ZZ by Zaza yang merangkumi Facial Cleanser, Refreshing Toner then ade night cream dan foundation. Menarik sangat sent produk ni. Selalunya mana-mana produk mana ada sekaligus dengan foundation kan? Haaa tu yang unik dengan set ZZ by Zaza ni..
zzbyzaza facial cleanser 40ml
 ingredients : aqua, argan stemcell, apple extract, fragrance, sodium soap from vegetable oil
Apa cara nak pakai, haa macam biasa lah. Cucilah muka korag dengan Facial Skincare dulu..Yang ada mekap tebal dua inci, buang mekap korang dulu guna makeup remover tau, baru senang nak cuci muka.. Lagi-lagi cuci muka guna Facial Skincare Zz by Zaza ni . Rasa tegang muka lepas cuci..
zzbyzaza refreshing toner 40ml
ingredients : water lily, vitamin c, vitamin e, aqua, argan extract
Next. kena pakai toner. Toner penting tau. Toner ni sesuai kat semua jenis kulit . Sesiapa yang ada liang-liang pori sebesar alam, haa rajin-rajinlah pakai toner...Bukan tu je, yang kulit kering, boleh jadi lebap lembap je kalau rajin pakai toner.. So Refreshing toner ni, korang guna lepas cuci muka. Lepas muka dah kering. Tap tap tap tap toner tu kat muka. Pukul-pukul sikit muka tu. Biar toner tu menyerap masuk dalam muka..
zzbyzaza matte mousse cream 10g
ingredients : paraffin wax, argan stemcell, olea europass (olive) oil,
 aplle stemcell, aloe vera stemcell

Next.. boleh pakai mekap seperti biasa. Pakai lah foundation jenis mousess ni.. Sekarang trend foundation guna jenis mousess ni je.. Tapi kena letak air sedikit kat span. Baru ratakan. Kalau pakai macam tu je, tak meresap foundation tu kat muka. Siapa yang jenis pakai mekap nipis, memang sesuai pakai. Lagipun jenis macam ni senang nak tanggal. Senang nak bawa solat..

zzbyzaza rejuvenating night cream 10g
ingredients : aqua, argan stemcell, grape stemcell, prunus amyglalus dulos (sweet almond) oil, emulstying wax, glycerin, titanium oxide, iron oxide, cucumber extract

Kalau belah malam pulak, kena pakai night cream. Sebab kalau nak harap pencuci muka je memang tak cukup. Uzu bukan jenis pakai night cream tapi uzu try pakai ni, haa takde masalah. ok je.. Night cream penting tau, lagi-lagi pakai night cream zzbyzza ni sebab ni boleh hilangkan kedutan kat muka, memudarkan lagi parut jerawat, macam-macam kebaikan ada.. Try lah :)

Testimoni :
 

 


Menarik tak tengok testimoni produk skincare ZZ by Zaza ni? Haaa sapa nak jadi macam hakak-hakak testimoni ni bolehlah contact details kat bawah ye.. Mana tau lepas ni dah lawa, jodoh melekat kan.. Hahaha tu sebab cakap produk ni produk menjemput jodoh :p 

How to contact us :
instagram : @zzbyzaza
website : www.zzbyzaza.com.my
fb : zz by zaza hq
hotline : 011.2343.8986
email : zzbyzaza@yahoo.com
#zzbyzaza
HQ : Jalan Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, KL (by appointment)


Harga :
RM150 (peninsular)
RM160 (east malaysia)
$60 (singapore / brunei)
PROMOTION :  RM110 + free postage + free 3 gifts

Water Theme Park A Famosa Resort Melaka #day1

Water Theme Park A Famosa Resort Melaka #day1 | Salam. Huwarggh baru sempat nak update pasal short trip uzu ke A Famosa Melaka seminggu yang lalu. Uzu p A Famosa atas jemputan dari A Famosa Resort yang mana jemputan sangat limited, dan alhamdulillah uzu salah seorang blogger yang terpilih. Thanks A Famosa Resort Melaka.

Sejurus sampai ke A Famosa Resort, aktiviti pertama kiterang ialah Water Theme Park! Wohaa lama tak merasa Water Theme Park. Memang aktiviti yang paling menyeronokkan kalau bab Water Themepark ni.. Nak tau apa yanag best pasal Water Theme Park kat A Fmosa Resort ni.. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah. Ngeh!
Sebelum nak main air, barang-barang korang yang penting tu boleh simpan dalam locker. Locker kiterang RM4 dan locker tu besar boleh masuk 4 orang punya barang. Kire macam sorang singgit lah gitu. Hehe. Nak besar lagi boleh sewa yg RM10 tu..

Lepas tu kena sewa pelambung . Ada macam-macam jenis pelampung, single ada, twin ada.Pelampung harga dia dalam twin RM11 dan single RM9. RM10 pulak tuk deposit dan akan dikembalikan sejurus pemulangan pelampung dilakukan. Hehe. Siappp lah korang kalau hilang. So kena jaga pelampung sendiri ye :p
Tempat permainan atau tempat mandi manda anak-anak kecil. Tempat ni sesuai lah kepada semua kanak-kanan. Takde lah istilah lemas ke apa sebab air kat sini cetek je. Hehehe.. Ada lagi tempat yang sesuai tuk kanak-kanak iaitu  Sandy Beach ,Wave Pool ,Lazy River , Inner Tube Slides dan Family Raft Ride..
Haaa game pertama yang kitterang naik ialah Big Ice Cream. Memang big lah. Tapi tak sebesar yang uzu pernah main dulu.. Lahi lah tinggi.. Naik seram.. Tu yang mengigil lutut nak naik sebab dah pernah main.. Yang lain excited nak main sambil buat muka rileks je sebab diorang tak pernah rasa lagi betapa seramnya Big Ice Cream ni.. Hahahahahahaha yang lawak tu, lepas je kiterang main  Big Ice Cream tu, turun2 terus tu mengigil memasing.. Terasa baru nak ingat tuhan lah. Teringat dosa lame lah.. ape lah. Hahahaha ..Lawakk.. Memula kemain kan berani kan. Last-last.. Padan muka  !   
Next game Hula Hula.. Yang ni kena pakai pelamun yang kite sewa tu.. Best wei.. Takde lah seram sangat macam Big Ice Cream. Hihi.
Yang ni pun best. Lupa nama game ape. Yang ni tak guna pelampung. Rasa macam save sikit siap tersangkut kat atas tu. So next time kalau tak nak tersangkut, jangan guna seluar slack yang ada butang. Ngeeee... Tapi walau benda ni rasa macam safe kan, kalau uzu turun kat bawah ni, dalam gilerr tau.. Tinggi 145 cm tapi masih tenggelam. So hati2 lah sape yang tak reti berenang tu.. Uzu pun lemas ari tu. Uhukkkk kaki pendek..
 
 
 
 
Kat sini tak boleh guna handphone sangat kang takut basah, fuh nasib baik ada Go Pro kan, boleh masuk air, boleh rakam waktu kite terjun, cuma tak bawa monopod je. Uhuk.. Apa pun best giler kat Water Theme Park A Famosa Resort Melaka ni.. Main air .. Mandi manda bersama orang tersayang *chewahhh* , buat family dah pun sesuai sangat ni... Family high recomanded datang sini.. Sekarang waktu cuti sekolah why not kan bawak anak-anak datang Water Theme Park A Famosa Resort Melaka .

Btw thanks a lot A Famosa Resort sebab menaja kiterang ni tuk datang review Water Theme Park A Famosa Resort Melaka di hari pertama kiterang datang. Layanan dari A Famosa ni memang sangat baik giler...Rasa terharu pulak sebab terpilih. Sobs sobs. Thanks A Famosa Resort! So bagi yang berminat nak Hu ha hu ha hu ha bersama family dan anak-anak tersayang, boleh lah datang Melaka. Kalau dari Bangi serius dekat.. Anytime boleh pegi.. Hihi.. K lah bye .. Nak draft entry second day kiterang kat A Famosa. Salam :)

Pakej yang disediakan serendah RM35 bagi setiap orang. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : No Tel: 03-2781888 atau 06-5520888
Facebook: www.facebook.com/afamosa.my

Tiket Flight Murah Ke Boracay (Philifine)

Tiket Flight Murah Ke Boracay (Philifine) | Salam semua. Ewahh lama tak update blog. Hari ni excited nak update blog sebab nak share lah yang uzu dah beli tiket flight ke Boracay tadi subuh-subuh..hihi..

Lepas bercuti ke Krabi beberapa bulan lalu, next destination yang kiterang dah bincang dan buat kata sepakat ialah nak p Boracay. Tapi sejak dari hari tu,bila cek tiket, tiket asyik mahal je. Bila lah nak pergi ni.. dah kecewa tahap gaban dah. Huh.

Actually uzu, moka dan yazid ( geng backpacker) , dah tak nak p Boracay,  nak p lombok atau palawan kengkononnya tapi tapi tapi bila cek monsun, musim hujan pulak waktu skrg ni sampailah bulan 3 tahun depan. So nak p lombok kena start april.. 

So tadi tengah malam uzu servay punya servay berjam2 menghadap air asia, negara mana yang sesuai travel bulan Jan-Mac. Nampaknya boracay sesuai.. So tadi pepagi buta, uzu beli tiket ke Kalibo(Boracay)  
dengan harga RM425. Ni kalau nak tunggu air asia buat sale, mereput lah. Beli je tiket flight . Rembat je.. Lagi pun tgh promo juga tiket ni tapi tak semurah sales air asia lah.. Maka dengan ini.... tadaaaaaaaaa!!
Ok dah confirm beli tiket ke Boracay. Kemain uzu semangat sampai tak dapat nak tidur tadi.. Giler lah. Excited punya pasal. Lalalalala..Ok sape nak join uzu trip ni, uzu tengah cari partner perempuan yang sudi join. Uhukkk  harap2 ada lah partner ppuan nak join sape. Apa pun yang berminat nak join sekali. Pm uzu kat fb eh. Sekian terima kasih :).

24 Jan 2015 ( Sun ) - 27 Jan 2015 ( Wed)
3 hari 2 malam 
RM425 returns flight

Senarai Pemenang Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Senarai Pemenang Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih | Salam. Maaf atas kelewatan umum pemenang. Uzu busy sangat-sangat! Sampaikan senarai peserta pun uzu tak sempat update. Ni uzu nak buat simple update je ni..

Uzu pilih pemenang random je kat ruangan komen. Takde list peserta nak ambik no yang bertuah. Kali ni ambik direct link ga je.. Maaf atas kelewatan. Maaf tak update list peserta. Uzu sekarang busy sangat-sangat! ok lah meh lah kite teruskan umum pemenang..


Tahniah buat yang menang. Pemenang-pemenang sila tuntut hadiah GA anda kat FACEBOOK PERSONAL UZU : Emas Putih II .

Sila pm dengan details sekali.

Link GA :
Nama Penuh :
Jenis Bank : *bettermaybank*
No Akaun :
Email :


The Best Spa In Kuala Lumpur : Sifu Master of Reflexology & Wellness

The Best Spa In Kuala Lumpur : Sifu Master of Reflexology & Wellness | Salam.. Minggu lalu uzu berkesempatan merelaxkan diri , merelaxkan minda, merelaxkan badan uzu di salah sebuah spa yang terletak di Desa Sri Hartamas bersama beberapa orang lagi blogger yang mana turut serta dijemput hadir untuk review spa ini..

Spa kali ni yang uzu review ialah Sifu Master atau nama penuhnya Sifu Master of Reflexology & Wellness yang terletak di Desa Seri Hartamas Kuala Lumpur. Spa kali ni memang senang je nak cari sebab dah ada dalam Waze. So takde istilah sesat lah kalau nak datang Spa Sifu ni..

So nak tau apa yang best kat Sifu Master ni? Haaa kena lah baca review sampai habis. Tak gitu? Ok uzu dan kengkawan lain bertuah sebab dapat merasai Foot & Shoulder Massage! Sebelum kita bermasage bagai, kiterang rendam kaki dulu kat air suam yang ada campuran garam ni.

Haaa kalau korang tengok, ait yang warna merah tu ialah air garam. Haaa dah macam air sirap dah eh? Hehehe. Rendam kaki sekejap je.. Dalam seminit dua macam tu. Lepas tu baru urut!
Ni lah tempat urut. Nampak selesa kan kerusi urut tu? Memang selesa pun sampai nak tertidur bila baring kat situ. Walhal bukan full masaage lagi pun, baru foot dan shoulder massage..Rasa nak ambik full body massage je sebab penat travel tak hilang lagi ni..Hehe... Ok next time for sure!

Sebelum kiterang start diurut, kiterang diberi short brief mengenai Sifu Master ni.. Nama pun Sifu Master kan? Of coz lah tukang urut kat sini memang terbaik! Tukang urut yang terbaik didatangi dari 3 negara, Malaysia, Vietnam dan Filifin dan bak kate owner Sifu Master, tukang urut yang terbaik ialah Zack lelaki yang ada kat gambar dibawah ni.. Korang boleh request Zack sebagai korang punya tukang urut. Aum.. hensem....
Apa yang menariknya tentang Sifu Master of Reflexology & Wellness sebab ianya "clean" yang mana bersih daripada perbuatan-perbuatan tidak senono.. Contohnya... Haaa kena fikir sendiri.. Bila uzu perhati disekeliling Sifu Master, memang banyak spa-spa yang berdekatan tapi hanya Sifu Master of Reflexology & Wellness je yang patut korang singgah.. Kedai kat tepi jalan je. Parking betul2 kat depan kedai.. Spa ni tengok macam exclusive spa tapi harga dia murah wei! Mampu milik je. Semua golongan boleh ke Sifu Master of Reflexology & Wellness ni..Lagi-lagi sekarang ni ada Aniversarry Promotion .. Haa lagi lah terlajak murah... should try lah!
Tukang urut yang urut uzu waktu ni ialah Dewi. Rasanya yang berasal dari Filifin kot, Haa sedap giler dia urut. Tak sakit.. Lembut je.. Rasa nak tertidur dah. Biasalah tu kalau perempuan yang urut.. Kalau lelaki yang urut, mahunye patah pinggang belakang ni! hehe.. Bahan yang digunakan ialah minyak yang dibuat secra homemade iaitu lemongrass, ginger dan lavender,, Uzu dah hidu wangian, semua bau wangi serbak mengharum.. I like.. felll freshh.. Hehe..

So sesiapa yang berminat nak relax-relax kan diri, boleh try ke Sifu Master of Reflexology & Wellness yang terletak di Seri Hartamas. Harga pulak korang boleh rujuk gambar kat bawah k . Kalau nak datang, better booking dulu. Sebab spa ni akan penuh terutama hari Khamis-Ahad :)

Info :
Nama : Sifu Master of Reflexology & Wellness
Alamat : No.2 Jalan 22/70A, Desa Seri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-62065970 
Waktu Operasi : Everyday ( 11 pagi - 12 tengah malam )
Service yg disediakan:
Body Massage , Hot Stone Massage , Head Massage, Foot Massage , Hand Massage, Neck, Back & Shoulder Massage